Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH PEMBENTUK GENERASI MINDA

KELAS PERTAMA

*ANIS SABRENA *NURAMIRAH AQILAH

*NORAIN *NAJWA SOBREENA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


kepada cikgu Hailen dan rakan dikasihi
sekalian..

Pergi ke pasar membeli buah,


Singgah sebentar ke kedai coto,
Nama di beri NurAmirah Aqilah,
Berdiri disini menyampaikan pidato.

Tajuk pidato yang saya akan sampaikan


pada hari ini ialah..
SEKOLAH PEMBENTUK GENERASI MINDA
KELAS PERTAMA

Hadirin sekalian ,
Sekolah merupakan tempat berlakunya
proses pengajaran dan pembalajran secara
Fomal di luar kelas.Manakala generasi minda
kelas pertama,saya definisikan sebagai
generasi yang bekualiti daripada semua
aspek,baik akademik mahupun sahsiah.

Seorang pelajar akan menghabiskan 1/3


daripada harinya di sekolah. Di situlah
mereka dididik untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan di situlah juga
akhlak mereka dibentuk. Maka tidak
hairanlah jika . ’Sekolah Pembentuk Generasi
Minda Kelas Pertama’.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Hujah pertama saya ialah, sekolah
pembentuk warga intelektual dalam
menghasilakan generasi minda kelas
pertama.Melalui proses pengajaran dan
pembelajaran,pelajar yang berilmu dan
berpengetahuan luas dapat dibentuk.Pelajar
yang luas ilmu pengetahuannya akan bijak
mlontarkan idea-idea yang bernas serta
petah berbicara mempertahankan hujah
serta pendapat mereka.

Di samping itu,kebolehan pelajar


dalam menguasai pelbagai jenis bahasa
contohnya,Bahasa Inggeris,Bahasa
Mandirin,Bahasa Arab dan bahasa Jepun
pasti akan memudahkan mereka menguasai
pelbagai ilmu sains dan teknologi dari
seluruh pelosok dunia. Dalam era globalisasi
ini, penguasaan ilmu sains dan teknologi
amat penting dalam melahirkan generasi
yang mampu berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju di arena global.

Sidang hadirin yang dihormati,


Sekolah turut membentuk insan yang
bersahsiah terpuji dalam menghasilkan
generasi minda kelas pertama.Menerusi
aktiviti kokurikulum seperti badan
beruniform,kelab sukan dan kelab
minat,akan lahirlah pelajar yang memiliki
daya kepimpinan cemerlang seterusnya
berjaya mentadbir organisasi dengan
cekap.

Di samping itu, melalui progam-program


kokurikulum seperti debat dan pidato,bukan
sahaja mampu mengasah bakat pelajar agar
berani berhujah, malah turut menggalakan
pelajar supaya berfikir tentang sesuatu isu
dengan lebih kritis dan analitis. Minda akan
dapat berfikir dengan penuh kewarasan
seterusnya melahirkan generasi minda kelas
pertama.

Rumusannya,sekolah adalah tempat


seorang pelajar menghabiskan sebahagian
besar harinya dan di sekolah,pelajar
membina peribadi mereka agar menjadi
insan yang berguna.
Oleh itu,marilah sama-sama kita
renungi,bukan sahaja melalui pandangan
mata kasar tetapi juga melalui pandangan
mata hati bahawa sememangnya,’’sekolah
pembentuk generasi minda yang pertama’’.

Sebelum saya mengundurkan


diri,izinkan saya membacakan serangkap
pantun;
Jika ada sumur di ladang,
Bolehlah saya meumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang ,
Bolehlah kita berjumpa lagi

Sekian dan terima Kasih .

Anda mungkin juga menyukai