Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

TERAPI BERKUDA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JEJAWI
36000 TELUK INTAN PERAK

Tarikh : 27 MAC 2018


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Perak Agrotourism Resort
(PATRO)
1. PENGENALAN
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk
bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu murid- murid
berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor.
Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas)
1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan ‘guru- guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas

Rekod sejarah orang-orang kurang upaya yang menunggang kuda sebagai awal sebagai hari-hari
orang-orang Yunani purba. Orbasis Lydia purba didokumenkan nilai terapeutik menaiki 600 SM.
Namun begitu, ia telah diakui bahawa menunggang adalah lebih daripada cara-cara pengangkutan, ia
juga satu cara untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan orang dengan kecacatan. Kajian
pertama nilai menunggang sebagai terapi telah dilaporkan pada tahun 1875. Cassaign, doktor
Perancis yang digunakan menunggang sebagai rawatan untuk pelbagai keadaan dan membuat
kesimpulan bahawa ia telah membantu dalam rawatan beberapa jenis gangguan neurologi dengan
memperbaiki postur, keseimbangan dan pergerakan sendi, serta peningkatan psikologi.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi bercadang
untuk mengadakan program terapi untuk murid-murid istimewa PPKI SKSJ. Objektif utama program
berkuda ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih dan mendidik pelajar supaya boleh berdikari dan
menyedari potensi diri serta dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat.

2. RASIONAL
2.1 Murid-murid lebih fokus dan dapat melatih daya keseimbangan diri.
2.2 Memberi keseronokan kepada murid.
2.3 Murid-murid dapat membina keyakinan diri.

3. MATLAMAT
Murid dapat membentuk konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri dan seterusnya
akan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.

4. OBJEKTIF
 Memberi peluang kepada murid-murid yang pasif dan yang selalu mengasingkan diri
berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.
 Memupuk sikap disiplin diri di kalangan murid sewaktu menjalankan aktiviti luar.
5. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 27 MAC 2018
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Sasaran : 15 orang murid
4 orang guru
2 orang PPM
Jumlah : 20 orang
Tempat : Perak Agrotourism Resort (PATRO)

6. .AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN PELAKSANA

Pengerusi : En. Anuar Bin Kintan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Hairul b. Mohd Ramli (Pk.Koku)
Naib Pengerusi : En. Shaharudin Bin Arbain (Penyelaras P. Khas)
Setiausaha : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
AJK
Peralatan : Pn.Suriani Bt Yahya
Jurugambar : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
Persiapan tempat : Pn. Kharidah Bahiah Bt Sarkawi
Keselamatan : En. Shaharudin B. Arbain
: Pn. Azlin Bt.Mohd Azhar
: Pn. Suriani Bt Yahya

7. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Berkumpul di sekolah dan sarapan pagi

8.30 pagi : Menaiki kereta ke PATRO

9.00 pagi : Tiba dan menaiki kuda

11.30 agi : Bertolak ke SK Sungai Jejawi

12.00 pagi : Tiba di SK Sungai Jejawi


8. ANGGARAN PERNBELANJAAN
Penerimaan
No. Perkara Jumlah (RM)

1. PCG PENDIDIKAN KHAS RM 75.00


-tambahan
2. KUTIPAN YURAN MURID RM 150.00

Jumlah RM 225.00

Perbelanjaan
No. Perkara perbelanjaan
1. Perbelanjaan murid RM 5.00 X 15 RM 75.00
2. KUTIPAN YURAN MURID RM 10 X 15 RM 150.00
JUMLAH RM 225.00

9. PENUTUP
Kesimpulan, pendekatan projek memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan
kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan alam sekeliling. Hal ini juga dapat membantu guru
dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan disamping dapat
menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sendirinya dan
memberikan pengalaman yang berharga serta memberikan impak yang positif kepada pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak termasuklah hubungan sosial, fizikal, kognitif, emosi, bahasa dan sahsiah.

Disediakan oleh Disemak oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI)
S/U Program

DISAHKAN OLEH :

……………………………………………

Anda mungkin juga menyukai