Anda di halaman 1dari 4

ITEM CONTOH BAHAGIAN B

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Oleh sebab wang simpanannya belum masih cukup, Azmi berasa sangat kecewa sekali
kecewa kerana tidak dapat membeli kereta idamannya.

_______________________________________

(ii) Sambil diawasi oleh ibu bapa, beberapa orang kanak-kanak berlarian dan saling
berkejar-kejaran kerana gembira amat semasa mereka bermain di tepi pantai.

_______________________________________

02/1 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14


Dalam iklan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan
itu semula.

Pihak kami ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi


kekosongan jawatan di bawah:

IKLAN JAWATAN
Jawatan
KOSONG
: Juru ubat
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Dua

Calon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:

1. Berkelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma dalam bidang Sains


Farmasi
2. Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman
3. Menguasai kemahiran komunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa

Faedah bekerja di syarikat kami:

1. Potongan KWSP dan PERKESO


2. Elaun makan tengahari dan
perubatan
3. Program motivasi staf

Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap melalui emel ke alamat serisentosa@gmail.com.
Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2017.

(i) _____________________________

(ii) _____________________________

(iii) _____________________________

02/1 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15


Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang
gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan.
Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah
perkataan lain.

(i) besar kawan yang berbadan itu saya murid

Pola : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

(ii) sedang padi huma bukit di menguning lereng itu

Pola : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

(iii) di tinggi awan itu terbang burung

Pola : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

(iv) kali peperiksaan dalam ini markah rendah-rendah

mereka

Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

(v) itu peraturan sahaja pekerja baharu untuk

Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)

02/1 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa
yang sesuai.

(i) _________________________________________________________________.

(ii) _________________________________________________________________.

02/1 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17

Anda mungkin juga menyukai