Anda di halaman 1dari 12

PROSPEKTUS

MANUAL PROSEDUR
KERJA
SEKOLAH
MENENGAH
MALAYSIA

i
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
( Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera,

Manual Prosedur Kerja (MPK) merupakan dokumen yang sangat penting sebagai rujukan
kepada para pemimpin dan pengurus sesebuah institusi atau organisasi khususnya organisasi
pendidikan. Justeru usaha menghasilkan dokumen Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah
yang dilakukan oleh PKPSM Malaysia ini merupakan sesuatu yang sangat tepat dan begitu
signifikan sekali kepada warga pemimpin baru sekolah menengah di negara ini.

Pertambahan bilangan sekolah menengah saban tahun, penyerapan sekolah-sekolah agama


bantuan kerajaan dan pertambahan pengurus-pengurus muda sekolah menengah sekali gus
memerlukan suatu bahan rujukan mengurus sekolah yang standard dan sesuai digunakan
oleh semua pengetua tanpa mengira jenis sekolah yang mereka pimpin. Melaluinya, semua
pengetua boleh merujuk dan mendapat panduan secara bertulis langkah-langkah tindakan
yang perlu mereka lakukan dalam sesuatu aspek pengurusan aktiviti utama sekolah masing-
masing.

Saya berharap semoga dengan terhasilnya dokumen penting ini, ia akan memberi manfaat
kepada semua pengetua baru dan lama dalam usaha mereka mengelolakan sekolah masing-
masing. Saya pasti, mereka akan berasa lebih yakin dan jelas untuk melakukan tindakan -
tindakan yang perlu dan betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan mengikuti
sepenuhnya MPK ini, seseorang pemimpin sekolah akan bersikap lebih profesional dan yang
lebih utama ialah mereka akan sentiasa terkawal dan terpelihara daripada melakukan
tindakan-tindakan yang tidak perlu, tidak tepat dan tidak profesional.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKPSM Malaysia
di atas kejayaan menghasilkan dokumen yang menjadi keperluan dan kehendak perkhidmatan
awam melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 ini.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM)


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Persidangan Kebangsaan Pengetua
Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan
kata alu-aluan dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) Sekolah Menengah ini.

MPK merupakan dokumen rujukan utama yang dapat membantu sesebuah organisasi atau
jabatan berfungsi dengan cekap dan berkesan. Keperluan, kandungan, tujuan dan faedah
MPK telah dinyatakan dengan jelas dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
Bilangan 8 Tahun 1991. Justeru, usaha mewujudkan MPK Sekolah Menengah oleh PKPSM
amat dialu-alukan. Usaha ini adalah selari dengan hasrat Perkhidmatan Awam Malaysia
memantapkan jentera pentadbiran kerajaan dan seterusnya mempertingkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
kepada PKPSM yang telah berjaya menerbitkan MPK Sekolah Menengah. Penyediaan MPK
memerlukan perancangan yang teratur dan teliti. Oleh itu saya percaya bahawa penyediaan
dokumen penting ini dapat disempurnakan berkat semangat kerja sepasukan yang tinggi
dalam kalangan ahli PKPSM. MPK merupakan proses mendokumentasikan secara sistematik
fungsi dan objektif penubuhan organisasi, proses dan peraturan kerja bagi membolehkan
setiap anggota organisasi menjadikannya panduan dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Segala isi kandungan MPK perlu difahami dan dihayati oleh semua anggota
organisasi bagi mengelakkan kesilapan operasi dan implikasi perundangan ketika
menjalankan tugas.

Sebagai dokumen rasmi yang menjadi rujukan utama organisasi, MPK perlu dikaji semula
dan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi mengekalkan tahap kecekapan dan
keberkesanan kerja seseorang anggota organisasi. Kajian semula ini juga penting bagi
menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan dalam
dokumen MPK.

Semoga MPK Sekolah Menengah yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
anggota organisasi khususnya dalam pengoperasian sekolah. Saya yakin bahawa
pengoperasian sekolah yang sistematik dapat merealisasikan matlamat pendidikan negara
dan seterusnya meningkatkan imej pendidikan negara di persada antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PKPSM MALAYSIA
(PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH
MENENGAH MALAYSIA)
( Y.BHG DATO’ HAJI AZAM BIN HAJI MD. ATAN)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera,

Manual Prosedur Kerja (MPK) untuk semua sekolah menengah di negara ini sudah
lama dirancang untuk digubal dan diterbitkan bagi memudahkan semua pengetua
melaksanakan amanah dan tanggungjawab ketika memimpin sesebuah sekolah. MPK
yang diharapkan itu merupakan sebuah dokumen yang boleh diguna pakai di semua
jenis sekolah menengah yang terdapat di dalam negara ini. Jika keadaan memerlukan
untuk diubah suai dari semasa ke semasa pula ianya akan menjadi penambahbaikan
yang perlu mengikut perubahan masa dan keperluan perkhidmatan.

Justeru itu, kami mengharapkan agar penerbitan MPK ini bukan merupakan sesuatu
yang muktamad sebaliknya ia harus dilihat sebagai titik tolak untuk kita terus
menambahbaik, mengubahsuai, melengkap dan menyempurnakannya dari semasa
ke semasa. Oleh itu, JK Pelaksana MPK Sekolah Menengah PKPSM Malaysia seharusnya
mempunyai rasa keterbukaan yang tinggi bagi menerima sebarang pandangan
daripada semua ahli selepas pelancaran draf dan penerbitannya nanti.

Kita juga mengharapkan sokongan padu daripada semua ahli untuk memilikinya di
setiap sekolah pimpinan mereka. Ianya merupakan dokumen rujukan tambahan dan
pelengkap kepada MPK yang mungkin telah disediakan di peringkat sekolah masing-
masing mahupun negeri melalui PKPSM negeri masing-masing.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
input yang diberikan oleh PKPSM negeri-negeri terutamanya Terengganu, Sarawak,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Begitu juga sumbang saran daripada Institut
Aminuddin Baki (IAB), MAMPU dan Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, semoga ianya dapat memberi
manfaat kepada kita bersama serta menjadi sumbangan ikhlas kita kepada kemajuan
perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ HAJI AZAM BIN HAJI MD. ATAN)


Yang Dipertua,
PKPSM Malaysia.

iv
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM PENERBITAN
MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
OLEH
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM)
PENDAHULUAN

Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi seseorang pegawai terutamanya dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) merupakan suatu kemestian bagi menambahkan keberkesanan perkhidmatan
yang diberikan di samping menjadi asas kepada cara-cara bertindak seseorang pegawai awam
semasa melaksanakan atau menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing.

Sebelum daripada itu, senarai tugas dan skop tugas masing-masing seperti yang perlu ditunjukkan
melalui Fail Meja (FM) setiap perjawatan perlu disiapkan atau dibekalkan kepada mereka guna
menjadi rujukan asas mereka dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah masing-masing.

RASIONAL

Tugas pengetua sekolah menengah begitu kompleks meliputi semua aspek yang berkaitan dengan
institusi “sekolah” itu sendiri. Kerencaman dan kompleksiti tugas pengetua begitu ketara sekali
apabila timbul pelbagai masalah sama ada dalam kalangan guru, murid, ibu bapa dan penjaga
sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di kawasan yang boleh dikaitkan dengan sekolah
akan terbeban diatas bahu pengetua untuk menanggungnya. Oleh itu, semua pengetua di
negara ini memerlukan garis panduan dan skop kerja yang seragam, selaras dan tetap tanpa
mengira sempadan geografi negara, jenis dan gred sekolah yang mereka pimpin mahupun batasan
waktu.

Walau bagaimanapun, hingga kini, adalah didapati bahawa Buku Panduan Tugas Pengetua
yang telah bertulis dan disediakan didapati dilakukan secara terasing dan didapati tiada
penyelarasan. Ia didapati berbeza-beza mengikut tafsiran antara negeri-negeri mahupun mengikut
sekolah dalam negeri yang sama. Dengan panduan yang standard dan seragam itu, adalah
dijangkakan akan kurang berlakunya tindakan-tindakan yang berbeza-beza dalam kalangan
pengetua ketika menghadapi sesuatu kes atau masalah pentadbiran dan pengurusan yang
sama.

Oleh itu, sesuatu usaha harus digemblengkan bagi merealisasikan atau menterjemahkan hasrat
menerbitkan buku seumpamanya bagi rujukan dan panduan mereka yang terlibat dalam
perjawatan ini secara menyeluruh, standard dan seragam.

OBJEKTIF

1. Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran bagi para pengetua di seluruh
negara.
2. Memberi dan menyediakan dokumen rujukan terkini dan “reliable” kepada semua
pengetua bagi membantu mereka dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
3. Menambahkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam kalangan pengetua di negara
ini dengan sandaran dan pegangan terhadap buku ini dalam melaksanakan tugas dan
amanah yang diberikan kepada mereka.
4. Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengusahakan dokumen rasmi yang
sangat berguna dan penting bagi panduan tugas dan kerja para pengetua di negara
ini pada masa kini dan akan datang.
5. Meningkatkan keutuhan, kebolehpercayaan dan keyakinan semua pihak kepada para
pengetua yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai jawatan naik
pangkat dalam kerjaya PPPS.
6. Menyediakan dokumen asas dan awal bagi menyatakan secara jelas akan fungsi dan
peranan yang perlu dimainkan oleh seorang pengetua yang dilantik pada sesuatu masa.
7. Menambah keupayaan dan kepentingan PKPSM sebagai wadah wacana
profesionalisme semua pengetua di negara ini.

v
SASARAN PENERBITAN

Manual Prosedur Kerja (MPK) yang akan dihasilkan ini adalah untuk panduan semua
pengetua di negara ini.

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin b. Mohd Dom


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Penasihat : Y. Bhg. Dato’ Haji Zulkifly b. Mohd Wazir


Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

Penyelaras : Encik Saiful Bahari b. Mohd Tauhid


Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengerusi : Y. Bhg. Dato’ Haji Azam b. Hj. Md. Atan


YDP PKPSM Malaysia

T. Pengerusi : Puan Alainal Hasani bt. Mohd Noor


NYDP, PKPSM Malaysia

Setiausaha : Tuan Haji Md. Fiah b. Md. Jamin


Bersama Ketua Biro Penerbitan, PKPSM Malaysia

: Pn. Noryah bt. Ahmad


Setiausaha PKPSM Malaysia

: Pn. Hjh. Halimah bt. Haron


Penolong Setiausaha PKPSM Malaysia

P.Setiausaha : Pn. Hjh. Noorul-Aini bt. Ambak


Ketua Biro Profesionalisme, PKPSM Malaysia

Bendahari : Pn. Hjh. Fazilah bt. Ibrahim


Bendahari Kehormat PKPSM Malaysia

Ajk : Tuan Haji Mohd b. Md. Isa (N. Sembilan)


Tuan Haji Jamaluddin b. Yaacob (P. Pinang)
Pn. Hjh. Mastura bt. Anuar (Sarawak)
Tuan Haji Zakaria b. Awang (Terengganu)
Tuan Haji Muhamad Khailani b. Abdul Jalil (WP KL)
Dr. Hjh. Rosnanaini bt. Sulaiman (Melaka)
Tuan Haji Ayob b. Jantan (Johor)
Dr. Abdullah Khir b. Sulaiman (Perak)
Puan Hjh. Zakiah bt. Md. Lasim (Selangor)
Tuan Hj. Wan Mansor b. Mohmood (Kelantan)
Pn. Hjh. Hafdzah bt. Ahmad (Kedah)
Tuan Haji Ali b. Hj. Deros (WP Labuan)
Tuan Haji Hashim b. Mohd Zayat (Pahang)
Encik Liasin b. Kaloh (Sabah)
Tuan Haji Azni b. Man (Perlis)
Tuan Haji Yusof b. Hassan (WP Putrajaya)
Encik Ahmad Badri b. Mardi (KB Kebajikan)

vi
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

Pengerusi : Tuan Hj. Azam b. Hj. Md. Atan


YDP PKPSM Malaysia

N. Pengerusi : Puan Alainal Hasani bt. Mohd Noor


NYDP, PKPSM Malaysia

Setiausaha : Tuan Haji Md. Fiah b. Md. Jamin


Ketua Biro Penerbitan, PKPSM Malaysia

N. Setiausaha : Puan Noryah bt. Ahmad


Setiausaha PKPSM Malaysia

: Puan Hjh. Halimah bt. Haron


Penolong Setiausaha PKPSM Malaysia

Penyelaras : Encik Saiful Bahari b. Mohd Tauhid


Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

Bendahari : Puan Fazilah bt. Ibrahim


Bendahari PKPSM Malaysia

Ajk : Tn. Haji Mohd b. Md. Isa (N.Sembilan)


Tn. Haji Jamaluddin b. Yaacob (P.Pinang)
Dr. Hjh. Rosnanaini bt. Sulaiman (Melaka)
Pn. Hjh. Zakiah bt. Md. Lassim (Selangor)
Tn. Haji Khailani b. Abdul Jalil (WP KL)
Tn. Haji Zakaria b. Awang (Terengganu)
Pn. Hjh. Mastura bt. Anuar (Sarawak)
Pn. Hjh. Hafdzah bt. Ahmad (Kedah)
Tn. Haji Ayob b. Jantan (Johor)
Tn. Haji Mohamad b. Mahadi (Johor)
Tn. Haji Mohamad Kamaluddin b. Taib (Putrajaya)
En. Ahmad Badri b. Mardi (KB Kebajikan & Sosial)
Pn. Hjh. Noorul Aini bt. Ambak (KB Profesionalisme)

vii
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI

1. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


a. HAJI MOHD BIN MD. ISA (SMK KING GEORGE V, SEREMBAN)
b. PUAN NORYAH BT HASHIM (SMK SENAWANG, SEREMBAN)
c. PUAN SOLLEHA BT HASHIM (SMK DATO’ KLANA PUTRA, LENGGENG)
d. PUAN MARIAM BT MOHAMED (SM TEKNIK (ERT) DATO’ UNDANG MOHD. SHARIF,
REMBAU)
e. HAJI MD.FIAH BIN MD.JAMIN (SMK KOMPLEKS KLIA, NILAI)
f. ENCIK AWALLUDIN BIN MAT DIN (SMK TUNKU SYED IDRUS, TAMPIN)
g. ENCIK ABDUL HALIM BIN HAJI YUNUS (SMK BANDAR BARU SERTING, BB SERTING)

2. NEGERI PULAU PINANG


a. HAJI JAMALUDIN BIN YAACOB (SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM)
b. PUAN JAMAAH BT. TAMAM (SM SAINS KEPALA BATAS)
c. PUAN ZAITON BT MD. NOOR (SMK JAWI)
d. PUAN HJH. SITI AJAR BT MAN (SMK PENANTI)
e. HAJI ABD. WAHAB BIN MAT (SMK BAKTI)
f. ENCIK ISMAIL PAWANTEH(SMK SG. ARA)

3. NEGERI TERENGGANU
a. HAJI ZAKARIA BIN AWANG (SMK SULTAN SULAIMAN)
b. HAJI MD. ZAIN BIN MUDA (SMK TENGKU INTAN ZAHARAH)
c. HAJI HASSAN BIN AWANG MAT (SMK MANIR)
d. HAJI AHMAD ZAWAWI BIN MAT JUNOH (SMK TENGKU MAHMUD II)
e. HAJAH HAMIDAH BT HUSSIN (SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT)
f. HAJAH TARUNAH BT SAAD (SMK BUKIT TUNGGAL)
g. TUAN HAJI HASHIM BIN ABD. RAHMAN (SMK PADANG NEGARA)

4. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


a. TUAN HAJI MUHAMAD KHAILANI B ABDUL JALIL (SMK SEGAMBUT JAYA)
b. PUAN SHAMSHIAH B AHMAD (SMK COACHRANE)
c. PUAN FARIDAH BT SALLEH (SMK BANDAR BARU SENTUL)
d. Y.BHG. DATIN HASMAH BT ABU (SMK TAMAN TUN DR. ISMAIL)
e. PUAN ROAINI BT JAAFAR (SMK SERI BINTANG SELATAN)
f. ENCIK ONG BOON PHUAH (SMK KEPONG BAHARU)
g. PUAN NORYAH BT. AHMAD (SMK KIARAMAS)
h. ENCIK LEONG KUM LAI (SMK LA SALLE, SENTUL)
i. ENCIK JUAHIR BIN MUNDAKIR (SMK RAJA ABDULLAH)

5. NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

a. TUAN HAJI AYOB BIN JANTAN (SMK SERI KENANGAN)


b. TUAN HAJI MUHAMAD BIN MAHADI (SMK TANJUNG DATOK, PENGERANG)
c. ENCIK AZMAN BIN ADNAN (SMK BANDAR PUTRA, KULAI)
d. PUAN SALINA BT. HUSSIN (SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YUNUS, J. BAHRU)
e. TUAN HAJI SAMIAN BIN SAWIYO (SM SAINS MUAR)

viii
6. NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

a. PUAN HAJAH ZAKIAH BT. MD. LASSIM (SMK SULTAN SULAIMAN SHAH, 45600
BESTARI JAYA)
b. TUAN HAJI SURIMIN BIN GIMAN (SMK JALAN 3, BANDAR BARU BANGI)
c. PUAN HAJAH JUNAIDAH BT. TUKIMIN (SMK SAAS, KAJANG)
d. PUAN HAJAH NORSHAM BT. BAHARUDDIN (SMK DAMANSARA UTAMA)
e. PUAN HJH. NOORUL-AINI BT. AMBAK (SMK SULTAN ABDUL SAMAD, PETALING ]
JAYA, BEB 86572)
f. ENCIK AHMAD BADRI BIN MARDI (SMK DENGKIL)
g. PUAN HAJAH ALAINAL HASANI BT. MD.NOOR (SMK(P) SRI AMAN)

7. NEGERI MELAKA

a. DR. HAJAH ROSNANAINI BT. SULAIMAN (SMK SERI PENGKALAN)


b. TUAN HAJI OMAR BIN SABAN
c. PUAN SHALEHA BT. ABDUL
d. PUAN HAJAH KHALIJAH BT. AB. RAHMAN
e. PUAN HAJAH UMAIZAHRAH BT. ALWI

8. NEGERI KEDAH DARUL AMAN


a. PUAN HAJAH HAFDZAH BT. AHMAD (SMK HUTAN KAMPONG)
b. TUAN HAJI ABU SEMAN B. SAREH MD. ISA (SMK JITRA)
c. PUAN LATIPAH BT. KASSIM (SMK PULAU NYIOR)
d. PUAN SOPIAH BT. RAMLI (SMK TUNKU LAKSAMANA)

9. NEGERI PERAK DARUL REDHUAN


a. DR. ABDULLAH KHIR B. SULAIMAN (SMK PEKAN BARU, PARIT BUNTAR)
b. TUAN HAJI IDRIS B. ABDULLAH (SMK SERI PERAK, PARIT BUNTAR)
c. ENCIK SHAFIEE B. OTHMAN (SMK JELAI, BATU KURAU)
d. TUAN HAJI MOHD. ZAHARI B. BAHARIN (SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR)
e. ENCIK CHEE PENG SOO (SMK HUA LIAN, TAIPING)
f. ENCIK ABD. KHADIR JALANI B. MOHAMAD (SMK GUNUNG SEMANGGOL)
g. TUAN HAJI ALI B. SALLIH (SMK HUTAN MELINTANG)

10. NEGERI SARAWAK


a. PUAN HAJAH MASTURA BT. HJ. ANUAR
b. PUAN HAJAH JOHARA BT. ZEN
c. DR. LINTON @ JERAH BRITTEN
d. DR. SLUHI BIN HJ. LAMAT
e. ENCIK HASSAN BIN HJ. WA’ GANI
f. ENCIK THOMAS LAU ING NGAN
g. ENCIK TAN HOCK SANG
h. PUAN HASANAH BT. HJ. JUNAIDI
i. TUAN HAJI AFFENDI BIN ROSLI
j. DR. LAMBAT AK LINDONG

ix
JADUAL PERBATUAN PROGRAM

Jangka
Aktiviti Mula Tamat Masa
(minggu)
Pelan Tindakan
i. Pelantikan Pengurusan
a. JK Induk Penyediaan MPK 29.01.09 29.01.09
b. JK Kerja Penyediaan MPK
ii. Dokumentasi
a. Objektif Sekolah
b. Carta Organisasi Sekolah
c. Fungsi Utama & Khusus Sekolah
Merancang 1. d. Aktiviti Fungsi Utama 29.01.09 28.02.09 4 minggu
e. Proses Kerja Aktiviti Fungsi Utama
& Khusus
f. Carta Aliran Aktiviti Fungsi Utama &
Khusus
Strategi Pelaksanaan
i. Mesyuarat Pelaksanaan
ii. Pelancaran Mei 2009
Pelaksanaan 1. iii. Penandaarasan
iv. Ujicuba
v. Penilaian
2. Pengubahsuaian
Mentoring & Coaching
i. Tindakan Pembetulan dan 6 minggu
Penilaian 1. Jan 2010 Mac 2010
Penambahbaikan
ii. Tindakan Pencegahan
Tindakan Penyeragaman
i. Mesyuarat Pelaksanaan
ii. Pelancaran
Tindakan Menyeluruh 1. iii. Ujicuba
iv. Penilaian
v. Persijilan Jun 2010

x
PENUTUP

Penerbitan Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah Malaysia ini merupakan usaha PKPSM
Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
PKPSM Negeri-Negeri untuk menyediakan skop tugas dan panduan tugas kepada semua pengetua di
negara ini. Ia juga boleh memberi manfaat kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dan minat
dalam kerjaya kepengetuaan di negara ini. Pada masa yang sama ia akan menjadi suatu hasil dokumentasi
profesional para pengetua melalui PKPSM sebagai khazanah ilmu yang akan diwariskan kepada para pengetua
dari semasa ke semasa. Ia diharap dapat memenuhi hasrat menjadikan ia sebagai bahan rujukan asas yang
akan ditambah baik dari semasa ke semasa oleh para pengamal kepimpinan sekolah menengah di seluruh
negara pada masa akan datang.

xi
PENGHARGAAN

* Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin b. Mohd Dom


( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

* Y. Bhg. Dato’ Haji Zulkifly b. Mohd Wazir


(Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia)

* Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

* MAMPU

* INTAN Wilayah Selatan (IKWAS)

* Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

* Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Negeri-Negeri.

* Encik Mohd. Nasim b. Zakaria (Pegawai Khas, KPPM).

* Serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan projek ini.

Semoga amal bakti yang dicurahkan akan mendapat keberkatan dan anugerah kebaikan daripada-
Nya serta diucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

xii

Anda mungkin juga menyukai