Anda di halaman 1dari 5

SK PARIS KINABATANGAN/MTQ2019/PPDKINABATANGAN

Nabi Ibrahim, Rasul Terpuji,


Mendapat Gelaran Si Ulul Azmi,
Diutus Ilahi untuk Berbakti..
Pada Bumi Babylon tersuci..

Bismillahirahmanirahim……………………………….

Terima Kasih Penaraju acara, barisan panel hakim pemegang neraca keadilan, penjaga masa
yang setia dengan masa emasnya, dif-dif jemputan serta rakan seperjuangan yang saya
kasihi sekalian…

“ Raja Namrud yang Sombong”

Firman Allah dalam Surah Al-Anbia ayat 51

Maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah menganugerahkan Nabi Ibrahim hidayah


kebenaran sebelum Musa dan Harun dan kami mengetahuinya”.

Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan Babylon.
Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia seorang yang gagah,
namun tidak beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya sebagai Tuhan. Astagfirullahal
Azim…Disaat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim
bagi menyeru mereka kembali mentauhidkan Allah.

Raja Namrud tidak beriman,,


Mentaklif diri Pencipta Alam,
Lahir Ibrahim betulkan Pegangan
Menjadi Pertikaian sepanjang zaman
SK PARIS KINABATANGAN/MTQ2019/PPDKINABATANGAN

Kawan-kawan , sifat sombong mesti dihapuskan…Sifat sebegini tidak boleh diamalkan.


Khuatir memakan diri sendiri. Lihat sahaja umat terdahulu yang musnah dek kerana
kesombongan yang tiada penghujungnya seperti Firaun..Qarun dan sebagainya..

Ya kawan-kawan, akhlak terpuji penyeri diri. Justeru, amalkanlah akhlak yang mulia di mana
sahaja. Semoga slogan yang dilaungkan pihak kerajaan ‘Akhlak Mulia Negara Sejahtera’
wajar direalisasikan agar membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah yang
akhirnya melahirkan masyarakat maddani.

Sidang hadirin sekalian

Pulang Ibrahim ke pangkuan keluarga

Disambut oleh ayah dan bonda

Namun baginda cukup kecewa

Lantaran mereka masih menyembah berhala

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah pergi ke rumah berhala dengan membawa sebilah kapak.
Pada masa kejadian, pengikut-pengikut Namrud menghadiri satu pesta keramaian.

Nabi Ibrahim hancurkan berhala


Namrud dan kaumnya menghukum baginda
Api dinyala nabi diseksa
Badan Nabi melecur pun tidak
Asbab diselamatkan Allah yang esa

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 68


SK PARIS KINABATANGAN/MTQ2019/PPDKINABATANGAN

Bermaksud : “Maka Ibrahim memotong berhala-berhala itu sehingga hancur kecuali yang
paling besar agar mereka kembali bertanya kepadanya”.

“Apakah engkau yang telah menghancurkan tuhan-tuhan kami?’, Tanya Namrud dengan
nada yang marah.

Nabi Ibrahim tersenyum lalu berkata, “ Tanyalah kepada Tuhanmu yang besar itu. Nescaya
dia boleh berkata-kata siapa yang telah menghancurkan tuhan-tuhan yang lain.”

Sinis sekali sindiran Nabi Ibrahim. Inilah gambaran betapa beraninya baginda.

Ya kawan-kawan,..Islam memang menuntut keberanian untuk mempertahankan agama.


Lihat sahaja sekarang, isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender semakin berani
diperkatakan dikhalayak ramai tanpa rasa malu dan segan.. Petanda akhir zaman.

Kawan-kawan sekalian,

Unggun api marak menjulang

Diangkat baginda terus dihumban

Tidak gentar tidak bimbang

Kepada Allah baginda serahkan…

Kalam Illahi ayat 69 Surah Al-Anbiya.

Maksudnya : “Wahai api, dinginlah engkau dan selamatkanlah Ibrahim”.

Tiba-tiba…..
SK PARIS KINABATANGAN/MTQ2019/PPDKINABATANGAN

Api yang marak terpadam akhirnya,

Kepulan asap memenuhi angkasa,

Menadah tangan pohon pertolongan,

Izin Allah terlerai kesulitan..

Bukti Allah maha berkuasa. Kita sebagai manusia wajib beriman dengan kekuasaan Allah.
Kejadian bencana alam yang berlaku sama ada di dalam ataupun luar negara semuanya
berpunca daripada tangan-tangan manusia yang sering membuat kerosakkan. Contohnya,
kajadian yang berlaku di pasir Gudang johor baru-baru ini yang mengakibatkan beratus-ratus
orang terhidu gas beracun yang berpunca dari sikap tamak dan haloba.

Kejamnya namrud pada Ibrahim


Nabi ditangkap hendak dibunuh
Kuasa Allah lebih lah besar
Nabi dibantu tentera nyamuk

Ya kawan-kawan,

Keadaan Nabi Ibrahim yang tidak hangus atau cedera terbakar oleh api yang begitu besar
menyebabkan Namrud dan kaumnya terpaku kehairanan. Pun begitu, mereka masih
sombong dan enggan beriman.

Akhirnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Namrud mendapat pembalasan. Doa baginda
dimakbulkan tuhan. Namrud dan pengikutnya mati bergelimpangan hanya kerana gigitan
nyamuk. Inilah bukti bahawa Allah cukup benci kepada orang-orang yang sombong.

Bacalah olehmu kisah dari Al-Quran

Hayati pengajaran

Amalkan ajaran jauhi larangan

Moga mendapat pengajaran berguna


SK PARIS KINABATANGAN/MTQ2019/PPDKINABATANGAN

Sekian Wabilahitaufiq Wal Hidayah..

Anda mungkin juga menyukai