Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007), Penilaian dijalankan adalah supaya
guru dapat mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, melihat perubahan
pada setiap perkembangan kanak-kanak, membuat perancangan dan mengubahsuai
aktiviti pengajaran untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak, mempelajari keperluan kanak-kanak, mengesan keberkesanan aktiviti,
rutin,dan strategi yang digunakan, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari masa ke semasa, memberi laporan yang tepat kepada ibubapa, pakar-
pakar kesihatan, guru besar dan pegawai-pegawai yang memantau, menghargai hasil
kerja kanak-kanak dan membuat tindakan susulan serta merta.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada suatu objek yang
telah ditetapkan itu telah tercapai.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) pula, menyatakan penilaian adalah


sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah. Penilaian ini
bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan
dan dipertingkatkan. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat.

Berdasarkan pendapat dan definisi yang dijelaskan diatas, penilaian adalah


perkara yang perlu dilakukan dikelas prasekolah. Guru-guru perlu merancang dengan
teliti agar penilaian mendapat hasil dan maklumat yang betul. Penilaian ini juga perlu
dilakukan untuk mengetahui setakat mana perkembangan kanak-kanak dapat digunakan
dan diasah bakatnya.
Penilaian dikelas prasekolah boleh dijalankan secara formatif, sumatif ataupun
penilaian secara saringan. Walaubagaimanapun penilaian di kelas prasekolah dibuat
secara berterusan dan tidak formal. Guru berhak menentukan jenis, masa, dan kanak-
kanak yang dipilih untuk dibuat penilaian. Penilaian ini bertujuan untuk memudahkan
guru merancang aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Mengikut
Kurikuklum Prasekolah Kebangsaan (2003), Penilaian ini juga bermatlamatkan untuk
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenalpasti pelbagai potensi
murid secara menyeluruh, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari masa ke semasa. Penilaian juga, adalah untuk mengesan keberkesanan
pengajaran, merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajarannya untuk membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan murid. Ianya juga mengikut Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan adalah u ntuk mengadakan tindakan susulan dengan serta merta.
Penilaian yang dijalankan dikelas Prasekolah mempunyai etika dan garis panduan
yang telah diberikan kepada para pendidik iaitu melalui Akta 308 dan Akta Pendidikan
1996 (Akta 550).Penilaian juga mempunyai etika yang perlu diikuti seperti rekod
penilaian murid tidak boleh menjadi bahan pameran, hasil penilaian hanya untuk pihak-
pihak tertentu sahaja.
Jenis-jenis penilaian yang dijalankan di Prasekolah.

Penilaian yang dijalankan oleh guru terhadap murid adalah bertujuan untuk
mendapat maklumat dan akan membantu guru untuk memperbaiki tahap pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Di kelas prasekolah terdapat tiga jenis penilaian iaitu,
penilaian formatif, penilaian sumatif dan penilaian saringan.

Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan
data dan maklumat bagi memperbaiki kelemahan dan pengajaran dan pembelajaran.
Penialaian ini dijalankan sepanjang masa dan hasil yang diperolehi akan digunakan
secara terus untuk memperbaiki kelemahan. Di kelas prasekolah penilaian formatif
menggunakan kaedah yang boleh dilakukan ialah anekdot, rekod selari atau running
rekod dan pelbagai kaedah lagi. Penilaian jenis ini juga memerlukan komitmen guru
prasekolah yang lebih serius untuk memastikan keberkesanannya.
Keberkesanan pelaksanaan penilaian formatif di peringkat kanak-kanak
memerlukan beberapa langkah atau prosedur yang perlu diikuti dan diberi perhatian.
Diantaranya seperti berikut:-
1. Menentukan topik pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
keberkesanan maksimum bagi penguasaan sesuatu topik oleh kanak-kanak.
Melalui cara ini guru prasekolah dapat memastikan kanak-kanak dapat
menguasai sesuatu topik itu sebelum memulakan topik pengajaran yang baru.
2. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi setiap tajuk pembelajaran
mengikut perkembangan kanak-kanak yang dimuatkan dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Apabila guru mengetahui aspek perkembangan
kanak-kanak sudah pasti guru mengetahui aspek yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dapat membezakan bentuk, warna dan
dapat membezakan abjad yang diberikan.
3. Guru perlu menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap
topik dengan topik yang berikutnya. Guru juga perlu menyusun mengikut
tahap kebolehan dan susunan dari yang mula hingga akhirnya.Ini perlu dibuat
agar pengajaran guru saling berkait dan tidak terpisah.
4. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan adalah
untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran dan kelemahan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan itu
tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang
diperolehi.

Pada dasarnyan, yujuan penilaian formatif ialah seperti berikut:


• Memperbaiki pengajaran pembelajaran
• Meningkatkan penguasaan kemahiran dan perkembangan tertentu kanak-
kanak
• Membantu kanak-kanak menguasai sesuatu unit atau tajuk pembelajaran
dari kelemahan yang mungkin wujud melalui beberapa kaedah penilaian
yang dibuat secara formatif.
• Mengubahsuai pengajaran seseorang guru dengan kepelbagaian individu
kanak-kanak yang ada di dalam sesebuah bilik darjah.
• Mengenal pasti aspek atau tajuk yang menunjukkan kecenderungan
kanak-kanak masih lemah dan tajuk yang telah dikuasai oleh kanak-kanak.
• Menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.

Sebagai kesimpulannya, penilaian formatif adalah suatu pendekatan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat untuk menbantu kanak-kanak dan guru.
Maklum balas dan hasil penilaian dapat membantu memperbaiki kelemahan pada guru
dan kanak-kanak.
Penilaian Sumatif

Penilaian Sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian kanak-kanak pada


akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum dan pendekatan pengajaran secara keseluruhannya.

Penilaian sumatif adalah bertujuan untuk:


• Menentukan sejauhmana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang
telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik
darjah telah dicapai oleh kanak-kanak.
• Memberikan ganjaran atau gred kepada kanak-kanak berdasarkan pencapaian
yang ditunjukkan dalam penilaian dan pemerhatian yang dilaksanakan.
Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif dalam konteks
pendidikan awal kanak-kanak, langkah-langkah berikut perlu dijalankan:-
• Menggubal antara item yang perlu dinilai dalam konteks prasekolah terutamanya
yang berkaitan dengan matlamat setiap aspek perkembangan tertentu yang ingin
dikenal pasti. Setiap item haruslah berpadanan dengan objektif perkembangan
tersebut seperti yang telah ditetapkan di dalam Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan.
• Menterjemah item yang telah digunakan untuk tujuan penilaian terhadap kanak-
kanak bukan sahaja mengikut aras kesukaran item tetapi juga mengikut
kebolehpercayaan berkenaan dapat berperanan dengan baik.

Sebagai kesimpulannya, penilaian sumatif adalah untuk menentukan pencapaian kanak-


kanak sebagai satu kumpulan. Tahap pencapaian kanak-kanak yang berbeza akan
ditentukan dalam sesebuah bilik darjah. Penilaian sumatif juga bertujuan untuk
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh kanak-kanak berdasarkan tahap
pencapaian yang diperoleh oleh kanak-kanak dalam penilaian yang dijalankan.
Saringan

Ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam pembinaan item penilaian formatif
dan penilaian sumatif dengan teknik pemerhatian yang sesuai ialah kesahan,
kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran dalam mengelola pembinaan alat penilaian
dengan teknik yang sesuai.

a). Kesahan
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul
maklumatbberkaitan bidang yang ditetapkan. Sesuatu ujian itu dikatakan sah sekiranya
ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya
diukur.
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak kesahan merujuk kepada kaedah
atau teknik pemerhatian untuk tujuan penilaian itu diadakan mengikut tujuan atau
matlamat utama penilaian dilaksanakan terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya penilaian
dilakukan untuk melihat keberkesanan sesuatu aspek perkembangan yang dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak itu. Sebagai contohnya, kesahan penggunaan kaedah anekdot,
rekod selari, skala pemeringkatan, portfolio dan sebagainya.

b). Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu penilaian itu merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan
kebolehbergantungan penilaian berkenaan. Ini membawa maksud sesuatu penilaian yang
boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal ( merujuk kepada beberapa
pentadbiran penilaian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh
diterima pakai tanpa keraguan.
Dalam konteks pendidikan awal prasekolah, kebolehpercayaan boleh merujuk
kepada ketepatan serta kebolehbergantungan penilaian berkenaan dalam aspek
perkembangan kanak-kanak yang dinilai.
Proses Penilaian dalam kelas Prasekolah.

Dalam proses penilaian dalam bilik prasekolah terdapat empat langkah yang harus
diikuti dalam menjayakan proses penilaian.Langkah-langkah tersebut ialah
mengenalpasti, merancang, memantau dan tindakan susulan.
1. Mengenalpasti
Di peringkat atau langkah pertama ini, kanak-kanak akan dibimbing untuk memahami
perkara-perkara seperti:-
• Item yang ingin dikenalpasti terlibat dalam aspek perkembangan kanak-
kanak.
• Perkaitan diantara item-item yang dikenalpasti.
• Item dan objektif yang hendak dicari atau dijawab.

2. Merancang
Selapas memahami objektif penilaian, kanak-kanak akan merancang aktiviti di dalam
proses penilaian. Strategi yang boleh dilaksanakan dengan cara seperti:
• Memilih operasi-operasi yang sesuai
• Menggunakan cara gambar rajah.

3. Memantau
Memantau melibatkan aktiviti seperti berikut:-
• Memeriksa respons dan menentukan penguasaan kanak-kanak.
• Membuat analisis terhadap respons yang diberikan oleh kanak-kanak.
• Merekodkan pencapaian kanak-kanak.

4. Tindakan susulan
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaann, setalah
dikenalpasti kelebihan atau kekurangan perkembangan kanak-kanak. Aktiviti bimbingan
dirancang bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan
kanak-kanak tidak terhimpun. Proses penilaian hedaklah dilaksanakan semula. Aktiviti
pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.

ii. Kaedah pengukuran pencapaian kanak-kanak yang


digunakan di kelas prasekolah.

Skala pengukuran selalunya digunakan ketika menterjemah sesuatu data mentah


yang telah dikumpulkan sama ada menggunakan penilaian formatif atau penilaian
sumatif. Istilah berikut di bawah ini memberi panduan dan bimbingan tentang
keberkesanan dan langkah bagaimana ia boleh diguna pakai dalam proses penilaian
kanak-kanak di sesebuah bilik darjah itu sama ada secara berkumpulan atau individu.
Skala- skala yang dimaksudkan ini seperti skala nominal, ordinal, sela dan nisbah.

1. Skala Nominal
Skala jenis ini selalu dikatakan skala yang paling mudah dan ketepatannya paling rendah.
Skala nominal mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan ciri-ciri kesamaan dan
memberi nama atau label kepada pemboleh ubah tersebut. Contoh pemboleh ialah bagi
jantina dibahagikan kepada lelaki dan perempuan. Kodnya seperti “1” diberi kepada
jantina lelaki dan “2” diberikan kepada perempuan. Data pemboleh ubah yang
menggunakan skala nominal biasanya juga dipanggil sebagai data kategori.

2. Skala Ordinal
Skala ordinal digunakan untuk menggambarkan susunan nilai sesuatu kualiti pemboleh
ubah. Boleh bermula daripada peringkat paling rendah hinggalah kepada peringkat paling
tinggi. Contohnya nombor 1, 2 dan 3 menggambarkan kedudukan prestasi akademik
kanak-kanak dalam kelas dan seterusnya menunjukkan kanak-kanak yang paling
cemerlang hinggalah kepada kanak-kanak yang paling kurang cemerlang. Penggunaan
skala ordinal ini sesuai digunakan pada masa sekarang memandangkan penilaian adalh
salah satu dari tugas guru dalam mengenal pasti perkembangan kanak-kanak di institusi
mereka.
3. Skala Sela
Sela ialah skala yang dianggap sebagai skala persamaan unit. Sebagai contoh, skala sela
digunakan untuk menyatakan suhu seperti perbezaan suhu antara 30 C dengan 40 C,
adalah sama perbezaan suhu 50 C dan 60 C. Beza antara kedua-dua kategori tersebut
ialah 10 C.
Skala sela mampu menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan juga
persamaan dalam unit pengukuran yang digunakan.
Nilai sifar dalam skala sela merupakan satu nilai. Nilai sifar tidak
menggambarkan kosong secara mutlak. Contohnya 0 C adalah satu nilai permulaan suhu
yang menggunakan sistem skla pengukuran celcius.

4. Skala Nisbah
Skala nisbah ialah skala yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbandaing
dengan skala jenis lain.
Nilai sifar dalam skala nisbah berbeza dengan nilai sifar dalam skala sela. Sifar
dalam skala nisbah menunjukkan kosong secara mutlak.
Skala nisbah menggambarkan bukan sahaja persamaan dan perbezaan, malah juga
secara perkadaran atau penggandaan dalam bentuk peratus. Sebagai contoh perbezaan
antara 40 dan 50 adalah sama dengan perbezaan 10 dan 20. Di samping itu 40 adalah 2
kali ganda besarnya daripada 20. Ini menunjukkan kadar diantara 20 dan 40 adalah dua
kali ganda.

5. Skala Diagnostik
Penilaian yang melibatkan skala jenis adalah sesuatu ujian yang mnegenal pasti sesuatu
perkar atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan
punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran penilaian ini
bertujuan untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam
perkembangannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenalpasti maka tindakan selanjutnya
dalam merancang dan meningkatkan perkembangan tersebut.
Ciri-ciri penilaian jenis ini tidak memberikan skor atau gred kepada murid, kerana
penilaian ini dibuat hanya untuk memperbaiki kelemahan tertentu. Penilaian ini juga
hendaklah dijalankan atau dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku atau berlansung dan bukanya pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil dan maklumat daripada hasil penilaian ini akan dihasilkan dalan bentuk profil
individu berasaskan skor tentang aspek-aspek perkembangan yang dinilai. Contoh
penilaian yang boleh dilakukan ialah menilai bacaan murid untuk mengenal pasti
kemahiran murid untuk mengenal huruf. Teknik yang boleh digunakan atau sesuai
digunapakai ialah senarai semak, skala pemeringkatan dan yang bersesuaian dengan
murid.

6. Skala Perkembangan
Skala perkembangan melibatkan penilaian yang merujuk kepada pemerhatian yang
dilakukan secara autentik terhadap kanak-kanak seperti kaedah penggunaan portfolio.
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada hasilan kerja, pencapaian kendiri dan kemahiran
lain yang dimaksudkan untuk setiap aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah berikut
boleh digunapakai dalam kategori skala perkembangan.
a- Penilaian pencapaian
Penilaian terhadap kanak-kanak dalam aktiviti harian mereka di dalam bilik darjah. Guru
akan memerhati dan menulis jurnal untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-
kanak itu melalui kaedah rekod selari, persampelan dan lain yang sesuai. Rekod anekdot
juga sesuai digunakan.
b- Penilaian Holistik
Guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak menggunakan data yang
dikumpulkan dengan kaedah sesuai dalam teknik pemerhatian mengenai perkembangan
sosial, emosi, kognitif dan fizikal serts lain-lain perkembangan yang perlu dan hendak
dinilai.Kaedah yang sesuai digunakan ialah rekod selari, rekod anekdot atau senarai
semak.
c. Penilaian Kendiri
Penilaian jenis ini membolehkan kanak-kanak membuat refleksi terhadap kemajuan diri
sendiri. Guru boleh membantu dalam mengenalpasti pencapaian kanak-kanak dengan
soalan-soalan yang sesuai dengan matlamat penilaian kendiri.
d. Rubrik
Teknik ini membolehkan kedua-dua pihak guru dan kanak-kanak berkongsi pemahaman
terhadap jangkaan pencapaian yang diperlukan sebagai tugasan atau kerja yang
berkualiti. Kanak-kanak secara objektif akan memahami pencapaian mereka dalam
penilaian yang dibuat. Strategi autentik boleh digunapakai dalam mendapat pemahaman
di antara guru dan kanak-kanak. Contoh strategi penilaian autentik seperti dibawah:
• Pemerhatian terhadap individu atau kumpulan kanak-kanak.
• Temuduga dengan kanak-kanak atau ibubapa
• Jurnal guru atau kanak-kanak
• Tugasan penilaian pencapaian
• Masalah atau soalan
• Lukisan
• Gambar
• Seni
• Portfolio
• Naratif
• Rakaman Audio
• Rakaman Video
• Sampel tugasan kanak-kanak dari masa ke semasa
• Tugasan kanak-kanak dengan rubric untuk analisa
• Tugasan menggunakan computer, lukisan dan lain-lain.
Instrument yang digunakan.
1. Rekod Anekdot.
Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau
tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.Rekod
ini perlu ditulis secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana peristiwa
itu berlaku.Pemerhatian dengan teknik ini sesuai untuk merekodkan satu aspek
perkembangan sahaja. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ini adalah seperti
nama kanak-kanak yang dinilai, tarikh, masa, tempat peristiwa yang terjadi, ulasan guru
dan cadangan atau tindakan yang dilakukan oleh guru. Maklumat ini dapat membantu
guru memahami kanak-kanak.

2. Rekod Berterusan.
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat
ke atas individu atau sekumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan
oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini
selalunya dijalankan dalam tempoh 5 – 10 minit.

3. Rekod Peristiwa.
Rekod jenis ini merupakan catatan tengtang tingkah laku yang ingin dinilai.
Dalam proses merekodkan, pemerhati perlu menunggu sehingga tingkah laku yang
hendak dinilai itu ditunjukkan oleh kanak-kanak yang diperhatikan. Jangka masa rekod
peristiwa merupakan jangka masa berlakunya tingkahlaku yang dinilai itu. Rekod
peristiwa ini mudah ditafsirkan dalam bentuk graf.

4. Pemeringkatan Berkala.
Pemeringkatan berkala merupakan kaedah yang menandakan tingkah laku kanak-
kanak berdasarkan darjah kekuatannya seperti sangat kerap, sederhana, kadang-kadang,
jarang-jarang tau tidak pernah. Guru perlu menyediakan skala kadar dan menandakan
tingkah laku tersebut.
5. Senarai semak.
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Ia juga
merupakan satu senarai item yang diperhatikan oleh pemerhati untuk menentukan sama
ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah
laku itu berlaku.

iii. Tindakan susulan yang diambil untuk kemajuan kanak-kanak

.Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan yang


dilakukan oleh guru setelah dikenalpasti kelebihan dan kekurangan perkembangan setiap
kanak-kanak.Tindakan susulan yang boleh diambil untuk memastikan kemajuan kanak-
kanak ialah dengan cara mengenalpasti kelemahan yang dihadapi oleh setiap kanak-
kanak. Di dalam kelas prasekolah terdapat pelbagai jenis kanak-kanak iaitu kanak-kanak
yang cerdas, lemah, pendiam dan sebagainya. Kanak-kanak ini perlu dikatogerikan
dahulu sebelum membuat tindakan susulan.
Bagi kanak-kanak yang lemah, guru perlu memberi aktiviti yang bersesuaian
dengan tahapnya. Ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri dan tidak
berasa diri mereka lemah. Kanak-kanak yang lemah ini perlu diberikan perhatian agar
setiap dari kanak-kanak ini mnendapat perhatian dan bimbingan yang sepenuhnya.
Perkembangan kanak-kanak perlu dipantau dan bimbingan secara individu atau
kumpulan hendaklah dilakukan secara adil dan saksama.
Kanak-kanak yang lemah ini juga perlukan perhatian dan tunjuk ajar yang lebih
daripada guru dan ibubapa. Ini untuk memberi dorongan dan semangat kepada kanak-
kanak yang lemah ini.
Bagi kanak-kanak yang cerdas pula perlu diberikan aktiviti yang boleh menguji
minda mereka dan mencabar. Ini akan menaikkan semangat kanak-kanak ini untuk
melakukan aktiviti. Aktiviti yang sederhana dan tidak menarik akan mematikan semangat
dan minat kanak-kanak ini untuk belajar.
Peranan Ibu Bapa atau keluarga dalam Penilaian dan
Kemajuan Kanak-kanak.
Penglibatan ibubapa dan keluarga dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah
amatlah penting. Ini kerana ibubapa dan keluarga adalah insane-insan yang pertama
wujud dalam kehidupan kanak-kanak. Keluarga adalah tempat yang paling selamat bagi
kanak-kanak. Ibubapa juga ialah guru atau pendidik yang pertama sebelum kanak-kanak
tiba ke sekolah.
Peranan keluarga merujuk kepada peranan ibu bapa atau penjaga secara langsung
dan tidak langsung dalam penilaian kanak-kanak. Peranan mereka boleh memberi kesan
yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah. Ibubapa memainkan peranan
yang penting secara tidak langsung dalam proses penilaian untuk:

1. Mengukuhkan Pembelajaran
Ibu bapa yang prihatin akan membantu dan menggalakkan anak mereka
meneruskan amalan atau apa yang telah dipelajari di tadika seperti;
i. Amalan memberi salam, ucap selamat dan terima kasih
ii. Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menghidangkan makanan dan
mengemas
iii. Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika
iv. Membaca buku, menulis, melukis, membuat kolaj dan lain-lain

2. Menyumbangkan Kepakaran atau Sebagai Rujukan


i. Memberi penerangan tentang pekerjaan
ii. Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf
iii. Membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita, bernyanyi dan
menggunakan komputer.
v. Memberi khidmat nasihat dan runding cara
3. Memberi Sumbangan Tenaga dan Bahan
i. Menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran
ii. Membaiki alat permainan luar
iii. Membina taman sains
iv. Menderma alat permainan terpakai
v Mengadakan lawatan atau berkelah
vi. Menyediakan props

4. Memberi Khidmat Kebajikan


i. Memberi sumbangan untuk aktiviti sukaneka atau persembahan tahunan.
ii. Menjadi ahli jawatankuasa Prasekolah.
iii. Bergotong- royong membersihkan sekolah.
Tuliskan satu laporan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti tersenarai
diatas. Sertakan beberapa contoh borang atau laporan penilaian dan kemajuan
kanak-kanak. Berikan pendapat tentang kaedah yang digunakan dan cadangan
anda untuk penambahbaikkan.

Laporan penilaian dan kemajuan kanak-kanak untuk tugasan kali ini dibuat di
Kelas Prasekolah Sekolah Kebangsaan Padang Luas. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
2003 lagi. Guru prasekolah yang bertugas disekolah ini ialah Encik Mohd Hilmi bin
Mohd Jamil dan Puan Junaidah binti Mat Harun. Di sekolah ini terdapat dua kelas
prasekolah. Walaubagaimanapun saya telah memilih kelas Prasekolah Bestari dibawah
jagaan Encik Hilmi bin Mohd Jamil.
Setelah meneliti dan membuat tinjauan ke kelas ini, saya mendapati Cikgu Hilmi
menggunakan buku Profail yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
sebagai bahan untuk membuat penilaian dan pemerhatian. Penilaian yang dijalankan agak
mengelirukan dan hanya difahami oleh guru dan pembantunya sahaja.
Rekod-rekod seperti anekdot, rekod berterusan, senarai semak dan sebagainya
lagi tidak digunakan. Ini kerana pada pandangan guru, hanya akan membebankan beliau
yang telah banyak menerima tugasan daripada pihak pentadbir. Tambahan pula, tidak
mempunyai kemahiran untuk menulis rekod-rekod yang disebutkan diatas. Guru hanya
menyediakan apa yang diperlukan oleh jabatan sahaja.
Penilaian terhadap tahap perkembangan kanak-kanak terhadap penguasaan
sesuatu kemahiran dicatat dalam satu buku yang dibuat khas oleh guru berkenaan. Buku
ini agak sistematik dan digunakan sebagai rekod peribadi kanak-kanak untuk
mengkatogerikan kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Hanya kanak-kanak yang
dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dicatatkan. Bagi kanak-kanak yang
belum menguasai abjad atau membaca nama tidak akan disenaraikan.
Hasil lawatan saya juga mendapati guru tidak dapat menumpukan perhatian
kepada penilaian terhadap sesuatu aspek contohnya penilaian perkembangan sosioemosi
kanak-kanak. Ini kerana guru hanya menumpukan kepada aktiviti yang dijalankan
didalam kelas sahaja. Menurut guru lagi, penilaian tidak dapat dijalankan kerana
kesuntukkan masa dan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti yang dirancang tanpa
pemantauan guru.
Dapatan yang saya boleh ambil ketika sesi lawatan saya ialah penilaian
menggunakan portfolio kanak-kanak. Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan fail
individu. Setiap hasil kerja murid akan disimpan di dalam fail tersebut. Ini boleh dibuat
sebagai penilaian sumatif kerana diakhir pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan
dinilai dan diberikan markah berapa bintang yang patut diperolehi. Penilaian jenis ini
didapati berkesan kerana kanak-kanak membuat aktiviti dengan berhati-hati untuk
mendapatkan seberapa banyak bintang.
Bagi ibubapa pula, terus mendesak guru untuk mengetahui tahap pencapaian
anak-anak mereka melalui peperiksaan. Oleh kerana desakan daripada pihak keluarga
atau ibubapa guru telah menjalankan ujian secara formal. Pengredan dan klasifikasi
mengikut kebolehan kanak-kanak telah membuatkan kanak-kanak yang pandai malas
belajar kerana merasakan diri mereka telah mengetahui banyak perkara dan menimbulkan
perasaan meninggi diri. Walaubagaimanapun, ibubapa telah tersalah anggap terhadap
penilaian yang dijalankan dikelas prasekolah. Mereka tetap mahu kanak-kanak diletakkan
dan kategerikan mengikut nombor.
Cadangan untuk Penambahbaikkan.
Setelah melihat proses penilaian yang telah dibuat dikelas prasekolah Sekolah
Kebangsaan Padang Luas, saya mendapati beberapa perkara perlu diberi
penambahbaikkan seperti berikut:-

1. Pengurusan Penilaian
Pengurusan bahan-bahan penilaian seperti rekod-rekod perlu lebih sistematik.
Contohnya menyediakan satu fail untuk menyimpan hasil dan maklumat yang telah
dinilai. Ini akan memudahkan guru untuk meneruskan penilaian berdasarkan kelemahan
kanak-kanak yang dinilai.

2. Pendedahan kepada keluarga.


Guru prasekolah perlu mengadakan perbincangan yang khusus untuk
memberitahu ibubapa agar mereka memahami perjalanan pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak di kelas prasekolah yang tidak mementingkan pengredan dan hanya
mementingkan tahap perkembangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Dengan ini
ibubapa dapat memberikan sumbangan mereka. Contohnya, guru boleh meminta ibubapa
memerhatikan kanak-kanak ketika dirumah. Maklumat yang diberikan oleh ibubapa dapat
membantu guru dalam membuat penilaian dalam aspek perkembangan emosi. Peranan
ibubapa dapat dapat membantu kanak-kanak dan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hubungan dua hala yang ini dapat membina peluang pembelajaran yang
baik untuk kanak-kanak. Oleh itu peranan ibubapa juga penting dalam proses penilaian
dan diharap guru kelas ini dapat memanfaatkannya.

3. Penggunaan sudut atau ruang.


Guru perlu menggunakan ruang yang ada dengan lebih baik. Contohnya
penggunaan ruang tunjang kemanusiaan. Ini dapat membentuk keperibadian kanak-kanak
yang baik. Manakala penggunaan sudut tunjang bahasa dan komunikasi pula membantu
kanak-kanak mengenal abjad atau kemahiran membaca. Pengunaan ruang yang baik
boleh membantu guru menjalankan penilaian. Ruang yang terlalu besar akan
membahayakan kanak-kanak kerana membolehkan kanak-kanak ini berlari. Susunan
ruang yang betul dan bersesuaian dapat membentuk disiplin mereka ketika menjalankan
pelbagai aktiviti.

4. Penilaian secara Individu.


Mengadakan penilaian secara individu. Guru menjalankan aktiviti penilaian terutamanya
kepada kank-kanak yang boleh menguasai banyak perkembangan. Ini akan lebih
memberikan maklumat yang sebenar terhadap pencapaian kanak-kanak tersebut.
Contohnya guru meminta kanak-kanak membaca kad-kad perkataan atau nombor-nombor
yang terdapat disekeliling dansekitar kelas prasekolah. Ini dapat membantu guru
memahami kanak-kanak tersebut.

5. Pemilihan kanak-kanak.
Pemilihan kanak-kanak untuk membuat penilaian dan pemerhatian untuk merekod dalan
rekod anekdot mestilah dijalankan untuk memastikan kanak-kanak tidak ketinggalan dan
dapat dijalankan dimasa yang bersesuaian. Walaupun guru mempunyai bebanan tugas
yang banyak, penilaian ini perlu dirancang dari awal lagi untuk memudahkan kerja-kerja
guru di masa hadapan.

6. Pemahaman Guru Terhadap Penilaian.


Sebagai guru prasekolah, perlu menimba ilmu dan memahami setiap jenis penilaian yang
perlu digunakan untuk memnjadikan penilaian yang dibuat mempunyai tahap
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
Kesimpulannya.

Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat, saya mendapati penilaian sama ada
formatif, sumatif dan saringan perlu dijalankan di setiap kelas prasekolah. Penilaian ini
perlu dilakukan untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pengajaran guru. Begitu juga
dengan tahap kebolehan kanak-kanak yang perlu dinilai untuk mengetahui samada kanak-
kanak dapat menguasai kemahiran yang ajar ataupun tidak. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang guru jalankan dapat dinilai dengan lebih cepat. Setiap guru prasekolah
perlu tahu menggunakan jenis-jenis penilaian dan instrument yang ada untuk
menambahbaikkan dalam setiap pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.
Penilaian perlu dilakukan kerana setiap kanak-kanak mempunyai tahap
penerimaan yang berbeza diantara satu sama lain. Pemerhatian daripada guru akan
membolehkan kanak-kanak menguasai setiap perkembangan yang diajarkan dikuasai dan
membawa makna kepada kanak-kanak ini. Adakalanya guru tidak pasti kanak-kanak ini
dapat menerima apa yang telah diajarkan. Oleh itu, melalui penilaian yang pelbagai ini
pasti dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah.
RUJUKAN

Ee Ah Meng (1995) . Sekolah dan Perkembangan kanak-kanak. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dr. Mariani Md. Nor, Hamidah Sulaiman (2009). Penilaian Kemajuan Kanak-Kanak.
Open University Malaysia.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Putri Zabariah A R, Bustam K.R. Hamzah (2005). Tadikan Berkualiti. Pahang PTS
Profesional Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. (2001) Perkembangan Kanak-kanak (Penilaian secara Portfolio)-


Universiti Putra Malaysia, Serdang.

http://cikduani.blodsort.com/2009/03/penilaian-diprasekolah.html.

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/surayahzaidon.pdf.

www.penilaiankanak-kanak.