Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SekolahKebangsaanLadangSabapalm,
PetiSurat 27, Telefon : 011-19583416 (GB)Emel
90107 Beluran, Sabah. : XCA2132@gmail.com

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”


Rujukan Kami :SKLS(BN)/500-5/7(1)
Tarikh : 8/10/2018
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Daerah Beluran
Peti Surat 27
90107 Beluran

Melalui,
En. Ahmad Bin Aman
Penolong Pegawai Pendidikan Beluran
(Penyelaras Bengkel CEFR)

TUAN
Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Bengkel Penataran Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar
Tahap Penguasaan CEFR 2018

Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. Saya Norizam B. Ancharuddin Guru
Bahasa Inggeris Tahun 3 SK. Ladang Sabapalm tidak dapat hadir disebabkan beberapa
masalah. Antaranya ialah;

2. Kekangan Masa dan Tugas Hakiki. Untuk makluman tuan, saya merupakan guru
Bahasa Inggeris untuk kelas tahun 2,3, dan 5. Namun ketiadaan guru option kami yang sedang
cuti bersalin maka saya diarahkan untuk “Cover” kelas tahun 1 hingga tahun 5. Seterusnya,
melaksanakan instrument Literasi Bahasa Inggeris untuk kelas tahun 1, 2, dan 3.

3. Persediaan atlet dan sekolah sebagai pengelola Sukan Pedalaman untuk acara Bola
Baling edisi 2018 yang akan berlangsung pada 8hb Oktober 2018. Guru bertindak sebagai
jurulatih dan setiausaha KOKUM.

4. Guru terlibat dengan program sekolah iaitu Penutupan Bulan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia pada 3hb Oktober 2018 sebagai pengerusi majlis.

Sekali lagi saya mewakili pihak sekolah memohon maaf atas masalah ketidakhadiran saya ke
bengkel tersebut. Sebagai satu cadangan murni, pihak sekolah mencadangkan bengkel “ in
house” diadakan di sekolah bersama- sama SK. Tagas- Tagas dengan menjemput cikgu
Suhairie Dikar dari SK. Lingkabau sebagai Penceramah. Mohon di pertimbangkan.

Sekian, Terima Kasih.

Saya yang Menurut Amanah,

………………………………………………
(NORIZAM BIN ANCHARUDDIN)
Guru Bahasa Inggeris Tahun 3
SK. Ladang Sabapalm

Sk. Fail

Anda mungkin juga menyukai