Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN POKOK SENA

13220 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG


Tel/Fax: 04-5735844

UNIT UNIT KOKURIKULUM


PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2018 ( Peringkat Sekolah)
TARIKH 13 OKTOBER 2018
TEMPAT Dataran Bestari, SMK Pokok Sena
SASARAN Pelajar-pelajar SMK Pokok Sena dari tingkatan satu hingga tingkatan lima serta
pelajar-pelajar PPKI.

MATLAMAT Memperkasa warga SMK Pokok Sena dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian kea rah
menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup pilihan.
OBJEKTIF Antara objektif program ini adalah untuk:
1. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
2. Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah.
3. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan program
Hari Sukan Negara.
PENGISIAN Hari Sukan Negara 2018
PROGRAM - Senamrobik
-Sukaneka
-Sepak takraw
-Street soccer
-Bola Tampar
-Bola Jaring
LAPORAN Segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Program Hari Sukan Negara
AKTIVITI dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh Pasukan Jurulatih luar. Penglibatan
para guru dan pelajar amat menggalakkan. Aktiviti pertandingan sukaneka, sepak takraw,
street soccer, bola tampar dan bola jaring turut diadakan secara serentak di dataran terbuka.
Para peserta yang telah berjaya menerima hadiah berupa hamper.
KEKUATAN 1. Aktiviti dimulakan dengan acara memanaskan badan iaitu senamrobik.
2. Pelbagai atucara dipertandingan seperti pertandingan bola tampar, bola jaring,
sepak takraw, futsal dan sebagainya.
3. Penyertaan guru dan murid amat menggalakkan.
4. Semua guru dan murid amat komited atas tugas yang telah diamanahkan.
KELEMAHAN 1. Terdapat pelajar berkeliaran di kawasan gelanggang Seroja dan juga di
kawasan yang tidak sepatutnya.
CADANGAN Pengawasan yang lebih ketat harus dijalankan agar dapat mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku.
PENUTUP Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar khususnya dalam bidang sukan. “Majulah Sukan Untuk Negara”.
Disediakan oleh: Disahkan oleh

………………………………………… ………………………………………………
(SAIDATUL AINOOR BINTI SHAHARIM) (AZMA BINTI ISMAIL)
GURU DOKUMENTASI PENGETUA
SMK POKOK SENA SMK POKOK SENA
LAMPIRAN

Penyertaan senamrobik daripada pelajar Jurulatih senamrobik jemputan.

Penyertaan daripada barisan guru. Penyertaan daripada barisan pentadbir.

Pertandingan Bola Tampar Pertandingan Bola Jaring

Penyampaian hadiah kepada pemenang Taklimat ringkas bagi sesi penutup


LAPORAN DOKUMENTASI
HARI SUKAN NEGARA 2018
(PERINGKAT SEKOLAH)

HARI SUKAN SEKOLAH 2018


(PERINGKAT SEKOLAH)

SMK POKOK SENA,


13220 KEPALA BATAS, PULAU PINANG

13 OKTOBER 2018
SABTU
7.20 PAGI – 11.00 PAGI
DATARAN BESTARI