Anda di halaman 1dari 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULAIMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH KALI


KE-2 TAHUN 2019

Tarikh : 5 Mac 2019

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Parit Sulaiman

Pengerusi : Pn Kalsoum Binti Abd Rahman

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah Kali Ke-2.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadangkan untuk disahkan oleh En Shamsul Azri Bin Sa’adun


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Suraya Binti Mahmood

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


TIADA

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT

4.1 KWAMP

4.1.1 Seramai 25 orang murid telah dipilih untuk menerima bantuan KWAPM
kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 2019 melalui persetujuan ahli
jawatankuasa .

Tindakan: Semua AJK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.3 Murid dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan penyata gaji


ibu bapa yang terkini setelah keputusan pemilihan KWAMP diterima bagi
memudahkan Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM) meneliti kelayakan
mendapatkan bantuan sewajarnya.

Tindakan: Semua AJK

4.2 Lantikan Penyelaras Unit KWAPM

4.2.1 Penyelaras Unit KWAMP SK Parit Sulaiman 2019 ialah En Muhd Afiq Bin
Suliman. Bagi Ahli Jawatankuasa kecil dilantik berdasarkan guru bagi
setiap kelas Tahun 2019. Surat edaran lantikkan akan diedarkan kepada
guru yang dilantik.

Tindakan: Semua AJK

4.2.2 Penyelaras Unit KWAMP akan menyemak kelayakan murid iaitu


mengasingkan borang murid yang lengkap dan tidak lengkap dan mengisi
data KWAPM secara online.

Tindakan : Penyelaras KWAMP

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Haslinda menyatakan bahawa ibu bapa mengambil


ringan tentang pengisian borang bantuan KWAPM dan ini akan
menyebabkan Penyelaras KWAMP sukar untuk mendapatkan semula
borang tersebut daripada murid - murid. Ini boleh menyebabkan murid
tercicir dalam sukar menerima bantuan yang sepatutnya.

Tindakan: Semua AJK

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Dicatat oleh, Disahkan Oleh,

..........................................……… ……...............................………...........
( MUHD AFIQ BIN SULIMAN ) ( PN. KALSOUM BINTI ABD RAHMAN)
Setiausaha Unit KWAPM, Guru Besar,
SK Parit Sulaiman , SK Parit Sulaiman,
Pontian , Johor. Pontian, Johor.

Tarikh : 6 Mac 2019 Tarikh : 6 Mac 2019

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai