Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KELOMPOK
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok
TOPIK 8
(Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)
Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yang sesuai
diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan
pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi
relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.
Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk
memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep
kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja
tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial.
Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti
dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior
experiences, and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and
effective for them; it teaches to and through the strengths of these students”. Ulasan yang
utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-
murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran
lebih optima dan berkesan bagi semua murid.
Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik
darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan
keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan
bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.
Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus
berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi
memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made
relevant to the student by finding an intersection between (a) the student’s knowledge and skills
and (b) school’s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can
discover the connections between what she knows and what teachers want her to know” (Lee
1992). Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan
murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai
hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.
Definisi :
Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria
Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers students
intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge,
skills, and attitudes.”1
Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza,
guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru
yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar
belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran.
Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda bincang
dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?” Selepas
berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.
Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994)
dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :
Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil
perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus
mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :
Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran
sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh
menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa
semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Anda juga boleh berhubung dan
berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan
murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid
pelbagai budaya. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan
individu. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:
2. Penemuan
Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat
majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk
: Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi
rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman
supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat
perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau
memperbaiki persepsi budaya masing-masing
3. Projek
Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan
budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan.
Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza
supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza.
Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya
yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek
berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.
Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat
guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan bacaan yang
merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid.
Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid
ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi
pelbagai budaya harus :
Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam
bilik darjah anda.
Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.
Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.
Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.
Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.
(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan
berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.
(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru
perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.
Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan
perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk
perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya
tidak menjejaskan budaya seseorang murid.
Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah
komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan
atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.
Bil Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan
semasa Pengajaran & Pembelajaran
1
2
3
4
5
6
7
Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus
beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan
menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan
yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami
bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.
Rumusan
Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually,
socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and
attitudes”
Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur,
kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam
kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi
Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira
perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.
Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th
Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Rujukan
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston:
Allyn Bacon.