Anda di halaman 1dari 9

PROFESIONALISME :

PROFESION &
PROFESIONAL

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 ISU-ISU YANG TERJADI DI SEKELILING INSAN YANG BERNAMA GURU
2.1 ISU 1 : ISU, HURAIAN, RUJUKAN, CADANGAN PENYELESAIAN,
HURAIAN, RUJUKAN
2.2 ISU 2 : ISU, HURAIAN, RUJUKAN, CADANGAN PENYELESAIAN,
HURAIAN, RUJUKAN
2.3 ISU 3 : ISU, HURAIAN, RUJUKAN, CADANGAN PENYELESAIAN,
HURAIAN, RUJUKAN
2.4 ISU 4 : ISU, HURAIAN, RUJUKAN, CADANGAN PENYELESAIAN,
HURAIAN, RUJUKAN
2.5 ISU 5 : ISU, HURAIAN, RUJUKAN, CADANGAN PENYELESAIAN,
HURAIAN, RUJUKAN
3.0 PENUTUP
4.0 BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan
lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang
profesional. Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan
dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya (KBBI, 1994).
Jadi profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang
profesional (Longman, 1987).
Profesion pula adalah suatu pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan
tinggi dan yang melalui latihan khusus dan berterusan, seperti dalam bidang perubatan, seni
bina, keguruan dan lain-lain. Dalam erti kata lain, profesion adalah pekerjaan yang
memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu.
Adapun profesional ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa
mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang
berkualiti.
Maka tidak dapat tidak mereka yang berprofesion keguruan atau bekerja sebagai
seorang guru hendaklah sentiasa bersikap profesional iaitu dengan meluaskan pengetahuan
dan kemahirannya, memberi perkhidmatan yang terbaik dan tidak berbelah bagi, mendidik
dengan ikhlas dan hati yang bersih murni, berintegriti, berakauntabiliti dan sebagainya
disamping menjaga etika sebagai seorang guru supaya jauh daripada sifat-sifat mazmumah
seperti tidak berketrampilan, ilmu yang tidak kompeten, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan
yang munasabah dan lain-lain lagi.
Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang lima (5) isu yang berlegar di
sekitar profesion keguruan dengan mencuba mengemukakan huraian isu dan cadangan
penyelesaiannya dengan sebaik-baiknya.

2.0 ISU-ISU YANG TERJADI DI SEKELILING INSAN YANG BERNAMA GURU


Penulis cuba mengkelaskan isu satu persatu dengan mengemukakan huraian dan cadangan
penyelesaiannya.
2.1 ISU 1 : TIDAK HADIR (PONTENG) / LEWAT KE SEKOLAH TANPA
ALASAN MUNASABAH. Iaitu guru yang lewat ‘punch card’ (tanda kehadiran).
Seorang guru diberikan masa yang tertentu untuk berada di sekolah. Sebagai
contoh, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang menetapkan bagi
guru Tahfiz untuk berada di sekolah sebelum atau pada pukul 6.30 pagi. Sekiranya
seseorang guru datang ke sekolah selepas pukul 6.30 pagi, beliau dikira telah
lewat ke sekolah.
Begitu juga dengan ponteng atau tidak hadir ke sekolah, seseorang
guru jika tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah, dikira sudah
melanggar etika sebagai seorang guru. Basu (2005) menyatakan bahawa
isu guru ponteng dan lewat masuk kelas merupakan satu isu yang berkaitan
dengan integriti guru.
Cadangan penyelesaian isu ini adalah dimulai dengan kesedaran
pada diri sendiri. Guru perlu sedar bahawa mereka sebagai pembentuk
generasi pemimpin negara pada masa hadapan. Guru perlu
memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk murid-murid ini
menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranannya dengan
mengadakan pelbagai aktiviti perkembangan profesional dalam pengurusan
guru yang berintegriti. Mereka juga perlu mengambil berat tentang
perkembangan guru dan sekolah dengan menjalankan pemerhatian dan
pemantauan yang berterusan.
Pentadbir juga perlu berbincang secara individu bersama guru yang
bermasalah untuk mengkaji dan mengetahui sebab sebenar guru tersebut
mengabaikan tugasannya. Dengan komunikasi sedemikian akan mendapat
punca masalah seterusnya diselesaikan secara berhemah.
2.2 ISU 2 : BEBAN KERJA YANG MENGGUNUNG. Iaitu guru yang dibebani
dengan tugas kerja yang banyak sama ada kerja yang melibatkan kurikulum,
kokurikulum, kerja pentadbiran, pengkeranian dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang seseorang guru perlu memegang bermacam-macam jawatan
di sekolah sehingga urusan keluarga terabai disebabkan keperluan menuntut
supaya urusan sekolah segera diselesaikan. Hal ini kerana guru tersebut
menjadi tumpuan utama disebabkan pengalamannya yang luas atau sebab-
sebab yang lain.
Pembahagian tugas oleh pentadbir sesebuah sekolah yang tidak
seimbang juga menyebabkan sebahagian guru mendapat tugas yang banyak
dan berat berbanding sebahagian yang lain.
Cadangan penyelesaiannya ialah ibubapa perlu mengambil peranan
dengan menggalas tugas guru yang sesuai seperti semasa hari sukan
sekolah, ibubapa boleh melibatkan diri menjadi ahli jawatankuasa yang
menguruskannya. Juga seperti program-program lain terutama yang
melibatkan dengan pihak luar.
Pembahagian kerja yang seimbang juga memainkan peranan yang
penting. Pihak pentadbiran sekolah perlu mengenal pasti akan kedudukan
keseluruhan guru, menganalisa kebolehan dan kemampuan mereka,
menyenaraikan tugas sedia ada mereka secara terperinci dan sebagainya
sebelum memberi tugas kepada mereka. Pembahagian tugas yang seimbang
dan adil memberi keselesaan kepada semua guru terutama dari sudut emosi
mereka. Abdul Shukur Abdullah (1991) mengatakan bahawa gabungan antara
tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan.
Selain itu, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah
dapat meringankan beban guru. Bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan
Sri Muhyiddin Yassin bersetuju guru tidak perlu dibebankan dengan tugas
perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru
sebagai pendidik anak bangsa.
2.3 ISU 3 : LEMAH KAEDAH MENGAJAR@PEDAGOGI. Iaitu guru yang tidak
mengikuti diploma pendidikan sebelum melangkah ke medan perguruan.
Mereka tidak didedahkan dengan kaedah pengajaran yang berkesan,
kepentingan falsafah dalam pendidikan, ilmu psikologi untuk mengenal
dengan lebih mendalam personaliti anak-anak murid di dalam bilik darjah dan
lain-lain pembelajaran. Kadang-kadang ada juga guru yang sudah mengikuti
diploma pendidikan tetapi masih lemah kaedah pengajaran atau
pedagoginya. Guru tersebut mungkin tidak berani atau tiada keyakinan diri
untuk mengaplikasi segala kaedah pengajaran yang dipelajari semasa
mengikuti diploma pendidikan di dalam kelas atau kuliah. Perasaan tidak
yakin dan takut itu membantutkan kemahirannya dan kemampuannya yang
terpendam. Hal ini disebabkan sifat malu yang tinggi, kurang pendedahan
terhadap kemampuan bercakap di khalayak ramai, tiada pengalaman berucap
di hadapan penonton, tidak mengulangkaji pelajaran terutama kaedah
pengajaran yang berkesan dan lain-lain lagi.
Cadangan penyelesaian isu ini ialah perlunya kerajaan menyediakan
kursus diploma pendidikan dan mewajibkan kepada semua guru untuk
mengikutinya sama ada dibiayai atau bayaran sendiri. Kerajaan juga perlu
memperkasakan kursus ini dengan menyediakan tenaga pengajar yang
berpengalaman dan berkesan bagi guru-guru yang masih belum
mengikutinya. Selain itu, guru-guru yang sudah mengikuti kursus itu
tetapi takut dan tidak yakin untuk mencuba kaedah pengajaran yang baharu
di pelajari perlu mengubah sikap menjadi pemberani dan tidak takut
melakukan kesalahan yang tidak disengajakan. Guru perlulah berani
mencuba benda baharu semata-mata untuk kepentingan anak muridnya.
Semata-mata untuk masa hadapan mereka. Kerana anak muda adalah
cerminan sesebuah negara. Bagaimana corakan itu yang akan menentukan
maju mundur sesebuah intitusi / negara.
2.4 ISU 4 : GANGGUAN SEKSUAL. Iaitu gangguan yang berbentuk fizikal
seperti meraba, mengenyit mata yang tidak bertempat, menunjukkan atau
membuat bentuk secara olok-olok kepada mangsa anggota-anggota badan
yang sensitif seperti dada wanita, kemaluan setiap jantina dan lain-lain lagi.
Ada juga gangguan berbentuk lisan seperti kata-kata, gurauan, usikan, bunyi-
bunyian yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual seperti membuat
bunyi mendesah seolah-olah sedang melakukan kelamin, mengajak berzina
dan lain-lain lagi. Semua ini dilakukan sama ada sengaja atau tidak, gurau
atau serius sehingga menyebabkan mangsa merasa tersinggung dengan
perbuatan tersebut.
Wilson (1995) menyifatkan gangguan seksual ini dikaitkan dengan
perilaku pekerja lelaki yang berbentuk seksual dan biasanya berlandaskan
kepada kuasa jawatan yang disandang oleh lelaki berkenaan. Biasanya ia
dinisbahkan kepada pemangsa adalah orang lelaki dan mangsa adalah orang
perempuan tetapi ada juga sebahagian kes yang menunjukkan sebaliknya.
Cadangan penyelesaiannya ialah kerajaan Malaysia telah
menggariskan secara komprehensif mekanisma dalaman tentang Kod
Amalan yang patut ditubuhkan oleh sesebuah organisasi / sekolah supaya
perbuatan ini dapat dicegah dan ditangani di tempat kerja. Antara mekanisma
tersebut ialah satu kenyataan dasar yang melarang gangguan seksual di
dalam organisasi, definisi gangguan seksual yang jelas, program promosi dan
pendidikan bagi memberi penerangan tentang dasar syarikat mengenai
gangguan seksual ini, amaran dan hukuman yang akan dikenakan terhadap
pemangsa dan lain-lain lagi. Semua ini disusun adalah bertujuan supaya
pemangsa sentiasa beringat akan akibat daripada perbuatan ini.
Begitu juga di dalam sesebuah organisasi / sekolah, peranan dakwah
perlu diperkasakan dan dipergiatkan lagi seperti menganjurkan ceramah
agama bulanan dengan mengaitkan dan menekankan soal etika seorang
muslim yang bertaqwa di tempat kerja, mengulangi semula lagi dan lagi
tentang nilai murni etika penjawat awam sama ada di perhimpuanan guru
bulanan atau mingguan, menampal poster-poster tentang implikasi gangguan
seksual di tempat kerja di setiap dinding-dinding sesebuah organisasi dan
sebagainya.
2.5 ISU 5 : MASALAH MENTAL. Iaitu masalah atau kecelaruan yang berlaku ke
atas mental atau pemikiran guru sehingga menyebabkan perubahan sikap,
perbuatan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya yang menjurus ke arah
negatif. WHO (World Health Organization) mendefinisikan sebagai
ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak boleh bekerja
secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru,
ia diiktiraf sebagai sebuah penyakit dan berupaya untuk pulih semula jika
menerima rawatan yang cepat dan berkesan.
Cadangan penyelesaian isu ini ialah dengan memberi bantuan
kepada yang terlibat sama ada berbentuk kaunseling atau membawanya
berjumpa doktor yang berkenaan agar dijalankan analisis dan mengenal pasti
punca masalah sebelum disusulkan dengan tindakan-tindakan yang
sewajarnya.
Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan
yang harmonis boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan hidup. Amalan
seperti bersosial, bertukar-tukar fikiran dan pandangan, berkongsi masalah
dan jalan penyelesaian mampu memupuk sifat bertoleransi, sabar dan ceria
seterusnya meredakan ketegangan dan tekanan dalam kehidupan.
Pengurusan masa yang teratur dan pembahagian kerja yang tersusun pula
dapat meringankan lagi beban kerja yang menggunung seterusnya
mengurangkan risiko masalah mental. Dalam masa yang sama, bersenam
seperti berjoging, berenang atau berbasikal juga mampu meningkatkan tahap
kesihatan seseorang itu ke arah yang lebih baik dan lumayan lantas
menghindarkannya daripada anasir-anasir yang boleh mangganggu mental
mereka.

3.0 PENUTUP
Seseorang ahli profesion yang berdedikasi, khususnya dalam profesion perguruan,
hendaklah mempunyai empat (4) aspek pekerjaan yang sangat penting berhubung dengan
profesionnya. Pertama, dia perlu memikirkan dan muhasabah profesionnya supaya dia
boleh memperbaiki amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Kedua adalah merancang.
Dia perlu merancang apakah kaedah pengajaran yang sesuai untuk anak muridnya supaya
memberi kesan terhadap mereka. Ketiga adalah menjalankan tugas tersebut. Iaitu perlu
melaksanakan tugas-tugas mengajar dan mendidik mereka. Dan yang terakhir adalah
memperbaiki segala amalan-amalan yang telah dilaksanakan supaya berlaku
penambahbaikan di masa akan datang.
Oleh itu, profesion perguruan sepatutnya bersedia memperbaharui pengetahuan dan
kaedah pengajaran mereka dengan bersifat toleran terhadap berbagai-bagai pembaharuan
yang berlaku seperti sumber ilmu baru daripada rakan sekerja, ilmu-ilmu pedagogi yang
didapati di dalam buku-buku karangan ahli-ahlinya, kursus-kursus yang diwujudkan untuk
penambahbaikan kaedah pengajaran sama ada berbayar atau tidak dan lain-lain lagi
pembaharuan. Semua itu adalah untuk memastikan anak murid sentiasa menghayati ilmu
yang didapati dengan lebih berkesan. tamat
4.0 BIBLIOGRAFI

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Profesionalisme

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=profesion

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di http://www.scribd.com/doc/103981807/Definisi-Profesion

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di http://prezi.com/m/qyrz3cnajg3w/isu-integriti-guru-


ponteng/

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di repo.uum.edu.my > Zakaria_Ismail

Di muat turun pada 27 Mac 2018 di ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2009&dt=0322&pub=kosmo&sec=Renca na_Utama&pg=ru_02.htm

Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jim Knight / Hamidah Baba (1997). Kemahiran Profesional Untuk Guru : Kemahiran
Penugasan Untuk Guru. London. Kogan Page Limited.

Omar Mohd Hashim (1991). Pengisian Misi Pendidikan. Hulu Klang. Percetakan dewan
Bahasa dan Pustaka

Mohd Tap bin Salleh dan Kawan-kawan (2006). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.
Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Anda mungkin juga menyukai