Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGENALAN
Ajaran menurut bahasa bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk,
teori, mazhab atau hukuman (Kamus Dewan 2007: 20). Sesat menurut bahasa bermaksud
tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru atau menyimpang dari
jalan yang benar (Kamus Dewan 2007: 1478). Kombinasi perkataan “ajaran sesat” menurut
Kamus Dewan bermaksud ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam
(Kamus Dewan 2007). Menurut Panel Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (JAKIM 2010: 3), ajaran sesat bermaksud ajaran atau
amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya
berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran
Islam tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan
syariah Islam berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.
2. QADIANI
Ajaran Qadiani berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam
Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab.
Bapa beliau bernama Mirza Ghulam Murtadha sementara ibunya Chiragh Bibi. Mirza Ghulam
Murthada disifatkan sebagai berketurunan Parsi berasal dari Samarkand sebelum berhijrah ke
India dan menetap di Qadian.Setelah menetap di India, Mirza Ghulam Murthada berjaya
menjawat kedudukan penting dalam sistem pentadbiran British di India dan menjadi
penyokong kuat pihak British.
Mirza Ghulam Ahmad dikatakan dilahirkan pada 13 Februari 1835. Beliau menerima
pendidikan awal dalam bidang keagamaan dari guru-guru agama yang datang mengajar di
rumahnya. Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai al-Masih dan kemudiannya sebagai
Nabi pada1901. Tindakan ini telah dikecam hebat oleh masyarakat Islam di India hingga
menyebabkan berlakunya peristiwa mubahalah yakni perakuan bersumpah bagimenentukan
siapa yang benar dan salah antara Mirza Ghulam Ahmad dan Maulana Sanaullah Amritsari.
pendapat yang mengatakan bahawa pertapakan ajaran Qadiani di Malaysia bermula pada
1
1906 melalui Sher Muhammad Khairuddin, seorang anggota polis dari India yang bertugas di
Selangor.
2. Menghapuskan jihad
Mirza menyebutkan Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama
sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada
pendapat beliau, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin
jihad.Beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk mengiyakan Kerajaan British
dan menentang jihad. Pembentukan ajaran ini yang secara langsung akan memudahkan
British menguasai Islam.
Di Malaysia, amalan talqin dan baiah dalam Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah dilakukan
oleh syeikh sendiri dan dibantu oleh khalifah mereka. Tatacara penerimaan bai8ah perlu
melalui beberapa prosedur iaitu (Mustafa Kamil 2000: 204-205):
•Murid pada mulanya sekali diminta mandi taubat dan mengambil wudhu’
•Solat sunat Taubat dua rakaat dengan niat bertaubat dari segala dosa-dosa. Selepas solat
murid dikehendaki mengingati dalam hati bahawa dia banyak dosa dan memohon ampun
kepada Allah s.w.t.
•Setelah itu murid datang ke hadapan syeikh dalam keadaan duduk tawarruk terbalik dengan
melipatkan kaki ke sebelah kiri lalu mengucapkan salam pada syeikh.
•Syeikh akan meminta murid memandang atau bertawajjuh kepada hati secara khayalan.
•Syeikh akan mengajarkan atau mentalqinkan kepada murid dengan zikir Ism al-Zat(B) pada
hati sebanyak lima ribu kali sehari semalam.
1. Kekuatan wali.
Yang di Pertua gabenor Mekah mengarahkan wali-wali Allah yang lain membuat apa yang
dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran
mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun
menunaikan haji.
2. Mengagungkan kubur
Berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur
3. Khutbah sesat
menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah serta menyentuh konsep
waktu, suluk, hakikat dsb
3
4. FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN AJARAN SESAT
Ajaran sesat tidak akan dapat bertapak, berkembang dan tersebar tanpa adanya sebarang
sebab atau faktor yang mendorong munculnya ajaran tersebut. Antara faktor-faktor
penyebaran ajaran sesat sebagaimana yang digariskan oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
(2007) ialah kelemahan dalam peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan
sistem pendidikan Islam, kelemahan menangani unsur negatif media massa, kelemahan
menjauhkan pengaruh budaya barat dalam kehidupan dan kelemahan membasmi
kepercayaan purba dan adat istiadat yang menyalahi Islam dalam kehidupan.
Pendidikan Islam amat penting yang dapat menjaga kefahaman dan pengamalan
Islam seseorang. Dengan pengajaran ilmu Islam yang baik maka penganut Islam itu
dapat hidup dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang baik. Di negara ini,
sistem pendidikan Islam diberikan tempat dalam kurikulum pengajian kebangsaan
dan lebih bersifat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama Islam dan
bukan terhadap ajaran Islam itu sendiri. Ini dilihat dari sudut agama Islam itu tidak
diajarkan secara total dengan meliputi aspek akidah, syariat dan akhlak Islam.
4
4.3 Kelemahan Menjauhkan Pengaruh Budaya Barat Dalam Kehidupan.
Secara sedar atau tidak bahawa telah lama wujud konspirasi ke arah penjajahan
minda dan jiwa manusia seluruh dunia yang dirancang oleh musuh-musuh Islam.
Segala maklumat dan berita terlebih dahulu disekat dan ditapis oleh agensi-agensi
terkemuka seperti CNN, BBC, News Network, Reuters dan seumpamanya. Tujuannya
hanyalah untuk menyembunyikan segala keburukan mereka dan mempamerkan
segala kebaikan mereka. Inilah penjajahan yang perlu disedari oleh umat Islam agar
minda dan jiwa kita tidak boleh diperkotak-katikkan seterusnya tunduk serta
memperakui segala tindakan mereka yang tidak bertamadun. Bahkan ia cuba
diperelok dan diperindah atas dakwaan “Kebebasan” dan “Hak Asasi Manusia.
bagi seorang yang beragama islam dalam mengenal, mengetahui dan membanteras
ajaran sesat dan menyeleweng adalah bermula dengan proses menuntut ilmu.
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa ilmu adalah cahaya, penyuluh dan
penyelamat. Begitu juga antara bentuk ibadah yang paling utama dan ketaatan yang
paling agung yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan menuntut ilmu terutama ilmu-
ilmu syarak atau ilmu-ilmu berkaitan kepercayaan dan pengamalan Islam. Ilmu syarak
yang dimaksudkan adalah ilmu-ilmu yang membahaskan isi kandungan Al-Qur’an dan
As-Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Sebahagian ulama ada
menyebutkan bahawa keperluan manusia pada pengetahuan ilmu syarak lebih besar
dan utama berbanding keperluan mereka terhadap makanan dan minuman.
ِّ َّّلِلِّ و ِّلكِّتابِّ ِّه ول َِّرسو ِّل ِّه وألَئِّ َّم ِّة ال ُم ْسلِّمِّ ينَ وعا َّمتِّ ِّه ْم:َ ِّل َم ْن؟ قال: قُ ْلنا.ُصي َحة
ِّ َّالدينُ الن.
ِّ
Maksudnya: “Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Baginda SAW bersabda:
Bagi Allah, bagi KitabNya, Bagi RasulNya dan bagi para pemimpin kaum Muslimin
dan orang-orang awam mereka.”
(Riwayat Muslim)
Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Boleh
dikatakan semuanya bermula dari rumah atau keluarga. Sesungguhnya karakter,
perwatakan, peribadi dan pemikiran seseorang itu terbentuk melalui rumah dan
keluarganya. Ibu bapalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak.
5
Merekalah yang bertanggungjawab mendidik dan menyemai akidah, syariat dan
akhlak Islam dalam diri setiap anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab
memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan erti kehidupan. Merekalah
yang bertanggungjawab memandu anak-anak untuk berjaya dan cemerlang bukan
sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Justeru, peranan ibu bapa amatlah besar dan
signifikan. Ibu bapa adalah pembina utama setiap individu dalam masyarakat atau
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa adalah sebahagian pembina utama umat
Islam. Rasulullah SAW ada menyebutkan peranan ibu bapa sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA bahawa Baginda
bersabda:
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua ibu
bapanyalah yang membuatkannya menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi.
Sebagaimana ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan
anggotanya), adakah mendapatkan hidung, telinga dan angota-anggota lainnya cacat
terpotong?”
" ومن أرادهما معا ً فعليه بالعلم، ومن أراد اآلخرة فعليه بالعلم،"من أراد الدنيا فعليه بالعلم
Maksudnya: “Sesiapa yang inginkan (kejayaan) dunia maka hendaklah dia berilmu,
sesiapa yang inginkan (kejayaan) akhirat maka hendaklah dia berilmu dan sesiapa
yang inginkan (kejayaan) dunia dan akhirat maka maka hendaklah dia berilmu.”
8. KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama islam kita seharusnya mendalami dan
juga mengenali ajaran islam yang sebenarnya tanpa lari daripada pegangan alhli sunnah
wal jamaah. Dimana dengan adanya sumber rujukan ini dapatlah kita tahu akan serba
sedikit berkaitan ajaran sesat yang giat tersebar di negara kita ini. Maka, sesiapa yang
mencari agama selain daripada agama Islam sesungguhnya segala amalannya akan
6
menjadi sia-sia di akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang-orangyang rugi. Firman
Allah s.w.t:
َاإل ْسالَ ِّم دِّينا ً فَلَن يُ ْقبَ َل مِّ ْنهُ َوه َُو فِّي اآلخِّ َرةِّ مِّ نَ ْالخَاس ِِّّرين
ِّ غي َْر
َ َو َمن يَ ْبت َِّغ
Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”
Agama Islam juga telah lengkap dan tidak ada lagi syariat yang disembunyikan
atau wahyu yang akan diturunkan lagi serta tidak perlu kepada penambahan amal ibadat
yang tidak bersandarkan syariat islam yang sebenar. Firman Allah swt:
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu”.
Dengan adanya fatwa- fatwa yang telah di keluarkan oleh majlis agama dan pejabat
MUFTI negeri-negeri di seluruh Malaysia dan dalil-dali naqli daripada Al-Quran dan Hadis
dapatlah kita kenal akan aktiviti dan juga perbuatan-perbuatan yang menyeleweng dan
menyimpang daripad islam dan pegangan ahli sunnah wal jamaah.
7
RUJUKAN