Anda di halaman 1dari 77

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

SEKOLAH MENENGAH

Modul Pembelajaran
EDUP2033
PEDAGOGI

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

November 2015
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

November 2015
(Kemas Kini September 2017)
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

November 2015
(Kemas Kini September 2017)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Cipta i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv - v

Ikon Modul vi

vii - viii
Agihan Tajuk RMK

Tajuk Pembelajaran
Unit 1 – Proses Pembelajaran 1

23
Unit 2 – Model-Model Pengajaran
Unit 3 – Pengajaran Mikro dan Penulisan Refleksi 43

53
Unit 4 – Pedagogi Masa Kini

Rujukan 65

Panel Penulis Modul 67

Panel Pemurni Modul 68

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang mendaftar dengan
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam
Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka
manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.

iv
HASIL PEMBELAJARAN PERBINCANGAN

PENYELIDIKAN AKTIVITI

REFLEKSI

RUJUKAN

PENGALAMAN

v
AGIHAN TAJUK
Nama Kursus : PEDAGOGI
Kod : EDUP2033

Kandungan modul ini dibahagi kepada empat unit. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

Jumlah Jam
Modul Bersemuka
Topik/Tajuk Pembelajaran
(18 Jam) (27 Jam)
Catatan
(45) Jam
1. Konsep Pengajaran dan
Pembelajaran 2 - 2
 Pengertian Pengajaran dan
pembelajaran
 Prinsip-prinsip pengajaran
dan pembelajaran

2. Proses Pembelajaran Perlu


5 Unit 1 - dibaca
 Kesediaan Belajar 5 jam sebelum
 Pengamatan interaksi
 Penanggapan bersemuka
 Ingatan
 Lupaan
 Pemindahan
Pembelajaran

3. Teori-Teori Pembelajaran
 Teori Pembelajaran 5 - 5
Behaviouris
 Teori Pembelajaran
Kognitif dan Kontruktivis
 Teori Humanistik
 Implikasi teori-teori
terhadap pengajaran dan
pembelajaran

4. Model-Model Pengajaran 5 Unit 2 - Perlu


 Model Pemprosesan 5 jam dibaca
Maklumat sebelum
interaksi

vi
 Model Behavioural bersemuka
 Model Sosial
 Model Personal
 Implikasi model-model
pengajaran terhadap
pengajaran dan
pembelajaran
5. Konsep pedagogi,
pendekatan, strategi, kaedah 10 - 10
dan teknik pengajaran
 Konsep pedagogi
 Pendekatan pengajaran
 Strategi pengajaran
 Kaedah dan teknik
pengajaran
6. Pengajaran Mikro dan Perlu
Penulisan Refleksi 10 Unit 3 4 dibaca
 Konsep dan kepentingan 6 jam sebelum
pengajaran makro interaksi
bersemuka
 Perancangan dan
penulisan RPH
 Kemahiran asas
pengajaran mikro
 Pelaksanaan pengajaran
mikro
 Penulisan refleksi dan
penambahbaikan
pengajaran
7. Pedagogi Masa Kini Perlu
 Kerangka kemahiran 4 Unit 4 2 dibaca
pedagogi 2 jam sebelum
interaksi
 Ciri-ciri pedagogi masa
bersemuka
kini
 Implikasi pedagogi masa
kini dalam pengajaran
dan pembelajaran
8. Pedagogi Relevan Budaya
 Konsep dan Definisi 4 4
Pedagogi Relevan
Budaya
 Elemen-Elemen dalam
Pedagogi Relevan
Budaya

vii
 Usaha Memupuk
Hubungan Etnik antara
Masyarakat Malaysia

45 jam 18 jam 27 jam

Catatan : Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

viii
UNIT 2 PROSES PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat:

1. Menganalisis proses kesediaan belajar.


2. Membanding dan membezakan konsep Persepsi dan Penanggapan.
3. Menjelaskan proses ingatan dan lupaan dalam proses pembelajaran.
4. Menjelaskan bagaimana pemindahan pembelajaran dapat dilakukan.
5. Menghuraikan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajarann
pembelajaran.

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang proses pembelajaran yang melibatkan kesediaan


belajar, pengamatan, ingatan, lupaan, pemindahan pembelajaran dan implikasi
proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Pengenalan

Dalam proses pembelajaran, manusia menggunakan organ deria untuk


memperolehi maklumat melalui pemilihan rangsangan di persekitaran mereka.
Ianya kemudian diproses untuk dijadikan pengalaman atau ilmu pengetahuan
yang akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Proses ini dianggap sebagai
perubahan tingkah laku.

2.2 Kesediaan Belajar

2.2.1 Konsep Kesediaan Belajar

Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan


berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman
pembelajaran yang baru. Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah

1
memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori
pembelajaran tertentu. Edward Lee Thorndike (1874-1949) telah mengemukakan
Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut:

Tahap Kesediaan Emosi


a) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan Berasa puas
dapat membuatnya.
b) Individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan Dukacita
tidak dapat membuatnya.
c) Individu belum bersedia dan dipaksa untuk membuatnya. Dukacita

Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori


pembelajaran bermazhab Kognitif. Jean William Fritz Piaget (1896–1980)
mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu:
a) peringkat deria motor (0-2 tahun)
b) peringkat pra operasi (2-6 tahun)
c) peringkat operasi konkrit (7-12 tahun)
d) peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)

Jerome Seymour Bruner (1915 - 2016) berpendapat bahawa kesediaan belajar


merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada
kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya.

2.2.2 Jenis-jenis kesediaan belajar

1. Kesediaan Kognitif.
Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai
(menyelesaikan masalah). Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa
kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.

2
Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang
baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian
ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Misalnya,
pelajar Tahun Satu dikatakan telah mencapai kebolehan/kesediaan kognitif untuk
pembelajaran Tahun Dua apabila dapat melaksanakan tugasan berikut:
a) dapat menyebut A hingga Z.
b) dapat membilang nombor 1 hingga 50.

Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam Teori Perkembangannya,


perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan
pertambahan umurnya. Murid-murid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar
operasi konkrit (kesediaan kognitif rendah). Apabila memasuki sekolah menengah,
mereka mula sanggup dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks
(kesediaan kognitif tinggi). Ciri-ciri pelajar yang mempunyai kesediaan kognitif
rendah dan tinggi dapat senaraikan seperti berikut:

Kesediaan Kognitif Rendah Kesediaan Kognitif Tinggi


Dapat melihat satu aspek sahaja dalam Dapat melihat beberapa aspek dalam
sesuatu objek/idea. sesuatu objek.
Egosentrik; tidak dapat melihat Struktur pengetahuan mula menjadi
pandangan orang lain. formal.
Memahami konsep abstrak.
Membentuk hipotesis ketika
menyelesaikan masalah.

2. Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat,
ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang
pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan
keinginannya (minat) dipenuhi. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka

3
pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar
mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Sebaliknya, jika
motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah.

Perkara ini akan menyebabkan pembelajarannya tidak berkesan walaupun pelajar


itu telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Perkaitan antara
kesediaan afektif dengan kesan pembelajaran adalah seperti berikut:

Kesediaan afektif Pembelajaran


Aktif dan agresif Tinggi
Pasif dan lemah Rendah

Perkara di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Stanford


(1971) bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh sikap, dan bukan oleh berapa kali
seorang pelajar mengulang kaji bahan pembelajaranya.

3. Kesediaan Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor pula bermaksud
seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot,
tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Seseorang
yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan psikomotor
adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan
fizikal yang diperlukan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah
berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. Kesediaan psikomotor
pada kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan koordinasi
pergerakan otot seperti:
a) Mengikat tali kasut
b) Menulis
c) Melukis
d) Memegang pensel
e) Menyebut bunyi dan lain-lain

4
Kesediaan psikomotor yang tinggi akan menentukan koordinasi pergerakan otot
yang sempurna dan dapat memenuhi keperluan asas manusia. Kesediaan
psikomotor bagi pelajar adalah penting dalam mata pelajaran seperti Pendidikan
Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup dan permainan alat muzik.

2.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kesediaan belajar termasuklah


kematangan, sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina,
perbezaan individu dan pengalaman.

(1) Kematangan
Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan
kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan
daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik,
mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam
kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam
aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar.

(2) Sikap dan Minat


Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan belajar.
Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk belajar dan
akan menunjukkan prestasi yang lebih baik. Disebaliknya, mereka yang tidak
bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada pembelajaran.

(3) Perbezaan Kadar Perkembangan


Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada bayi
kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal, mental,
sosial dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap
individu mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik. Dengan itu, murid
daripada kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang sama
semasa menjalankan aktiviti.

5
(4) Perbezaan Jantina
Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan
pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar
perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki. Ini dapat dilihat dengan jelas
bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada lelaki daripada tahun
empat hingga kepada tingkatan menengah rendah. Perbezaan dari segi sikap dan
minat di kalangan jantina akan mempengaruhi kesediaan belajar. Lelaki biasanya
lebih minat mengambil sains dan matematik manakala perempuan akan mengambil
ekonomi rumahtangga dan mata muridan lain. Perbezaan dalam nilai budaya
terhadap jantina yang akan mempengaruhi kesediaan belajar. Contoh, perempuan
diharapkan bersopan santun, manakala lelaki pula diharapkan bertingkah laku aktif
dan agresif.

(5) Perbezaan Individu


Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza.
Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi
lemah dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan
prestasi baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata lain,
guru tidak digalakkan melabel murid mereka sebagai „bodoh‟ atau bijak mengikut
pencapaian prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.

(6) Pengalaman
Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru. Oleh itu, guru
digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan
pengajaran mereka. Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan
sedia ada kepada pengetahuan baru.

2.2.4 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar

Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari
pihak guru. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk
memastikan setiap pelajar boleh benar-benar bersedia belajar. Tujuannya supaya
6
murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara
langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang
sesuai bagi kelas yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza.
Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat
mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala bagi pelajar yang lemah
pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan
berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang
sama dapat dicapai.

Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti


carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-
keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. kepelbagaian aktiviti turut
dapat membantu kesediaan belajar pelajar. Guru juga haruslah mempelbagaikan
aktiviti seperti secara kumpulan. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih
rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid.

2.3 Pengamatan

2.3.1 Definisi dan Konsep Pengamatan

Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau


penelitian. Pengamatan melibatkan penggunaan pengalaman terdahulu untuk
mengumpul dan menginterpretasikan rangsangan yang dirakamkan oleh deria. Ia
menggabungkan kedua-dua aspek dunia luar (maklumat rangsangan) dan juga
dunia dalaman (maklumat pengetahuan terdahulu) (Matlin, 1994). Best (1999)
menyatakan bahawa proses pengamatan adalah satu proses yang menggunakan
input kederiaan dan menukarkannya kepada kod-kod yang lebih abstrak. Kod-kod ini
terbentuk dalam sistem saraf di mana tenaga fizikal disimpan.

Menurut Sekuler dan Blake (1994), pengamatan merangkumi penterjemahan urutan


peristiwa-peristiwa secara berterusan dari dunia fizikal luar penerima kepada corak
aktiviti yang terdapat di dalam sistem saraf penerima, kemudiannya berakhir dengan
pengalaman dan gerak balasnya terhadap peristiwa tersebut. Oleh itu, bagi

7
memahami proses pengamatan, seseorang itu hendaklah mengetahui komponen-
komponen yang terkandung di dalam urutan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dan
cara komponen itu berinteraksi. Menurut Slavin (1997), pengamatan merupakan
suatu interpretasi yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh
deria seseorang itu.

Secara spesifiknya, pengamatan atau persepsi merupakan gambaran atau


bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), atau tanggapan. Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses
di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan
memberi makna kepadanya.

Rajah 1: Proses Pengamatan

Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak
sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah
memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee
Ah Meng, 1997).

Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang


berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau
konsep rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang
itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat
objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka
gambaran „motosikal‟ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu

8
yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna
kepada bunyi ini. Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa
disusun dan diorganisasikan dalam bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan simetri.

Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat,


membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau.
Namun begitu, penetapan makna maklumat tersebut bergantung kepada
pengamatan seseorang individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna
bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya
menginterpretasikan rangsangan tersebut.

Di dalam kehidupan harian kita, kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan
terdiri daripada satu-satu, malah bukan terpisah-pisah. Ahli-ahli psikologi Gestalt
pula berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara
keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut.

2.3.3 Teori Pembentukan Pengamatan

Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk
menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. Perkataan gestalt berasal
daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang
dipersepsi. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai
struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses
pembelajaran. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan
latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya
bergantung kepada salah satu aspek yang utama.

9
Rajah 2: Contoh ilustrasi yang mengandungi gestalt dan latar.
Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang
diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar
(bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ini adalah
bergantung kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya. Menurut Ridzuan
Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar
memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka pelajari. Teori ini juga
turut menekankan aspek pemikiran, kepercayaan, sikap dan nilai pelajar.

Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi)


dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut:
(a) Prinsip Kedekatan
(b) Prinsip Bentuk dan Latar
(c) Prinsip Kesamaan
(d) Prinsip Simetri
(e) Prinsip Lengkapan
(f) Prinsip Terangkum

Aktiviti 1

Berdasarkan Hukum Pragnanz, berikan contoh-contoh yang sesuai berkaitan


prinsip-prinsip pengamatan.

2.4 Penanggapan

2.4.1 Konsep Penanggapan

Penanggapan didefinisikan sebagai tanggapan mental sesuatu objek, konsep atau


ciri-ciri melalui deria, kesedaran dan kefahaman. Mengikut Solso (2001), konsep
merupakan bayangan mental, idea dan proses, manakala pembentukan konsep pula
adalah terhasil daripada ketajaman fikiran individu dalam mengklasifikasikan objek-
10
objek atau idea-idea. Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan
penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. Bruner
(1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep
iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda
yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh,
haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis binatang
yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini
membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati
mereka dengan lebih mudah lagi.

Dalam proses pembelajaran pembentukan konsep atau penanggapan adalah sangat


penting. Ianya memudahkan konsep itu diingat dengan mudah, menganalisis,
menghubung dengan situasi yang lain dan mengumpulkan maklumat yang berguna
dan dapat menyelesaikan masalah untuk tujuan tertentu.

2.4.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan

a. Pengalaman
Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk penanggapan. Tanpa
pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat membentuk
penanggapan yang betul.

b. Imaginasi
Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu
walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga
mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.

c. Kecerdasan
Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta
menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah.
Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk
membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.

11
d. Penguasaan Bahasa
Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat
yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk
penanggapan yang salah.

e. Contoh-contoh
Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-
satu konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep
dengan baik untuk pembentukan konsep.

2.5 Ingatan

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah


dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam
situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai
pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk
menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada
masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia
untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian
mengeluarkannya ketika diperlukan.

2.5.1 Proses Ingatan

Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam


sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor
ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan
seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan
jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam
rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol
bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan
akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor
ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya.
12
Menurut Gagne, maklumat-maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-
pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.

2.5.2 Jenis-jenis ingatan

Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu ingatan sensori, ingatan
jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pertama, ingatan sensori, di mana
dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa
proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat
sahaja. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria
tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan
serta merta.

Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. Ingatan ini berfungsi
menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu
sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini
untuk memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem
yang mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang.
Maklumat yang tidak diberi perhatian, biasanya dianggap kurang penting ataupun
kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan.

Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. Ini bermakna ia berfungsi
menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan
jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara
beberapa minit hingga bertahun-tahun. Maka maklumat yang diterima akan diproses
semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan
lebih sempurna, seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan
kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan. Terdapat empat jenis
ingatan jangka panjang iaitu:
a) ingatan sematik;
b) ingatan episodik;
c) ingatan prosedural; dan
d) ingatan perdana.
13
Ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai
sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia
merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai
contoh, maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan,
penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain.

Ingatan episodik merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada
pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu
peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh
seseorang individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi
ke-21, hari konvokesyen seseorang dan sebagainya.

Ingatan prosedural melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan


seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam
membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini
boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap.

Ingatan perdana melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi
sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah
nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad
pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. Satu masalah dalam proses ingatan
ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada
memasuki ingatan jangka panjang. Kadang-kadang, maklumat dalam peringkat ini
dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang.

2.5.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori


utama, iaitu:

a) Bahan pembelajaran – bahan pembelajaran yang mudah, kurang menarik


dan tidak mencabar akan mudah dilupakan. Bahan pembelajaran yang terlalu sukar
akan menyebabkan murid sukar menguasainya manakala bagi bahan pembelajaran
yang mempunyai kesukaran yang berpatutan, kesukarannya boleh diatasi dengan
14
usaha yang bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-
menerus. Bahan pembelajaran yang panjang pula memerlukan pembacaan yang
berulang kali untuk mengingatinya. Bahan pembelajaran yang bermakna seperti set
suku kata yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada set suku kata yang
tidak bermakna.

b) Kaedah pembelajaran - ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan


semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. Cara pembelajaran ini
merangkumi dua aspek utama iaitu pertama, masa belajar secara bahagian (ada
rehat sebentar) adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus.
Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting
untuk pembelajaran yang berkesan. Untuk mengekalkan ingatan selepas mencapai
seratus peratus pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.

c) Faktor peribadi - antara faktor peribadi seperti umur, jantina, kebolehan, motif,
emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga mempengaruhi ingatan selepas
pembelajaran. Kanak-kanak lebih mudah belajar dan mudah ingat berbanding
mereka yang telah berusia. Mereka yang bermotivasi samada motivasi intrinsik atau
ekstrinsik akan lebih berkesan pembelajaran yang dilalui.

Aktiviti 2

Bincangkan bagaimanakah ingatan jangka pendek boleh dijadikan ingatan


jangka panjang?

2.6 Lupaan

Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang
telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali
sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson

15
(1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja
dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna
berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan
atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah
dipelajari.

2.6.1 Jenis-jenis lupaan

Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang


dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod
melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang.
Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu:
a) lupaan keusangan - berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam
ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan.
b) lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil
semula maklumat yang spesifik.
c) lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru
menggantikan segala ingatan yang lama.
d) lupaan gangguan yang wujud akibat pembelajaran baru atau
pembelajaran lama.Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan
retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku
akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu
maklumat pembelajaran lama dilupakan. Manakala gangguan proaktif pula
ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran
mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin
enggan untuk menerima pembelajaran baru.
e) lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau
sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja
menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.
f) lupaan kebimbangan dan ketakutan. Lupaan ini berlaku dalam keadaan
yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid
berada di dalam dewan peperiksaan. Lupaan ini berlaku apabila murid-
murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali
sebagai “mental block”.
16
g) lupaaan ledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari
dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh
menyebabkan proses lupaan.

2.6.2 Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan

a) Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan


berkaitan dengan kehidupan murid-murid.
b) Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara
iaiti daripada senag kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada
jauh dan kecil kepada besar.
c) Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua
hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta
merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
d) Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik,
kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah
tengah hari atau petang.
e) Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi
mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.
f) Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau
Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau
ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta
kosep dan sebagainya.
g) Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan
mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang
terlalu padat. Kelapan, guru haruslah menggunakan bahan pengajaran
yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran
yang sangat penting. Kesembilan, guru menggunakan bahan bantu
mengajar secara visual. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan
pengajaran visual.

17
2.7 Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)

Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi


dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu
konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan perkataan
lain, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di
situasi yang berlainan.

2.7.1 Jenis-jenis pemindahan pembelajaran

Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif


dan pemindahan negatif.

Pemindahan positif
Pemindahan positif dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan
mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer).
Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu
tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat
kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan
untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak
merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang
lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya,
murid-murid mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat
menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

Pemindahan negatif
Pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru
dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang
salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan
proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di
mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya,
mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif
pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya.
Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu
18
yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama
mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan
kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan
bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan
sifar. Pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross
education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan
kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri
dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.

Pemindahan pengantara berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan
menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru.
Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari
ejaan perkataan.

Pemindahan set pembelajaran ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil


pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi
berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan
baik.

Pemindahan sifar, bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang


berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi
tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau
kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru.
Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi
bahagi.

2.7.2 Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran


iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih
mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan
seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas
19
diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran
terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian
rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal,
semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan.
Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep,
prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran.
Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah
berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.

2.7.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif


dalam pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran


positif dalam pengajaran dan pembelajaran.

a) Menentukan pencapaian objektif eksplisit. Pelajar yang diberitahu objektif


pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai
pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini
kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.
b) Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran
berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu
prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh
menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor
“19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang
bermakna “Merdeka, Wawasan”.
c) Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku
pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang
tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan
iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas
kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran,
contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik.
d) Mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan
memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru
20
menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-
jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.
Kesimpulan

Menurut Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah


pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang
berbeza. Namun begitu, setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak
mendapat bimbingan yang sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan,
merancangkan strategi pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid.
Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru
dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan murid-
murid dapat diwujudkan. Guru juga harus menerapkan amalan-amalan pemikiran
yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan murid-
murid. Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid-murid
bermotivasi tinggi, berani mengambil risiko, memberi perhatian serta mempunyai
perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran.

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Proses Pembelajaran


dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain
sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang

Pengalaman

Hasilkan satu infografik berkaitan proses pembelajaran yang telah anda


pelajari dalam unit ini. 21
Refleksi :

Berdasarkan proses pembelajaran yang anda telah pelajari, bagaimanakah


anda dapat membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.

UNIT 4 MODEL-MODEL PENGAJARAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menjelaskan jenis-jenis model pengajaran
2. Mengkaji kategori/jenis model-model
22 pengajaran dan membuat
perbandingan am tentang ciri-cirinya
3. Mengkaji kategori/jenis model-model pengajaran dan
implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran
Sinopsis Model-Model Pengajaran

Unit ini merangkumi subtopik-subtopik Model Pemprosesan Maklumat, Model


Behavioural, Model Sosial dan Model Personal. Dalam membincangkan ciri-ciri dan
prinsip-prinsip setiap model pengajaran, implikasi model-model pengajaran
terhadap pengajaran dan pembelajaran juga ditekankan. Pengetahuan ini akan
memberi panduan kepada guru dalam merancang tentang langkah-langkah
mengajar yang utama supaya membolehkan mereka melaksanakan proses
pengajaran dengan berkesan. Selain itu, pengetahuan ini sesuai dalam membentuk
rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik tentang proses
pengajaran serta sebagai panduan asas bagi guru membuat pengubahsuaian untuk
proses pengajaran yang selanjutnya.

4.1 PENGENALAN

Apakah maksud model pengajaran? Model pengajaran merujuk kepada kerangka


yang merangkumi keadaan kandungan, strategi, dan iklim sosial bilik darjah yang
dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid.

Model pengajaran adalah “a description of a learning environment, including our


behavior as teachers when that model is used” (Joyce, Weil, & Calhoun,2009, p. 24).
Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah
strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model
pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan
pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur
mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

23
Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan
pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk
penambahbaikan.
Hasil kajian terhadap pelbagai model pengajaran yang telah dibangunkan oleh para
penyelidik, Joyce dan Weil (2009) telah mengkategorikan empat kumpulan model
iaitu:
i. Model Pemprosesan Maklumat
ii. Model Behaviouris
iii. Model Sosial dan
iv. Model Personal

PENGALAMAN:

Sebelum anda pergi lebih jauh, cuba buat refleksi terhadap apa yang telah berlaku
ketika zaman kanak-kanak anda. Senaraikan apa yang dilakukan oleh ibu bapa
atau guru untuk membantu anda belajar perlakuan-perlakuan yang berikut:
1.Bagaimana memakai baju sekolah?
2. Bagaimana menunggang basikal?
3. Bagaimana anda menghafal sifir?

Adakah terdapat langkah-langkah atau aktiviti yang digunakan?

4.2 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

24
Rajah 4.1: Model Pemprosesan Maklumat

SEJARAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT


Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction
(1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh
maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan-
rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-
deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.

Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka


panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-
pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne
mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia
dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas.

4.2.1 PRINSIP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

25
4.2.2 Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat

1) Pengekodan ('Encoding')

Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan


dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang.

2) Penyimpanan ('Storage')

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam


ketiga-tiga stor memori.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan


jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4) Lupaan ('forgetting')

Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau


sukar diingatkembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan
panjang.

26
Pengajaran konsep bermula dengan teori perkembangan Piaget dan Bruner.
Matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh
pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk
pemikiran tahap tinggi. Pengajaran konsep direka bentuk untuk mengajar konsep
utama dan diaplikasikan kepada pelajaran lain.
Fasa Pengajaran Konsep :-
1) Kemukakan matlamat.
2) Contoh-contoh input.
3) Ujian untuk pencapaian konsep.
4) Analisis proses pemikiran pelajar.
Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan
berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea
pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk
kebolehan penaakulan.
Pembelajaran konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep
yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa. (Matserippdhl 2008) Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-
contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
Pembelajaran hukum melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
rumus, prinsip dan generalisasi.

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne

• Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit.

• Pembelajaran berkesan meliputi lapan langkah yang meliputi lapan fasa


pengajaran berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.

4.2.3 MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT AUSUBEL

 Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran


resepsi dan bukan pembelajaran penemuan.

 Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori.

27
 Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara
tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.

 Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran


ekspositori.

 Menggunakan penyusunan awal – mengingati konsep yang telah dipelajari


dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari.

Lapan jenis Pembelajaran untuk Memperoleh Maklumat pada tahun 1977,


Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada perigkat yang
mudah keada peringkat yang kompleks:
1. Pembelajaran Melalui isyarat
• Berbentuk primitif
Contohnya : Manusia melalui pengalaman, mempelajari isyarat asap
seperti kebakaran.
2. Pembelajaran stimuli-tindakan
2)2. • Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsang dengan
tindak balas individu.
Contoh : Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut
namanya.
3. Pembelajaran Melalui Rantaian
3) • Merujuk kepada pelbagai hubung kait daripada pembelajaran stimuli-
tindak balas selepasnya.
Contohnya : Membuat ayat dengan menghubungkaitkan
perkataan-perkataan.
4. Pembelajaran melalui Asosiasi Verbal
4) 4 • Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya : Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.

5. Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan


5) • Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas
terhadap pelbagai rangsangan.
Contohnya : Sebutan e dan e, murid akan menggunakan satu
28
sahaja sebutan seperti semak dan bela.
6. Pembelajaran konsep
• Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan
perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama.
Contohnya : Beg, buah-buahan dan buku.

7.)7. 7 7Pembelajaran prinsip


• Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang
telah dipelajari.
Contohnya : Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.

8. Pembelajaran Penyelesaian Masalah


8 • Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara
penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip
yang telah dipelajari.
Contohnya : Menyelesaikan masalah matematik.

4.2.4 Implikasi Model Pemprosesan Maklumat ke atas pengajaran dan


pembelajaran

i. Penglibatan pelajar amat digalakkan


ii. Proses pemikiran meningkat dengan lebih berkesan
iii. Pelbagai jenis contoh dalam pelajaran perlu disediakan untuk
membantu pelajar membentuk konsep
iv. Penaakulan pelajar secara induktif dapat dipupuk

PENYELIDIKAN : PENEROKAAN PELBAGAI MEDIA

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang model-


model pengajaran dengan melayari internet serta membuat
pembacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

29
4.3 MODEL BEHAVIORAL

Model ini berasaskan model eksperimen pelaziman klasik Pavlov,


pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Skinner dan kajian
Watson. Model ini merupakan mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya
untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh
mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Sebagai contoh, cuba
bayangkan kita sedang menaiki tangga yang tidak pernah kita jumpai dalam
keadaan gelap. Sudah pasti semasa mengambil beberapa langkah, kita akan
berasa teragak – agak. Mengapa ini berlaku ? Kerana jikalau kita angkatkan
kaki kita terlalu tinggi, kita akan terasa seolah – olah kaki tersebut sedang
terapung agak lama di udara sebelum terpijak tangga yang berikut. Jikalau
kita hanya angkatkan kaki sedikit sahaja , besar kemungkinan kita akan
tertendang anak tangga seterusnya . Melalui maklumbalas yang kita terima ,
lama kelamaan kita dapat menjangkakan betapa tinggi atau rendah kaki kita
perlu diangkatkan dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain sehingga
kita berasa selesa menaiki tangga tadi. Sehubungan dengan itu , model ini
mengesyorkan program – program yang boleh digunakan untuk
mengurangkan fobia, mengembalikan kemahiran – kemahiran sosial dan
menangani kebimbangan, dan sebagainya .
Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati
dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada
murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas
(Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model
pengajaran behaviouris adalah Pengajaran Langsung (Good et al., 1994) dan
Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968).

4.3.1 Pengajaran Langsung

Pengajaran langsung berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran


sosial. Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka objektif yang
mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar;
menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana

30
pembelajaran pelajar boleh dipantau dan maklum balas disediakan; serta
memberikan perhatian kepada bagaimana tingkah laku di dalam bilik darjah
mendapat ganjaran. Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk
pengajaran kemahiran –kemahiran asas, dimana pelajaran terarah matlamat
dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.

Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek, iaitu jenis hasil


pembelajaran pelajar, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran
pembelajaran. Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang
pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara
langkah demi langkah, maka pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan
mengandungi lima langkah, iaitu:
 penentuan set
 penerangan/demonstrasi
 praktis/latihan terbimbing
 maklum balas
 amalan/praktis lanjutan
Pengajaran ini direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan
pelajar yang distrukturkan dan diajar secara langkah demi langkah serta
berpusatkan guru. Pengajaran langsung berasaskan teori behaviorisme dan
pembelajaran sosial.

Langkah-langkah dalam proses pengajaran langsung


(i) Pengenalan
menarik perhatian pelajar, dalam bentuk seperti mengenal maklumat baru.

(ii) Perkembangan
Merangkumi penerangan jelas tentang maklumat dengan memberikan
banyak contoh

(iii) Latihan Terbimbing


Latihan secara aktif dapat meningkatkan ingatan, pembelajaran akan
lebih automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran
kepada situasi baharu.

31
(iv) Penutup
Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali
apa yang diajar

(v) Latihan Kendiri


Bertujuan menentukan tahap penguasaan yang dicapai yang dicapai oleh
pelajar

(vi) Penilaian
Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada
secara formatif atau kumulatif.

AKTIVITI 2:

Fikirkan satu aktiviti pengajaran langsung di dalam bilik darjah


anda. Bentangkan dalam kelas anda.

4.3.2 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan satu kaedah pengajaran secara individu


yang menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit kecil
pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari. Model ini memastikan
majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah
fleksibel dan setiap pelajar menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan
yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan
pengajaran berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan
secara individu. Pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil

32
pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001).

Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan murid dan kemudian


mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Dua unsur utama
pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan penggunaan masa.

Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah:


 Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana
penilaian dilaksanakan.
 Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri
 Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya; dan
 menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai.

Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:


 Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
 Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan
disusun daripada mudah kepada sukar
 Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua
murid mencapai objektif/hasil pembelajaran.
 Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh
menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong pelajar
untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
 Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
 Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar
dalam masa yang singkat.
 Guru perlu berkemahiran dalam :
i. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
ii. Mengetahui perbezaan antara murid

33
iii. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
iv. Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar
v. Menyimpan rekod kemajuan murid
vi. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.
vii. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai.

4.4 MODEL SOSIAL

Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti
pembelajaran Model ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran
melalui interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara
berfungsi sebagai seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork). Model ini membantu
untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas
dan mengembangkan idea-idea. Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih
pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks,
berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk
memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan
masalah. Ini bermakna model sosial mementingkan unsur interaksi sosial sambil
pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan yang melibatkan
aktiviti-aktiviti berikut:
 mengumpul maklumat
 mengkaji dan menganalisis maklumat
 menilai dan mentafsir
 membuat kesimpulan

4.4.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan


pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi
pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik serta berpusatkan

34
pelajar. Mereka dapat belajar dalam satu pasukan yang heterogen, saling
bergantung, tidak bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju
kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Hemich et al., 2005).

Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran


yang demokrati, di mana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan
cara pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan
dalam menstrukturkan kumpulan dan prosedur. Lima konsep pembelajaran
koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif,
kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran koperatif dan struktur
pembelajaran koperatif ( Kagan, 1994)

(a) Pasukan
Mewujudkan satu pasukan biasanya mengandungi 3 atau 4 ahli yang
heterogen, iaitu terdiri daripada ahli-ahli yang cerdas, sederhana dan lemah.
Pembentukan kumpulan adalah secara rawak atau ditentukan oleh guru
berdasarkan kebolehan, jantina dan etnik dengan tujuan untuk mencapai
heterogeniti dalam pasukan.

(b) Pengurusan pembelajaran koperatif


Penyediaan suatu situasi yang kondusif, antaranya peraturan kelas,
kedudukan pelajar yang sesuai, kemahiran memberikan arahan, memperoleh
perhatian pelajar, kemahiran menyoal serta peranan dalam memerhati dan
membimbing kumpulan.

(c) Keinginan untuk bekerjasama


Tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan dikekalkan, iaitu
pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem ganjaran atau
penghargaan. Guru perlu mereka bentuk tugasan yang memerlukan
sumbangan daripada semua ahli dalam kumpulan dimana pelajar yang lemah
akan dibimbing oleh ahli-ahli lain untuk mencapai keseluruhan gred yang
baik.

(d) Kemahiran untuk bekerjasama


35
Pelajar perlu bantuan dalam aspek kemahiran mendengar, menyelesaikan
konflik, menentu dan mengubah sesuatu serta mahir mendorong ahli lain
untuk memperoleh pembelajaran. Cara untuk memupuk pembentukan
kemahiran sosial merangkumi belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main
peranan, penerangan, peneguhan dan latihan atau amalan .kemahiran sosial.
Menurut Kagan, empat kaedah yang paling penting ialah pemodelan dan
peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.

(e) Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif


Pembelajaran koperatif mempunyai prinsip-prinsip, iaitu PIES, yang terdiri
daipada bergantungan positif (P: Positive Independence); Akauntatabiliti
individu (I: Individual Accountability); Penglibatan seimbang (E: Equal
Participation); Interaksi bersemuka(S: Simultaneous Interaction).

Strategi pembelajaran kooperatif telah dikembangkan dalam perbagai variasi,


di antaranya adalah Think-Pair-Share, Students Teams Achievement
Devition, Teams Games-Turnament, Jigsaw, dan sebagainya.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Layari laman web untuk menjelaskan yang


berikut:
1. Prinsip-prinsip PIES dalam pembelajaran
koperatif.
2. Implikasi model sosial dalam pengajaran
dan pembelajaran

4.5 MODEL PERSONAL

Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.


Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan
mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri
dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.
36
Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten,
bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah pembentukan individu serta
pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan
untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam
melahirkan personaliti yang seimbang.

4.5.1 Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)


Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah
dan teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu
komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang
tinggi. Dalam model ini, pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia
berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi
sebagai cara pengajaran. Guru dianggap sebagai kaunselor, di mana
penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar. Guru
memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami
bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran
mereka demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses perkembangan diri,
guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan membantu pelajar
menyelesaikan masalah ataupun tugasan.
Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak direktif (non-directive)
adalah:
 Menentu hala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih
tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang
realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.
 Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan
aspirasi, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
 Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan
ekspresi peribadi.
Berikut adalah fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directive

Fasa 1
Kenal pasti dan mendefinisi situasi
Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar

37
Fasa 2
Meneroka masalah.
Pelajar digalak untuk menerangkan masalah.
Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar

Fasa 3
Membentuk pengertian baru.
Pelajar membincang masalah.
Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Fasa 4
Perancangan dan membuat keputusan.
Pelajar merancang untuk membuat keputusan
Guru memperjelaskan keputusan-keputusan yang mungkin
diambil

Fasa 5
Integrasi/kesepaduan.
Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif.
Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Tindakan luar daripada temu bual:


Pelajar sendiri mengambil tindakan positif

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of Learning: Tools for


Teaching. (edisi kedua) Buckingham: Open University Press.

Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran


 Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu
membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.

 Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap


perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta
keharmonian kendiri.

38
 Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan
emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.

 Kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak


dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan
berinteraksi dengan guru, maka model non-direktif ini bergantung pada
faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Oleh itu
guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar
meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.

AKTIVITI 3:

Lengkapkan jadual berikut dengan


membuat huraian ringkas tentang ciri-ciri
yang ditekankan mengenai model-model
pengajaran yang telah dipelajari.

Model –Model
Ciri-ciri yang ditekankan
Pengajaran

Model Pemprosesan
maklumat

Model
Behaviouris

Model Sosial

Model Personal

39
AKTIVITI 4:

Lengkapkan jadual berikut dengan


memberi langkah-langkah pengajaran
berdasarkan jenis model pengajaran.

Jenis model Kaedah Contoh langkah -langkah pengajaran


pengajaran
Model Inkuiri
pemprosesan
maklumat

Ekspositori

Model behavioral Pengajaran


langsung

Pembelajaran
masteri

Model sosial Pembelajaran


koperatif

40
Main peranan dan
simulasi

Model personal Sinetik

AKTIVITI 5:

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think yang


menunjukkan banding beza model pengajaran
behaviouris dengan model pengajaran personal.

4.6 IMPLIKASI MODEL-MODEL PENGAJARAN TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

 Guru digalakkan mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya satu model


daripada setiap kumpulan model untuk dijadikan sebagai panduan dan
rujukan
 disyorkan menggabungkan model-model daripada kumpulan yang berlainan
 tiada satu modelpun yang lebih berkesan atau kurang berkesan berbanding
dengan yang lain dan tidak ada mana-mana model yang menyeluruh

41
4.7 KESIMPULAN

 Pengetahuan tentang model –model pengajaran memberi panduan kepada


guru tentang langkah-langkah mengajar supaya mereka boleh merancang
dan melaksanakan proses pengajaran.
 Membentuk rangka pelajaran lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam
proses pengajaran sebagai rujukan.
 Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian
untuk proses pengajaran

REFLEKSI:

Berdasarkan pembacaan dan latihan yang anda telah sesuai


digunakan dalam subjek pengkhususan anda. Beri rasional
pemilihan model pengajaran tersebut.

42
UNIT 6 PENGAJARAN MIKRO DAN PENULISAN REFLEKSI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat:

1. mengetahui tentang kemahiran asas dan pelaksanaan pengajaran


mikro.
2. mengetahui tentang penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran.

Sinopsis
Unit ini menerangkan tentang pengajaran mikro yang merangkumi perancangan
dan penulisan rancangan pengajaran harian, kemahiran-kemahiran asas dan
pelaksanaannya. Ianya juga menerangkan tentang penulisan refleksi dan
penambahbaikan pengajaran.

6.1 Pengenalan
Pengajaran mikro merupakan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal
dan kurang menekan. Ia memberi tumpuan ke atas latihan untuk mencapai
kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-
peringkat. Penulisan refleksi adalah suatu proses merenung, menganalisis,
mencari alasan, cadangan dan tindakan utnuk membaiki diri yang dilakukan secara
berterusan. Di samping memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk
menjalankan aktiviti susulan yang sesuai ianya juga bertujuan memberi
maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. Meningkatkan aras
keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi situasi sebenar bilik
darjah.

6.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

43
Pada kebiasaanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis
kemahiran mengajar sahaja. Ia memberi peluang yang luas kepada pelatih
mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi yang lebih terkawal. Di antara
kemahiran-kemahiran mengajar yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro
ialah:
 Kemahiran penyampaian set induksi
 Kemahiran penggunaan papan tulis
 Kemahiran penyoalan
 Kemahiran pengelolaan variasi rangsangan
 Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan
sumber pengajaran pembelajaran
 Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan
 Kemahiran pelaksanaan penutup

Aktiviti 1

Mengapakah pengajaran mikro penting kepada seseorang guru pelatih?


Berikan pendapat anda.

6.2.1 Kemahiran penyampaian set induksi

Set Induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama
mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan
minat murid-murid supaya mereka akan menumpulan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang b oleh
digunakan untuk menyampaimkan set induksi atau permulaan pelajaran ini. Di
antaranya ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,
mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali
pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya. Bagaimanapun, oleh kerana tujuan
set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan

44
merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa
peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat,
biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
6.2.2 Kemahiran penyoalan

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.
Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik
menyoal. Misalnya, di dalam set induksi, iaitu peringkat permulaan sesuatu
pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat
kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan,
kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu
mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesa n. Di peringkat penutup,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran.
Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing murid menemui sesuatu kesimpulan. Justeru, guru pelatih harus
menguasai kemahiran penyoalan ini untuk mencapai kejayaaan dalam aktiviti
pengajarannnya.

6.2.3 Kemahiran pengelolaan variasi rangsangan

Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pe


nyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti
pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan
perhatian murid adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti
pengajaran guru tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi
kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan
saluran deria murid, menukar corak interaksi di antara guru dengan murid dan
mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

6.2.4 Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan


sumber pengajaran pembelajaran

45
Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsepatau isi
kandungan pelajaran kepada murid, biasanya pada peringkat perkembangan.
Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada
murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau
sumber pelajaran. Contohnya, guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan
beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata, guru menerangkkan sambil
mendemonstrasikan cara melukis bentuk-bentuk geometri, guru menerangkan
riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi gambar-gambar atau
guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks.
Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis
isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan merekodkannya
dalam buku nota mereka.

6.2.5 Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan (Peneguhan)

Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan


apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam
sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam keadaan ini guru akan memberi pujian kepada
murid itu sebagai pengukuhan tingkahlaku itu. Peneguhan boleh berupa positif atau
negatif.

6.2.6 Kemahiran pelaksanaan penutup

Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti


rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup
ini. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan
merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di
samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai
pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian
terhadap pelajaran yang berikutnya. Terdapat dua jenis penutup yang biasanya
digunakan, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif adalah
penutup yang bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran
46
yang telah dipelajari. Penutup kognitif ini boleh dilakukan melalui aktiviti rumusan,
pengukuhan dan susulan. Penutup sosial adalah penutup yang bertujuan untuk
memberi satu perasaan pencapaian kepada murid-murid supaya mereka ingin terus
belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik
peneguhan.

6.3 Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Pelaksanaan pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih
membina kemahiran pengajarannya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilk darjah. Untuk mencapai tujuan ini, segala kelemahan
mengajar yang timbul dalam sesi pengajaran mikro harus dikenal pasti serta
diperbaiki dengan latihan semula. Justeru, aktiviti penilaian yang dijalankan oleh
pensyarah dan sekumpulan guru pelatih memainkan peranan penting dalam
membantu guru pelatih yang terlibat dalam latihan pengajaran mikro supaya
mencapai perubahan tingkah laku untuk menambahkan keberkesanan terhadap
penguasaan kemahiran mengajar yang tertentu.

Peranan penyelia atau pensyarah, melalui aktiviti penilaian dan dalam usaha
membantu guru pelatih memperbaiki kelemahan mengajar ialah:
 menilai aktiviti pengajaran dengan merujuk kepada borang bimbingan
 mengenal pasti kelemahan-kelemahan kemahiran mengajar yang timbul
 mendiagnosis punca kelemahan-kelemahan itu
 mengemukakan cadangan yang boleh memperbaiki kelemahan-
kelemahan tersebut.

Selepas sesi pengajaran mikro, perbincangan harus diadakan di antara pensyarah


penyelia dan guru pelatih yang terlibat dengan menggunakan rakaman video dan
borang bimbingan. Perbincangan ini harus ditumpukan kepada kelemahan-
kelemahan kemahiran mengajar yang telah dikenal pasti serta cadangan-cadangan
untuk memperbaiki kelemahan mengajar yang berkenaan.

47
REFLEKSI

Adakah proses pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan


berjaya mencapai hasil pembelajaran yang dirancang. Mengapa?

6.4 Penulisan Refleksi Dan Penambahbaikan Pengajaran

Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi
kemajuan profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-
guru adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru.
Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refleksi, pengalaman tersebut dapat
dijadikan pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.

Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective
Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi
pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah
menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi
seseorang itu.

Refleksi bagi guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru mempelajari
kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar
murid-murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru mempelajari apa yang
berjaya dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru akan mempelajari apa
yang penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang
akan datang. Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh
digunakan untuk memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik.
Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja
mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan keputusan yang menyebabkan
perkara tersebut berlaku.

48
Refleksi akan memberi input yang berharga untuk memperbaiki diri dan peribadi
seorang guru. Proses mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan
guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara
yang kurang berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru yang cekap
dalam mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan
pengajaran yang lebih bermutu.

6.4.1 Jenis-jenis penulisan refleksi


Secara umumnya terdapat empat jenis penulisan refleksi yang biasa digunakan oleh
apabila menulis amalan refleksi (Hatton & Smith, 1995) iaitu:

a) Penulisan deskriptif (descriptive writing) - Penulisan jenis ini hanya


menerangkan situasi atau peristiwa di bilik kelas dengan catatan ringkas dan
mudah misalnya mencatat tarikh, tempat dan tindakan yang diambil. Catatan
biasanya tidak memberi penjelasan berdasarkan sebab dan akibat. Malahan
catatan yang dibuat tidak dianalisis secara mendalam dan dihubungkan
dengan kaedah, sikap dan kepercayaan guru.

Contoh penulisan:
- Sesi PdP gagal ditamatkan disebabkan pelajar lewat datang ke kelas
selepas aktiviti PJK.
- Waktu perhimpunan sekolah telah mengambil sebahagian besar waktu
PdP.

b) Penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) - Penulisan bentuk ini lebih


baik daripada bentuk di atas. Penulisan memiliki unsur penerangan sebab
dan akibat terhadap peristiwa yang berlaku. Guru mengambil tindakan
penaakulan dan proses merenung kembali sesuatu peristiwa. Melalui proses
ini guru dapat membina sebab dan akibat terhadap sesuatu peristiwa yang
berlaku.
Contoh penulisan:

49
- Guru menggunakan petikan video berbahasa Inggeris bagi menerangkan
elemen sejarah dunia yang diambil daripada National Geography.
Disebabkan pelajar sangat lemah dalam matapelajaran dan kefahaman
bahasa Inggeris menyebabkan sebahagian besar mula bercakap sesama
sendiri dan tidak memberi fokus kepada tayangan video. Guru sepatutnya
menyediakan terjemahan berbahasa Melayu bagi membantu kefahaman
pelajar. Langkah lain yang boleh diambil ialah menayangkan sebahagian
kecil scene dan menerangkan dalam bahasa Melayu agar fokus pelajar
terhadap tayangan video dapat dikekalkan.

c) Penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) - Penulisan bentuk ini


merupakan penulisan refleksi monolog seseorang guru. Guru akan bersoal
jawab secara bersendiri dalam mengaitkan sebab dan akibat yang rasional.

Contoh penulisan:
- Saya kurang persediaan untuk mengajar topik tokoh-tokoh reformis
negara. Malahan nama tokoh gagal disebut dengan betul misalnya Syed
Sheikh al-Hadi dan Jose Rizal disebut secara teragak-agak dan salah.
Nama dan sebutan asal dari bahasa Arab dan Sepanyol sepatutnya dicari
sebelum memulakan kelas. Kegagalan memperincikan nama tokoh telah
menyebabkan saya hilang keyakinan mengajar sesetegah topik dengan
berkesan.

d) Penulisan refleksi kritikal (critical reflection) - Pendekatan ini sangat disyorkan


untuk diikuti oleh guru dalam penulisan refleksi. Penuisan refleksi bentuk ini
mengaitkan peristiwa di dalam kelas dengan Falsafah Pendidikan Negara,
teori, metodologi, peristiwa semasa, Wawasan Negara, citra perpaduan,
politik, ekonomi dan sosial. Kebaikan refleksi Kritikal

Ciri-ciri refleksi bermula dengan mengingat kembali. Melibatkan perasaan (domain


afektif) terhadap sesuatu. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort) dan
bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif.
Ringkasnya, refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan proses pengajaran

50
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini dilakukan untuk mempertingkatkan
kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksanakan ialah:

 Hendaklah dibuat selepas sesi pengajaran pembelajaran oleh guru


berkenaan. Aspek aspek yang diberi penekanan ialah sejauh manakah
objektif yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?
 Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
 Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan
aktiviti dan pengajaran tersebut?
 Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau
menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut?

6.4.2 Penambahbaikan pengajaran

Penambahbaikan pengajaran amatlah penting diberi perhatian oleh guru-guru


terutama dari segi kaedah penyampaian isi pelajaran, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, eksploitasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyediaan bahan pengajaran, perluasan ilmu dan pengetahuan guru yang global
dalam sesuatu topik.

Aspek-aspek yang perlu penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran


adalah seperti berikut:

 Eksploitasi teknologi ”Information and Communication Technology” (ICT)


dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
 Kreativiti penyampaian contohnya, pengajaran dan pembelajaran yang
realistik serta penglibatan aktif pelajar.
 Sokongan pengajaran dan pembelajaran seperti strategi ”Head-Count” mata
pelajaran sendiri. Strategi untuk pelajar lemah dalam pembelajaran mata
pelajaran tertentu perlu diberi penekanan khusus untuk membantu
meningkatkan prestasi mereka.
 Penyediaan bahan bantu belajar/bahan bantu mengajar.

51
 Set induksi yang menarik contohnya, bercerita, menayangkan sedutan filem,
memainkan lagu yang ada kaitan dengan tajuk dan aktiviti yang bertepatan
dengan tajuk pengajaran yang boleh menarik perhatian serta minat murid-
murid.

Penyelidikan: Penerokaan Pelbagai Media

Baca dan buat ulasan artikel kajian “Penilaian Proses


Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajaran Mikro
melalui Analisis Video” yang boleh diperolehi di pautan
https://goo.gl/No15AH atau scan QR Code di sebelah.

Pengalaman

Bagaimanakah penulisan refleksi dapat membantu guru menambahbaik amalan


mereka di bilik darjah?

52
UNIT 7 PEDAGOGI MASA KINI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit , pelajar akan dapat :

1. Menjelaskan ciri-ciri pedagogi masa kini.


2. Membincangkan implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Sinopsis
Unit ini merangkumi subtopik tujuh ciri pedagogi masa kini serta membincangkan
implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru
dalam mengaplikasi pedagogi masa kini ini akan memberi panduan kepada guru
dalam merancang dan melaksana proses pengajaran dan pembelajaran mengikut
trenda serta seiring dengan ledakan teknologi maklumat.

7.1 Pengenalan

Salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah


berhasrat supaya pembelajaran abad ke-21 boleh melahirkan murid yang intelektual,
berkeupayaan produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK).
Pendidikan abad ke-21 perlu memastikan bahawa pengalaman persekolahan
relevan kepada murid dalam kehidupan mereka serta kemahiran yang perlu
dikuasai dalam dunia ini. Maka guru perlu dapat menggunakan kaedah mengajar
yang sesuai dan relevan supaya murid berupaya menguasai pelbagai kemahiran
seperti kerja berpasukan secara kolaboratf, menyelesaikan masalah, komunikasi
dan berupaya mencipta sesuatu. Pembelajaran abad 21 yang bersifat futuristik,
fleksibel dan dinamik memerlukan peranan dan komitmen yang tinggi dalam
kalangan guru. Guru yang berkualiti dan bersedia melengkapkan diri dengan

53
kemahiran pedagogi abad ke-21 menjadi sandaran kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasrat
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Ramai belia tidak berjaya mendapat kerja kerana saingan sesama mereka yang
tinggi. Apakah kemahiran yang menjadi keutamaan dalam kerjaya masa kini?

7.2 CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI

Pedagogi masa kini diibaratkan mahaguru yang melatih para doktor dan jurutera
dengan menekankan 90 % kepada penguasaan ilmu yang mendalam
dan menguasai kemahiran bidangnya. Para guru mesti mempunyai persenaliti dan
kualiti yang terbilang, berakauntabiliti kepada negara, dan mahir memindahkan
pengalaman klinikal untuk membina sikap serta kepercayaan yang betul
kepada generasi yang akan datang.

1. Komunikasi dan Kolaborasi


Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama.
Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasamauntuk menjayakan sesuatu
projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi
adalah untukmenyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam
konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu prosespenyampaian dan
pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau
bertulis atau bahasa badan.Komunikasi dalan P&P boleh berlaku secara bersemuka
atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digitalyang
membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi. Kemahiran
berkomunikasi melibatkan kemahiran pengucapanlisan, bertulis, dan mendengar
serta menaakul.

54
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan
jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikanserta menyampaikan mesej
kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat. Komunikasi yang berkesan
dapat diukur apabilamesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat,
dan jelas oleh penerima. Keupayaan guru yang dapat berkomunikasidengan baik
membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak
pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibubapa dan orang awam. Hal ini
demikian kerana komunikasi memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan
hubungan denganpelanggan atau sasaran pendengar dan hal ini memberi impak
yang positif.

Ciri-ciri komunikasi dalam pedagogi masa kini adalah kebolehan seperti yang
berikut:
 komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lain-lain
bahasa.
 menyampaikan idea dengan jelas.
 membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap
pendengar
 berunding untuk mencapai persetujuan
 berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya
 mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain
 menggunakan kemahiran bukan lisan.

2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca,
menulis serta menggunakan TMK sebagai media untukberinteraksi. Murid masa kini
berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik
komputer dan pelbagaimedia.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi
media maklumat telah menjadi alat standard dalam dunia
pendidikan.Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu
pembelajaran, maka kemahiran penggunaan TMK perludipindahkan kepada murid
secara bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

55
Terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan dengan menggunakan TMK
jika teknologi ini digunakan dengan berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan
dalamtalian. Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu
meningklatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Hal demikian kerana
sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia
yang telab dan mudah untuk murid mengaksesmaklumat sendiri. Hampir semua
sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal
ini bermaknahamopir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom
yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungandan berkongsi
tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekilah lain. Lima ciri terbaik apabila
membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti
menggunakan telefonpintar; sifat penyambungan (connectivity) seperti Wi-Fi; sifat
rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter; engin pencarian seperti Google dan
Yahoo; dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia.

Pendekatan pengajaran masa kini banyak berasaskan projek terutama mata


pelajara Sains dan Sejarah. Murid digalakkan meneroka maklumat daripada
pelbagai sumber di luar bilik darjah secara bersemuka dan mendapatkan
maklumat daripada media internet.

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya
mencipta sesuatu.Bagi mencapai hasrat ini, murid haruis berfikir pada aras
pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran
masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang
termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025).

4. Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran
apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid. Guru akan
56
memberi arahan dan penjelasan tentang projek yang agak komplek serta mencabar
untuk dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-
on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian. Pembelajaran berasaskan
projekadalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.

Pembelajaran melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu
laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam
kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta
menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikehendaki mengenalpasti kaedah
untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang
keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan dan perlu
dibentangkan.

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek


 Projek dijalankan secara individu atau berkumpulan.
 Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah
siap.
 Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
 Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap
tahap proses.
 Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
 Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
 Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
 Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan
kebolehan murid.

AKTIVITI 1 :

Bincangkan kepentingan pembelajaran berasaskan projek dari aspek


meraikan perbezaan individu.

57
5. Penyelesaian Masalah
Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri dalam hidup. Kemahiran
menyelesaikan masalah merupakan satu keperluan untuk menguruskan masalah
yang timbul. Dalam kontek pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif. Murid dapat menjana idea
yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara
sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan.

Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut:


1. Mengenal pasti masalah
2. Mencari maklumat dengan masalah yang diberi
3. Membuat hipotesis atau ramalan
4. Menguji hipotesis
5. Membuat penilaian
6. Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan.

Kaedah penyelesaian masalah melibatkan murid bergerak secara aktif dalam


kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberi secara berhati-
hati (Glen & Wilkie, 2000). Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat
mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini
dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori
yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauh atau atas talian.

6. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan
ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar
dirancang mengikut konteks persekitaran murid. Aktiviti merancang dan
memindahkan isi pelajaran kepada murid berdasarkan kurikulum semasa, iaitu
KSSR dan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Para guru disaran berhati-hati
dan kreatif serta memahami latar belakang muridnya semasa memilih aktiviti
pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungkan isipelajaran berasaskan kurikulum
standard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam persekitaran sekolah

58
dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid
memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.

Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:


 Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang
melibatkan aktiviti hand-on dan minds-on.
 Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran
bilik darjah yang selesa, makmal yang lengkap dan teratur serta alat bantu
belajar yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid
 Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial serta budaya murid.
 Adanya kerjasama antara semua pihak
 Menekankan pentingnya penyelesaian masalah
 Saling sokong menyokong
 Belajar dengan suasana tidak membosankan
 Belajar dengan seronok
 Pembelajaran terintegrasi;
 Menggunakan berbagai sumber
 murid aktif dan kritif

Pengalaman

Berdasarkan artikel jurnal “Pengajaran Kontekstual untuk


Pembelajaran Sains Bermakna”, nyatakan faedah-faedah
yang murid perolehi apabila guru mengaplikasikan
pengajaran secara kontekstual. Artikel boleh diperoleh di
https://goo.gl/r1kksL atau imbas QR Code di sebelah

59
7. Kreativiti dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi penting untuk diterapkan dalam pendidikan bagi
menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti. Kreativiti ditafsirkan sebagai
suatu proses berfikir yang menghasilkan idea. Kebolehan kreatif pula ialah
kebolehan seseorang menghasilkan idea baharu dan mengumpulkan data.

Menurut Kamus Dewan (2007), inovasi ialah sesuatu yang baharu diperkenalkan
seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Wikipedia pula mentakrifkan inovasi
sebagai suatu aplikasi menyelesaikan masalah kepada yang lebih baik, memenuhi
syarat baharu, dan menepati keperluan dalam sesuatu pasaran sedia ada. Maka
inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti untuk penghasilan baharu
berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia
ada. Maka hasilnya adalah sesuatu yang unik, mudah dan bernilai.

AKTIVITI 2

Lengkapkan jadual berikut:


Ciri-ciri Pedagogi Masa
Bil Contoh aktiviti dalam PdP
Kini
1. Komunikasi dan
kolaboratif
2. Literasi TMK

3. Kemahiran berfikir aras


tinggi (KBAT)
4. Penyelesaian masalah

5. Pembelajaran
berasaskan projek
6. Kreativiti dan Inovasi

60
7. Pembelajaran
Kontekstual

7.3 Aspek Kemahiran Abad Ke-21 Yang Perlu Dikuasai:

1. Cara pemikiran baru iaitu kreativiti, kritis, penyelesaian masalah, membuat


keputusan dan pembelajaran.
2. Cara bekerja iaitu komunikasi dan kerjasama. Pertukaran idea dan
pemikiran menerusi tulisan dan lisan.
3. Pelbagai Bahasa. Keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa
akan memberikan keistimewaan dan kelebihan.
4. Kemahiran mengurus. Membantu dan mengurus orang lain melaksanakan,
menyelesaikan konflik dan masalah.
5. Kerja berpasukan. Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai
sasaran dan matlamat.
6. Kreativiti. Menyumbangkan idea kreatif dan artistik dalam menyelesaikan
masalah.
7. Keupayaan untuk menyesuaikan diri. Kemampuan untuk menghadapi dan
menyesuaikan diri dengan perubahan.
8. Sifat empati. Kemampuan untuk memahami perasaan orang lain.
9. Pengurus stres. Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan
mengenal pasti punca stres.
10. Etika kerja. Mempamerkan etika dan displin kerja yang baik dan bertahap
tinggi.
11. Disiplin diri. Mengawal tingkah laku dalam hal peribadi dan kaunseling.
12. Tanggungjawab. Mempunyai aspirasi dan akauntabiliti.
13. Pemikiran. Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran orang
lain.
14. Kemahiran tatabahasa. Keupayaan mengeluarkan pandangan dan idea
yang bernas.
15. Kemahiran analitikal. Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan
abstrak.
16. Ekonomi dan pengurusan. Kemampuan menggunakan prinsip-prinsip
ekonomi dan perniagaan.
61
17. Kemahiran matematik. Kemampuan untuk menggunakan dan
mengaplikasikan teori asas matematik dalam kehidupan.
18. Kemahiran komputer. Keupayaan menggunakan komputer dalam
perkhidmatan kaunseling.
19. Telekomunikasi. Keupayaan menggunakan talian komunikasi sebagai alat
perhubungan dalam kaunseling.

7.4 Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21

1. Guru perlu menguasai subjek( kandungan kurikulum).


2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi(pengajaran dan pembelajaran).
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi pelajar.
4. Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology).
5. Menerapkan elemen seni dalam pendidikan
6. Mahir menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
7. Memiliki kemahiran kaunseling
8. Menerapkan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlu beretika untuk
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Penting untuk menjaga
hubungan sesama manusia.

AKTIVITI 3

Bincangkan bagaimana guru dapat membentuk murid yang berani mencuba


perkara baharu serta berupaya menjana idea.

7.5 Ciri-Ciri Murid Abad Ke-21

Murid abad ke-21 ialah murid yang celik dalam aspek akademik dan teknologi
maklumat. Antara aspek yang harus miliki seperti:
1. Murid mempunyai keupayaan membuat hubung kait
2. Bijak menyoal guru dan rakan-rakan
3. Yakin berkomunikasi

62
4. Berani mengambil risiko
5. Dahagakan ilmu
6. Perasaan ingin tahu
7. Dapat menjana idea
8. Fleksibel
9. Tidak mudah putus asa
10. Kebolehan mendengar dan membuat refleksi
11. Kemahiran kritis
12. Menguasai kemahiran literasi
13. Berani mencuba
14. Mampu membuat perubahan
15. Berintegriti

7.6 Implikasi Pedagogi Masa Kini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Strategi pembelajaran harus berpusatkan murid. Murid memainkan


peranan penting dan memberikan keutamaan kepada minat murid.
2. Media pengajaran yang utama ialah komputer dan TMK kerana media
pengajaran sangat membantu dalam proses PdP.
3. Suasana pembelajaran yang aktif dengan semua murid mengadakan
perbincangan bersama rakan di dalam kumpulan dan di dalam kelas.
4. Pembelajaran kendiri masih berfungsi dalam pelbagai aras
pembelajaran.
5. Persekitaran bilik darjah menjadi kondusif dengan bilangan murid yang
dikecilkan dan dilengkapi dengan LCD projektor.
6. Murid faham dan mematuhi arahan dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran.
7. Semua ahli saling menghormati, berkomunikasi dengan yakin, dan
menghargai pendapat orang lain.
8. Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan digalakkan
terlibat secara aktif
9. Penilaian murid dijalankan dengan pelbagai kaedah dan berasaskan
pencapaian.

63
10. Pembelajaran kolaboratif diangkat sebagai kaedah yang paling berkesan
dalam PdP.

Kesimpulan

Pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk manusia berkualiti yang memberi


manfaat kepada manusia itu sendiri. masyarakat dan negara. Justeru itu
memperadabkan manusia bukan bergantung kepada kehebatan teknologi yang
digunakan semata-mata. Kefahaman yang mendalam dan jelas tentang aspek
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran mengatasi segalanya. Melalui
kefahaman ini terbentuk satu pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang
berkualiti yang diispirasikan oleh sistem pendidikan negara.

REFLEKSI

Sejauh manakah amalan pedagogi masa kini dapat menjadikan pendidikan


negara bertaraf dunia?

64
RUJUKAN

Arends, R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.

Bandura, A.(1977). Social learning theory.Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall.

Block, J.H. & Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New


York: Macmillan.

Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co.

Boon, P.Y. & Ragbir, K. (1997). Educational psychology 1. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York:
Holt, Rinehart and Winston.

Bruner, J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press.

D‟zul Haimi Hj. Md.Zain.(2003). Seni Islam .Batu Caves,Selangor: Univision Press
Sdn.Bhd.

Feldman, E.B. (1996). Philosophy of art education. New Jersey: Prentice Hall
Good, T.L. & Brophy, J.E. (1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New York:HarperCollins.

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.).


Buckingham: Open University Press
Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2009). Model of teaching (8thed.). Boston: Allyn
Bacon/Pearson

Ken Neo T.K .& Neo Mai. ( 2000 ).The multimedia pavillion: Trends and technologies.
K.L :Meway Computec Sdn .Bhd.

Feldman, E.B. (1997). Becoming human through art. NAEA 5Oth Anniversary
Printing.New Jersey: Prentice Hall

Jack A.Hobbs (1985) Art in context- Third edition . Harcourt Brace :Jovanovich Publisher

Ken Neo T.K. & Neo Mai. ( 2000 ). The mighty PC. K.L :Meway Computec Sdn .Bhd.

Leigh, B. (2000). The changing face of Malaysian crafts –identity,industry and


ingenuity. London : Oxford University Press.

McDonald, S.( 1970). The history and


65philosophy of art education. London : University
of London Press Ltd.

Preble,D., & Preble,S. (1994). Art form ( 5 th.ed.) New York : Harper Collins.
http://www.senirupa.net/detail.php?id=69
www.ums.edu.my/ppib/nota_seni_26_konsep_warna.doc
www.ums.edu.my/appl/sek_img/plums/Sekolah%20Pengajian%20Seni.pd
f
http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-seni-visual.html
www.lacma.org/islamicart/eia.htm
www.chineseart.com
www.india-forum.com
http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-seni-
visual.html

66
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2033 PEDAGOGI

NAMA KELAYAKAN

PN. HJH SHAMSIAH BINTI MD NASIR Kelulusan:


M. Ed. (Perniagaan dan Keusahawanan) UKM
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan B. Accounting (Hons) UKM
IPG Kampus Pendidikan Teknik Sijil Perguruan (Pengajian Perdagangan) MPT
71760 Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Guru Perakaunan dan Kemahiran Hidup

PN. HJH FAUZIAH HASHIM Kelulusan:


M. Ed. (Teknologi Maklumat) UKM
Pensyarah B. Sc. (Sains Komputer) Kent State University
IPG Kampus Pendidikan Teknik Dip Pend. (Matematik) UIA
71760 Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Guru Matematik

EN NOR AZNAN B HJ MAHMOOD Kelulusan:


M. Sc Biologi, UPM
Pensyarah B.Sc Hons (Management) Forestry, UPM
IPG Kampus Batu Lintang Dip Edu, UIA
Jln College
93200 KUCHING Pengalaman:
Pensyarah Sains dan Matematik
Guru Sains dan Kemahiran Hidup

HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI Kelulusan:


M.Ed. (Kurikulum dan Pedagogi) UKM
Pensyarah B.Sc Hons (Science Human Development) UPM
IPG Kampus Batu Lintang, Dip. Perguruan (Pengajian Melayu Sekolah
Jln College Rendah)
93200 KUCHING.
Pengalaman:
Pensyarah Pedagogi Pendidikan
Guru Bahasa Melayu

67
PANEL PEMURNIAN MODUL PEMBELAJARAN

EDUP2033 PEDAGOGI

NAMA KELAYAKAN

PN. HJH SHAMSIAH BINTI MD NASIR Kelulusan:


M. Ed. (Perniagaan dan Keusahawanan) UKM
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan B. Accounting (Hons) UKM
IPG Kampus Pendidikan Teknik Sijil Perguruan (Pengajian Perdagangan) MPT
Bandar Enstek
71760 Negeri Sembilan Pengalaman
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Guru Perakaunan dan Kemahiran Hidup

PN. HJH FAUZIAH HASHIM Kelulusan:


M. Ed. (Teknologi Maklumat) UKM
Pensyarah B. Sc. (Sains Komputer) Kent State University
IPG Kampus Pendidikan Teknik Dip Pend. (Matematik) UIA
Bandar Enstek
71760 Negeri Sembilan Pengalaman
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Guru Matematik

68