Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD NUR ARIF SHAFIQ BIN MOHD NOR HISHAM (C6)

Sejauh manakah bercerita menggunakan alat dalam pdp Bahasa Melayu?

Alat yang digunakan semasa bercerita merupakan satu alternatif di mana satu jalan
perceritaan dapat mudah difahami oleh pendengar. Pemahaman terhadap cerita itu dapat
disampaikan secara jelas. Contohnya, pencerita menyampaikan sebuah cerita kanak-kanak
tentang si tedung dan si arnab sambil menggunakan seutas tali yang dililit di jari. Penceritaan
itu berkisahkan seekor ular tedung sedang mencari makan di hutan. Pada waktu yang sama,
tali perlulah digerakkan oleh pencerita untuk menggambarkan bagaimana ular mencari
makanan. Kemudian, ular itu ternampak beberapa ekor arnab sedang meminum air di tepi
sungai. Selepas itu, ular itu pun mengejar lalu membelit arnab. Ketika itu tali melilit jari-jemari
untuk menggambarkan ular sedang membelit. Dari penceritaan itu, hanya menggunakan
seutas tali, cerita dapat disampaikan dengan mudah dan dapat difahami oleh pendengar.

Selain itu, bercerita menggunakan alat juga dapat menarik perhatian pendengar.
Pendengar mungkin terlalu bosan dan jemu kerana selalu mendengar pencerita sedang
bercerita dan pada masa yang sama minat terhadap bercerita mungkin berkurang. Dengan
menggunakan alat untuk bercerita dapat menarik perhatian pendengar apabila melihat alat
untuk bercerita. Alat untuk bercerita banyak boleh digunakan antaranya patung yang paling
popular. Contohnya, bercerita menggunakan patung yang berwatak petani. Dari situ
pencerita perlulah kreatif dan lebih bersedia untuk menjadikan patung itu seolah-olah seorang
petani. Murid-murid yang gemar akan hiburan terhadap penceritaan maka perlulah perjalanan
terhadap cerita itu lebih menarik dan selitkan sikit unsur kecindan.

Anda mungkin juga menyukai