Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN PEMENTASAN DRAMA

Pada tarikh 10 April 2019 bersamaan hari Rabu, tugasan tiga iaitu pementasan drama
dua kumpulan dari kelas PISMP C6 telah dipentaskan. Kumpulan satu yang diketuai oleh
Muhammad Hafizuddin Bin Abdul Kassim telah dipersembahkan di Laman Warisan IB pada
waktu rehat pukul 9:45 pagi sehinggan 10:15 pagi manakala kumpulan yang kedua yang
diketuai oleh saudari Nurul Syuhada Binti Haron telah mempersembahkan drama di Laman
Karyawan pada pukul 1:15 pagi sehingga 2:00 petang. Kumpulan satu mempersembahkan
drama yang bertajuk ‘Maddin sudah insaf’ dan tajuk drama kumpulan dua pula ialah ‘Laila dan
Semut Merah’.

Saya salah seorang ahli daripada kumpulan dua yang membuat persembahan drama
yang bertajuk Laila dan Semut Merah. Pementasan drama dipersembahkan di Laman
Karyawan di Lobi IPG Kampus Bahasa Melayu. Anggaran penonton yang hadir melihat
persembahan drama seramai 50 orang. Persembahan drama berjalan dengan lancar dan
mendapat reaksi penonton yang positif. Selain itu, segala prop dan kostum yang dipakai oleh
kami diperoleh daripada barang kitar semula seperti kotak, surat khabar, ranting pokok dan
ada juga kami pinjam peralatan dari Surau At-Taqwa.

Saya berlakon sebagai watak Pak Mail yang merupakan seorang pembantu rumah
Laila dan mempunyai sikap sabar dan baik hati. Saya memakai apron dan ‘bucket hat’
sebagai kostum Pak Mail. Saya mendapat bimbingan daripada ahli kumpulan yang lain untuk
melakonkan watak Pak Mail. Hasil pembelajaran di kelas yang diajar oleh pensyarah subjek
Drama dalam Pendidikan iaitu Dr. Azman Bin Rahmat dan bengkel drama yang diadakan di
Universiti Malaya saya mengaplikasikan ilmu itu untuk mempersembahkan watak saya
supaya dapat berjalan dengan lancar.

Muzik sebagai bunyi latar juga ditambah sebagai halwa telinga kepada penonton agar
pementasan drama akan menjadi lebih menarik. Muzik yang dimainkan oleh ahli kumpulan
dua ialah muzik enjit-enjit semut dan Laila Si Budak Sombong. Lagu-lagu itu dimainkan diawal
persembahan dan diakhir persembahan. Selain itu, bunyi kaca pecah, muzik sedih, bunyi air
dan bunyi burung berkicauan juga ditambah dalam persembahan drama.

Kesimpulannya, tugasan tiga iaitu pementasan drama dapat memberi pengalaman


kepada kami semua sebagai pelakon, mencipta kostum, membuat prop dan menghayati
watak dengan baik. Kami dapat mengaplikasikan ilmu drama seperti teknik mimik muka,
teknik improvisasi dan teknik alunan atau intonasi suara dengan mempersembahkan drama.
Selain itu, kami juga dapat merasai situasi sebenar bagaimana seorang pelakon yang hebat
menggunakan tenaganya untuk menjayakan sesuatu watak.

1
LAILA DAN SEMUT MERAH

oleh

NURUL SHUHADA BINTI MOHD HARON

2
SINOPSIS
Kisah seorang budak perempuan bernama Laila yang sombong, tidak hormat kepada ibu
bapa dan pembantu rumahnya, Pak Mail. Laila seringkali mencela dan menyakiti hati Pak Mail
dengan menyusahkan, menghina kedudukan Pak Mail serta memandang keji tentang Pak
Mail yang bekerja sebagai orang gajinya. Di samping itu, Laila juga tidak menghormati dan
tidak berbudi bahasa terhadap ibu bapanya sendiri. Laila selalu memaksa ibu bapanya untuk
mendengar cakapnya dan segala kehendaknya mesti dipatuhi. Pada suatu hari, Laila tersesat
semasa bermain di tepi hutan. Laila tertidur keletihan dan bermimpi berjumpa bertemu dengan
Semut Merah. Sang Semut Merah tidak mahu menolong Laila kembali ke rumahnya, malahan
menghukum kesombongan Laila. Sang Semut Merah dan rakan-rakan mengajar Laila dan
akhirnya dia insaf. Laila pulang ke rumah dan memohon ampun daripada ibu bapanya serta
berjanji akan menjadi anak yang baik dan berbudi bahasa.

TEMA : Kemasyarakatan

WATAK DAN PERWATAKAN :


LAILA – seorang pelajar perempuan, anak tunggal, bersifat sombong dan degil
PAK MAIL – pembantu rumah keluarga Laila, bersifat baik hati dan sabar
IBU LAILA – ibu kepada Laila, bersifat penyayang dan lemah lembut
BAPA LAILA – bapa kepada Laila, bersifat tegas namun penyayang
SEMUT MERAH 1 – semut yang muncul dalam mimpi Laila, mempunyai fizikal yang besar
SEMUT MERAH 2 – semut yang muncul dalam mimpi Laila, mempunyai fizikal yang besar
HAKIM SEMUT MERAH – hakim semut yang menghakimi perbicaraan Laila

LATAR TEMPAT :
Rumah
Hutan

LATAR MASA :
Tengah hari
Petang
Malam

NILAI :
Hormat-menghormati
Kepatuhan

3
BABAK I

Lampu terang, di ruang makan dalam sebuah rumah.

(Lagu _____________ dimainkan)

LAILA: Pak Mail… mana makanan? Laila lapar ni. Sekarang waktu makan Laila, tak tau
lagi ke!

[Prop : meja, tudung saji] [Audio : bunyi meja dihentak]

PAK MAIL (tergesa-gesa): Ba…baiklah, tengah siaplah ni. (Sambil membawa makanan)
[Prop : pinggan, mangkuk]

LAILA (marah): Eee, orang tua ni! Terhegeh-hegehlah, orang dah lapar ni. Cepatlah sikit,
dah tua nak bekerja lagi.

PAK MAIL: Dah siap dah ni. Marilah makan, Laila.

LAILA (menyepahkan makanan dengan raut muka yang marah dan kecewa):
Apa ni, Pak Mail! Nasi lembik, lauk tak sedap! Laila tak nak makanlah.
[Audio : bunyi pinggan mangkuk jatuh]

PAK MAIL: Bukankah ini masakan dan lauk kegemaran Laila?

LAILA (mengherdik): Alaa... Pak Mail hari-hari asyik masak lauk yang sama saja, Laila
dah jemu dan loya nak makan. (Memek muka nak termuntah,
sombong)

PAK MAIL: Baiklah Laila, nanti Pak Mail masak yang lain. (Berjalan menuju ke dapur)

LAILA: Tak payahlah Pak Mail... Laila tak lapar.

IBU (menuju ke dapur): Apa bising-bising di dapur ni?

LAILA: Mak, tengoklah ni... Pak Mail tak pandai masak. Laila tak sukalah makan
macam ni!

IBU (memujuk): Laila... Laila... Tak baik buat rezeki macam tu! Tuhan marah, tau. Tengok
tu... nasi bersepah-sepah. Tak baik! Membazir itu amalan syaitan.

LAILA: Pak Mail tu! Dia tu tak pandai masaklah. Laila penat-penat balik sekolah nak
makan, makanan tak siap lagi. Mak tengoklah. Siapa nak makan makanan macam
ni? Tak sedap langsung. Laila tak nak makanlah!

4
IBU: Tak baik cakap macam tu, Laila. Selama ni Pak Maillah yang sediakan makanan,
Pak Maillah yang uruskan segala-galanya untuk kita sekeluarga. Kalau tak ada Pak
Mail, siapa nak buat semua ini?

LAILA (bangun meninggalkan tempat makan):

Itulah ibu... Bila Laila cakap saja, mesti ibu membela Pak Mail...

IBU: Laila, habiskan makanan tu. Tak baik, tau...

(LAILA terus melangkah pergi dari situ)

IBU: Laila... (menggeleng-gelengkan kepala)

(Di ruang tamu ayah Laila sedang membaca surat khabar manakala ibunya sedang
datang membawa secawan kopi)

IBU: Abang, saya risau dengan anak kita tu, perangai Laila semakin hari semakin menjadi,
haritu kat dapur dia herdik Pak Mail, sebab lambat siapkan makanan. Salah kita ke bang
silap didik Laila,

(sambil mengerut dahi berasa risau dengan sikap anaknya)

AYAH: Biasalah budak-budak, awak jangan risaukan sangat. Nanti saya cuba tegur
Laila, kita manjakan dia sangat dulu, maklumlah intan payung seorang itu saja yang kita
ada.

IBU: Haaa baguslah, tegur anak awak itu, kalau saya cakap, dia tak dengar

Pentas gelap.

5
BABAK II

(Di tepi hutan, LAILA berseorangan, gembira dan leka bermain, sambil menyanyi dan memetik
bunga. Dia ternampak seekor rama-rama yang cantiklau mengejar dan cuba menangkapnya.
Tiba-tiba dia sedar bahawa dia telah tersesat jauh ke dalam hutan)

LAILA (panik): Eh... di mana aku berada ni? Baik aku pulang sekarang. Tapi macam mana
nak pulang? Lain macam saja tempat ni. Ibu! Ayah! Tolong Laila! Laila dah
sesat, tak tahu nak pulang ke rumah, Laila takut. Tolong, ayah, tolong, ibu!

(LAILA merayau-rayau dan akhirnya duduk di bawah sebatang pohon dalam keadaan
keletihan lalu tertidur)

(Pentas gelap seketika. Apabila terjaga, LAILA terkejut kerana dikelilingi oleh semut merah
yang bengis dan garang serta menakutkan)

LAILA: Eh, di mana aku? Tolong, jangan apa-apakan aku. Aku cuma nak balik saja.

SEMUT MERAH 1: Hei, budak perempuan. Mengapa kamu berani menceroboh ke tempat
kami?

SEMUT MERAH 2: Macam mana kamu boleh masuk ke sini? Belum pernah ada manusia
yang berani datang ke sini.

(sambil melakukan reaksi muka bengis)

LAILA (kehairanan): Eh, binatang apa pulak ni? Macam semut saja, tapi kenapa besar pulak?
Di tempat Laila semut-semutnya kecil sahaja.

SEMUT MERAH 1: Cis, Berani dia cakap kita kecil !

SEMUT MERAH 2: Jangan banyak cakap! Jawab segera soalan kami dulu.

LAILA: Eh... kamu ni rupa macam semut, tapi kenapa boleh bercakap macam manusia pula?

SEMUT MERAH 1: Aku dah kata, jangan banyak tanya. Lagi sekali aku tanya, kenapa kau
ceroboh kawasan kami?

LAILA: Tak, saya tak ceroboh tempat kamu, saya hanya tersesat! Saya tak tahu jalan pulang.

SEMUT MERAH 2: Bohong! Kamu jangan cuba berbohong, kamu sengaja ceroboh tempat
kami.

LAILA: Tolonglah percaya wahai semut, saya tak ceroboh tempat kamu, saya sesat. Saya
nak balik je, tapi tiba-tiba sampai ke sini. Tolonglah percaya cakap saya ni.

6
SEMUT MERAH 1: Sudah, jangan banyak cakap lagi. Tangkap dia, gigit dia, kita makan dia.

LAILA: Tolonglah, percayalah, saya tak ceroboh kawasan tuan. Lepaskanlah saya pulang.

SEMUT MERAH 2: Kamu yang datang ke sini tanpa izin kemudian hendak meminta pulang
pula. Hahahahahaha sudah! Ayuh kita bawa dia pergi

(semut merah 2 bercakap dengan penuh sinis)

(LAILA cuba melepaskan diri,tetapi dia terjatuh)

SEMUT MERAH 1: Tangkap...!

SEMUT MERAH 1 (ketawa mengejek): Ikat budak ini. Jaga, jangan sampai dia terlepas pula.
Malam ini dia akan jadi makanan kita.

LAILA (merayu): Tolonglah, wahai sang semut. Janganlah makan aku. Lepaskanlah aku. Aku
berjanji tak akan datang ke sini lagi.

SEMUT MERAH 2: Ah, sudah terlambat! Ayuh kita ikat dia.

LAILA: Tolong, lepaskan aku, lepaskan aku...

Semua semut mengikat LAILA.

7
BABAK III

(LAILA dibawa ke mahkamah semut. Seketika kemudian, Ketua Hakim Semut pun sampai)

SEMUT MERAH (semut yang hadir bersorak dan mengherdik LAILA):

Tuan Hakim, dimaklumkan bahawa ada penceroboh telah masuk kawasan kita.

LAILA (terketar-ketar): Tuan Hakim, saya bukan menceroboh tapi saya telah tersesat.

SEMUT MERAH 1: Bohong, Tuan Hakim! Budak ini sengaja masuk ke kawasan kita dan
melakukan banyak kerosakan.

SEMUT MERAH 2: Betul, Tuan Hakim! Kami menjumpai dia menceroboh di kawasan kita.

LAILA: Betul, betul, Tuan Hakim. Percayalah, saya tidak menceroboh dan tidak melakukan
apa-apa kesalahan.

SEMUT MERAH 1: Untuk pengetahuan Yang Arif, latar belakang budak ini tidaklah bagus.
Saya selalu melihat dia berlagak sombong, tidak hormat pada orang tua
dan sentiasa meninggi diri.

LAILA (menangis teresak-esak): Tuan Hakim, percayalah cakap saya, itu semua fitnah, Tuan
Hakim. Saya tidak pernah bersikap sebegitu.

SEMUT MERAH 2: Yang Arif, boleh saya menambah hujah saya lagi?

TUAN HAKIM: Mahkamah membenarkan.

SEMUT MERAH 2: Budak perempuan ini selalu menghina dan mencerca orang gajinya yang
mengasuhnya sejak kecil lagi. Pernah dia menyepahkan makanannya.
Selain itu, dia juga bongkak dan selalu melawan cakap ibu bapanya.

LAILA: Yang Arif, tolonglah, saya tak pernah lakukannya. Percayalah pada saya.

TUAN HAKIM: Baiklah, yang tertuduh. Sekarang giliran kamu pula untuk membela diri.

LAILA: Yang Arif, saya tidak pernah berkelakuan seperti itu, saya anak yang baik...

SEMUT MERAH 1: Bohong! Yang Arif, tertuduh selalu melakukan perkara yang bertentangan
dengan nilai murni manusia.

8
LAILA: Tuan Hakim, kalau ada pun kesilapan yang saya buat, bukanlah saya sengaja,
mungkin kerana kesilapan saya. Tolonglah, percayalah pada saya, Tuan Hakim.

(Suasana sepi. Perbicaraan selesai. Semua menanti keputusan TUAN HAKIM)

TUAN HAKIM: Baiklah. Mahkamah Semut mendapati... kamu bersalah dan dijatuhi hukuman
dikurung seumur hidup.

LAILA: Tolong! Tolong, Tuan Hakim, saya tak bersalah. Lepaskanlah saya.

SEMUT MERAH 1: Inilah balasan kepada orang yang tidak menghormati orang tua
Padan muka!

(Semua semut bersorak gembira. LAILA dimasukkan ke dalam kurungan)

9
BABAK IV

Adegan 1

LAILA (menangis ketakutan dan kelaparan. Tangan dan kaki dirantai):

Ibu, ayah, Pak Mail,tolong Laila!

SEMUT MERAH (ketawa mengherdik): Diam, jangan menangis! Ini makanan kamu. Nanti tiba
masanya kami pula makan kamu.

(Melihat makanan yang dihidangkan, LAILA berasa sedih dan terharu)

LAILA: Oh Tuhan, tolonglah saya, selama ini saya tak pernah bersyukur dan berterima kasih
atas pemberianMu.

(LAILA tertidur semula. Tiba-tiba dia terdengar suara orang memanggilnya)

PAK MAIL: Laila...Laila bangun, cepat kita lari sebelum semut-semut tu sampai. Ibu bapa
Ayu menanti di luar sana.

LAILA (menjerit): Tolong selamatkan Laila pakcik! Laila takut dan menyesal. Laila janji tak
akan menyusahkan pakcik lagi. Tolong, makcik, tolong!

PAK MAIL (membuka ikatan dan terus melarikan diri): Cepat, Laila!

SEMUT MERAH (mengejar LAILA. Suasana cemas): Hoi kawan-kawan, budak tu melarikan
diri. Kejar!

LAILA: Cepat Pak Mail, lari! Pegang tangan Laila.

PAK MAIL: Laila larilah dulu, makcik letih, pergilah cepat. Ibu bapa Laila ada di sungai.

SEMUT MERAH: Kejar, cepat tangkap mereka!

(PAK MAIL berjaya ditangkap oleh tentera-tentera semut merah dan mereka
mengerumuninya. PAK MAIL menjerit ketakutan. LAILA memerhati dengan perasaan yang
sedih dan sayu. LAILA lari dan terus mendapatkan ibu bapanya yang menunggu di seberang
sungai tepi hutan)

LAILA (menjerit): Ibu... ayah, tolong Laila! Laila takut!

BAPA LAILA: Cepat, Laila... cepat. Semut-semut tu dah dekat. Lari... laju lagi!

10
IBU LAILA: Laju lagi, Laila, ibu di sini. Cepat!

LAILA: Ibu... ayah, awas semut merah di belakang ibu dan ayah. Lari!

(IBU dan AYAH LAILA juga dikerumuni oleh semut merah. Mereka menjerit-jerit. LAILA turut
menjerit sekuat hati dan jatuh pengsan)

Adegan 2

PAK MAIL (menggoyangkan bahu): Laila... Laila... bangun Laila. Pak Mail ni... Syukurlah,
Laila selamat. Kami semua sangat bimbangkan
keselamatan Laila.

LAILA (memeluk erat dan menangis): Makcik, ampunkan Laila yang selalu menyakiti hati
makcik. Ibu ayah,ampunkan dosa Laila yang selalu
ingkari nasihat dan perintah ibu ayah.

BAPA LAILA: Sudahlah, Laila. Laila dah selamat. Itulah, berapa kali ayah sudah pesan,
jangan masuk ke hutan ni seorang diri. Ini kan dah sesat.

LAILA: Ayah, ibu tak apa-apa? Pak Mail juga tak apa-apa?

IBU LAILA: Laila yang tersesat dan tertidur di sini. Kami tak ada apa-apa. Nasib baik Mak
Timah yang terjumpa Laila tadi.

LAILA: Laila minta maaf Pak Mail, ayah, ibu...

AYAH LAILA: Sudahlah, mari kita balik.

(LAILA berpelukan dengan PAK MAIL, IBU dan BAPAnya)

Pentas gelap.

TAMAT

11
LAMPIRAN

12
13
14
15

Anda mungkin juga menyukai