Anda di halaman 1dari 8

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAHAP PENGUASAAN TAJWID PELAJAR ASRAMA TINGKATAN SATU


SMK BAROH PIAL
AZANI BIN AWANG @ FAUZI L20181010931

1.1 PENGENALAN

Setelah agak lama terlibat dalam dunia pendidikan, penulis mendapati masalah
penguasaan hukum tajwid di kalangan pelajar, khususnya di peringkat sekolah
menengah rendah amat ketara. Justeru, ianya menjadi sebab dan alasan yang
memberikan penulis ilham dan untuk mengetahui punca masalah yang berlaku
sekarang ini. Al-Quran adalah kitab panduan hidup muslim yang sepatutnya
mendapat perhatian sewajarnya daripada seluruh umat Islam dalam meneruskan
kesinambungan hidup di dunia ini.

Pelbagai masalah dihadapi umat Islam yang menuju era kemodenan


globalisasi, iaitu masalah kurang menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid dan
kurangnya perhatian terhadap pendidikan al-Quran. Atas kesedaran inilah, penulis
merasa terpanggil untuk cuba menyelidiki kualiti pembacaan al-Quran secara
bertajwid dalam aspek Hukum Lima yang menjadi teras dan asas hukum tajwid di
kalangan pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah rendah. Pembacaan al-Quran
secara bertajwid adalah penting supaya seseorang itu terhindar dari laknat Allah,
seperti firmannya :
.    

(4 : ‫) الزممل‬   

Yang bermaksud : Dan bacalah al-Quran secara tartil.

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

(‫ُ )رواه البخاَري ومسلم‬.‫ِ قوالررقررقءارن يقيرلقعنرره‬،‫ب ققاَرئئ لررلرقررقءارن‬


‫رر ب‬
‘Berapa ramai yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran itu melaknatinya’.
2

Pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kadar kurang mahir al-
Quran di kalangan pelajar-pelajar. Di antaranya ialah peranan Kementerian Pelajaran,
JAKIM melalui kelas-kelas KAFA, sekolah, guru-guru, PIBG, JQAF, dan program-
program pengajian di masjid-masjid di bawah program takmir dan Halaqah.

Peranan ibubapa juga terserlah apabila mereka sanggup berkorban wang


ringgit, masa dan tenaga untuk menghantar anak-anak mereka bagi mengikuti kelas-
kelas al-Quran dan Tajwid. Namun tidak dinafikan terdapat segelintir ibubapa yang
kurang kesedaran terhadap kepentingan ilmu tajwid di kalangan anak-anak
menyebabkan berlakunya penularan kurang mahir dalam pembacaan al-Quran di
kalangan anak-anak.

Dengan hasil kajian ini nanti, penulis mengharapkan akan merubah persepsi
para pelajar betapa pentingnya menguasai ilmu tajwid Hukum Lima, terutama di
kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Semoga ianya akan menjadi panduan bagi
memantapkan lagi keperibadian muslim berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasul.
Dengan itu akan lahirlah sebuah masyarakat yang celik tajwid, terutama Hukum Lima
yang menjadi dasar utama dan tonggak Ilmu Tajwid.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Bagi seorang muslim, mempelajari Ilmu Tajwid adalah tanggungjawab Fardhu


Kifayah, sementara membaca al-Quran mengikut Hukum Tajwid adalah Fardhu Ain.
Membaca al-Quran tanpa mengambilkira Hukum Tajwid adalah satu pencemaran dan
penghinaan terhadap Kitab Suci al-Quran. Dalam Islam, sebarang bentuk pencemaran
dan penghinaan terhadap al-Quran hukumnya haram jika disengajakan, lebih-lebih
lagi pencemaran pada lafaz al-Quran kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran.
Justeru, penekanan terhadap ilmu-ilmu tajwid diharapkan dapat membantu pelajar-
pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik dan berkualiti.

Kekeliruan pelajar-pelajar terhadap ilmu tajwid dan pembacaan al-Quran tanpa


ilmu tajwid yang betul amat perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutama hukum
3

tajwid yang menjadi asas bacaan al-Quran. Fenomena ini terjadi mungkin akibat
kurang perhatian di kalangan pelajar-pelajar terhadap pelajaran Pendidikan Islam,
khususnya bidang Tilawah al-Quran. Sebilangan besar murid hanya memandang
remeh sahaja terhadap pelajaran Pendidikan Islam disebabkan ianya bukanlah
pelajaran yang penting kerana bukan subjek peperiksaan ketika mereka menduduki
UPSR. Jadi mereka mempelajarinya secara acuh tak acuh sahaja dan sekadar
memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam jadual waktu persekolahan sahaja.

Penekanan keterlaluan terhadap subjek lain dalam peperiksaan juga


menyebabkan subjek Pendidikan Islam terpinggir. Ketidakseimbangan inilah yang
menjadi punca utama berlakunya kegagalan penguasaan al-Quran di kalangan pelajar-
pelajar. Kesannya, maka wujudlah kesalahan-kesalahan dalam pembacaan ayat-ayat
suci al-Quran yang memungkinkan perubahan makna-makna ayat
.
Memandangkan begitu kompleksnya masalah ini, maka pelbagai cara telah
diambil untuk mengatasinya oleh pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pihak
swasta. Di antaranya ialah dengan mewujudkan kelas-kelas tambahan al-Quran dan
Tajwid, Kelas-kelas Qiraati, Kelas tuisyen al-Quran, Kelas al-Quran Dewasa dan
banyak lagi. Ada ibubapa yang sanggup menjemput guru-guru agama dengan bayaran
tertentu untuk mengajarkan kemahiran al-Quran kepada anak-anak mereka.

Melihatkan fenomena yang sedemikian rupa, meruntun pengkaji untuk melihat


dengan lebih spesifik, membuat analisis secara akademik mengenai tahap penguasaan
Tajwid Hukum Lima di kalangan pelajar-pelajar. Lantaran itulah satu kajian
dijalankan ke atas sekumpulan pelajar asrama Tingkatan Satu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Baroh Pial, untuk mengetahui sejauh manakah penguasaan mereka
terhadap Tajwid Hukum Lima, serta untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi dalam mempelajari Tajwid Hukum Lima.
4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Untuk mengetahui tahap penguasaan Tajwid Hukum Lima di kalangan


pelajar asrama Tingkatan Satu Sekolah Menengah Baroh Pial.

1.3.2 Untuk mengenalpasti minat pelajar Tingkatan Satu dalam penguasaan


Tajwid Hukum Lima.

1.3.3 Untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tingkatan


Satu dalam penguasaan Tajwid Hukum Lima.

1.4 TINJAUAN KEPUSTAKAAN

Berdasarkan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran
pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun menunjukkan pelajar-pelajar di
sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam
pendidikan al-Quran. Laporan di atas disokong oleh dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh Muhammad Endut (1992) yang menyatakan antara masalah yang
dihadapi oleh guru Pendidikan Islam ialah kelemahan pelajar dalam membaca al-
Quran.

Aminah Idris (1997) dalam kajiannya yang bertajuk penilaian program tilawah
Al-Quran sekolah menengah rendah, mendapati beberapa masalah pelaksanaan
program tilawah al-Quran dapat dikesan, antaranya kebanyakkan pelajar mempunyai
minat dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah al-Quran, penguasaan jawi
dan al-Quran. Penguasaan jawi dan al-Quran pelajar berada di tahap sederhana
sebelum mereka memasuki sekolah menengah, Guru dan pelajar bersetuju bahan
pengajaran tilawah al-Quran masih belum mencukupi di sekolah. Program tilawah al-
Quran masih belum berjaya mengubah sikap pelajar menghayati nilai-nilai Islam
sepenuhnya.

Masalah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai asas al-Quran pada peringkat


sekolah rendah lagi. Apabila pelajar-pelajar menyambung pelajaran peringkat
5

menengah mereka tidak dapat mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan pada
peringkat sekolah menengah.

Kajian terhadap 80 orang guru pelatih Islam kursus Diploma Perguruan


Malaysia, (KDPM) Semester Satu (1997) Institut Perguruan Darulaman dari pelbagai
pengkhususan kecuali Pengajian Agama Islam, mendapati jumlah pelatih yang
memiliki Kitab al-Quran ialah sebanyak 63.8 %. Dapatan juga menunjukkan 85 %
daripada mereka pernah mendapat pendedahan Ilmu Tajwid. Kajian ini juga
mendapati bahawa 87.5 % daripada mereka mempelajari Ilmu Tajwid secara sambilan
sahaja. Hasil kajian menunjukkan, 62.5 % guru pelatih membaca al-Quran sekali
sekala sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih tidak
menjadikan membaca al-Quran amalan hidup seharian mereka.

Menurut Ustaz Sabawi Awang Et al. (2000), dalam kajiannya terhadap guru
pelatih semester dua Institut Perguruan Kota Bharu tentang penguasaan Huruf
hijaiyyah dan Tajwid Hukum Lima dalam kajian al-Quran, menunjukkan peratus
lemah komponen hijaiyyah masih lagi berada pada tahap yang tinggi iaitu 25.2%, dan
penguasaan komponen tajwid hukum lima masih lagi rendah. Contohnya penguasaan
Hukum Iqlab 56.5 %, Ikhfak Hakiki 50.5 %, Izhar halqi 46.6 %, Idgham Maal
Ghunnah 46.6 %, Idgham Bila Ghunnah 43.7 % , dan klasifikasi hukum pada ayat
cuma 35.9 %. Secara keseluruhannya tahap penguasaan guru-guru pelatih adalah
sederhana baik. Ini kerana apabila dilihat kepada skor min, min tertinggi adalah 3.97
dan min terendah ialah 3.27

Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz (1986), melahirkan rasa bimbangnya akan


berlaku pada suatu masa nanti tidak ada orang yang boleh membaca al-Quran kerana
ramai alim ulama’ yang telah meninggal dunia. Tinggallah generasi baru yang lemah
seperti dalam kesemua paparan kajian di atas. Sekiranya ini berlaku, maka ia
merupakan sejarah yang berulang lagi, seperti yang berlaku pada zaman sahabat, iaitu
ramai para huffaz yang telah meninggal dunia di medan perang sedangkan pada masa
itu pengumpulan dan penulisan al-Quran secara sistematik belum lagi wujud.
Sekiranya situasi sebegini tidak dapat diatasi, maka akan bermaharajalelalah kejahilan
dan penyakit buta al-Quran dalam sesebuah masyarakat.
6

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dibuat adalah bagi mendapatkan maklumat tentang penguasaan tajwid
Hukum Lima di kalangan pelajar asrama Tingkatan Satu Sekolah Menengah
Kebangsaan Baroh Pial . Ianya akan menyentuh beberapa aspek yang berkaitan
dengan metodologi kajian seperti rekabentuk kajian, sampel, penganalisisan data,
instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan lain-lain.

Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah untuk menghasilkan maklumat


yang mempunyai tahap keesahan yang tinggi. Oleh itu, segala prosedur kajian dan
peraturan mesti dihayati dan difahami terlebih dahulu. Penilaian metodologi kajian
yang sesuai dan tepat akan menghasilkan kajian yang berkualiti supaya ianya boleh
dimanfaatkan semua pihak yang terlibat.

1.5.1 Metode Kaji Selidik / Temubual

Kajian yang dilakukan adalah dalam bentuk kuantitatif. Penulis


mengemukakan satu set soalan soal selidik kepada responden bagi mendapatkan
maklumat yang jelas. Soal selidik yang dikemukakan mengandungi tiga fasa.

Tiga bahagian soalan yang dikemukakan : Bahagian A mengandungi Butiran


pengajian al-Quran responden dan Bahagian B merupakan set soalan bagi mengetahui
dengan lebih tepat tentang pengetahuan sebenar responden tentang Hukum Lima.
(Lihat lampiran soalan soal selidik yang dikemukakan) dan Bahagian C mengandungi
Set soalan bagi menguji minat pelajar. Penulis cuba mengumpul data-data supaya
menjadi satu rumusan yang sepadu dan lengkap.

Data-data yang diperolehi dikumpulkan dalam bentuk manual. Penulis


menggunakan Sistem Microsoft Word bagi mendapatkan carta atau graf. Kajian yang
dilakukan adalah bagi mengesan dan mengenalpasti sejauh mana penguasaan murid
terhadap Tajwid Hukum Lima.
7

1.5.2 Persampelan

Sampel kajian adalah pelajar-pelajar asrama Tingkatan Satu Sekolah Menengah


Kebangsaan Baroh Pial 17200 Rantau Panjang Kelantan. Seramai 30 orang pelajar
terlibat dalam kajian ini. Sampel dikategorikan sebagai pelajar baik dan lemah
berdasarkan keputusan ujian-ujian sekolah pada awal tahun.

Pelajar-pelajar yang terlibat adalah berumur 13 tahun. Kesemua pelajar adalah


pelajar asrama sekolah. Taraf sosio ekonomi keluarga mereka terdiri daripada petani,
peniaga, kakitangan kerajaan, pekerja swasta dan juga pesara.

1.6 LIMITASI KAJIAN

1.6.1 Penyelidikan ini hanya melibatkan pelajaran al-Quran yang hanya


menumpukan penguasaan Tajwid Hukum Lima yang merangkumi Hukum
(Izhar Halqi, Idgham Maal ghunnah, Idgham Bila Ghunnah, Ikhfa’ Hakiki dan
Iqlab) sahaja.

1.6.2 Kajian ini hanya terbatas setakat sampel pelajar-pelajar asrama Tingkatan Satu
Sekolah Menegah Kebangsaan Baroh Pial Rantau Panjang Kelantan sahaja.
Seramai 30 orang pelajar asrama Tingkatan Satu sahaja yang dijadikan sampel
kajian.
.
1.6.3 Kajian ini juga terbatas setakat mengedarkan set soalan kaji selidik yang
mengandungi tiga bahagian utama, iaitu Bahagian A (Butiran Pengajian al-
Quran responden), Bahagian B (Set Soalan Ujian Tahap Penguasaan) dan
Bahagian C (Set soalan bagi menguji minat pelajar).

KESIMPULAN

Kajian ini hanya mencakupi tahap penguasaan Tajwid hukum Lima bagi membantu
semua pihak mengetahui kepentingan dan matlamat mempelajari Tajwid hukum Lima
8

dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran dan semoga dapat menjalankan ibadah
kepada Allah dengan sempurna. Melihatkan betapa indah dan uniknya matlamat ini,
maka penulis cuba menyatakan kepada semua betapa pentingnya pelajaran ilmu tajwid
dalam pembacaan al-Quran, walaupun hanya dibicarakan dalam ruang lingkup yang
sempit. Semoga pengesanan di peringkat awal ini akan dapat membantu mereka yang
terlibat, seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kejayaan pada masa
akan datang.

Bacaan al-Quran secara bertajwid merupakan sebatian yang tidak dapat


dipisahkan lagi. Kejanggalan akan lahir dalam pembacaan al-Quran tanpa bertajwid,
bahkan akan mendatangkan kesumbangan dalam bacaan. Namun apabila terdapat
kesepaduan antara bacaan dan hukum tajwid pastinya akan menyerlahkan lagi
keindahan mukjizat al-Quran. Apabila bacaan al-Quran disulam dengan ilmu Tajwid
dan lidah pula tidak melencong pasti akan menarik hati-hati manusia untuk mendekati
Kalam Allah yang mu’jiz. Pembaca al-Quran hendaklah melatih dan membiasakan
lidahnya menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat melalui berguru secara
musyafahah. Bacaan al-Quran daripada mashaf tanpa panduan guru adalah cara yang
salah sekalipun di dalam mashaf terdapat tanda-tanda atau arahan-arahan tertentu.
Dalam disiplin pengajian Ilmu Tajwid terdapat istilah-istilah tertentu yang
memerlukan kepada talaqqi daripada guru yang berkelayakan.

Anda mungkin juga menyukai