Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif Minggu ke: 1

Isu yang difokuskan

Saya mendapati bahawa terdapat beberapa murid di kelas 4 Brilliant tidak dapat menjawab
lembaran kerja dengan baik. Hal ini menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah.

Analisis Yang Difokuskan

Punca isu ini adalah seperti murid tidak membuat tugasan dengan betul-betul. Selain itu,
murid mempunyai masalah memahami arahan soalan. Kesan daripada isu ini adalah guru
tidak dapat menilai tahap pencapaian murid dengan tepat. Selain itu, keyakinan murid menjadi
berkurangan disebabkan oleh pencapaian akademik yang rendah.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut K. T. Compton melalui Azrina (2009), Sains adalah sikap ingin tahu, pemerhatian
dan penaklukan mengenai dunia ini. Maka, guru haruslah merancang aktiviti yang sesuai dan
boleh menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya hasil pembelajaran boleh dicapai dengan jayanya.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya boleh menyediakan lembaran kerja yang lebih menarik dan sesuai dengan
matapelajaran sains.

Tempoh Masa Penyelesaian :

Seminggu
Tindakan Susulan:

Saya akan mengubahsuai teknik mengemukakan soalan latihan kepada murid. Saya akan
menggunakan gambar-gambar dalam latihan untuk memudahkan murid memahami
kehendak jawapan agar mereka dapat memberi jawapan yang betul. Selain itu, saya akan
memberi arahan soalan yang mudah difahami oleh murid supaya murid dapat menjawab
latihan dengan betul.

Rujukan :

Azrina. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik. Dimuat turun dari
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=2&opt=com_article&grp=2&sec=&key=172
&cmd=resetall

Disemak Oleh:

__________________________

Guru Pembimbing

Nama:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai