Anda di halaman 1dari 2

Anda dikehendaki untuk menjalankan satu temu bual dengan pemimpin di sebuah organisasi

pendidikan. Laksanakan satu temu bual terhadap pemimpin tersebut dengan memberi fokus
kepada peranan guru sebagai pemimpin dalam pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran. Hasilkan satu laporan temubual yang lengkap.

SOALAN

1. Pada pandangan cikgu, berdasarkan sistem pendidikan yang telah berubah pada
masa kini dapatkah cikgu sendiri mengikuti kehendak sistem tersebut dan
menyesuaikannya dengan tugas mendidik?

2. Seterusnya, apakah pandangan cikgu sendiri tentang isu pelaksanaan pemakaian


kasut hitam bagi murid-murid menjelang tahun 2020? Boleh saya tahu komen dan
pandangan cikgu berkenaan hal ini?

3. Sebagai salah seorang pentadbir bagi sekolah ini, apakah komen cikgu sendiri tentang
mereka yang telah dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) / Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) bagi
berdiskusi dengan pihak kementerian untuk menggubal modul pelajaran dan pada
masa yang sama mereka juga membawa nama dan imej sekolah? Adakah perkara ini
hanya akan membuatkan mereka tidak berminat mengajar kerana terlibat dengan
aktiviti luar sekaligus memberikan impak negatif ataupun sebaliknya?

4. Cikgu, sepanjang tempoh penglibatan dan pengalaman cikgu sendiri dalam bidang
perguruan sememangnya hal ini merupakan pembelajaran sepanjang hayat dan
banyak input yang cikgu telah pelajari dan kuasai. Sehubungan dengan itu, bagi cikgu
sendiri apakah aspek yang perlu dimiliki oleh seseorang guru itu untuk menjadi individu
yang cemerlang dalam bidang yang diceburi ini? Apakah nasihat yang boleh diberikan
kepada guru pelatih seperti saya ini untuk menjiwai profesion keguruan ini bagi
melaksanakan setiap tugasan dengan komited?

5. Umum mengetahui tugas guru bukan sahaja berkisarkan tentang mendidik malahan
terdapat juga kerja pengkeranian yang harus dilakukan oleh guru. Pada pandangan
cikgu sendiri, adakah hal yang sebegini memberikan kesan terhadap cara kerja
seseorang guru itu dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC)? Selain itu
adakah hal ini juga mencerminkan kewibawaan mereka untuk memimpin murid-murid
dan juga diri sendiri?
6. Pada pendapat Tuan, apakah cabaran yang dihadapi oleh sekolah ini dalam
meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah?

7. Pada pendapat Tuan, apakah faktor yang menyebabkan kejayaan sesebuah sekolah
baik dari sudut akademik mahupun kokurikulum. Boleh tidak kaitkan dengan sekolah
tuan?

8. Pada pendapat Tuan, adakah organisasi sekolah yang berkesan dapat meningkatkan
mutu sekolah. Nyatakan ciri-ciri sekolah ini yang menunjukkan keberkesanan tersebut.

9. Pada pendapat Tuan sendiri, berdasarkan pemansuhan peperiksaan Tahap 1 yang


dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik adakah hal ini membawa
kesan kepada guru untuk menjalankan PdP di kelas?

10. Pada pendapat Tuan, adakah pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap
penguasaan akademik wajar diberhentikan serta apakah impaknya terhadap
guru untuk menjalankan PdPC di dalam kelas?

11. Menurut Robbins (2003), kepimpinan merupakan kebolehan memimpin untuk


mempengaruhi ahli-ahli kumpulannya mencapai matlamat. Hal ini amat berkait rapat
dengan kerjaya seorang guru yang mempunyai matlamat bersama dalam melahirkan
murid yang cemerlang dan seimbang dalam aspek kehidupan yang menyeluruh. Oleh
itu, pada pendapat cikgu apakah yang dimaksudkan dengan guru memainkan peranan
sebagai seorang pemimpin di sekolah?

12. Pemimpin guru merupakan individu yang berpangalaman yang mampu membimbing
dan dan memberikan khidmat kepakaran kepada organisasi pendidikan. Pada
pendapat cikgu, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang pemimpin guru di sekolah
dalam mencapai matlamat bersama yang ditetapkan terutama dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran?

13. Seperti sedia maklum, Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu sistem
pengukuran baru bagi melahirkan murid yang seimbang dan holistik dari aspek
kognitif, afektif dan psikomotor. Pada pendapat cikgu, adakah sesuai pentaksiran ini
dijalankan dan apakah kesannya terhadap beban kerja guru dan pengurusan sekolah?