Anda di halaman 1dari 38

Isim Birhatiah

1. Isim Pertama ( ‫ “ ) برهتيه‬Birhatihin”Wazannya


ialah (‫“ )تفعليه‬tif-alihin”. Huruf Ba berbaris di
bawah, Ra bertanda mati, Ha berbaris atas, Ta
berbaris bawah, Ya tandanya mati dan Ha berbaris
dua di bawah. Demikianlah semua isim-isim yang
lain, huruf akhirnya berbaris dua di bawah. Dan
baginya ialah huruf alif. Makna nya dalam Bahasa
Arab ialah Al-Quddus, ada pendapat lain
mengatakan maknanya Subbuhun. Khasiatnya : •
Perempuan yang susah beranak Tulislah isim ini
pada pinggan putih sebanyak 35 kali, dan larutkan
tulisan itu dengan air. Beri minum insya-Allah
mudah beranak. • Meluaskan rezeki Bacalah isim
ini sebanyak seratus kali tiap-tiap hari selama 40
hari, insya-Allah akan terbuka pintu kekayaan
kepadanya. • Menguatkan ingatan Tulis isim ini
pada tapak tangan kanan sebanyak 7 kali pada
waktu pagi, kemudian di jilat hingga hilang tulisan
itu. Insya-Allah kuat ingatannya. 2. Isim kedua (
‫ “ ) كرير‬Karirin” Wazannya ialah (‫“ )فعيل‬fa-ilin”.
Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ra berbaris di
bawah, huruf Ya tandanya sukun dan huruf Ra
terakhir berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah
huruf Ba. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah: ‫اله‬
‫( كل شيء‬tuhan bagi tiap-tiap sesuatu) dan ada
pendapat lain dengan makna Ya Allah. Khasiatnya
: • Barangsiapa yang bersungguh-sungguh
mengamalkannya 100 kali pada setiap malam,
insya-Allah dia akan dapat melihat jin dengan
mata kepalanya. Kemungkinan jin itu akan
menjadi khadamnya. • Jika Isim ini ditulis pada
kertas sebanyak 11 kali dan diletakkan di dalam
tempat perniagaan, kedai, peti simpanan harta
dan lain-lain, insya-Allah tidak akan dicuri. • Sakit
Mata Tulis Isim ini pada pinggan dan larutkan
tulisan ini dengan air yang bersih. Titik air ini ke
dalam mata yang sakit sebanyak 17 titik selama 3
hari, insya-Allah akan segera sembuh. • Pengasih
Tulislah isim ( Birhatiihin, Karirin) pada sebarang
makanan dengan air liur, Sesiapa yang makan
makanan itu, akan timbul lah perasaan kasih
sayang dalam hatinya insya-Allah. Jika dibaca
pada minuman pun akan terhasil juga kasih
sayang. • Cepat dipinang orang Ukirlah kedua-dua
Isim ini pada cincin dan diberi pakai kepada anak
dara yang belum dipinang, InsyaAllah akan segera
mendapat pinangan. • Pelaris Jika kedua-dua Isim
ini ditulis pada barang yang tidak laku dijual,
insya-Allah akan segera dibeli dan akan mendapat
keuntungan yang banyak. 3. Isim Ketiga ( ‫“ ) تتليھ‬
Tatlihin ” Wazannya ialah (‫“ )تفعيل‬taf-ilin”. Huruf
Ta berbaris di atas, Huruf Ta kedua bertanda
sukun, huruf Lam berbaris di bawah, huruf Ya
sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Jim. Maknanya dalam Bahasa
Arab ialah Al-Quddus Al-Qaadir, ada pendapat
lain dengan makna Subbuhun Quddusun, Al-
Khabir dan Mujir Khasiatnya : • Kaya Barangsiapa
yang membacanya setiap hari sebanyak 70 kali,
insya-Allah akan mendapat rezeki, kekayaan dan
kehidupan yang baik. • Pendamai Jika berlaku
salah faham di antara suami dan isterinya, maka
tulislah Isim ini sebanyak 70 kali pada kulit kijang
dengan menggunakan misik dan zakfaran.
Pakailah kulit kijang itu diatas kepalanya, insya-
Allah akan segera berdamailah keduanya. •
Penunduk Barangsiapa yang bersungguh-sungguh
mengamalkan Isim (BIRHATIIHIN, KARIRIN,
TATLIIHIN) insya-Allah akan tunduk kepadanya
arwah-arwah alam tinggi dan rendah. 4. Isim
keempat ( ‫ “ ) طوران‬Thuranin”Wazannya ialah
(‫“ )فعالن‬fu’lanin”. Huruf Tho’ berbaris hadapan,
huruf Wau tandanya sukun, huruf Ra berbaris
atas, Alifnya sukun dan huruf Nun berbaris dua di
bawah.Baginya ialah huruf Dal. Maknanya dalam
Bahasa Arab ialah Ya Hayyu, ada pendapat lain
dengan makna Ya Muhyi. Khasiatnya : •
Pendinding Sebagai pendinding, hendaklah ditulis
isim ini sebanyak 5 kali bersama dengan 4 ayat
terakhir surah Al-Hasyr, 3 kali huruf ha (‫ ) ھ‬dan
tujuh kali huruf Hamzah (‫)ء‬. Tulisan ini dijadikan
sebagai azimat dan dipakai. Insya-Allah selamat
dari sebarang kejahatan jin dan manusia atau dari
kezaliman pembesar-pembesar kerajaan/orang
berpangkat. • Panah malam Barangsiapa yang
menuju isim ini kepada orang yang zalim di setiap
malam dengan membacanya sebanyak 1000 kali
dan mewakilkannya dengan kecelakaan pada
setiap 100 kali bacaan. Tidak sampai 3 malam
orang itu akan ditimpa kecelakaan. • Melepaskan
orang yang dipenjara Caranya ialah dengan
menulis isim ini sebanyak 21 kali pada sekeping
roti (spt : roti tempayan), setelah siap ditulis roti
itu diberi kepada orang yang dimaksudkan. Roti
itu hendaklah dibahagi empat, dan makan satu
bahagian sehari. Ini bererti roti tersebut
dihabiskan dalam masa 4 hari. Insya-Allah Allah
akan mempermudahkan jalan keluarnya. • Masuk
hantu/disihir. Caranya dengan menulis (
BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN,
THURANIN ) pada sekeping kertas dan kalungkan
kepada orang yang dirasuk hantu, insya-Allah dia
akan sedarkan diri dan terbakarlah hantu/jin yang
merasuk itu. Jika dia disihir, insya-Allah akan
terbatallah sihir itu dengan kuasa Allah Taala. 5.
Isim kelima ( ‫ “ ) مزجل‬Mazjalin”Wazannya ialah
(‫“ )مفعل‬maf-alin”. Huruf Mim berbaris atas, Huruf
Zai tandanya sukun, huruf Jim berbaris atas dan
huruf Lam berbaris dua di bawah, baginya ialah
huruf Ha (‫)ھ‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Ya Qayyum, ada pendapat lain dengan makna Ya
Qoimu (‫ ) ياقاءم‬Khasiatnya : • Perempuan mandul
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 7
kali bersama dengan 8 asma’ Althohathil pada
cawan atau pinggan. Tulisan itu hendaklah
dilarutkan dengan air dan diberi minum kepada
perempuan yang mandul sebanyak 7 kali minum
selama 7 hari. InsyaAllah dia akan hamil.Dan
inilah 8 asma’ Althohathil itu : ( ‫للطھطيل مھطھطيل‬
‫• ) قھطيطيل فھطيطيل نھھططيل جھلططيس لخھططيل ملقفنجل‬
Pangkat besar Barangsiapa yang membacanya
tiap-tiap hari sebanyak 50 kali, insya-Allah akan
terampun dosa-dosanya, akan dapat menzirahi
maqam Baginda Rasulullah SAW sebelum sampai
ajalnya, akan mencapai martabat yang besar dan
dikasihi siapa yang melihatnya. 6.Isim keenam (
‫ “ ) بزجل‬Bazjalin”Wazannya sama dhobit dengan
isim sebelumnya. Huruf Ba berbaris atas, huruf
Zai tandanya sukun, huruf Jim baris diatas dan
huruf Lam berbaris dua di bawah. Baginya ialah
huruf Wau. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Ya-Wadud. Ada empat lagi pendapat lain dengan
makna Ya-Allah, Ya-Qoohir, Ya-Ahad dan Ya-
Wahid. Khasiatnya : • Tunai Hajat Caranya ialah
dengan menulis isim ini pada kertas merah.
Waktu menulisnya ialah sebelum terbit matahari
hari khamis dan sebelum bercakap-cakap dengan
sesiapa. Pergi ke tepi pantai dan pohonlah hajat
itu kepada Allah Taala. Setelah hajat disebutkan,
maka kertas merah itu dicampakkan ke dalam
laut. Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan pada
hari Jumaatnya. • Membatalkan sihir Ambil
sedikit air yang telah dicampur dengan tiga biji
garam. Kemudian bacalah pada air itu ( ‫) مزجل بزجل‬
sebanyak 66 kali. Berikan air itu kepada mangsa
sihir untuk dibuat air tawar dan mandian. Insya-
Allah akan hilanglah sihir itu dan terhurailah
ikatan-ikatannya. • Kejayaan Barangsiapa yang
membaca kedua-dua isim ini ketika melaksanakan
sesuatu urusan atau kerja, insya-Allah akan cepat
mendapat kejayaan. 7. Isim ketujuh ( ‫“ ) ترقب‬
Tarqobin”Wazannya ialah (‫“ )تفعل‬taf-alin”. Huruf
Ta berbaris atas, huruf Ra tandanya sukun, Qafnya
berbaris atas dan huruf Ba berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Zai. Maknanya dalam Bahasa
Arab ialah Ya-Salam. Khasiatnya : • Pelaris
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada
sekeping kertas berserta dengan Firman Allah :
‫ كلما دخل عليها زكريا املحراب وجد عندها رزقا‬dan bersama
wifiq ini : Setelah siap, hendaklah diasapkan
dengan kayu gaharu. Kemudian gantunglah di
kedai atau tempat perniagaan. Insya-Allah akan
ramailah pelanggan yang datang. 8. Isim kelapan (
‫“ ) برھش‬Barhasyin”Wazannya ialah (‫“ )تفعل‬taf-alin”.
Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun,
huruf Ha berbaris atas dan huruf Syin berbaris
dua di bawah. Baginya ialah huruf ha (‫)ح‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah (‫ھ عبدك‬,‫يا ال‬
‫) أجبھ‬, pendapat lain dengan makna Ya-Muqtadir.
Isim ini merupakan tasbih Malaikat Mikail
alaihissalam. Khasiatnya : • Menyeru orang dari
jarak jauh Bacalah ( ‫ )ترقب برھش‬sebanyak 1209 kali.
Setiap kali cukup bacaannya seratus kali
hendaklah diwakilkan dengan menyeru nama
orang yang kita kehendaki itu supaya datang
dengan segera. Khadam bagi kedua-dua isim ini
ialah Zahroyiilin (‫ )زحراييل‬dan Syithoyiilin (‫شيطا ييل‬
). Bukhur untuk kedua khadam ini ialah gaharu
dan liban zakar. Waktu membacanya ialah tengah
malam. 9. Isim kesembilan (‫“ ) غلمش‬Ghalmasyin”
Wazannya juga (‫)تفعل‬. Huruf Gha berbaris atas.
Lamnya sukun, Mim berbaris atas dan huruf Syin
berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf Tho
(‫)ط‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-
Hamidu Ya-Majidu. Khasiatnya : • Supaya hajat
kita ditunai orang Bacalah isim ini setiap malam
sebanyak 300 kali secara riadhah dan berpuasa.
Tiap kali bacaan cukup 100 kali, baca pula :
Tawakkalu ya khuddamu hazal ismi fi shifati
(fulan) ila (fulan),Wa amaruh (sebut hajat
/perintah kita itu ). Insya-Allah hajat kita akan
ditunaikan dalam masa tiga hari. • Mengusir Jin
Caranya ialah dengan membaca isim ini sebanyak
1370 kali di tempat yang ada jin itu. Semasa
membaca isim ini pasanglah setanggi daripada
Barnuf (‫)برنوف‬. Insya-Allah jin akan segera keluar
dari tempat itu. Jikalau kita mahu jin itu kembali
semula ketempat asalnya, Maka pasanglah
setanggi kayu gaharu yang telah direndam dengan
air mawar dan bacalah isim ini dengan cara
terbalik : ‫( شملغ‬syamlaghin), kemudian baca pula :
Bihaqqi hazal ismi ayyatuhal malaikatu ikzinu
liljaani an yarji’u ila amakinihim wa ila ma
wakkalu alaihi, barakallahu fikum wa alaikum. 10.
Isim kesepuluh (‫“ )خوطير‬Khuthirin”Wazannya ialah
(‫“ )فوعيل‬fu-ilin”. Huruf Kha berbaris hadapan,
huruf Wau bertanda sukun, huruf Tho berbaris
bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ra berbaris dua
di bawah. Ada pendapat lain mengatakan huruf
Kha itu berbaris atas. Yang paling sahih ialah baris
hadapan. Baginya ialah huruf Ya. Maknanya
dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qawiyyu, ada
pendapat lain dengan makna Ya-Matin, Ya-Alim
dan Ya-Hakim. Khasiatnya : • Supaya anak kecil
tidak diganggu Caranya ialah dengan menulis isim
ini pada kertas bersama Surah At-thariq dengan
diceraikan huruf-hurufnya. Kalungkan tulisan ini
pada anak kecil insya-Allah selamat dari gangguan
jin dan qarin. • Penerang hati Amalkan membaca
isim ini setiap hari sebanyak 70 kali, insya-Allah
kuat ingatannya dan terpancarlah hikmah dari
hatinya. • Hebat memanah dan bermain pedang
Pakailah cincin yang diukir asma ini ( ‫مزجل بزجل‬
‫ ) ترقب برھش غلمش خوطير‬insya-Allah akan mendapat
kekuatan dan melebihi dengan orang yang
setanding dengannya. • Memagar rumah dari
anjing Tulis asma yang tersebut pada kulit serigala
yang telah disamak. Kemudian tanamlah kulit
tersebut di bawah tangga rumah, di pintu masuk
kampung atau bandar, insya-Allah anjing tidak
akan masuk selama mana kulit itu tertanam. •
Pengasih Baca Asma tersebut sebanyak 7 kali
bersama dengan nama orang yang dikehendaki itu
pada sebiji buah epal. Kemudian berilah buah itu
kepadanya, insya-Allah akan teguh dan tetap lah
perasaan kasih nya kepada kita. • Dipandang
hebat Jika seorang raja mahu dipandang hebat
oleh tentera-tenteranya, Maka tulislah asma
tersebut pada kertas emas yang bersih dan
dipakainya, insya-Allah. 11. Isim kesebelas ( ‫) قلنھود‬
“Qolnahudin”Wazannya (‫“ )حضرموت‬Hadramautin”.
Huruf Qaf berbaris atas, huruf Lam sukun, huruf
Nun berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan ,
huruf Wau sukun dan huruf Dal berbaris dua di
bawah. Baginya ialah huruf kaf. Maknanya dalam
Bahasa Arab ialah Ya-Matin. Pendapat lain dengan
makna Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-
Mughni dan Ya-Muhith. Khasiatnya : • Kerasukan
atau sawan Bacalah isim ini kepada orang yang
dirasuk jin atau sawan sebanyak 20 kali dengan
memasang bukhur kulit anbar, jawi dan liban.
Insya-Allah ia akan bercakap-cakap dan
memberitahu kita perkara yang menimpanya. Jika
jin itu tidak mahu keluar dari tubuh badannya,
maka bacalah kesemua Asma Birhatiah ini
sebanyak 7 kali, insya-Allah jin itu akan segera
keluar. Setelah jin keluar dari badannya maka
hendaklah dia sentiasa mengamalkan doa-doa
pelindung supaya jin itu tidak lagi kembali
menggangunya. 12. Isim kedua belas ( ‫)برشان‬
“Barsyanin” Wazannya ( ‫“ )رحمان‬rahmanin”. Huruf
Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf
Syin berbaris atas, Alif nya sukun dan huruf Nun
berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf lam.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith.
Pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-Aziz.
Khasiatnya : • Menunaikan hajat Tulis isim ini dan
Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( ‫) قصدير‬
dan dipakai ketika hendak melaksanakan sesuatu
hajat, insya-Allah hajatnya akan ditunaikan. •
Mengetahui khabar-khabar dari alam arwah Jika
kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam
arwah, maka hendaklah dia membaca
“Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang
bukhur liban zakar dan meminta arwah supaya
hadir, insya-Allah dia akan hadir dan akan
bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang
kita hendak tahu itu. 13. Isim ketiga belas ( ‫)كظھير‬
“Kazhirin”Wazannya (‫“ )تكريم‬takrimin”. Huruf Kaf
berbaris atas, huruf Zho bertanda mati, huruf Ha
berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan
huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah
huruf Mim. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ya-
Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini
merupakan tasbih Nabi Yunus alaihissalam.
Khasiatnya : • Menyakitkan Jin yang degil
Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang
merasuk merasa sakit dan segera keluar dari
tubuh badan. 14. Isim keempat belas ( ‫) نموشلخ‬
“Namusyalakhin”Wazannya ( ‫) بنوقمر‬
“banuqamarin”. Huruf Nun berbaris atas, huruf
Mim berbaris hadapan, huruf Wau bertanda
sukun, huruf Syin barisnya atas, huruf Lam
berbaris atas dan huruf kha berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Nun. Maknanya dalam Bahasa
Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain dengan
makna Ya-Allah Ya-Hu. Khasiatnya : • Lepas dari
penjara Jika orang yang dipenjara sentiasa
membacanya insya-Allah akan dilepaskan oleh
Allah Taala. • Menghentikan darah Tulis Asma ini
pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu,
insya-Allah akan berhenti dengan segera
(Qolnahudin, Barsyanin, Kazhirin,
Namusyalakhin). 15. Isim kelima belas ( ‫)برھيوال‬
“Barhayula”Wazannya ( ‫“ ) فيعلوال‬fai-alula”. Huruf
Ba berbaris atas, huruf Ra sukun, huruf Ha
berbaris atas, huruf Ya berbaris hadapan, Wau nya
sukun dan Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf
Sin. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ana
Allah Amanal Khoifin. Isim ini merupakan tasbih
Nabi Ibrahim alaihissalam. Khasiatnya : • Melihat
sesuatu dalam tidur Untuk melihat sesuatu dalam
tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat dengan 3
salam. Setelah sudah sembahyang, tulislah isim ini
sebanyak 7 kali pada tapak tangan kanan dan
membaca : ( ‫توكلوا ياخدام هذا اإلسم الشريف وأروني كذا‬
‫وكذا‬. ) dan tidurlah dengan mengiring ke kanan,
insya-Allah dia akan dapat melihat dengan jelas
perkara yang dia hendak tahu itu. 16. Isim keenam
belas ( ‫“ ) بشکيلخ‬Basykailakhin”Wazannya (‫)مفعيلل‬
“maf-ailalin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Syin
sukun, huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya sukun,
huruf Lam berbaris atas dan huruf Kha berbaris
dua di bawah. Baginya ialah huruf Ain. Maknanya
dalam Bahasa Arab ialah Ya-Mukminun
Khasiatnya : • Melepaskan kesusahan Jika kita
berada dalam kesusahan, dukacita dan dibebani
masalah hutang, maka bacalah isim ini tiap-tiap
malam sebanyak 70 kali insyaAllah akan
mendapat pertolongan dari Allah Taala. • Ubat
sakit mata Tulis isim ini sebanyak 7 kali pada hari
Isnin di sekeping kertas dan juga bait-bait berikut.
Kemudian pakaikan kepada orang yang sakit mata
insyaAllah akan segera sembuh : ( ‫ﯾا ناظري بيعقوب‬
‫أعيذ كما ٭ بما استعاذ به إذ مسه الكمد( ) قميص يوسف إذ جاء‬
17 (‫البشير به ٭ بحق يعقوب فاذهب أيها الرمد‬. Isim ketujuh
belas ( ‫ “ )قزمز‬Qazmazin” Wazannya ialah (‫)مقعد‬
“maq-adin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Zai
bertanda sukun, huruf Mim berbaris atas dan
huruf Zai berbaris dua di bawah. Baginya ialah
huruf Fa. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-
Muhaimin. Isim ini merupakan tasbih Nabi Isa
alaihissalam. Khasiatnya : • Duit barakah Tulis
isim ini dan wifik di bawah pada secarik kain
sutera biru dan masukkan ke dalam kantung /
karung bersama duit yang tidak dikira jumlahnya.
Kemudian gantunglah kantung itu pada dahan
pokok berduri dan diasapkan dengan anbar dan
misik. Bacalah qosam ini pada kantung itu dengan
sempurna pada malam jumaat sebanyak 100 kali.
Insya-Allah turunlah barakah pada kantung itu
dan tidak akan habis duitnya dengan izin Allah. •
Melepaskan diri daripada musuh Supaya selamat
dari kejahatan musuh seteru, maka banyakkanlah
membaca ( Basykailakhin, Qozmazin) 18. Isim
kelapanbelas ( ‫ “ )أنغلليط‬An-gholalitin”Wazannya (
‫ “ )أقطع ذيب‬Aqtoa zibin”. Huruf Hamzahnya
berbaris atas, huruf Nun bertanda sukun, huruf
Ghain berbaris atas, huruf Lam berbaris atas, Lam
kedua berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun
dan huruf Tho berbaris dua di bawah. Baginya
ialah huruf Shod. Maknanya dalam Bahasa Arab
ialah Ya-Azhimu Ya-Hakim. Pendapat lain dengan
makna Ya-Hakim Ya-Khobir Ya-Lathif dan
Arrahman Arrahim. Khasiatnya : • Memindah /
menghalau orang zalim Jika kita hendak
memindahkan orang zalim atau jahat dari
rumahnya, maka tulislah isim ini dengan surah Al-
fiil pada sekeping tembikar yang pecah. Kemudian
lumatkan menjadi debu. Lontarkan debu ini ke
arah rumah si zalim itu, insya-Allah akan segera
berpindah. • Memadamkan api Barangsiapa yang
banyak membaca isim ini dengan niat hendak
memadamkan api, insya-Allah api itu akan
terpadam. 19. Isim kesembilan belas ( ‫“ ) قبرات‬
Qobaratin”Wazannya ialah ( ‫ “ )رحمات‬Rohamatin”.
Huruf Qaf berbaris atas, huruf Ba barisnya di atas,
pendapat kedua dengan huruf Ba bertanda sukun,
huruf Ra berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Ta
berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Qaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Aziz.
Pendapat kedua dengan makna Ya-Baqi.
Khasiatnya : • Menjauhkan penyakit taun dan
seteru Tulislah isim ini dengan firman Allah : (
‫ )فاليوم ننجيك ببدنك‬lalu memakainya insya-Allah
selamat dari taun dan seteru. • Melihat perkara
yang baik Barangsiapa yang mengamalkannya
dengan bersungguh-sungguh setiap hari sebanyak
60 kali, insya-Allah dia tidak akan melihat akan
perkara yang dibencinya selama-lamanya. 20.
Isim kedua puluh ( ‫“ )غياھا‬Ghoyaha” Wazannya
ialah (‫“ )حياھا‬hayaha”. Huruf Ghain dan Ya
berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Ha
berbaris. Baginya ialah huruf Ra. Maknanya dalam
Arab ialah Ya- Karim, Ya-Qahar. 21. Isim kedua
puluh satu ( ‫“ )کيدھوال‬Kaidahula”Wazannya ialah (
‫“ ) فيعلوال‬fai-alula”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf
Ya bertanda sukun, huruf Dal berbaris atas, huruf
Ha berbaris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf
Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf Syin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫) القاھرھواللھ‬,
pendapat lain dengan makna Ya-Qadim Ya-Qohir
Khasiatnya : • Menghapuskan sihir Tulislah isim
ini sebanyak 100 kali berserta dengan ayat : (‫وٲلق ما‬
…‫في يمينك تلقف ماصنعوا… الخ( )قال موسى ماجئتم به السحر‬
‫ )الخ‬dengan huruf yang bercerai-cerai di sekeliling
wifik di bawah. Pakaikan tulisan ini pada orang
yang kena sihir, insya-Allah batallah sihir itu.(
wifik tak dapat di masukkan) • Al-wusul Attami
Barangsiapa yang ingin sampai kepada
kesempurnaan sepertimana yang telah dicapai
oleh Assadatul Akhyar, maka hendaklah dia
melakukan khalwat dengan betul-betul sempurna
syarat-syaratnya. Banyakkanlah berzikir dengan (
‫)غياھا كيدھوال‬. Setiap kali genap seratus kali
bacaannya, bacalah pula Isim-isim Attijani sekali.
Insya-Allah ia akan mencapai apa yang
dikehendakinya. 22. Isim kedua puluh dua (
‫“ )شمخاھر‬Syamkhohirin” Wazannya ialah (‫)جبراﺋل‬
“jabra-ilin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim
bertanda sukun, huruf Kho berbaris atas, huruf Ha
barisnya di bawah dan huruf Ra berbaris dua di
bawah. Baginya ialah huruf Ta. Maknanya dalam
Bahasa Arab ialah ( ‫)تعاليت ياعلي ياعليم‬. Khasiatnya :
• Menghalau semut Tulis isim ini sebanyak 7 kali
dalam mangkuk. Larutkan tulisannya dengan air
bersih dan renjiskan ke tempat yang ada semut
itu, insya-Allah ia akan segera beredar. 23. Isim
kedua puluh tiga ( ‫“ ) شمخاھير‬
Syamkhohiirin”Dhobit wazannya adalah sama
dengan isim yang sebelumnya, hanya ditambah
satu huruf sahaja, yaitu huruf Ya sukun selepas
daripada huruf Ha (‫)ھ‬. Baginya ialah huruf Tsa (
‫)ث‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodhi,
pendapat lain dengan makna Ya-Hu Ya-Hu dan
Ya-Robbah Ya-Robbah: Khasiatnya : • Menghalau
nyamuk Tulis isim ini sebanyak 15 kali pada kertas
dan bakar ditempat yang banyak nyamuk, insya-
Allah nyamuk-nyamuk itu akan lari. 24. Isim
kedua puluh empat ( ‫) شمھاھير‬
“Syamhahiirin”Dhobit wazannya juga sama
dengan isim yang terdahulu, kecuali huruf Kha
ditukarkan dengan huruf Ha ( ‫)ھ‬. Baginya ialah
huruf Kha. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah (
‫) ياقدير ياقادر‬, pendapat lain dengan makna Ya-Kafi,
Ya-Aziz dan Ya-Jabbar. Khasiatnya : • Memecah
belah pakatan jahat Tulis isim ini sebanyak 100
kali dengan ayat : ( ‫ﻮٲلقينا بينھم العداﻮۃ ﻮالبغضاء إلی ﯾﻮم‬
‫ )القيامۃ‬Kemudia tulis pula dua nama orang yang
berpakat melakukan perkara yang tidak di redai
Allah, insya-Allah akan timbul api perpecahan dan
perbalahan diantara keduanya. • Mengesan
kehadiran Al-Arwah Jika kita hendak mengetahui
kehadiran mereka semasa melakukan amalan,
bertapa, berkhalwat dan sebagainya, maka
berzikirlah dengan ( ‫ ) شمخاھيرشمھاھير‬sebanyak 100
kali, kemudian serulah dengan kata-kata ini : ( ‫إن‬
‫) كنتم حضرتم أﯾتھا األرواح فأرونى من شعاع نوركم‬. Nescaya
akan terpancarlah cahaya seperti pancaran cahaya
matahari. 25. Isim kedua puluh lima ( ‫) بكهطهونيه‬
“Bikahthohaunaihin”Wazannya ialah ( ‫) فعفعونيه‬
“fi’afau-naihin”. Huruf Ba berbaris bawah, huruf
Kaf berbaris atas, huruf Ha bertanda sukun, huruf
Tho dan Ha berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf
Nun baris atas, huruf Ya sukun dan huruf Ha
berbaris dua di bawah. Di sana ada tiga lagi
riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi
baris dan hurufnya. Imam Al-Buni mengatakan
riwayat ini adalah yang betul. Baginya ialah huruf
Zal ( ‫) ذ‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-
Qadim, pendapat kedua dengan makna Ya-Da-
imu. Khasiatnya : • Menolak lapar Tulis isim ini 70
kali pada pinggang putih dan larutkan dengan air
yang bersih. Minum pada waktu pagi insya-Allah
kita tidak akan berasa lapar. 26. Isim kedua puluh
enam ( ‫“ ) بشارش‬Basyarisyin”Wazannya ialah ( ‫منا‬
‫“ )صر‬manasirin”. Huruf Ba dan Syin berbaris atas,
huruf Alif sukun, huruf Ra baris di bawah dan
huruf Syin baris dua di bawah. Baginya ialah huruf
Dhod (‫)ض‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Ya-Qodiran ala kulli syai-in. (‫ )يا قادرا على كل شيء‬.
Khasiatnya : • Membersihkan jiwa Barangsiapa
yang sentiasa membaca isim ini dengan tanpa had
bilangan, InsyaAllah ia tidak akan merasa dahaga,
bersih jiwanya, dihalang daripada khowatir-
khowatir nafsunya dan lancar lidahnya bila
berbicara. 27. Isim kedua puluh tujuh ( ‫) طونش‬
“Thunasyin”Wazannya ialah ( ‫“ ) مهتد‬muhtadin”.
Huruf Tho berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf
Nun baris atas dan huruf Syin baris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit
berbeza dari segi baris dan hurufnya. Seperti ( ‫طوش‬
‫)٭ طرش ٭ طوياش‬. Imam Al-Buni mengatakan
riwayat ini ( ‫ ) طونش‬adalah yang sowab. Baginya
ialah huruf Zho (‫)ظ‬. Maknanya dalam Bahasa Arab
ialah Ya-Syakur, pendapat kedua dengan makna (
‫ )هواهلل الكريم‬. Khasiatnya : • Kanak-kanak yang
selalu menangis dan terkejut Tulis isim ini dalam
bentuk wifik beserta dengan Surah Al-Fatihah 11
kali, kemudian tambat atau kalungkan pada
kanak-kanak tersebut, insya-Allah dia akan
berhenti dari menangis. ‫ش ن و ط ط ش ن و و ط ش ن ن و‬
‫ • ط ش‬Menunaikan hajat Jika kita mempunyai
hajat kepada Allah Taala, maka bacalah isim ini
selepas solat isyak sebanyak 80 kali dalam
keadaan sujud (niat sujud syukur) dan mohonlah
hajat itu kepada Allah Taala, insya-Allah akan
ditunaikan. • Sakit kepala Tulis isim (‫)طوش‬
“thausyin” pada sekeping kertas sebanyak 20 kali
beserta dengan huruf Shod (‫ )ص‬sebanyak 90 kali.
Kemudian kalungkan pada orang yang sakit
kepala, insya-Allah akan segera sembuh. 28. Isim
kedua puluh lapan ( ‫ “ )شمخا با روخ‬Syamkho-
Barukhin ”Wazannya ialah ( ‫“ )فعال فاعول‬fa’la fa-
ulin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim sukun,
huruf Kha dan Ba berbaris atas, huruf Ra baris
hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Kho baris
dua di bawah. Baginya ialah huruf Ghain (‫)غ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫القادر هو اهلل‬
‫)الكريم‬. Khasiatnya : • Membatalkan sihir Tulis isim
ini dengan ayat ( ‫…ما ﺟﺌتم به السحر‬. ) dalam
mangkuk dan larutkan tulisan itu dengan air. Beri
minum air kepada mangsa sihir, insya-Allah akan
terbatal sihirnya itu. • Mengalahkan musuh
Tuliskan 28 isim ini pada mata pedang dan baca
pula qosam ini padanya sebanyak 45 kali, insya-
Allah musuh-musuh kita akan jadi lemah dan
bertempiaran lari. • Menyembuhkan penyakit
Caranya ialah dengan menulis 28 isim ini pada
mangkuk dan baca qosam sebanyak 7 kali, berilah
pesakit minum airnya insya-Allah akan sembuh
.‫ تمت‬I
Unknown

1. Isim Pertama ( ‫ “ ) برهتيه‬Birhatihin”Wazannya ialah (‫“ )تفعليه‬tif-alihin”.


Huruf Ba berbaris di bawah, Ra bertanda mati, Ha berbaris atas, Ta berbaris
bawah, Ya tandanya mati dan Ha berbaris dua di bawah. Demikianlah semua
isim-isim yang lain, huruf akhirnya berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah
huruf alif.
Makna nya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus, ada pendapat lain
mengatakan maknanya Subbuhun.
Khasiatnya :
• Perempuan yang susah beranak
Tulislah isim ini pada pinggan putih sebanyak 35 kali, dan larutkan tulisan
itu dengan air. Beri minum insya-Allah mudah beranak.
• Meluaskan rezeki
Bacalah isim ini sebanyak seratus kali tiap-tiap hari selama 40 hari, insya-
Allah akan terbuka pintu kekayaan kepadanya.
• Menguatkan ingatan
Tulis isim ini pada tapak tangan kanan sebanyak 7 kali pada waktu pagi,
kemudian di jilat hingga hilang tulisan itu. Insya-Allah kuat ingatannya.

2. Isim kedua ( ‫ “ ) كرير‬Karirin”


Wazannya ialah (‫“ )فعيل‬fa-ilin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ra berbaris di
bawah, huruf Ya tandanya sukun dan huruf Ra terakhir berbaris dua di
bawah. Dan baginya ialah huruf Ba.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah: ‫( اله كل شيء‬tuhan bagi tiap-tiap sesuatu)
dan ada pendapat lain dengan makna Ya Allah.
Khasiatnya :
• Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkannya 100 kali pada
setiap malam, insya-Allah dia akan dapat melihat jin dengan mata kepalanya.
Kemungkinan jin itu akan menjadi khadamnya.
• Jika Isim ini ditulis pada kertas sebanyak 11 kali dan diletakkan di dalam
tempat perniagaan, kedai, peti simpanan harta dan lain-lain, insya-Allah
tidak akan dicuri.
• Sakit Mata
Tulis Isim ini pada pinggan dan larutkan tulisan ini dengan air yang bersih.
Titik air ini ke dalam mata yang sakit sebanyak 17 titik selama 3 hari, insya-
Allah akan segera sembuh.
• Pengasih
Tulislah isim ( Birhatiihin, Karirin) pada sebarang makanan dengan air liur,
Sesiapa yang makan makanan itu, akan timbul lah perasaan kasih sayang
dalam hatinya insya-Allah. Jika dibaca pada minuman pun akan terhasil juga
kasih sayang.
• Cepat dipinang orang
Ukirlah kedua-dua Isim ini pada cincin dan diberi pakai kepada anak dara
yang belum dipinang, InsyaAllah akan segera mendapat pinangan.
• Pelaris
Jika kedua-dua Isim ini ditulis pada barang yang tidak laku dijual, insya-
Allah akan segera dibeli dan akan mendapat keuntungan yang banyak.

3. Isim Ketiga ( ‫ “ ) تتليھ‬Tatlihin ”


Wazannya ialah (‫“ )تفعيل‬taf-ilin”. Huruf Ta berbaris di atas, Huruf Ta kedua
bertanda sukun, huruf Lam berbaris di bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ha
berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Jim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus Al-Qaadir, ada pendapat lain
dengan makna Subbuhun Quddusun, Al-Khabir dan Mujir
Khasiatnya :
• Kaya
Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 70 kali,
insya-Allah akan mendapat rezeki, kekayaan dan kehidupan yang baik.
• Pendamai
Jika berlaku salah faham di antara suami dan isterinya, maka tulislah Isim ini
sebanyak 70 kali pada kulit kijang dengan menggunakan misik dan zakfaran.
Pakailah kulit kijang itu diatas kepalanya, insya-Allah akan segera
berdamailah keduanya.
• Penunduk
Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkan Isim (BIRHATIIHIN,
KARIRIN, TATLIIHIN) insya-Allah akan tunduk kepadanya arwah-arwah
alam tinggi dan rendah.

4. Isim keempat ( ‫ “ ) طوران‬Thuranin”Wazannya ialah (‫“ )فعالن‬fu’lanin”. Huruf


Tho’ berbaris hadapan, huruf Wau tandanya sukun, huruf Ra berbaris atas,
Alifnya sukun dan huruf Nun berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf Dal.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Hayyu, ada pendapat lain dengan
makna Ya Muhyi.
Khasiatnya :
• Pendinding
Sebagai pendinding, hendaklah ditulis isim ini sebanyak 5 kali bersama
dengan 4 ayat terakhir surah Al-Hasyr, 3 kali huruf ha (‫ ) ھ‬dan tujuh kali
huruf Hamzah (‫)ء‬. Tulisan ini dijadikan sebagai azimat dan dipakai. Insya-
Allah selamat dari sebarang kejahatan jin dan manusia atau dari kezaliman
pembesar-pembesar kerajaan/orang berpangkat.
• Panah malam
Barangsiapa yang menuju isim ini kepada orang yang zalim di setiap malam
dengan membacanya sebanyak 1000 kali dan mewakilkannya dengan
kecelakaan pada setiap 100 kali bacaan. Tidak sampai 3 malam orang itu
akan ditimpa kecelakaan.
• Melepaskan orang yang dipenjara
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 21 kali pada sekeping roti
(spt : roti tempayan), setelah siap ditulis roti itu diberi kepada orang yang
dimaksudkan. Roti itu hendaklah dibahagi empat, dan makan satu bahagian
sehari. Ini bererti roti tersebut dihabiskan dalam masa 4 hari. Insya-Allah
Allah akan mempermudahkan jalan keluarnya.
• Masuk hantu/disihir.
Caranya dengan menulis ( BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN,
THURANIN ) pada sekeping kertas dan kalungkan kepada orang yang
dirasuk hantu, insya-Allah dia akan sedarkan diri dan terbakarlah hantu/jin
yang merasuk itu. Jika dia disihir, insya-Allah akan terbatallah sihir itu
dengan kuasa Allah Taala.

5. Isim kelima ( ‫ “ ) مزجل‬Mazjalin”Wazannya ialah (‫“ )مفعل‬maf-alin”. Huruf


Mim berbaris atas, Huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim berbaris atas dan
huruf Lam berbaris dua di bawah, baginya ialah huruf Ha (‫)ھ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Qayyum, ada pendapat lain dengan
makna Ya Qoimu (‫) ياقاءم‬
Khasiatnya :
• Perempuan mandul
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 7 kali bersama dengan 8
asma’ Althohathil pada cawan atau pinggan. Tulisan itu hendaklah dilarutkan
dengan air dan diberi minum kepada perempuan yang mandul sebanyak 7
kali minum selama 7 hari. InsyaAllah dia akan hamil.Dan inilah 8 asma’
Althohathil itu :
( ‫) للطھطيل مھطھطيل قھطيطيل فھطيطيل نھھططيل جھلططيس لخھططيل ملقفنجل‬
• Pangkat besar
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 50 kali, insya-Allah
akan terampun dosa-dosanya, akan dapat menzirahi maqam Baginda
Rasulullah SAW sebelum sampai ajalnya, akan mencapai martabat yang
besar dan dikasihi siapa yang melihatnya.

6.Isim keenam ( ‫ “ ) بزجل‬Bazjalin”Wazannya sama dhobit dengan isim


sebelumnya. Huruf Ba berbaris atas, huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim
baris diatas dan huruf Lam berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Wau.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Wadud. Ada empat lagi pendapat lain
dengan makna Ya-Allah, Ya-Qoohir, Ya-Ahad dan Ya-Wahid.
Khasiatnya :
• Tunai Hajat
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas merah. Waktu menulisnya
ialah sebelum terbit matahari hari khamis dan sebelum bercakap-cakap
dengan sesiapa. Pergi ke tepi pantai dan pohonlah hajat itu kepada Allah
Taala. Setelah hajat disebutkan, maka kertas merah itu dicampakkan ke
dalam laut. Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan pada hari Jumaatnya.
• Membatalkan sihir
Ambil sedikit air yang telah dicampur dengan tiga biji garam. Kemudian
bacalah pada air itu ( ‫ ) مزجل بزجل‬sebanyak 66 kali. Berikan air itu kepada
mangsa sihir untuk dibuat air tawar dan mandian. Insya-Allah akan hilanglah
sihir itu dan terhurailah ikatan-ikatannya.
• Kejayaan
Barangsiapa yang membaca kedua-dua isim ini ketika melaksanakan sesuatu
urusan atau kerja, insya-Allah akan cepat mendapat kejayaan.

7. Isim ketujuh ( ‫ “ ) ترقب‬Tarqobin”Wazannya ialah (‫“ )تفعل‬taf-alin”. Huruf Ta


berbaris atas, huruf Ra tandanya sukun, Qafnya berbaris atas dan huruf Ba
berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Zai.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Salam.
Khasiatnya :
• Pelaris
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada sekeping kertas berserta dengan
Firman Allah :
‫كلما دخل عليها زكريا املحراب وجد عندها رزقا‬
dan bersama wifiq ini :

Setelah siap, hendaklah diasapkan dengan kayu gaharu. Kemudian


gantunglah di kedai atau tempat perniagaan. Insya-Allah akan ramailah
pelanggan yang datang.

8. Isim kelapan ( ‫“ ) برھش‬Barhasyin”Wazannya ialah (‫“ )تفعل‬taf-alin”. Huruf


Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf Ha berbaris atas dan huruf
Syin berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf ha (‫)ح‬. Maknanya dalam
Bahasa Arab ialah (‫ھ عبدك أجبھ‬,‫) يا ال‬, pendapat lain dengan makna Ya-
Muqtadir. Isim ini merupakan tasbih Malaikat Mikail alaihissalam.
Khasiatnya :
• Menyeru orang dari jarak jauh
Bacalah ( ‫ )ترقب برھش‬sebanyak 1209 kali. Setiap kali cukup bacaannya seratus
kali hendaklah diwakilkan dengan menyeru nama orang yang kita kehendaki
itu supaya datang dengan segera.
Khadam bagi kedua-dua isim ini ialah Zahroyiilin (‫ )زحراييل‬dan Syithoyiilin
(‫) شيطا ييل‬. Bukhur untuk kedua khadam ini ialah gaharu dan liban zakar.
Waktu membacanya ialah tengah malam.

9. Isim kesembilan (‫“ ) غلمش‬Ghalmasyin”


Wazannya juga (‫)تفعل‬. Huruf Gha berbaris atas. Lamnya sukun, Mim berbaris
atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf
Tho (‫)ط‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Hamidu Ya-Majidu.
Khasiatnya :
• Supaya hajat kita ditunai orang
Bacalah isim ini setiap malam sebanyak 300 kali secara riadhah dan
berpuasa. Tiap kali bacaan cukup 100 kali, baca pula : Tawakkalu ya
khuddamu hazal ismi fi shifati (fulan) ila (fulan),Wa amaruh (sebut hajat
/perintah kita itu ). Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan dalam masa tiga
hari.
• Mengusir Jin
Caranya ialah dengan membaca isim ini sebanyak 1370 kali di tempat yang
ada jin itu. Semasa membaca isim ini pasanglah setanggi daripada Barnuf
(‫)برنوف‬. Insya-Allah jin akan segera keluar dari tempat itu. Jikalau kita mahu
jin itu kembali semula ketempat asalnya, Maka pasanglah setanggi kayu
gaharu yang telah direndam dengan air mawar dan bacalah isim ini dengan
cara terbalik : ‫( شملغ‬syamlaghin), kemudian baca pula : Bihaqqi hazal ismi
ayyatuhal malaikatu ikzinu liljaani an yarji’u ila amakinihim wa ila ma
wakkalu alaihi, barakallahu fikum wa alaikum.

10. Isim kesepuluh (‫“ )خوطير‬Khuthirin”Wazannya ialah (‫“ )فوعيل‬fu-ilin”. Huruf


Kha berbaris hadapan, huruf Wau bertanda sukun, huruf Tho berbaris
bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Ada pendapat
lain mengatakan huruf Kha itu berbaris atas. Yang paling sahih ialah baris
hadapan. Baginya ialah huruf Ya.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qawiyyu, ada pendapat lain dengan
makna Ya-Matin, Ya-Alim dan Ya-Hakim.
Khasiatnya :
• Supaya anak kecil tidak diganggu
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas bersama Surah
At-thariq dengan diceraikan huruf-hurufnya. Kalungkan tulisan ini pada
anak kecil insya-Allah selamat dari gangguan jin dan qarin.
• Penerang hati
Amalkan membaca isim ini setiap hari sebanyak 70 kali, insya-Allah kuat
ingatannya dan terpancarlah hikmah dari hatinya.
• Hebat memanah dan bermain pedang
Pakailah cincin yang diukir asma ini ( ‫ ) مزجل بزجل ترقب برھش غلمش خوطير‬insya-
Allah akan mendapat kekuatan dan melebihi dengan orang yang setanding
dengannya.
• Memagar rumah dari anjing
Tulis asma yang tersebut pada kulit serigala yang telah disamak. Kemudian
tanamlah kulit tersebut di bawah tangga rumah, di pintu masuk kampung
atau bandar, insya-Allah anjing tidak akan masuk selama mana kulit itu
tertanam.
• Pengasih
Baca Asma tersebut sebanyak 7 kali bersama dengan nama orang yang
dikehendaki itu pada sebiji buah epal. Kemudian berilah buah itu kepadanya,
insya-Allah akan teguh dan tetap lah perasaan kasih nya kepada kita.
• Dipandang hebat
Jika seorang raja mahu dipandang hebat oleh tentera-tenteranya, Maka
tulislah asma tersebut pada kertas emas yang bersih dan dipakainya, insya-
Allah.

11. Isim kesebelas ( ‫“ ) قلنھود‬Qolnahudin”Wazannya (‫“ )حضرموت‬Hadramautin”.


Huruf Qaf berbaris atas, huruf Lam sukun, huruf Nun berbaris atas, huruf Ha
berbaris hadapan , huruf Wau sukun dan huruf Dal berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf kaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Matin. Pendapat lain dengan makna
Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-Mughni dan Ya-Muhith.
Khasiatnya :
• Kerasukan atau sawan
Bacalah isim ini kepada orang yang dirasuk jin atau sawan sebanyak 20 kali
dengan memasang bukhur kulit anbar, jawi dan liban. Insya-Allah ia akan
bercakap-cakap dan memberitahu kita perkara yang menimpanya. Jika jin itu
tidak mahu keluar dari tubuh badannya, maka bacalah kesemua Asma
Birhatiah ini sebanyak 7 kali, insya-Allah jin itu akan segera keluar. Setelah
jin keluar dari badannya maka hendaklah dia sentiasa mengamalkan doa-doa
pelindung supaya jin itu tidak lagi kembali menggangunya.

12. Isim kedua belas ( ‫“ )برشان‬Barsyanin”


Wazannya ( ‫“ )رحمان‬rahmanin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda
sukun, huruf Syin berbaris atas, Alif nya sukun dan huruf Nun berbaris dua
di bawah. Baginya ialah huruf lam.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith. Pendapat lain dengan
makna Ya-Allah Ya-Aziz.
Khasiatnya :
• Menunaikan hajat
Tulis isim ini dan Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( ‫ ) قصدير‬dan
dipakai ketika hendak melaksanakan sesuatu hajat, insya-Allah hajatnya
akan ditunaikan.
• Mengetahui khabar-khabar dari alam arwah
Jika kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam arwah, maka hendaklah
dia membaca “Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang bukhur liban zakar
dan meminta arwah supaya hadir, insya-Allah dia akan hadir dan akan
bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang kita hendak tahu itu.

13. Isim ketiga belas ( ‫“ )كظھير‬Kazhirin”Wazannya (‫“ )تكريم‬takrimin”. Huruf


Kaf berbaris atas, huruf Zho bertanda mati, huruf Ha berbaris bawah, huruf
Ya bertanda sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf
Mim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ya-Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini merupakan tasbih Nabi
Yunus alaihissalam.
Khasiatnya :
• Menyakitkan Jin yang degil
Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang merasuk merasa sakit dan
segera keluar dari tubuh badan.

14. Isim keempat belas ( ‫“ ) نموشلخ‬Namusyalakhin”Wazannya ( ‫) بنوقمر‬


“banuqamarin”. Huruf Nun berbaris atas, huruf Mim berbaris hadapan,
huruf Wau bertanda sukun, huruf Syin barisnya atas, huruf Lam berbaris atas
dan huruf kha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Nun.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain dengan
makna Ya-Allah Ya-Hu.
Khasiatnya :
• Lepas dari penjara
Jika orang yang dipenjara sentiasa membacanya insya-Allah akan dilepaskan
oleh Allah Taala.
• Menghentikan darah
Tulis Asma ini pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu, insya-Allah
akan berhenti dengan segera (Qolnahudin, Barsyanin, Kazhirin,
Namusyalakhin).

15. Isim kelima belas ( ‫“ )برھيوال‬Barhayula”Wazannya ( ‫“ ) فيعلوال‬fai-alula”.


Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra sukun, huruf Ha berbaris atas, huruf Ya
berbaris hadapan, Wau nya sukun dan Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf
Sin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ana Allah Amanal Khoifin.
Isim ini merupakan tasbih Nabi Ibrahim alaihissalam.
Khasiatnya :
• Melihat sesuatu dalam tidur
Untuk melihat sesuatu dalam tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat dengan 3
salam. Setelah sudah sembahyang, tulislah isim ini sebanyak 7 kali pada
tapak tangan kanan dan membaca :
( ‫توكلوا ياخدام هذا اإلسم الشريف وأروني كذا وكذا‬. )
dan tidurlah dengan mengiring ke kanan, insya-Allah dia akan dapat melihat
dengan jelas perkara yang dia hendak tahu itu.

16. Isim keenam belas ( ‫“ ) بشکيلخ‬Basykailakhin”Wazannya (‫“ )مفعيلل‬maf-


ailalin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Syin sukun, huruf Kaf berbaris atas,
huruf Ya sukun, huruf Lam berbaris atas dan huruf Kha berbaris dua di
bawah. Baginya ialah huruf Ain.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Mukminun
Khasiatnya :
• Melepaskan kesusahan
Jika kita berada dalam kesusahan, dukacita dan dibebani masalah hutang,
maka bacalah isim ini tiap-tiap malam sebanyak 70 kali insyaAllah akan
mendapat pertolongan dari Allah Taala.
• Ubat sakit mata
Tulis isim ini sebanyak 7 kali pada hari Isnin di sekeping kertas dan juga bait-
bait berikut. Kemudian pakaikan kepada orang yang sakit mata insyaAllah
akan segera sembuh :
( (‫ﯾا ناظري بيعقوب أعيذ كما ٭ بما استعاذ به إذ مسه الكمد‬
(‫) قميص يوسف إذ جاء البشير به ٭ بحق يعقوب فاذهب أيها الرمد‬

17. Isim ketujuh belas ( ‫ “ )قزمز‬Qazmazin”


Wazannya ialah (‫“ )مقعد‬maq-adin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Zai
bertanda sukun, huruf Mim berbaris atas dan huruf Zai berbaris dua di
bawah. Baginya ialah huruf Fa.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhaimin. Isim ini merupakan
tasbih Nabi Isa alaihissalam.
Khasiatnya :
• Duit barakah
Tulis isim ini dan wifik di bawah pada secarik kain sutera biru dan masukkan
ke dalam kantung / karung bersama duit yang tidak dikira jumlahnya.
Kemudian gantunglah kantung itu pada dahan pokok berduri dan diasapkan
dengan anbar dan misik. Bacalah qosam ini pada kantung itu dengan
sempurna pada malam jumaat sebanyak 100 kali. Insya-Allah turunlah
barakah pada kantung itu dan tidak akan habis duitnya dengan izin Allah.
• Melepaskan diri daripada musuh
Supaya selamat dari kejahatan musuh seteru, maka banyakkanlah membaca
( Basykailakhin, Qozmazin)

18. Isim kelapanbelas ( ‫ “ )أنغلليط‬An-gholalitin”Wazannya ( ‫ “ )أقطع ذيب‬Aqtoa


zibin”. Huruf Hamzahnya berbaris atas, huruf Nun bertanda sukun, huruf
Ghain berbaris atas, huruf Lam berbaris atas, Lam kedua berbaris bawah,
huruf Ya bertanda sukun dan huruf Tho berbaris dua di bawah. Baginya ialah
huruf Shod.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Azhimu Ya-Hakim. Pendapat lain
dengan makna Ya-Hakim Ya-Khobir Ya-Lathif dan Arrahman Arrahim.
Khasiatnya :
• Memindah / menghalau orang zalim
Jika kita hendak memindahkan orang zalim atau jahat dari rumahnya, maka
tulislah isim ini dengan surah Al-fiil pada sekeping tembikar yang pecah.
Kemudian lumatkan menjadi debu. Lontarkan debu ini ke arah rumah si
zalim itu, insya-Allah akan segera berpindah.
• Memadamkan api
Barangsiapa yang banyak membaca isim ini dengan niat hendak
memadamkan api, insya-Allah api itu akan terpadam.

19. Isim kesembilan belas ( ‫ “ ) قبرات‬Qobaratin”Wazannya ialah ( ‫“ )رحمات‬


Rohamatin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Ba barisnya di atas, pendapat
kedua dengan huruf Ba bertanda sukun, huruf Ra berbaris atas, Alifnya
sukun dan huruf Ta berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Qaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Aziz. Pendapat kedua dengan makna
Ya-Baqi.
Khasiatnya :
• Menjauhkan penyakit taun dan seteru
Tulislah isim ini dengan firman Allah :
( ‫ )فاليوم ننجيك ببدنك‬lalu memakainya insya-Allah selamat dari taun dan seteru.
• Melihat perkara yang baik
Barangsiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh setiap hari
sebanyak 60 kali, insya-Allah dia tidak akan melihat akan perkara yang
dibencinya selama-lamanya.

20. Isim kedua puluh ( ‫“ )غياھا‬Ghoyaha”


Wazannya ialah (‫“ )حياھا‬hayaha”. Huruf Ghain dan Ya berbaris atas, Alifnya
sukun dan huruf Ha berbaris. Baginya ialah huruf Ra.
Maknanya dalam Arab ialah Ya- Karim, Ya-Qahar.
21. Isim kedua puluh satu ( ‫“ )کيدھوال‬Kaidahula”Wazannya ialah ( ‫“ ) فيعلوال‬fai-
alula”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya bertanda sukun, huruf Dal berbaris
atas, huruf Ha berbaris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Lam berbaris
atas. Baginya ialah huruf Syin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫) القاھرھواللھ‬, pendapat lain dengan
makna Ya-Qadim Ya-Qohir
Khasiatnya :
• Menghapuskan sihir
Tulislah isim ini sebanyak 100 kali berserta dengan ayat :
((‫وٲلق ما في يمينك تلقف ماصنعوا… الخ‬
‫))قال موسى ماجئتم به السحر…الخ‬
dengan huruf yang bercerai-cerai di sekeliling wifik di bawah. Pakaikan
tulisan ini pada orang yang kena sihir, insya-Allah batallah sihir itu.( wifik
tak dapat di masukkan)
• Al-wusul Attami
Barangsiapa yang ingin sampai kepada kesempurnaan sepertimana yang
telah dicapai oleh Assadatul Akhyar, maka hendaklah dia melakukan khalwat
dengan betul-betul sempurna syarat-syaratnya. Banyakkanlah berzikir
dengan ( ‫)غياھا كيدھوال‬. Setiap kali genap seratus kali bacaannya, bacalah pula
Isim-isim Attijani sekali. Insya-Allah ia akan mencapai apa yang
dikehendakinya.

22. Isim kedua puluh dua ( ‫“ )شمخاھر‬Syamkhohirin”


Wazannya ialah (‫“ )جبراﺋل‬jabra-ilin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim
bertanda sukun, huruf Kho berbaris atas, huruf Ha barisnya di bawah dan
huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ta.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫)تعاليت ياعلي ياعليم‬.
Khasiatnya :
• Menghalau semut
Tulis isim ini sebanyak 7 kali dalam mangkuk. Larutkan tulisannya dengan
air bersih dan renjiskan ke tempat yang ada semut itu, insya-Allah ia akan
segera beredar.

23. Isim kedua puluh tiga ( ‫ “ ) شمخاھير‬Syamkhohiirin”Dhobit wazannya


adalah sama dengan isim yang sebelumnya, hanya ditambah satu huruf
sahaja, yaitu huruf Ya sukun selepas daripada huruf Ha (‫)ھ‬. Baginya ialah
huruf Tsa ( ‫)ث‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodhi, pendapat lain dengan makna
Ya-Hu Ya-Hu dan Ya-Robbah Ya-Robbah:
Khasiatnya :
• Menghalau nyamuk
Tulis isim ini sebanyak 15 kali pada kertas dan bakar ditempat yang banyak
nyamuk, insya-Allah nyamuk-nyamuk itu akan lari.

24. Isim kedua puluh empat ( ‫“ ) شمھاھير‬Syamhahiirin”Dhobit wazannya juga


sama dengan isim yang terdahulu, kecuali huruf Kha ditukarkan dengan
huruf Ha ( ‫)ھ‬. Baginya ialah huruf Kha.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫) ياقدير ياقادر‬, pendapat lain dengan
makna Ya-Kafi, Ya-Aziz dan Ya-Jabbar.
Khasiatnya :
• Memecah belah pakatan jahat
Tulis isim ini sebanyak 100 kali dengan ayat :
( ‫)ﻮٲلقينا بينھم العداﻮۃ ﻮالبغضاء إلی ﯾﻮم القيامۃ‬
Kemudia tulis pula dua nama orang yang berpakat melakukan perkara yang
tidak di redai Allah, insya-Allah akan timbul api perpecahan dan perbalahan
diantara keduanya.
• Mengesan kehadiran Al-Arwah
Jika kita hendak mengetahui kehadiran mereka semasa melakukan amalan,
bertapa, berkhalwat dan sebagainya, maka berzikirlah dengan (
‫ ) شمخاھيرشمھاھير‬sebanyak 100 kali, kemudian serulah dengan kata-kata ini : (
‫) إن كنتم حضرتم أﯾتھا األرواح فأرونى من شعاع نوركم‬. Nescaya akan terpancarlah cahaya
seperti pancaran cahaya matahari.
25. Isim kedua puluh lima ( ‫“ ) بكهطهونيه‬Bikahthohaunaihin”Wazannya ialah (
‫“ ) فعفعونيه‬fi’afau-naihin”. Huruf Ba berbaris bawah, huruf Kaf berbaris atas,
huruf Ha bertanda sukun, huruf Tho dan Ha berbaris atas, huruf Wau sukun,
huruf Nun baris atas, huruf Ya sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan
hurufnya. Imam Al-Buni mengatakan riwayat ini adalah yang betul. Baginya
ialah huruf Zal ( ‫) ذ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qadim, pendapat kedua dengan
makna Ya-Da-imu.
Khasiatnya :
• Menolak lapar
Tulis isim ini 70 kali pada pinggang putih dan larutkan dengan air yang
bersih. Minum pada waktu pagi insya-Allah kita tidak akan berasa lapar.

26. Isim kedua puluh enam ( ‫“ ) بشارش‬Basyarisyin”Wazannya ialah ( ‫)منا صر‬


“manasirin”. Huruf Ba dan Syin berbaris atas, huruf Alif sukun, huruf Ra
baris di bawah dan huruf Syin baris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Dhod (‫)ض‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-
Qodiran ala kulli syai-in. (‫ )يا قادرا على كل شيء‬.
Khasiatnya :
• Membersihkan jiwa
Barangsiapa yang sentiasa membaca isim ini dengan tanpa had bilangan,
InsyaAllah ia tidak akan merasa dahaga, bersih jiwanya, dihalang daripada
khowatir-khowatir nafsunya dan lancar lidahnya bila berbicara.

27. Isim kedua puluh tujuh ( ‫“ ) طونش‬Thunasyin”Wazannya ialah ( ‫) مهتد‬


“muhtadin”. Huruf Tho berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nun baris atas
dan huruf Syin baris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan
hurufnya. Seperti ( ‫)طوش ٭ طرش ٭ طوياش‬. Imam Al-Buni mengatakan riwayat
ini ( ‫ ) طونش‬adalah yang sowab. Baginya ialah huruf Zho (‫)ظ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Syakur, pendapat kedua dengan
makna
( ‫ )هواهلل الكريم‬.
Khasiatnya :
• Kanak-kanak yang selalu menangis dan terkejut
Tulis isim ini dalam bentuk wifik beserta dengan Surah Al-Fatihah 11 kali,
kemudian tambat atau kalungkan pada kanak-kanak tersebut, insya-Allah dia
akan berhenti dari menangis.
‫شنوط‬
‫طشنو‬
‫وطشن‬
‫نوطش‬
• Menunaikan hajat
Jika kita mempunyai hajat kepada Allah Taala, maka bacalah isim ini selepas
solat isyak sebanyak 80 kali dalam keadaan sujud (niat sujud syukur) dan
mohonlah hajat itu kepada Allah Taala, insya-Allah akan ditunaikan.
• Sakit kepala
Tulis isim (‫“ )طوش‬thausyin” pada sekeping kertas sebanyak 20 kali beserta
dengan huruf Shod (‫ )ص‬sebanyak 90 kali. Kemudian kalungkan pada orang
yang sakit kepala, insya-Allah akan segera sembuh.

28. Isim kedua puluh lapan ( ‫ “ )شمخا با روخ‬Syamkho-Barukhin ”Wazannya


ialah ( ‫“ )فعال فاعول‬fa’la fa-ulin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim sukun,
huruf Kha dan Ba berbaris atas, huruf Ra baris hadapan, huruf Wau sukun
dan huruf Kho baris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ghain (‫)غ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫)القادر هو اهلل الكريم‬.
Khasiatnya :
• Membatalkan sihir
Tulis isim ini dengan ayat ( ‫…ما ﺟﺌتم به السحر‬. ) dalam mangkuk dan larutkan
tulisan itu dengan air. Beri minum air kepada mangsa sihir, insya-Allah akan
terbatal sihirnya itu.
• Mengalahkan musuh
Tuliskan 28 isim ini pada mata pedang dan baca pula qosam ini padanya
sebanyak 45 kali, insya-Allah musuh-musuh kita akan jadi lemah dan
bertempiaran lari.
• Menyembuhkan penyakit
Caranya ialah dengan menulis 28 isim ini pada mangkuk dan baca qosam
sebanyak 7 kali, berilah pesakit minum airnya insya-Allah akan sembuh .‫تمت‬