(ASPEK TATABAHASA)
Objektif :
(i) Menyenaraikan lima penanda wacana yang terdapat dalam petikan teks “Permainan
Tradisional”.
(ii) Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang telah disenaraikan.
Sistem bahasa
Pengisian Kurikulum
Pembelajaran koperatif
Kemahiaran Berfikir Kreatif dan Kritis
Menjana idea
Membuat kaitan dan perhubungan
Petikan teks
Kertas A4
Kertas mahjong
Papan tulis
Sampul berwarna
Congkak
Video
Terdapat dua jenis permainan tradisional yang masih mendapat perhatian sehingga
kehari ini, iaitu permainan wau dan congkak. Permainan wau juga dikenali sebagai layang-
layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk- penduduk kampung. Wau direka
dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama yang tersendiri seperti wau burung, waupari,
wau katak, wau bayan dan wau barat. Namun begitu, wau bulan sangat digemari oleh orang
Melayu. Permainan wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup
maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur talinya sehinggalah wau
itu tinggi di udara. Oleh sebab itu, wau perlu dimainkan di kawasan lapang seperti di padang
ataupun di sawah padi.
Sementera itu, permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang
digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan itu memerlukan dua orang pemain.
Alatan yang digunakan dalam permainan ini ialah papan congkak dan buah congkak.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampong”. Terdapat dua lubang
besar disetiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”. Permainan ini
dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji “ buah” ke dalam setiap “kampong” sendiri
dan seterusnya memasukkan ke dalam “rumah”. Seterusnya “buah” hendaklah dimasukkan
kedalam “kampong” lawannya. Jika ia singgah di “kampong” lawan yang tidak ada “buah”,
maka dia dikira “mati”. Permainan ini biasanya tidak memerlukan kawasan khusus untuk
dimainkan. Lazimnya congkak boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup
seperti anjung rumah, pondok dan sebagainya.