Anda di halaman 1dari 1

Sebenarnya saya bukanlah dari jurusan kepengacaraan walhal saya ialah lulusan bidang pendidikan

dan merupakan seorang cikgu, tetapi keinginan dan kesungguhan mengatasi segalanya”sebelum
terbang tinggi perlu belajar bertatih lagi”.Pelbagai cara saya lakukan untuk meningkatkan kepakaran
sehingga berhabis beribu ringgit demi mencari potensi diri sebenar.

Namun pada tahun 2012 saya telah ditipu oleh skim cepat kaya(scammer),cuba bayangkan anda
kehilangan rm200,000 sekelip mata ,menitis air mata mengenangkan peristiwa tersebut dahlah itu
wang simpanan isteri serta pinjaman bank tak tergambar derita bebanan ditanggung.Saat kejatuhan
itulah Allah turunkan hikmah,dari situ batu loncatan untuk saya menerokai kebolehan sebenar,masih
saya ingat dan segar memori ini,melihat wajah isteri dan anak yang dicintai saat itu nak beli susu
anak pun susah terpaksa berkerja hujung minggu sebagai moderator sambilan di sebuah pusat kem
motivasi dapatlah rm70 ringgit .Dari situlah titik tolak bakat kepengacaraan dicungkil!

Mengapa saya ditipu?puncanya kerana dasar kepercayaan terhadap orang yang baru dikenali tinggi
dan kekurangan ilmu dalam bidang tersebut.”Tanpa kepakaran dan ilmu yang cukup dalam sesuatu
bidang janganlah berani untuk terjun ke lembah perniagaan yang menjanjikan emas dan ribuan
dollar.

Ingin bangkit dari kegagalan saya bertungkus lumus selama hampir 730 hari berusaha dan
percayakan potensi diri dibidang kepengacaraan dan DJ dari utara ke selatan saya menongkah
perjalanan masa,wang ringgit dan kasih sayang demi mendalami ilmu dan kepakaran di dunia
kepengacaraan.

Kekurangan ilmu dan kepakaran dibidang kepengacaraan membuatkan saya bersungguh-sungguh


berguru,dan bertalaki serta menyertai kursus-kursus kepengacaraan dan komunikasi ditambah
pengalaman 10tahun menceburi bidang pendidikan ternyata ianya resepi istimewa yang digarap
indah untuk menjadikan saya boleh mengendalikan majlis-majlis berprotokol mahupun majlis
perkahwinan.Petah berkata-kata dan mempunyai ayat yang dramatis adalah kunci pengacara majlis
yang hebat selain bijak mengawal audien dan menghidupkan suasana.

Alhamdulilah,kini saya mampu mengacarakan majlis di sekitar bandaraya mahupun desa,dari majlis
raikan cinta sehingga majlis makan malam vip berstatus jutawan ,pelancaran produk syarikat,sama
ada majlis koporat dan perkahwinan.

Ternyata keputusannya, senyuman manis dan perasaan lega tuan rumah@penganjur terbukti
dipersembahkan dengan kata –kata ucapan terima kasih ,kegembiraan dan keterujaan kerana
mereka percaya bahawa mudah sesebuah majlis yang gah dan penuh bersejarah serta berjaya atau
gagal sesebuah majlis bergantung kepada pengacara, oleh itu anda memerlukan seorang pengacara
yang verstyle,santai dan bijak mengawal tetamu dengan nilai-nilai diri yang dramatis lagi
mempersonakan barulah majlis anda diingati dengan penuh rasa cinta.

Anda mungkin juga menyukai