Anda di halaman 1dari 6

UNIT 2: INSAN BERMORAL

1. Situasi
a) Penaakulan Moral: Encik Salleh bertindak melaporkan anak kandungnya,
Adam, kepada pihak polis berikutan jenayah yang dilakukan Adam iaitu
memiliki dadah melebihi berat yang dibenarkan. Tindakan Encik Salleh
tersebut adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran.
b) Perasaan Moral: Merasa sedih di atas penindasan yang berlaku ke atas
masyarakat Rohingya.
c) Tindakan Moral: Memberi tempat duduk kepada ibu mengandung di dalam
LRT kerana semua tempat duduk sudah penuh.

2. Individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral, iaitu


keadilan,alturisme dan autonomi. Untuk menjadi insan yang bermoral, murid
seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat,
mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati,
kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan. Konsep insan bermoral ini berkait rapat
dengan pendidikan agama.
Murid tersebut juga harus berkelakuan yang seperti mana yang diterima oleh
masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan
oleh autoriti. Murid juha harus tahu mengenalpasti sesuatu situasi moral berfikir secara
rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan perlakuan yang
berkaitan dengan situasi tersebut. Selain itu, memilih sesuatu tindakan berasaskan
sesuatu pertimbangan tertentu dan bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah
dipilih berdasarkan peraturan dan prinsip moral yang asas. Mereka juga perlu
menguasai dimensi emosi simpati dan empati.

3. Peta minda:
Berbudi pekerti

Penaakulan
INSAN
Tidak sombong
Moral BERMORAL

PROFIL Mesra
Perasaan DIMENSI INSAN
Moral Jujur
MORAL PRINSIP- BERMORAL
PRINSIP
Perlakuan INSAN Amanah
Moral MORAL
Hormat
Altruisme Keadilan Autonomi
4. Refleksi:
Etika dan moral mengikut Islam Mengikut pandangan Islam, soalan-soalan
apakah yang dikatakan sebagai baik, benar dan patut merupakan soalan yang
sepatutnya timbul kemudian. Persoalan pertama yang perlu dihurai dan dijawab ialah
terlebih dahulu ialah:
a) Apakah kedudukan dan peranan manusia didalam alam ini
b) Apakah hubungan manusia dengan alam ini dan segala makhluk yang ada
didalamnya
Persoalan tentang peraturan dan penilaian tingkah laku manusia terhadap
dirinya dan makhluk yang lain hanya akan dapat dijelaskan dengan nyata apabila
diketahui dan ditubuhkan status dan kedudukan manusia di dalam alam ini dan
hubungannya dengan makhluk lain. Samalah jika kita ingin menyatakan apakah
pendirian dan kelakuan seseorang terhadap sesuatu benda yang ada padanya, maka
kita seharusnya mengetahui apakah status hubungan orang itu dengan benda itu. Jika
benda itu dipunyai oleh orang lain maka status orang itu hanya sebagai penyimpan
amanah dan mesti berkelakuan yang sewajarnya iaitu sebagai penjaga buka sebagai
pemilik dan tidak boleh menggunakannya
UNIT 3: TEORI ETIKA MORAL

1. Ciri-ciri keperibadian mulia yang anda inginkan pada pegawai anda:


i. Menyempurnakan tugas dan amanah.
ii. Berilmu dan berpengetahuan luas.
iii. Mengutamakan keadilan.
iv. Sedia berkorban.
v. Kemas dalam berpakaian, pemikiran dan tindakan.
vi. Jimat cermat dalam segala aspek.
vii. Bekerjasama dan saling hormat-menghormati.
viii. Tertib dan baik budi bicara.

2. Analisis:
Perlakuan Analisis Status

Perwira yang terkorban prinsip kewajipan Bermoral


mempertahankan negara (principle of duty) yang
menegaskan “duty for the
sake of duty” dan
membawa maksud
tanggungjawab
dilaksanakan semata-
mata kerana amalan itu
merupakan satu
tanggungjawab.
Perwira yang terkorban Tanggungjawab dianggap Tidak bermoral
mempertahankan negara sebagai satu nilai utama
dalam etika kemoralan.
Bukan semua
tanggungjawab adalah
tanggungjawab
kemoralan.
Menderma darah Bermoral

Menderma darah Tidak bermoral


Seseorang mencalonkan Tumpuan kepada ‘niat’, Bermoral
dirinya menjadi wakil tujuan/motif seseorang
rakyat dan bukan atas apa
yang dilakukannya; jika
ia atas alasan ingin
membantu rakyat.
Seseorang mencalonkan Sesuatu tindakan tidak Tidak bermoral
dirinya menjadi wakil bernilai moral jika ia
rakyat berkaitan dengan
kepentingan diri. Jika
dia berniat menjadi
wakil rakyat atas faktor
ingin cepat kaya.
Guru merotan murid Guru merotan dengan Bermoral
kerana selalu bising di tekad baik yang mutlak
dalam kelas. kerana atas dasar
kewajipan atau kerana
menghormati undang-
undang (prinsip moral).
Merotan untuk
mendisiplinkan pelajar.
Guru merotan murid Memilih kecenderungan Tidak bermoral
kerana selalu bising di bukan kewajipan. Merotan
dalam kelas. pelajar kerana yakin
bahawa merotan satu-
satunya kaedah berkesan
mengawal pergerakkan
pelajar.
Sukarelawan menolong Kemanusiaan hendaklah Bermoral
mangsa bencana yang sentiasa menjadi matlamat
berada dalam kesusahan. dan bukan alat perlakuan
individu. Niat asal adalah
untuk membantu mereka
yang tidak bernasib baik.
Sukarelawan menolong Mengutamakan alat Tidak bermoral
mangsa bencana yang perlakuan individu
berada dalam kesusahan. berbanding kemanusiaan
sebagai alat individu. Niat
asal adalah untuk
melancong secara
percuma ke negara yang
bakal dilawati.

3. Semua teori etika yang dibincangkan bersifat sekular. Sejauh manakah teori-teori
tersebut selari dan menyimpang daripada nilai agama.

Jawapan:
Teori kemoralan sosial cuba mengaitkan kepiawaian moral, peraturan
masyarakat dan undang-undang negara atau alam sejagat dengan konsep etika. Teori
ini menekankan tentang tanggungjawab individu mematuhi pemerintah atau autoriti.
Kepatuhan kepada autoriti boleh menjadikan masyarakat bersifat birokratik dan ini
akan memberi kesan lain pula dari segi kemoralan.Sebagai rumusannya, kita perlu
mematuhi peraturan dan undang-undang-untuk menjamin kebahagiaan hidup
bermasyarakat. Jangan selalu mementingkan diri sendiri kerana manusia hidup dalam
masyarakat. Setiap tindakan perlu difikirkan kesan baik dan buruknya kepada orang
lain. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kerjasama, gotong royong dan kasih saying
perlu dihayati. Manusia perlu taat dan patuh kepada autoriti selagi tidak lari jauh
daripada nilai agama dan nilai sejagat.
Teori ini menjelaskan bahawa memiliki peribadi mulia bukan semula jadi
maksudnya manusia tidak dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Menerusi latihan
dan pengamalan hingga menjadi kebiasaan, tabiat, cara hidup dan menyenangkan diri
sendiri. Konsep bersederhana dalam semua tindakan sangat digalakkan dalam agama
tetapi tidak boleh disamakan dengan konsep ‘jalan tengah’ yang mungkin
mengelirukan. Nilai agama dan nilai murni sejagat boleh dijadikan asas kepada
pembentukan peribadi mulia.
Teori Utilitarianisme pula teori ini tidak menentukan peraturan-peraturan dan
panduan-panduan yang boleh diikuti. Kanak-kanak yang tidak mempunyai
pengetahuan dan kesedaran moral tidak boleh dididik dengan cara ini. Bertindak
mengikut perasaan dan pemikiran sahaja tanpa bimbingan agama akan merosakkan
moral. Mungkin wajar dalam situasi tertentu untuk membuat pilihan yang terbaik
memerlukan kita memikirkan kesan tindakan sama ada banyak menguntungkan
semua pihak atau sebaliknya secara perbandingan.
Prinsip moral egoisme ini tidak sesuai untuk dikembangkan dalam sistem
pendidikan kita kerana aliran ini tidak mengenal Tuhan dan sikap mementingkan diri
sendiri yang keterlaluan. Semua manusia ada ego masing-masing tetapi ego tersebut
bukan untuk disuburkan sehingga menjadikan sikap mementingkan diri dalam semua
tindakan dianggap bermoral. Ego manusia perlu dididik dengan agama dan ilmu
pengetahuan.
Aliran Eksistensialisme menafikan Tuhan, hidup tanpa pegangan dan
matlamat hidup yang kabur. Tidak wajar boleh dijadikan ikutan khususnya dalam
sistem persekolahan. Manusia dikurniakan akal dan pergunakanlah akal tersebut
dengan sebaik mungkin berlandaskan ilmu dan agama. Setiap orang boleh memilih
nilainya sendiri secara bebas. Situasi ini menyebabkan guru tidak boleh mengenakan
disiplin kepada muridnya kecuali peraturan yang boleh diterima oleh pelajarnya
sendiri, Sifat individualistik dan kebebasan secara mutlak sukar diwujudkan dalam
situasi kehidupan bermasyarakat yang berpegang kepada agama.
Selain itu, prinsip moral adalah kewajipan, keutamaan moral ialah
mengamalkan kewajipan. Pematuhan peraturan moral atau undangundang adalah
wajib. Niat dan tujuan betul menentukan perlakuan itu bermoral atau tidak.
Mengutamakan kepentingan diri dianggap tidak bermoral dan menolak kewujudan
Tuhan bercanggah dengan prinsip hidup masyarakat Malaysia.

Aktiviti 2: Peta pokok