Anda di halaman 1dari 1

PENGALAMAN MENYAMBUT HARIJADI RAKAN

YANG DI SAYANGI

Pada cuti sekolah yang lalu,saya menyambut harijadi rakan saya yang ke-11. Saya berasa
sangat gembira ketika menyambut harijadi rakan saya.

Sehari sebelum menyambut harijadinya, saya ke rumahnya untuk membantunya menghias


rumah. Kami menghias rumah dengan bantuan kakak rakan saya yang memang mahir
dalam bidang dekorasi.

Kami siap menghias rumah pada pukul 5.00 petang. Saya meminta diri untuk pulang ke
rumah. Sebelum pulang ke rumah, rakan saya memeluk saya erat dan saya hanya
membalas pelukkannya.

Keesokkannya,saya dan rakan-rakan yang tiba di rumahnya tepat pukul 9.00 pagi.
Kebanyakan rakan saya menghadiahkannya sebentuk cincin. Sebelum acara memotong kek
dimulai, kami bermain kerusi muzik, bola beracun dan lain-lain. Setelah hampir setengah
jam bermain, kami rehat seketika. Tiba masanya untuk acara memotong kek. Ibunya
membawa keluar kek coklat yang dihiasi dengan beberapa buah strawberi. Sebelum meniup
lilin, dia membuat satu permintaan yang hanya saya sahaja yang tahu. Setelah memotong
kek, dia menyuapkan kek tersebut kepada saya dan ibunya.

Kami menikmati kek tersebut dengan berselera sekali. Pada waktu petang setelah rakan-
rakan yang lain pulang ke rumah,dia membuka kesemua hadiah yang dia terima. Dia
mendapat beberapa bentuk cincin dan beberapa patung beruang yang sangat gebu. Dia
sudah membuka kesemua hadiah yang diterima kecuali satu iaitu daripada saya.

Dia mengamati sebuah kotak kecil berwarna merah. Dia membuka kotak tersebut perlahan-
lahan. Kandungan dalam kotak tersebut ialah seutas rantai berwarna perak dan mempunyai
bentuk hati ditengah-tengahnya. Di saat itu air matanya berlinangan di pipinya yang putih
itu. Dia menyarungkan kalung tersebut di tekaknya. Dia juga menghadiahkan saya seutas
rantai perak yang juga mempunyai bentuk hati ditengah-tengahnya. Rantai tersebut ialah
bukti persahabatan kami yang terpisah ketika kami berumur 7 tahun.

Setelah sekian lama berada di rumahnya,saya meminta diri untuk pulang ke rumah. Dia
menghantar saya ke depan rumah dan ketika saya hendak bertolak pulang ke rumah dia
menarik saya ke dalam pelukkannya. Saya juga memeluknya erat sekali. Lama juga kami
berpelukkan sehingga saya menenangkanya dan berjalan pulang ke rumah.
Itulah pengalaman yang paling indah bagi saya ketika menyambut harijadi seseorang.

Anda mungkin juga menyukai