Anda di halaman 1dari 26

KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

1
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Kembara dan Rekreasi atau ‘Adventure & Recreational Club’ (ARC)
IPG Kampus Batu Lintang merupakan suatu inisiatif kearah pembinaan dan pembentukan
kualiti guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek
kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani,
emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan bakal guru dengan
aktiviti-aktiviti luar dan pada masa yang sama dapat meneroka persekitaran di lapangan. Hal
ini bertepatan dengan salah satu konsep pembelajaran iaitu pembelajaran secara autentik.
Dimana dalam pembelajaran autentik ini memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk
mendidik murid dengan memberikan pengalaman yang sebenar. Selain itu, kelab ini juga
memberi peluang kepada guru-guru pelatih di kampus ini yang berminat untuk menyertai
segala aktiviti – aktiviti yang akan dianjurkan oleh kelab ini.

Dengan menyertai kelab ini, guru-guru pelatih boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang
akan disediakan oleh kelab ini. Contoh aktiviti ialah, high rope, water confidence, mendaki
bukit dan banyak lagi. Kelab ini juga akan mendedahkan kepada ahlinya ilmu dan kemahiran
yang boleh diguna pakai semasa melangsungkan aktiviti – aktiviti tersebut seperti asas ikatan
dan simpulan, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Kelab ini juga dapat membantu bakal-
bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa
lapang.

Diharapkan melalui penubuhan kelab ini akan melahirkan guru-guru pelatih yang
berpengalaman dan dapat menguasai kemahiran sampingan bagi membantu kemandirian
hidup kelak, Pelaksanaan kelab ini melibatkan semua ahli kelab ARC dan juga terbuka kepada
semua warga kampus yang berminat.

2
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

2.0 PENUBUHAN PERSATUAN

STRUKTUR JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KELAB KEMBARA DAN REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU


LINTANG.

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Jamiran bin Salam


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Penasihat : Tuan Haji Ahmadi bin Mahat


Pensyarah Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Muhammad Fawwaz Mirza bin Ali

Naib Pengerusi : Adibah Aqilah Bt Wan Salim

Setiausaha : Nur Afiqah bin Abd. Rahman

Bendahari : Mohd Fudhail bin Nadzri

AJK Aktiviti : Nurul Husna binti Mohd Sulhi

AJK Dokumentasi : Afina Izzati binti Daud

AJK Publisiti : Mohd Noor Adam bin Abd Aziz

AJK Peralatan & Pergerakan : Muhamad Hannan bin Sayuti

AJK Tugas – Tugas Khas : Mohd Luqman bin Rosli

3
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

JENIS PERSATUAN/KELAB

 Hobi dan Rekreasi

CIRI-CIRI AKTIVITI BERPERSATUAN

Menyediakan Program Mengembara dan Berekreasi yang mencabar minda dan kecergasan
diri supaya dapat memberi pendedahan aktiviti “ outdoor ” yang terbaik ke arah pembinaan
modal insan yg cemerlang dalam pelbagai segi, khususnya bagi:-

 Meningkatkan kesedaran generasi muda tentang pemeliharaan khazanah alam


semulajadi.
 Membina generasi muda yang berdisiplin dan berkeyakinan tinggi dalam menghadapi
cabaran dalam kehidupan.

4
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

3.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN

LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja

1.1 Atas kesedaran diri Pemimpin pelajar (semua yang ada dalam bengkel

ini) menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penaja

dengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penaja

ini terdiri dari:-

a. Pengerusi

b. Naib Pengerusi

c. Setiausaha

d. Bendahari

e. 6-7 Ahli AJK biasa

1.2 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan perkara
berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi kelulusan,peraturan-
peraturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan lain-lain maklumat berkaitan kelab .

1.3 Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap perbincangan diminitkan dan difailkan
/didokumentasikan

1.4 Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat ikut adalah mengikut jawatan masing-masing.

5
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dari Warga/Komuniti

2.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan dengan


keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat restu
persetujuan semua ahli.

2.2 Urusan surat-menyurat , jemputan yang dikeluarkan adalah atas nama

AJK Penaja.

contohnya: Kelab Kembara dan Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu Lintang

Alamat: Institut Pendidkan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching,
Sarawak

2.3 Semua surat ditandatangani oleh Pengerusi AJK Penaja.

2.4 Cadangan Agenda:

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pembentangan Senarai Nama JK Penaja (Bayangan) untuk mendapat persetujuan


ahli mesyuarat.

3. Penjelasan/Penerangan tujuan Penubuhan Kelab

2.5 Setiausaha minit dan dokumentasikan mesyuarat.

6
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan

3.1 Tanggung Jawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar

 3.1.1 Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan – Mengikut nasihat pendaftaran


(Boleh dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan).

 3.1.2 Mengadakan ‘Mesyuarat Agung Khas - Membentangkan Perlembagaan’ untuk


bincang dan meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung yang lalu
telah memberi mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk meluluskan
perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.

 3.1.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengarah, dengan


menyertakan dokuman termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui di atas.

 3.1.4 Merancang/merangka aktiviti Tahunan. (Aktiviti hanya boleh dilaksanakan


apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara sah oleh pendaftar –
surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk rujukan)

3.2 Selepas Mendapat Kelulusan

3.2.1 JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG

3.2.2 Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan usul.

3.2.3 Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab

3.2.4 Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.

3.2.5 Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung

7
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

Antara Agenda Mesyuarat:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perkara Berbangkit

4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan)

 AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.

5. Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli


(Sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar).

6. Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan persatuan/Kelab.

7. Bincang Usul-usul yang diterima termasuk usul-usul dari JK.

8. Ucapan Penangguhan.

8
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru

4.1 JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu mengadakan
Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau aktiviti yang
telah dirancangkan.

4.2 Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu

3. Perkara Berbangkit

4. Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir setiap hujung


bulan.

5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah diluluskan


dlm mesyuarat agung yang lalu).

6. Membincangkan aktiviti tahunan

7. Hal-hal lain

4.3 Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukan

tindakan.

9
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

10
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


KELAB KEMBARA DAN REKREASI (ARC)
IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Kelab Kembara dan Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu Lintang

b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan College,

93200 Kuching, Sarawak.

PERATURAN 2 : MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap warga kampus untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

Tujuan Kelab Kelab Kembara dan Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu Lintang
ditubuhkan ialah:

3.1 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai
murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan
2020.

3.2 Mempelbagaikan kegiatan berpersatuan di kampus bagi menyediakan pelajar-pelajar


memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

3.3 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan bernegara.

3.4 Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk aktiviti rekreasi luar bilik “outdoor” kepada
ahli-ahli kelab khususnya dan seluruh warga kampus amnya.

3.5 Menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi dalam segala aktiviti yang dijalankan

11
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

Memberi pendedahan kepada ahli mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu


dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.

3.6 Menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi termasuk
segala ilmu kehutanan, alam semulajadi, dan segala peralatan yang digunakan dalam aktiviti-
aktiviti rekreasi.

3.7 Mengembara dan berekreasi sebagai agenda utama pergerakan kelab dan
memastikan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan diterapkan dalam aktiviti tersebut.

PERATURAN 4 : KELESTARIAN ALAM SEKITAR

4.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia

4.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan

4.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

PERATURAN 5 : KEAHLIAN

5.1 Keahlian terbuka kepada warga kampus tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan
kedudukan sosial pelajar.

5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

5.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan
kelab.

5.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

5.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

12
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERATURAN 6 : PAKAIAN

6.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian kasual

6.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan

- Kasut dan berstokin

PERATURAN 7 : PENSYARAH PENASIHAT

7.1 Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah institut ini yang
berpengalaman.

7.2 Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan


pelaksanaan sesuatu aktiviti.

7.3 Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 8 : AHLI JAWATANKUASA

8.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

8.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

8.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

8.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

8.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

8.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

8.6.1 Pengerusi
8.6.2 Naib Pengerusi
8.6.3 Setiausaha
8.6.4 Bendahari
8.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

13
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERATURAN 9 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

9.1 Pengerusi

9.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat

9.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

9.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

9.2 Naib Pengerusi

9.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

9.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

9.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

9.3 Setiausaha

9.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

9.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.

9.3.3 Mencatat kehadiran ahli

9.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

9.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

9.5 Bendahari

9.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab

9.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.

9.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

14
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

9.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.

ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

9.7 Ahli Jawatankuasa

9.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan.

9.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

9.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa

ke semasa

PERATURAN 10 : KEWANGAN

10.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 3.00 seorang sebulan.

10.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

10.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 11 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

11.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.

11.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

15
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERATURAN 12 : PERATURAN-PERATURAN

12.1 Peraturan institut adalah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 : TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

15.2.1 Amaran lisan.

15.2.2 Amaran bertulis.

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada pensyarah penasihat persatuan secara bertulis dan keputusannya adalah muktamad.

PERATURAN 14 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
pensyarah penasihat atau pentadbir secara bertulis.

14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pensyarah penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengarah.

16
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

PERATURAN 15 : PEMBUBARAN

15.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran
Persatuan secara bertulis.

15.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada


Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

PERATURAN 16 : HAL-HAL LAIN

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

17
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

4.0 IDENTITI PERSATUAN

MEREKACIPTA IDENTITI PERSATUAN LOGO

LOGO DAN PENGERTIAN

Logo Kelab Kelab Kembara dan Rekreasi (ARC)

Pengertian logo

i. Puncak gunung melambangkan ekspedisi pengembaraan yang bakal bermula.

ii. Warna hijau melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa.

iii. melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.

iv. Tulisan biru gelap IPBL melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan.

v. Warna kuning di sekitar tulisan IPBL melambangkan kehidupan keperbagaian


biodiversiti.

vi. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

18
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

MOTO PERSATUAN

“There`s a room at the top for those with the will”......ARC Kembara

LAGU PERSATUAN

Tepi gunung air terjun,

Tempat orang berkelah,

Air jatuh titik embun,

ARC datang berkhemah.

Sungguh cantik alam ini,

Takkan habis kami tandang,

Bangun pagi lihat mentari,

Tak jemu mata memandang.

Tidur malam mimpi-mimpi,

Teman datang bawa lari,

Esok sayang kami pergi,

Lain kali ulang lagi.

19
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Kembara dan Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu
Lintang merupakan satu langkah terhadapan yang berpotensi kepada institusi keguruan untuk
meningkatkan mutu dan kualiti nilai seorang guru yang seimbang dari pelbagai aspek
kemahiran. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab ini mampu
melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah
sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak
pentadbiran. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian,
terima kasih.

20
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

7.0 LAMPIRAN

Surat Permohonan Kelulusan Penubuhan ARC

Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Kelab Kembara dan Rekreasi ARC
IPG Kampus Batu Lintang
93200 Kuching

Pengarah
IPG Kampus Batu Lintang
93200 Kuching Tarikh: 20 Mac 2019

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Kelab Kembara & Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu Lintang

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa Penaja Kelab Kembara & Rekreasi
(ARC) IPG Kampus Batu Lintang telah diwujudkan pada 19 Mac 2019 yang lalu dengan tujuan untuk
memberi peluang kepada warga kampus untuk bersama-sama menerokai keindahan kepelbagaian
flora dan fauna yang ada di bumi Kenyalang ini.
3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan
memohon sudilah apa kiranya pihak Tuan meluluskan penubuhan Kelab Kembara & Rekreasi (ARC)
IPG Kampus Batu Lintang demi kebaikan dan manfaat bagi warga kampus sejagat.
4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai
ahli jawatankuasa penaja dan kertas kerja Kelad ARC IPG Kampus Batu Lintang untuk menjadi rujukan
pihak Tuan.
5. Jasa baik dan perhatian pihak Tuan meluluskan permohonan ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(NUR AFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN)


Setiausaha Jawatankuasa Penaja
b.p Pengerusi JawatanKuasa Penaja
Kelab Kembara & Rekreasi (ARC)
IPG Kampus Batu Lintang.

21
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

Cadangan Aktiviti Yang Akan Dijalankan Dalam Masa Terdekat.

1. ’Challenge Your Fear’

Aktiviti ’Challenge Your Fear’ merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan gaya hidup
aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi air. Program yang berasaskan kekuatan dan
ketahanan ini boleh menarik lebih ramai penyertaan dari kalangan para pelajar IPG Kampus
Batu Lintang. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan penglibatan
pelajar terhadap aktiviti di kampus. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar melakukan
aktiviti yang berfaedah di masa lapang. Antara aktiviti boleh dijalankan ialah berkayak, water
confidence, renang dan banyak lagi. Menerusi program ini, para guru pelatih dapat
mengekalkan kecergasan badan dan juga mengatasi perasaan takut terhadap air. Hal ini
scara tidak langsung dapat membantu guru pelatih menjadi seorang yang berani menghadapi
dan menyahut cabaran.

2. Menuju Ke Bintang

Aktiviti ini dibuka kepada semua ahli Kelab Kembara & Rekreasi (ARC). Aktiviti ini merupakan
salah satu program kerjasama antara dua IPG iaitu IPG Kampus Batu Lintang dan juga IPG
Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. Program menuju ke bintang adalah aktiviti
mendaki Gunung Santubong selama sehari. Rasional program ini adalah untuk membentuk
semangat berpasukan antara ahli kelab kedua – dua IPG. Umumnya, aktiviti mendaki
menuntut komitmen fizikal, mental dan emosi para peserta. Para peserta juga akan diuji
stamina dan keperibadian diri mereka secara tidak langsung menerusi aktiviti ini. Hal ini,
dapat mendidik diri guru pelatih untuk mengamalkan gerak kerja berpasukan serta sentiasa
bersedia dalam menghadapi pancaroba di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadi medan muhasabah diri para guru pelatih untuk
meningkatkan sahsiah diri masing – masing. Sehubungan itu, program Menuju Ke Bintang
yang bakal dijalankan ini diharapkan akan menjadi platform kepada dua buah IPG dalam
menjalinkan hubungan baik memperkukuhkan dan memperkasakan semangat berpasukan
sesama ahli.

22
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

3. Simpulan Kita

Ikatan dan simpulan sering diguna pakai dalam aktiviti seharian. Kemahiran ini juga penting
dalam kerja-kerja menyelamat. Penggunaan ikatan dan simpulan tali boleh diaplikasikan pada
bila – bila masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki
gunung, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan
berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Tujuan kelas ikatan dan simpulan
ini diadakan adalah untuk memberi pededahan kepada papra peserta tentang cara dan
penggunaan tali temali dalam pelbagai situasi. Kebolehan para peserta menggunakan tali
dengan cekap dapat membantu menyelamatkan masyarakat dalam situasi – siuasi genting
seperti banjir, mendaki dan banyak lagi. Dengan kebolehan ini juga, para peserta dapat
mewakili IPG Kampus Batu Lintang dengan menyertai mana – mana squad peyelamat bagi
membantu masyarakat yang terkena bencana khususnya di kawasan tinggi. Selain itu,
berbekalkan kemahiran ikatan dan simpulan ini, para peserta dapat mencipta dan
menginovasi gajet berasaskan alam semula jadi seterusnya menanamkan semangat cintakan
alam dalam diri para ahli.

23
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

Minit Mesyuarat Penubuhan


Kelab Kembara Dan Rekreasi (ARC) IPG Kampus Batu Lintang
Tarikh : 15 Februari 2019
Masa : 2.30-4.30 petang
Tempat : Dewan Brooke

Kehadiran

1 ABDUL KHALID HIDAYAT BIN YUSRI

2 ADLINA SOFFIYA BINTI ALI BAKAR

3 ANDRIA ANAK ALFRED DRIM

4 AVESHA VERONICA LAW

5 AZELLECRYSTAL ANAK JOK

6 FIOLYN MICHELL ANAK BARIN

7 GEORGE WAYNE ANAK BIKI

8 GRACE VIENNA NALAM ANAK VINCENT

9 ILYIA SHAFIQA BINTI OTHMAN

10 MC MAHON ROBERT

11 MELANIE ANNE CLARENCE

12 MU'AZ BIN MOHAMAD SUHARTO

13 NAZATUL HASLINDA BINTI AHMAD

14 NUR SYAHADHA BINTI BOLHAR@BOLHAN

15 STEFFANY JOANNE ANAK WENNEDY

16 SUDIPA CHAKRAVERTY

17 YVONNE LENTI ANAK JABAN

24
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

18 TIFFANY ANAK PAUL

19 CHRISTINE ANAK JUNTAI

20 NUR HUMAIRA BINTI MUHAMMAD

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat penubuhan ini. Belian menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini
ialah untuk menubuhkan kelab baharu di kampus ini iaitu Kelab Kembara Dan
Rekreasi (ARC IPG Kampus Batu Lintang.
2. Persetujuan Menubuhkan Persatuan Belia
2.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Kembara Dan
Rekreasi (Arc) IPG Kampus Batu Lintang yang bertujuan untuk pembangunan dan
perpaduan masyarakat kampus IPG Kampus Batu Lintang.
3. Meluluskan Nama Persatuan Belia
3.1 Mesyuarat sebulat suara untuk menubuhkan kelab ini dengan nama Kelab
Kembara Dan Rekreasi IPG Kampus Batu Lintang. Dalam bahasa Inggris kelab
ini dinamakan Adventure & Recreational Club IPG Kampus Batu Lintang.Akronim
atau singkatan bagi kelab ini ialah ARC.
4. Meluluskan Alamat Tempat Urusan Dan Alamat Pos.
4.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menggunakan alamat Rasmi Ipg
Kampus Batu Lintang sebagai alamat rasmi kelab memandangkan kelab ini
tertakluk di bawah pengurusan induk IPG Kampus Batu Lintang.
5. Meluluskan Perlembagaan Dan Peraturan Kelab Sebagai Garis Panduan
5.1 mesyuarat bersetuju meluluskan perlembagaan dan peraturan kelab yang telah
dirangka.
6. Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa.
6.1 ahli-ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut:
Pengerusi : Muhammad Fawwaz Mirza bin Ali
Naib Pengerusi : Adibah Aqilah Bt Wan Salim
Setiausaha : Nur Afiqah bin Abd. Rahman
Bendahari : Mohd Fudhail bin Nadzri
AJK Aktiviti : Nurul Husna binti Mohd Sulhi

25
KELAB KEMBARA & REKREASI (ARC) IPG KAMPUS BATU LINTANG

AJK Dokumentasi : Afina Izzati binti Daud


AJK Publisiti : Mohd Noor Adam bin Abd Aziz
AJK Peralatan & Pergerakan : Muhamad Hannan bin Sayuti
AJK Tugas – Tugas Khas : Mohd Luqman bin Rosli
6.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan persatuan belia ini dengan
pendaftar pertubuhan belia. Pendaftaran bagi persatuan ini akan diuruskan oleh
jawatankuasa penaja.
7. Ucapan Penangguhan
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................ ............................

(Setiausaha Penaja) (Pengerusi Penaja)

26

Anda mungkin juga menyukai