Anda di halaman 1dari 9

DIMENSIKOOP

DIMENSI KOOP

Koperasi Sekolah:
Menelusuri Matlamat
Penubuhannya
Juliana Md Yusof
Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

Pengenalan tahun 1953 semasa Persidangan Kerjasama Malaya


Gerakan koperasi sekolah yang telah bertapak di apabila satu usul telah diluluskan hasil persetujuan
Malaysia sejak 1968 dilihat semakin berkembang Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertanian
seiring dengan penubuhan koperasi di setiap yang menggalakkan penubuhan koperasi sekolah.
sekolah menengah. Secara umum, masyarakat Walau bagaimanapun, tiada tindakan susulan
melihat koperasi sekolah diwujudkan hanya yang diambil bagi merealisasikan usul tersebut
untuk menjalankan urus niaga peralatan dan
sehingga pada tahun 1968, Profesor Diraja Ungku
kelengk apan sekolah sebagai memenuhi
Aziz membangkitkan semula idea penubuhan
keperluan pelajar sekolah. Sungguhpun begitu,
tujuan penubuhan koperasi sekolah mempunyai koperasi sekolah. Sebagai merealisasikan idea
matlamat dan objektif yang lebih besar tersebut, sembilan buah sekolah di Semenanjung
manfaatnya sehingga dapat melahirkan barisan Malaysia telah dipilih sebagai peneraju untuk
pelapis koperator yang berkualiti. menubuhkan koperasi di sekolah masing-masing.
Koperasi-koperasi tersebut didaftarkan di bawah
Sejarah Penubuhan Koperasi Sekolah Bab 53 Akta Koperasi. Koperasi sekolah peneraju
Idea penubuhan koperasi sekolah dicetuskan pada tersebut disenaraikan pada Jadual 1.

38 BIL. 48 JANUARI 2016


DIMENSIKOOP

Jadual 1: Senarai Koperasi Peneraju yang Ditubuhkan Pada Tahun 1968


Bil Koperasi Peneraju Negeri
1 Koperasi Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan Berhad Pahang
2 Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad Pahang
3 Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad Terengganu
4 Koperasi Sekolah Menengah Padang Midin Berhad Terengganu
5
6
Koperasi Sekolah Menengah Zainab Berhad
Koperasi Sekolah Menengah Dr Burhanuddin Berhad
POOK ISNEMID Kelantan
Perak
7 Koperasi Sekolah Menengah Tengku Menteri Berhad Perak
8 Koperasi Sekolah Menengah Dato Jaafar Berhad Johor
9 Koperasi Sekolah Menengah Iskandar Shah Berhad Melaka

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Seterusnya, tujuh tahun selepas itu koperasi aktiviti kokurikulum dan KP (BS) 8586/303/(57)
sekolah di Malaysia Timur ditubuhkan. Ia bermula bertarikh 20 April 1989 yang menggalakkan
dengan pendaftaran koperasi sekolah pertama di penubuhan koperasi sekolah yang berupaya
negeri Sarawak pada tahun 1976 iaitu Koperasi membentuk keperibadian dalam kalangan warga
Sekolah Akademik Limbang Berhad. Pada sekolah. Sehingga tahun 2014, terdapat 2,301
tahun yang sama, koperasi sekolah pertama buah koperasi sekolah ditubuhkan di Malaysia.
negeri Sabah ditubuhkan iaitu Koperasi Sekolah Jadual 2 menunjukkan bilangan koperasi sekolah
Menengah Menggatal Berhad. berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) pada tahun 2013 dan 2014.
Perkembangan pesat gerakan koperasi sekolah
pada awal penubuhannya telah membawa Jadual 2: Bilangan Koperasi Sekolah Berdaftar
kepada penggabungan koperasi sekolah yang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
dikenali sebagai Koperasi Nasional Sekolah (KNS).
Bilangan Koperasi
Fungsi utamanya adalah mengedarkan keperluan Negeri
2014 2013
koperasi sekolah, meringankan beban pelajar dan
Johor 259 250
menjadi pendorong kepada penubuhan koperasi
Kedah 177 173
sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada
Kelantan 158 156
tahun 1988, pendaftaran KNS dibatalkan kerana
gagal menjalankan fungsinya. Melaka 81 79
Negeri Sembilan 120 116
Kegagalan KNS tidak melemahkan Pahang 192 193
gerakan koperasi sekolah. Dari tahun ke tahun, Perak 243 241
penubuhan dan pendaftaran koperasi sekolah Perlis 31 31
terus bertambah mengikut negeri. Kedai- Pulau Pinang 134 132
kedai buku yang beroperasi di sekolah telah Sabah 208 201
ditukarkan kepada penubuhan koperasi sekolah. Sarawak 181 177
Penubuhan koperasi sekolah mendapat sokongan Selangor 267 266
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Terengganu 149 149
surat siaran yang dikeluarkan sebanyak dua kali Wilayah Persekutuan 101 97
iaitu KP 8591 – Jld.II(22) bertarikh 8 Mei 1976 yang Jumlah 2,301 2,261
mengiktiraf kegiatan koperasi sekolah sebagai Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia

BIL. 48 JANUARI 2016 39


DIMENSIKOOP

Tujuan Penubuhan Koperasi Sekolah yang lain dijangka berupaya melahirkan pelajar
sekolah yang memenuhi matlamat utama FPN.
Gerakan koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai
Selain memenuhi matlamat FPN, Kementerian
salah satu aktiviti ko kurikulum sekolah kerana
Pendidikan Malaysia menyenaraikan tujuan
faedah dan kepentingan aktiviti yang dilaksanakan
penubuhan koperasi sekolah seperti berikut:
secara langsung dapat merealisasikan matlamat
utama Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu: i. Memajukan kepentingan sosioekonomi
DIMENSI KOOP
… adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
anggota menurut prinsip koperasi.
ii. Mengamalkan sikap dan amalan berjimat
secara menyeluruh dan bersepadu untuk cermat.
mewujudkan insan yang seimbang dan iii. Mengamalkan cara hidup masyarakat secara
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi demokratik.
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan iv. Mengamalkan prinsip berdikari.
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah v. Memberi pengalaman mentadbir, mengurus,
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu membuat k eputusan dan memimpin
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak khususnya kepada pemimpin-pemimpin
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan koperasi dalam kalangan pelajar.
mencapai kesejahteraan diri serta memberi vi. Menyertai dan mengalami urusan perniagaan.
sumbangan terhadap keharmonian dan vii. Memberi sokongan kepada sekolah segala
kemakmuran masyarakat dan negara. usaha yang memberi faedah kepada pelajar.

Justeru, penubuhan koperasi sekolah yang Tambahan lagi, Profesor Diraja Ungku Aziz
berlandaskan matlamat, jati diri dan perundangan juga menyatakan tujuan penubuhan koperasi
koperasi berupaya menyediakan persekitaran sekolah sebagai:
sosial yang sihat iaitu melahirkan masyarakat yang
sempurna, kreatif, progresif, bertanggungjawab i. Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari.
dan berketerampilan. Sungguhpun gerakan ii. Membantu dalam mewujudkan suasana
koperasi sekolah diiktiraf sebagai salah satu latihan amali bagi mempraktikkan teknik
kegiatan ko kurikulum yang boleh disertai pengurusan dan perdagangan.
oleh para pelajar, ia dianggap unik berbanding iii. Menyemai sifat serta unsur demokrasi dalam
kegiatan ko kurikulum lain kerana: kalangan generasi muda.
iv. Menggalakkan sikap bekerjasama serta saling
i. Berupaya menarik seluruh warga sekolah membantu antara satu sama lain.
tanpa mengira bangsa, agama dan jantina v. Mengasuh bakat kepimpinan dalam kalangan
sebagai anggota; generasi muda.
ii. M e n j a d i p e m a n g k i n k e p a d a p r o s e s
pembelajaran dalam bilik darjah;
iii. Memberi pengalaman dan pendedahan Aktiviti Koperasi Sekolah
kemahiran urus niaga; dan Kebanyakan koperasi sekolah menjalankan aktiviti
iv. Gerakan koperasi sekolah dilindungi oleh bersifat kepenggunaan. Merujuk kepada Fasal 8,
perundangan iaitu Akta Koperasi 1993 Undang-undang Kecil Seragam Koperasi Sekolah,
(Pindaan 2007), Peraturan-peraturan Koperasi koperasi bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti
2010 serta Undang-undang Kecil (UUK) berikut:
koperasi sekolah.
i. Menjual peralatan persekolahan serta lain-lain
keperluan kepada anggota;
Ciri-ciri unik yang terdapat pada gerakan
ii. Mengadakan aktiviti kelas tambahan atau
koperasi sekolah berbanding kegiatan kokurikulum

40 BIL. 48 JANUARI 2016


DIMENSIKOOP

tuisyen atau k elas Aktiviti Ekonomi


komputer untuk Koperasi Sekolah
faedah kepada Aktiviti ekonomi yang menjadi
anggota; fokus kebanyakan koperasi
iii. Membeli, menjual, sekolah adalah aktiviti
memindah hak milik, berdasarkan jualan tunai seperti
mendirikan, menyewa,
mencagar, memajak,
menggadai dan
POOK ISNEMID bahan dan alatan keperluan
murid iaitu buku tulis, buku
rujukan serta alat tulis. Selain
memiliki harta-harta itu, makanan serta minuman
alih dan harta-harta ringan seperti keropok dan
tak alih; air kotak juga dijual di kedai
iv. Menyertai usaha sama koperasi. Pemilihan aktiviti
dan menjadi anggota kepada koperasi lain; ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi
dan sekolah bergantung kepada modal, keperluan,
v. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah jenis sekolah dan kerjasama anggotanya. Pihak
dengan mendapat kebenaran pengetua dan pentadbiran dan pengurusan koperasi sentiasa
kelulusan mesyuarat agung. mencari kaedah meningkatkan penglibatan
anggota terhadap aktiviti ekonomi koperasi. Hal
Anggota koperasi melalui Mesyuarat Agung ini kerana, aktiviti yang dijalankan oleh koperasi
Tahunan (MAT) koperasi berhak untuk menentukan tidak akan berjaya sekiranya anggota yang terdiri
jenis dan aktiviti koperasi masing-masing. Aktiviti daripada kalangan pelajar tidak menyokong aktiviti
yang dijalankan boleh ditambah atau dibatalkan koperasi dengan sekurang-kurangnya bertindak
dengan memohon pindaan Undang-undang sebagai pembeli di kedai koperasi.
Kecil (UUK) daripada Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM). Selain kedai koperasi yang menjual barang
keperluan pelajar, terdapat juga koperasi sekolah
Berdasarkan kepada aktiviti umum yang yang menjalankan perkhidmatan kantin, kelas
disenaraikan oleh Fasal 8 UUK, terdapat dua komputer dan penyewaan tempat letak kereta.
kategori aktiviti yang dijalankan di koperasi Jadual 3 menunjukkan contoh kegiatan ekonomi
sekolah iaitu aktiviti bercorak ekonomi dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi mengikut jenis
bercorak sosial. sekolah.

Jadual 3: Contoh Kegiatan Ekonomi di Koperasi Sekolah

Sekolah Menengah Harian Sekolah Menengah Harian (Ada


Sekolah Berasrama Penuh
(Tiada Asrama) Asrama)
• Kedai Buku • Kedai Buku • Kedai Buku
• Perkhidmatan Fotostat • Perkhidmatan Fotostat • Perkhidmatan Fotostat
• Kafe siber • Kafe siber • Kafe siber
• Penyewaan tempat letak • Penyewaan tempat letak • Penyewaan tempat letak
kereta kereta kereta
• Pertanian • Pertanian
• Dobi • Dobi
• Peralatan Asrama • Peralatan Asrama
• Kedai Gambar • Kedai Gambar
• Kantin • Kantin

BIL. 48 JANUARI 2016 41


DIMENSIKOOP

Aktiviti Sosial Koperasi Sekolah


Kebanyakan koperasi sekolah merancang aktiviti Sebagai merealisasikan idea
sosial dalam dua bentuk iaitu kebajikan dan tersebut, sembilan buah sekolah
pendidikan. Antara aktiviti yang ditawarkan
merangkumi bantuan kewangan, penyediaan
di Semenanjung Malaysia telah
gelanggang permainan petanq, kemudahan dipilih sebagai peneraju untuk
menubuhkan koperasi di sekolah
DIMENSI KOOP
tempat bacaan, kolam ikan, kem motivasi, hari
sukan sekolah dan perayaan hari guru. Aktiviti masing-masing.
sosial seumpama ini, mempertahankan konsep
koperasi iaitu menolong diri sendiri. Tambahan
lagi, setiap tahun sambutan hari koperasi sekolah falsafah koperasi kepada semua anggota koperasi
yang diadakan juga adalah sebahagian daripada sekolah akan meningkatkan kefahaman dan
aktiviti bercorak sosial. Acara-acara yang diadakan seterusnya memantapkan peranan pelajar sebagai
bertujuan untuk mengeratkan hubungan anggota koperasi. Melalui kefahaman tersebut,
antara warga koperasi antaranya kuiz, sukaneka, pelajar akan memainkan peranan dengan penuh
pertandingan lukisan, pertandingan menulis tanggungjawab untuk menyumbang kepada
karangan serta penganugerahan AJK koperasi kejayaan koperasi sekolah mereka. Pengetua
yang dikenal pasti telah berkhidmat dengan dan para guru yang terlibat secara langsung
cemerlang. atau tidak dengan urusan pentadbiran serta
pengurusan koperasi sekolah perlu meletakkan
Di samping itu, bagi memenuhi prinsip koperasi diri mereka sebagai pembimbing dalam gerakan
ketujuh iaitu prihatin terhadap masyarakat, koperasi sekolah bagi melahirkan anggota yang
koperasi sekolah juga melaksanakan aktiviti proaktif dan komited untuk memajukan koperasi
bercorak sosial dengan memberi sumbangan mereka. Rajah 1 menunjukkan peranan yang
kepada organisasi atau badan yang memerlukan perlu dimainkan oleh pelajar selaku anggota
bantuan berbentuk material atau kewangan koperasi. Usaha berterusan anggota yang terdiri
seperti rumah kebajikan, masjid dan persatuan daripada pelajar untuk memajukan koperasi
kebajikan. adalah sebagai latihan untuk mempersiapkan
mereka sebagai koperator yang berpengetahuan
dan berkemahiran apabila mereka menganggotai
Melahirkan Koperator Berkualiti koperasi dewasa setelah mengakhiri alam
Kefahaman terhadap Peranan Sebagai persekolahan.
Anggota Koperasi
Umum mengetahui, gerakan koperasi seharusnya Di samping itu, para pelajar juga seharusnya
berpegang teguh kepada nilai serta prinsip- diberi pendedahan terhadap hak dan
prinsip koperasi. Pegangan ini tidak terkecuali bagi tanggungjawab selaku anggota koperasi bagi
koperasi sekolah yang mana nilai serta prinsip memantapkan jati diri koperasi dalam diri
yang diamalkan akan meningkatkan keutuhan jati mereka. Pemahaman mereka terhadap peranan,
diri koperasi. Sehubungan itu, gerakan koperasi hak dan tanggungjawab merupakan penggerak
sekolah adalah sebagai platform untuk melatih penglibatan diri secara langsung dan berfokus.
serta membimbing para pelajar tentang peranan Hal yang demikian akan mendorong pelajar
dan tanggungjawab mereka sebagai anggota untuk menjadi warga koperator yang sentiasa
koperasi. Pelajar perlu diberi kefahaman tentang berusaha untuk menyumbang kepada koperasi
peranan mereka dalam gerakan koperasi yang yang dianggotainya bagi menikmati hak mereka
dianggotai. Menurut Ahmad Marzuki Ismail (2004), selaku anggota. Jadual 4 menunjukkan hak dan
bimbingan dan penerangan tentang konsep dan tanggungjawab pelajar sebagai anggota koperasi.

42 BIL. 48 JANUARI 2016


DIMENSIKOOP

Peranan Anggota

Pendukung Pemilik Penanggung Pengguna


Ideologi Modal

• Memahami • Berkongsi hak milik • Menyumbang • Melanggan


konsep koperasi dengan anggota modal yuran dan perkhidmatan yang
• Mempelajari
falsafah dan
lain.
• Mengawal POOK ISNEMID
modal saham
• Mengamalkan
ditawarkan koperasi
• Memperoleh
prinsip koperasi perjalanan koperasi konsep peluang
• Membendung ‘menolong diri pendididkan dan
penyelewengan sendiri’ latihan
koperasi • Memperoleh
faedah daripada
keuntungan melalu
dividen dan rebat
• Menikmati faedah
sosial seperti
kegiatan kebajikan

Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004


Rajah 1: Peranan Pelajar Sebagai Anggota Koperasi Sekolah

Jadual 4: Hak dan Tanggungjawab Anggota Koperasi

Hak dan Tanggungjawab Peranan Anggota


Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
Mengemukakan usul
Mencalon dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Hak Peribadi
Mengetahui perjalanan koperasi sekolah
Menggunakan kemudahan koperasi sekolah
Membuat keputusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah
Menikmati kemudahan dan perkhidmatan
Hak Kewangan Memperoleh ganjaran – dividen, bonus dan rebat
Mendapatkan kembali sumbangan modal selepas berhent
Menyertai kegiatan ekonomi dan sosial
Sukarela berkhidmat tanpa memikirkan ganjaran
Tanggungjawab Peribadi
Sedia berkhidmat jika diperlukan
Kesetiaan terhadap koperasi
Membuat sumbangan modal seperti yang dinyatakan dalam UUK
Bersedia menambah modal saham sekiranya diminta oleh pihak
Tanggungjawab Kewangan pentadbiran dan pengurusan koperasi
Membuat pertaruhan khas
Membuat simpanan tetap
Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004

BIL. 48 JANUARI 2016 43


DIMENSIKOOP

DIMENSI KOOP
Penglibatan Anggota Dalam Pentadbiran
dan Pengurusan Koperasi Sekolah
perjalanan mesyuarat dan tindakan selepas
mesyuarat.
Koperasi sekolah sebagai batu loncatan dalam
melahirkan anggota koperasi kelas pertama S e t e r u s ny a , a n g g o t a k o p e r a s i y a n g
seharusnya ditadbir dan diuruskan sebagai terdiri daripada para pelajar hendaklah diberi
koperasi yang menitikberatkan pengamalan pengalaman untuk mentadbir koperasi. Mereka
nilai dan prinsip koperasi dalam merealisasikan perlu diberi galakan untuk mengambil peluang
matlamat penubuhan koperasi sekolah. Anggota bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi
koperasi sekolah yang terdiri daripada pelajar (ALK). Bagi tujuan bimbingan, latihan dan tunjuk
harus diberi pendedahan dan pengalaman ajar tentang pentadbiran koperasi, anggota
mentadbir koperasi. Rajah 2 menunjukkan koperasi yang terpilih untuk memegang jawatan
sistem pentadbiran koperasi sekolah. Sebagai perlu diberi peluang memegang jawatan sebagai
permulaan, mereka perlu diberikan kefahaman Naib Pengerusi, Naib Setiausaha, Naib Bendahari
tentang pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan atau ALK biasa. Pengerusi, Setiausaha dan
Koperasi. Melalui pendedahan tersebut mereka Bendahari yang terdiri daripada guru-guru perlu
akan mengetahui tentang fungsi, kewajipan, memberi bimbingan yang sewajarnya dan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN - Anggota

LEMBAGA
(Guru & Pelajar) JAWATAN KUASA
AUDIT DALAMAN
(Guru & Pelajar)
PENGERUSI
(Pengetua)

Naib Pengerusi
(Guru & Pelajar)

BENDAHARI SETIAUSAHA
(Guru) (Guru)

PENOLONG BENDAHARI PENOLONG SETIAUSAHA


(Pelajar) (Pelajar)

JAWATAN KUASA KECIL


Ketua: Guru
Ahli: Pelajar
Rajah 2: Sistem Pentadbiran Koperasi Sekolah
Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004

44 BIL. 48 JANUARI 2016


DIMENSIKOOP

LEMBAGA

JAWATAN KUASA KERJA


Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

JAWATAN KUASA KECILPOOK ISNEMID


Belian Jualan Akaun Keanggotaan Pendidikan Kebajikan

Kedai Buku Pelancongan Kafe Siber

Rajah 3: Struktur Pengurusan Koperasi Sekolah


Sumber: Ahmad Marzuki Ismail, 2004

memberi keyakinan kepada para pelajar untuk kawalan dalaman sesebuah organisasi yang
menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai dipimpin kelak.
pentadbir koperasi seperti mana diamanahkan
oleh anggota koperasi sekolah. Antara bentuk Pendedahan dan pengalaman yang diperoleh
bimbingan yang boleh diberikan termasuk pelajar selaku anggota koperasi tidak terbatas
mempengerusikan mesyuarat, mencatat minit kepada aspek pentadbiran. Pelajar juga perlu
mesyuarat, menyedia akaun bagi urus niaga dan diberi peluang untuk menguruskan segala aktiviti
membuat perancangan aktiviti koperasi. koperasi sama ada berbentuk ekonomi atau sosial.
Kebiasaannya, guru ALK akan membimbing
Selain diberi peluang memegang jawatan dan memberi peluang para pelajar untuk
sebagai ALK, anggota koperasi yang terdiri menguruskan operasi harian seperti kedai
daripada pelajar pula berpeluang mendapat buku koperasi, perkhidmatan fotostat dan kafe
siber. Rajah 3 menunjukkan salah satu struktur
pendedahan sebagai ahli Jawatankuasa
pengurusan yang diguna pakai oleh sesetengah
Audit Dalaman. Melalui jawatan ini, mereka
koperasi sekolah. Selain mendapat pengalaman
bertanggungjawab memastikan perjalanan
menguruskan operasi harian koperasi, pelajar
koperasi perlu mengikut objektif dan matlamat
berpeluang mempelajari ilmu pengurusan
koperasi. Serta memastikan penyelewengan
perniagaan. Menurut Profesor Diraja Ungku
dan penyalahgunaan kuasa dalam mentadbir Aziz dalam kertas kerja “Pembangunan Koperasi
dan mengurus koperasi tidak berlaku. Mereka Sekolah Dari Segi Nasional dan Antarabangsa”,
yang memegang jawatan ini berpeluang terdapat dua tujuan penting dalam pengurusan
memahami peranan, tanggungjawab, kuasa dan koperasi sekolah, iaitu:
fungsi, memahami teknik-teknik pengauditan,
• Penglibatan anggota dalam kegiatan koperasi
mengenali dan memahami akaun koperasi
dari segi mengambil keputusan dasar besar
serta menulis laporan audit. Pengalaman
dan kecil; dan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab
• Mengurus dengan bijak supaya koperasi tidak
sebagai Jawantankuasa Audit Dalam akan
mengalami kerugian dan anggota serta sekolah
melatih anggota untuk menitikberatkan aspek
mendapat sebanyak mungkin perkhidmatan.

BIL. 48 JANUARI 2016 45


DIMENSIKOOP

Penubuhan jawatan Kesimpulan


kuasa kecil yang terdiri
Gerakan koperasi sekolah
daripada guru dan pelajar
yang ditubuhkan di
akan memberi peluang hampir semua sekolah
kepada merek a yang menengah kerajaan di
tidak memegang apa-apa Malaysia bukan sahaja

DIMENSI KOOP
jawatan dalam pentadbiran
koperasi untuk terlibat
diiktiraf sebagai salah satu
kegiatan kokurikulum yang
dengan koperasi secara dapat mencapai matlamat
langsung. Penglibatan Falsafah Pendidikan Negara
mereka dalam pengurusan iaitu menghasilkan pelajar
operasi harian serta portfolio lain seperti yang yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
ditunjukkan dalam Rajah 3 mampu menyumbang berakhlak mulia, ber tanggungjawab dan
pengalaman menguruskan sebuah aktiviti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
perniagaan bersaiz kecil. Pengalaman ini akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
memupuk semangat keusahawanan dalam diri kemakmuran masyarakat dan negara. Bahkan,
anggota yang terlibat dan seterusnya mereka gerakan koperasi sekolah dapat menyiapkan para
akan mampu menguruskan perniagaan yang pelajar untuk menjadi koperator yang berkualiti
bersaiz lebih besar apabila menyertai gerakan melalui pendedahan dan pengalaman berkoperasi
koperasi dewasa setelah tamat persekolahan. yang diperoleh mereka melalui penglibatan
Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pelajar sama ada sebagai anggota, ALK dan
sebagai ahli jawatan kuasa kecil, para pembimbing ahli jawatankuasa portfolio yang diwujudkan.
perlu memastikan mereka mengamalkan konsep Guru pembimbing yang memegang jawatan
bekerjasama dan tolong-menolong sesama di koperasi bertanggungjawab untuk memberi
mereka. AJK perlu menjalankan tugas dengan tunjuk ajar dan bimbingan serta peluang
penuh tanggungjawab, jujur dan amanah kepada para pelajar yang terlibat dengan
bagi memupuk budaya kerja yang berkualiti koperasi secara langsung atau sebaliknya
untuk memainkan peranan masing-masing.
dalam kalangan AJK. Mereka juga berpeluang
Seterusnya, melalui bimbingan tersebut
melibatkan diri dalam mesyuarat jawatankuasa
para pelajar akan mendapat kemahiran dan
yang membincangkan pencapaian aktiviti,
pengalaman berkoperasi yang akan diguna
permasalahan serta cadangan untuk menambah
pakai apabila mereka menganggotai koperasi
baik operasi aktiviti yang melibatkan jawatankuasa
lain setelah menamatkan persekolahan. DK
mereka.

Rujukan
A. Aziz, Ungku.(Dis,1999). Kaedah betul mengamal prinsip koperasi oleh koperasi. Pelancar, p.p 20-21.
Ahmad Marzuki., & Ismail. (2004). Pelajar dalam gerakan koperasi sekolah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Marzuki., & Ismail.(2004). Jati diri dalam gerakan koperasi sekolah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hajah Jamilah. Din., Noranita. Mohd Nor., Rosidah. Rashid., & Muhammad Yusuf. Ibrahim. (2012). Monograf
Penyelidikan: Analisis Kompetensi Anggota Lembaga Koperasi Sekolah Dalam 100 Buah Sekolah-
Sekolah Gred A. Selangor: Maktab Koperasi Malaysia.

46 BIL. 48 JANUARI 2016

Anda mungkin juga menyukai