Anda di halaman 1dari 6

[BETA MODE] Darulkautsar.

net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib Dan Rijal


Allah
Oleh: Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim

Pendahuluan

Kajian Tasawuf dianggap tidak lengkap tanpa menyentuh fikrah Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba',
Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah dan seumpamanya. Pengkaji terdahulu seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn
Khaldun serta pengkaji terkini seperti Abu al-'Ila 'Afifi, Ahmad Amin dan Abu al-Wafa al-Taftazani
adalah antara mereka yang menyentuh persoalan ini. Pendapat mereka akan digunakan dalam
mengulas isu Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah.

Berikut adalah pandangan tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah
oleh tokoh-tokoh tersebut:-

1. Pendapat Ibn Taimiyyah

Dalam kitabnya Fatawa, Ibn Taimiyyah telah menjelaskan pendapatnya iaitu: Manakala banyak
nama yang disebut oleh ahli ibadat dan orang awam seperti Ghawth di Makkah, Awtad ada empat,
Qutb ada tujuh, Abdal ada 40, Nujaba' ada 300, semuanya tiada dalam al-Qur'an. Tidak ada
ma'thurah daripada Nabi s.a.w. sama ada sanad sahih atau da'if muhtamal kecuali lafaz Abdal.
Menurut riwayat hadith Syami munqati' al-isnad daripada Ali k.a.w., marfu' kepada Nabi s.a.w.
bermaksud:

“Di kalangan orang Syam (Syria) ada Abdal 40 orang lelaki. Apabila mati seorang, Allah gantikan
tempatnya dengan lelaki lain."

Orang Salaf tidak menyebut apa-apa (tentang Wali Qutb, Abdal, Awtad dan Nujaba').

2. Pendapat Ibn Khaldun

i) Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun, beliau menyatakan: Orang tasawuf kebelakangan ini bercakap
tentang kasyaf dan tentang apa yang ada di sebalik alam inderawi. Mereka menyatakan perkara
yang samar-samar. Ramai di kalangan mereka sampai kepada doktrin hulul dan wahdat (Allah
meresap dalam alam atau diri dan "jadi satu"). Golongan mereka yang terdahulu bergaul dengan
Syi'ah Isma'iliyyah pelampau yang kebelakangan juga menganut fahaman hulul dan mempercayai
bahawa imam-imam Syi'ah itu Allah (Allah hulul dalam diri imam-imam itu). Fahaman ini tidak ada
sebelum ini. Kata-kata antara dua belah pihak ini bercampur aduk dan akidah mereka juga serupa-

1/6
[BETA MODE] Darulkautsar.net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

menyerupai. Lahirlah di kalangan orang bertasawuf doktrin Qutb ertinya ketua bagi semua arifin.
Mereka menganggap makam Qutb tentang makrifat amatlah tinggi, tidak boleh ditandingi sehingga
mati, lalu tempatnya itu diisi oleh seorang arif yang lain.

ii) Ibn Sina juga memperkatakan perkara ini iaitu: Al-Haq yang maha agung adalah terlalu tinggi
tiada tercapai dengan sama rata oleh semua mereka yang menuntutinya atau dapat melihatnya
kecuali seorang sahaja dalam satu majlis bergilir-gilir. Teori Qutb (ada satu lepas satu) ini tidak
boleh diterima akal dan tidak ada dalil syarak. Tetapi semata-mata satu percakapan yang
berbentuk retorik. Inilah yang diperkatakan oleh Syi'ah Rafidhah.

Kesimpulannya:

i) Teori wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba'... tidak ada dalil syarak kecuali Abdal dan bercanggah
dengan akal yang waras. Tidak timbul di kalangan al-Salaf al-Salih.

ii) Hadis Abdal ini jika sahih sekalipun, tidak boleh meliputi kesemua Wali Qutb, Awtad, Nujaba'.

iii) Munculnya teori Wali Qutb, Abdal, Awtad Nujaba' ini adalah pengaruh daripada Syi'ah
Isma'iliyah Rafidhah (yang juga dikenali kemudiannya dengan nama Batiniyah).

3. Pendapat Ahmad Amin

i) Ahmad Amin dalam kitabnya Dhuha al-Islam telah menyatakan pendapatnya: Ekoran daripada
Imam Mahdi al-Muntazar, orang tasawuf berhubung rapat dengan Syi'ah. Mereka mengambil
doktrin Imam Mahdi dari Syi'ah tetapi dibalut dengan Qutb. Dari sini maka tertegaklah kerajaan
khayalan dan bayangan. Maharaja kerajaan ini ialah Qutb yang tepat maksudnya dengan doktrin
Imam Mahdi dalam Syi'ah. Qutb inilah yang mentadbir segala urusan makhluk dalam setiap
zaman. la juga tiang langit. Tanpa tiang, langit akan runtuh.

ii) Selepas Qutb ialah Nujaba' yang merupakan 12 buruj di langit. Ahmad Amin memetik daripada
kitab al-Futuhaat al-Makkiyyah yang menyatakan bahawa Nujaba' itu ada 12 Naqib dalam setiap
zaman. Setiap Naqib alim dengan khasiat setiap buruj yang Allah letakkan padanya berbagai-bagai
rahsia dan memberi kesan di tangan Nuqaba' ini terletaknya segala ilmu syariat yang diturunkan
oleh Allah. Mereka juga tahu segala yang terpendam di hati dan jiwa manusia, tahu apa ada pada
iblis sedangkan iblis sendiri tidak tahu. Apabila seseorang itu melangkah di bumi ini, Nuqaba' tahu
sama ada langkah itu baik atau sial.

iii) Ahmad Amin berpendapat: Kaum Sufi membangunkan kerajaan batin di sebalik kerajaan zahir
ini. Mereka mengambil fikrah Mahdiyah (Imam Mahdi) lalu diubah lafaznya (kepada Qutb, Nujaba')
serta mengemaskan susunannya. Semuanya mengawan di alam khayalan dan berlari mengejar
bayangan. Semuanya adalah madah syair, tetapi bukan yang indah selesa tetapi merosakkan
akidah dan amalan manusia. Jauh menyeleweng daripada akal fikiran yang waras dalam

2/6
[BETA MODE] Darulkautsar.net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

menjalankan pencarian hidup seharian. Mereka tidak lagi melancarkan reformasi masyarakat dan
menegakkan keadilan. Mereka merayau di perlembahan khayal. Pemerintah juga merayau dalam
perlembahan korup. Seolah-olah mereka senang dengan keadaan begitu. Pemerintah jadi rosak,
rakyat hidup dalam impian dan bangsa menjadi porak-peranda.

Kesimpulannya:

i) Golongan tasawuf bercampur dengan Syi'ah Isma'iliyyah lalu mengambil doktrin Ketuhanan
Imam atau Mahdiyah mereka dengan mengubah lafaznya sahaja daripada Imam Mahdi kepada
Qutb.

ii) Tegaklah kerajaan khayalan yang bercanggah dengan alam kenyataan. Maharaja atau presiden
kerajaan ini bergelar Qutb. Allah hulul dalam Qutb ini, maksum, tahu segala perkara ghaib, tidak
bersalah atau terlupa sama seperti doktrin Imam atau Imam Mahdi al-Muntazar dalam akidah
Syi'ah.

Ringkasnya idea Qutb dengan Imam atau Imam Mahdi adalah sama.

iii) Ada 12 Naqib menepati dengan 12 buruj. Setiap Naqib itu tahu segala-galanya. Jelaslah di sini
bahawa Ibn 'Arabi percayakan ilmu astrologi.

iv) Dalam kitab Zahar al-Islam, Ahmad Amin menjelaskan: Kita patut ingat, antara ajaran tasawuf
yang paling pokok yang mempengaruhi umat Islam ialah mengenai doktrin Qutb. Kata mereka:
Qutb adalah insan tunggal yang menjadi tempat Allah menilik kepadanya dalam setiap zaman.
Segala ehwal makhluk berputar padanya. Qutb meresap ke dalam seluruh batin alam semesta
sebagaimana roh meresap ke dalam jasad. Dia meniupkan roh hayat ke seluruh alam semesta
atasan dan bawahan. Peranannya ialah menjaga dan memelihara alam maya ini. Begitulah tugas
Qutb sehingga dia mati lalu tempatnya diisi oleh salah seorang daripada tiga orang wali
berpangkat Awtad yang sebelum itu berpangkat Abdal seramai 40 orang.

v) Qutb ini juga digelar Ghawth kerana dia adalah tempat orang yang bernasib malang datang
mengadu. Qutb ini juga dinamakan Qutb al-Aqtab kerana adanya dahulu bersama dengan ada
Qutb-qutb lain di alam nyata dan alam ghaib. Ini bererti Qutb itu tidak mengambil pangkat ini
daripada Qutb terdahulu dan tidak mempusakai kepada Qutb terkemudian. Ini bererti Qutb itu
adalah satu iaitu Haqiqah Muhammadiyyah.

Kesimpulannya:

a) Allah menilik hal ehwal alam ini pada seorang insan bergelar Qutb.

b) Semua hal ehwal makhluk berputar di sekitar Qutb.

3/6
[BETA MODE] Darulkautsar.net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

c) Qutb menyerap ke dalam alam semesta seperti roh dalam jasad.

d) Qutb ialah Haqiqah Muhammadiyyah (yang digelar juga Nur Muhammad) . Daripadanyalah
terjadi seluruh alam semesta ini atau Insan Kamil. Semuanya ini lahir dari Martabat Wahdah atau
Ta'yyun Awal dalam perbilangan Wahdat-al-Wujud Martabat Tujuh.

4. Pendapat Abu al-Wafa al-Taftazani

Pendapat beliau tentang perkara ini dalam kitabnya Madkhal Ha al-Tasawuf al-Islami boleh
disimpulkan seperti berikut;

i) Ekoran daripada al-Hallaj mengatakan, Allah hulul, (menempat) dalam dirinya, maka Nur
Muhammad pun ikut sama dikatakan qadim. Inilah punca yang mendorong kaum sufi
kebelakangan yang berfalsafah menimbulkan teori Qutb atau Insan Kamil atau Haqiqah
Muhammadiyyah.

ii) Falsafah tasawuf ini menjadi sasaran kritik fuqaha' kerana mereka menegakkan doktrin wahdat
al-wujud, teori Qutb, kesatuan semua agama yang semuanya ini bercanggah dengan Akidah
Islamiah.

iii) Antara penganut wahdat al-wujud ialah pengikut Ibn 'Arabi, al-Jili. Dialah yang memperkenalkan
teori Insan Kamil atau kalimah Ilahiyah. Doktrin ini adalah sama maksudnya dengan teori al-Hallaj
yang mengatakan Nur Muhammad itu qadim dan teori Qutb Ibn 'Arabi.

iv) Ibn al-Farid juga mengatakan bahawa Qutb itu tidak lain daripada roh Muhammadi, atau
Haqiqah Muhammadiyyah yang menjadi sumber segala ilmu dan makrifat bagi para nabi dan Qutb-
qutb.

v) Kemungkinan besar bahawa punca Roh Muhammadi atau Qutb ini datang daripada akidah
bangsa Iran purba yang dikenali dalam Islam dengan nama Majusi atau Zaradistiyah.

5. Pendapat Abu al-'Ila 'Afifi

i) Haqiqah Muhammadiyyah ialah tidak lain daripada Qutb namanya bagi orang tasawuf dan imam
maksum nama-nya bagi Syi'ah Isma'iliyyah dan Qaramitah. Khatam al-auliya' seorang sahaja yang
menjadi pewaris ilmu batin yang dia terima secara langsung dan Roh Muhammadi yang biasanya
digelar Qutb oleh orang sufi. la bukan Nabi Muhammad yang lahir di Makkah dan wafat di
Madinah, tetapi Satu Hakikat Yang Qadim yang menepati teori al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-
Kalimah bagi orang Kristian.

ii) Orang tasawuf membangunkan sebuah kerajaan di alam khayalan dan di alam awangan dan
impian kosong semata-mata. Tidak berjejak di alam nyata dan menyalahi al-Qur'an dan Sunnah

4/6
[BETA MODE] Darulkautsar.net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

serta akal yang waras. Maharaja kerajaan khayalan ini bergelar Qutb. Di bawah Maharaja Qutb ini
bergelar Awtad ada empat, Abdal ada 40, Nujaba' ada 300. Penyeru atau mereka yang
bertawassul dengan Qutb ini biasanya terdiri daripada orang sufi. Ada menyerunya dengan
bermacam-macam nama dan bunyi seperti;

a) Maksud fikrah Qutb tidak lain tidak bukan daripada Akidah Imamah atau Imam Mahdi al-
Muntazar yang merupakan hululiyah Allah (Allah ada dalam dirinya) sebab itulah dia maksum.

b) Nama lain bagi Qutb atau nama-nama yang sama maksudnya dengan Qutb ialah seperti
Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql al-Awal dan al-Kalimah.
Kesemuanya tidak lain dari fikrah wah-dat al-wujud.

Contoh Amalan

Menyeru dan memohon pertolongan daripada Qutb dan yang berpangkat bawahan daripadanya.
Antara lain berlagu nasyid seperti ini:

http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/01_41.gif

Nasyid ini dikatakan dikarang oleh Ali Zainal Abidin ibn al-Husain bin Ali bin Abu Talib. Nama-nama
ini jelas menunjukkan mereka bergelar Imam di kalangan Syi'ah. Di sini dapat difahami ianya
berasal daripada Syi'ah.

Cara memberi salam kepada Qutb al-Aqtab yang berbunyi:

http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/02_41.gif

Cara memberi salam kepada Rijal al-Ghaib;

http://www.faziliaton.com/iqra'/buku6/gambar/03_41.gif

Maksud petikan ini antara lain:

- Menyeru Qutb al-Aqtab kerana dialah pemerintah zaman dan imam tempatan, penegak perintah
Tuhan, Pewaris kitab, Pengganti Rasulullah, kesemua yang ada dalam masanya adalah
keluarganya. Dialah juga penurun hujan dengan doanya.

- Memberi salam kepada Rijal al-Ghaib (lelaki yang tidak boleh dilihat), juga dia bergelar Arwah al-
Muqaddasah, hai Nuquba', hai Nujaba', hai Ruqaba', hai Budala', hai Awtad al-Ardhi al-Arba'ah
(pasak bumi yang empat), hai dua imam, hai Fard, hai Umana', tolongilah aku dengan pertolongan,
lihatlah akan daku dengan penuh kasihan. Sampaikanlah hajatku dan tujuanku.

5/6
[BETA MODE] Darulkautsar.net
[Fasa 1 - Laman ini sedang dikemaskini dan ditambahbaik]
http://www.darulkautsar.net

- Ucap selawat kepada Khidir.

Kesimpulan

Konsep Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah adalah bersumberkan
fikrah Wahdat al-Wujud. Konsep berkenaan tidak terdapat dalam al-Qur'an dan Sunnah. Tidak
pernah timbul di kalangan al-Salaf al-Salih kecuali Abdal. Walau bagaimanapun Abdal sahaja tidak
dapat menolong menegakkan kebenaran akidah hirarki wali-wali dalam kepercayaan tasawuf ini.

Fikrah Qutb adalah pengaruh daripada fikrah Imamah Syi'ah. Dalam diri imam Syi'ah hulul Allah,
dengan Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad, Insan Kamil, al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-
Kalimah bagi Kristian. Semuanya adalah perkara yang sama kerana semuanya itu terbit daripada
zat Allah.

Fikrah Wahdat al-Wujud ini bercanggah dengan Ithnaniyah al-Wujud pegangan Ahli Sunnah.
Doktrin Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah ini adalah merosakkan
akidah.

Menyeru, memohon pertolongan, minta sampaikan hajat bertawassul dan memberi salam kepada
Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah, adalah menyeru kepada hakikat
yang tidak nyata malah hanya kosong dan dalam khayalan. la hanya merupakan Imam menurut
fahaman Syiah atau Imam Mahdi.

Penutup

Hakikat Wali Qutb, Abdal, Awtad, Nujaba', Rijal al-Ghaib dan Rijal Allah sebenarnya tidak wujud
dalam Islam yang berdasarkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Salaf al-Salih, tetapi berasal daripada
fahaman Syiah. Pengertian Qutb juga sama dengan Haqiqah Muhammadiyyah, Nur Muhammad,
Insan Kamil dan Roh Muhammadi. la juga bersamaan dengan al-'Aql al-Awal bagi Plato dan al-
Kalimah dalam Kristian.

* Sanad kepada AH ini mencerminkan ada hubungan antara tasawuf dengan Syi'ah (tasyayyu') -
Penulis.

6/6
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai