Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Definisi tindakan Pantulan

Tindakan pantulan merupakan salah satu contoh dalam tindakan reflek. Menurut Betsy T.L.
(2009), tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal yang berlaku secara automatik dan
spontan. Tindakan ini berlaku tanpa pemikiran atau tidak disedari. Tindakan refleks juga
dikawal oleh saraf tunjang sahaja dan tidak melibatkan serebrum otak. Contoh tindakan
refleks ialah seperti sentakan lutut, menarik tangan dari objek panas, kelipan mata, saiz
pupil berubah apabila berada di bawah keamatan cahaya yang berbeza dan
mengimbangkan badan untuk mengelakkan diri daripada tergelincir.

2.0 Contoh tindakan pantulan

2.1 Sentakan lutut

Tindakan refleks bagi sentakan lutut hanya melibatkan saraf tunjang dan tidak
melibatkan otak. Selain itu, sentakan lutut juga tidak melibatkan neuron perantaraan.

Rajah 1.0 Arka refleks sentakan lutut

1
Pencetusan impuls
saraf

Tendon patela Otot Kuadrisep Reseptor regangan Neuron aferen


diketuk (ransangan) teregang diransang

Penghantaraan
impuls saraf

Sentakan kaki ke Otot kuadrisep Neuron eferen Saraf tunjang


atas (gerek balas) mengecut

Apabila tendon di bawah tempurung lutut diketuk, otot kuadrisep menjadi regang. Hal ini
akan meransang reseptor regangan pada otot kuadrisep menghasilkan impuls saraf.
Selepas itu, impuls ini dihantar ke saraf tunjang melalui neuron aferen dalam akar dorsal
saraf spina. Dalam jirim kelabu saraf tunjang, impuls saraf dari neuron aferen melalui sinaps
lalu dipindah ke neuron eferen. Selepas itu, neuron eferen menghantar impuls saraf keluar
dari saraf tunjang ke efektor,(otot kuadrisep) melalui akar ventral saraf spina. Akhir sekali,
impuls saraf ini akan meransang otot kuadrisep mengecut lalu menyentak kaki ke depan.

2.2 Menarik tangan dari objek panas

2
Pencetusan
impuls saraf

Objek panas Reseptor deria Neuron aferen Interneuron


(ransangan) di kulit
diransang

Tangan ditarik Efektor (otot Neuron eferen


dari objek panas bisep mengecut)

Penghantaran
impuls saraf

Apabila kulit tangan tersentuh objek panas, reseptor deria di kulit diransangkan. Selepas itu,
reseptor deria mencetuskan impuls saraf yang bergerak melalui neuron aferen ke saraf
tunjang. Dalam jirim kelabu saraf tunjang, impuls saraf ini merentasi sinaps lalu dipindahkan
interneuron. Dari interneuron, impuls saraf merentasi satu lagi sinaps lalu dipindahkan ke
neuron eferen. Selepas itu, neuron eferen membawa impuls saraf keluar ke saraf tunjang ke
efektor, iaitu otot biseps melalui akar ventral. Seterusnya, otot biseps diransang untuk
mengecut dan menyebabkan tangan ditarik agar menjauhi objek yang panas. Hal ini
menyebabkan kita meyedari ransangan panas dan sakit. Akibatnya, tindakan refleks ini
boleh menyebabkan tindakan terkawal yang lain.

3.0 Kepentingan Tindakan Pantulan

Tindakan pantulan sangat penting bagi mengelakkan kita daripada keadaan bahaya dan
mengelakkan kita daripada kecederaan yang serius. Tindakan pantulan ini penting kerana
iya adalah gerak balas yang spontan dan tidak memerlukan pemikiran selepas menerima
ransangan.

3
1.0 Struktur jantung

Jantung merupakan satu pam berotot. Menurut Choo Y.T. et.al (2001), otot jantung
merupakan otot yang paling kuat dalam badan manusia. Jantung berbentuk seperti pir dan
mempunyai berat antara 340-396 g. Menurut Evelyn C.(2002), jantung terletak dalam toraks,
antara dua paru-paru di belakang sternum, dan lebih menghadap ke kiri daripada kanan.

Dinding jantung terdiri daripada otot kardium yang mengecut secara automatik tanpa
kawalan saraf dan disifatkan sebagai miogenik. Jantung terdiri daripada 4 ruang yang
dipanggil atrium kiri, autrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Atrium kiri dan atrium
kanan ialah ruang atas jantung manakala ventrikel kiri dan ventrikel kanan ialah dua ruang
bawah jantung. Bahagian kiri dan kanan jantung dipisahkan antara satu sama lain oleh
dinding jantung yang dinamakan septum yang mengelakkan darah beroksigen di sebelah kiri
tidak bercampur dengan darah terdeoksigen di sebelah kanan.

Ruang atrium adalah lebih kecil daripada ruang ventrikel. Dinding atrium juga lebih nipis
daripada dinding ventrikel kerana atrium hanya mengepam darah ke dalam ventrikel di
bawahnya manakala ventrikel pula terpaksa mengepam darah ke organ badan yang lain
dengan tekanan yang lebih tinggi. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dan berotot
berbanding dengan dinding ventrikel kanan kerana ventrikel kiri perlu mengepam darah ke
seluruh badan manakala ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu sahaja.

4
Jantung juga mempunyai injap yang memastikan bahawa darah yang memasuki jantung
mengalir dalam satu hala. Injap terdapat dalam jantung seperti injap tricuspid yang terletak
di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. Injap bikuspid pula terletak di antara atrium kiri
dan ventrikal kiri dan kedua-dua injap ini memastikan tiada aliran balik darah dari ventrikel
ke atrium. Terdapat juga injap sabit pada pangkal arteri pulmonary dan aorta yang
mengelakkan aliran balik darah ke ventrikel kiri dan kanan.

Pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava, terdapat suatu bekas tisu
gentian kardium yang dinamakan nodus sinoatrium (SA) yang disebut sebagai perentak dan
ianya menjana impuls saraf yang menyebabkan otot kardium mengecut secara sponan
untuk memulakan denyutan jantung.

2.0 Mekanisme pengaliran darah di jantung

Darah dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan melalui vena kava. Vena
kava anterior membawa balik darah terdeoksigen dari kepala dan anggota hadapan ke
jantung. Vena kave posterior pula membawa balik darah terdeoksigen dari anggota bawah
dan organ badan yang lain. Selepas itu, darah terdeoksigen memenuhi atrium kanan dan
apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Ventrikel kanan

5
kemudian mengecut dan darah dipaksa keluar melalui arteri pulmonari ke peparu. Pada
masa yang sama, injap trikuspid akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir
balik ke atrium kanan.

Di arteri pulmonari, injap sabit akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir
balik ke ventrikel kanan. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui
vena pulmonary. Darah beroksigen akan memenuhi atrium kiri dan apbila atrium kiri
mengecut, darah mengalir masuk ke venrtikel kiri. Apabila tekanan dalam ventrikel kiri tinggi,
darah beroksigen akan ditolak keluar melalui aorta. Pada masa yang sama, injap bikuspid
akan tertutup untuk mengelakkan darah daripada mengalir balik ke atrium kiri. Injap sabit di
pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang darah dalam aorta balik ke dalam ventrikel
kiri apabila ventrikel kiri mengendur.

3.0 Perbezaan antara sistem peredaran pulmonari dan sistemik

Darah terdeoksigen

Darah beroksigen

6
3.1 Sistem peredaran pulmonari

Menurut Mahadiah (2013), sistem peredaran pulmonari adalah bertujuan membolehkan


darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen. Dalam peredaran pulmonari, darah
terdeoksigen dipam keluar dari ventrikel kanan ke dalam arteri pulmonari dan
seterusnya ke peparu kiri dan kanan. Di peparu, pertukaran gas berlaku iaitu darah
terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen
yang kemudian diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari.

Ventrikel kanan arteri pulmonari peparu vena pulmonari atrium kiri

3.2 Sistem peredaran sistemik

Sistem peredaran sistemik adalah untuk membolehkan darah beroksigen dibawa dari
jantung ke semua tisu badan. Darah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium kiri
jantung dipam ke ventrikel kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.
Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi. Aorta akan
bercabang untuk membentuk arteri yang membawa darah beroksigen ke semua tisu
badan. Di tisu badan, pertukaran gas dan bahan akan berlaku. Darah dalam kapilari
darah di tisu badan akan membebaskan oksigennya ke dalam tisu badan. Seterusnya,
darah terdeoksigen dibawa balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava yang
mengumpulkan darah dari vena yang lain di semua bahagian badan.

Atrium kiri ventrikel kiri aorta tisu-tisu badan vena kava atrium kanan

1.0 Kadar nadi selepas menjalani ‘Multi Stage Run’

7
Pengiraan Kadar Nadi Masimum= 220-umur

Pengiraan Kadar Nadi Latihan=KNR + Intensiti (KNM-KNR)

Nadi sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan= 78 denyutan seminit

Nadi selepas memanaskan badan= 126 denyutan seminit

1.1 Kadar Nadi Latihan

Umur 20 tahun

Kadar Nadi Rehat (KNR)= 60 denyutan seminit

Kadar Nadi Maksimum (KNM)= 220-20

=200 denyutan seminit

Kadar Nadi Latihan pada kadar intensiti = 70%

KNL = KNR + I (KNM – KNR)

= 60 + 70% (200-60)

= 60 + 70% (140)

= 60 + 98

= 158 denyutan seminit

Kadar denyutan nadi selepas menjalani aktiviti ‘Multi Stage Run’

8
Minit Kadar nadi selepas latihan (seminit)

Pertama 144

Kedua 132

Ketiga 120

Keempat 102

Kelima 90

1.2 Graf kadar nadi selepas latihan (seminit)

kadar nadi selepas latihan (seminit)


160

140

120

100

80

60

40
Minit

20

0
0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5 5 5.5

9
Graf tersebut menunjukkan kadar nadi saya selepas melakukan larian ‘Multi Stage Run’.
Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, kadar nadi saya ialah 78 denyutan seminit.
Selepas itu, kadar nadi saya meningkat kepada 126 denyutan seminit selepas melakukan
aktiviti memanaskan badan. Selepas melakukan larian, kadar nadi saya meningkat kepada
144 denyutan seminit. Selepas berehat seminit, kadar nadi saya menurun kepada 132
denyutan seminit. Pada minit ke 3 kadar nadi saya menurun kepada 120 dan 102 pada minit
keempat serta 90 pada minit ke 5. Hal ini menunjukkan kadar nadi saya menunjukkan
penurunan selepas larian dan kembali kepada kadar normal dan bersedia melakukan aktiviti
yang seterusnya.

10

Anda mungkin juga menyukai