Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan
atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan
pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Punca utama
pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan
pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan sepert iayam,
khinzir,lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih
pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada
pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan
ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di
Seberang perai,Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam
pekat apabila sampai ke laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan


penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air
minuman di Sungai Telda Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai
sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak
dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan
dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron
Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi
memperbetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia


dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga
membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram
sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan
laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut Cina Selatan telah
digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut.
Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah
wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.

Anda mungkin juga menyukai