Anda di halaman 1dari 1

Wacana Pemikiran Reformis – Jilid II

Semua mazhab reformis bersetuju bahawa kerana rempuhan kesejagatan dan


perubahan lapangan pengetahuan yang pantas, kita kini dicengkam dengan pertanyaan
yang berkait dengan kelangsungan preskripsi Islam dalam era baru ini.

Terdapat kalangan Muslim yang semakin meningkat yang mula mendakwa bahawa
keupayaan tertinggi adalah akal manusia, yang kita harus gunakan bagi membolehkan
kita menjadi khalifah Tuhan yang sebenar di bumi. Ini adalah teras dari Pencerahan
dan Renaisans di mana hanya melalui akal kita dapat memahami matlamat tertinggi
atau maqāsid dari agama kita.

Islah dan tajdid menuntut tidak hanya sumbangan ulama yang setara dalam kedua-dua
teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif dari
kelompok massa Muslim khususnya kaum intelektuil. Ia adalah suatu seruan untuk
menimbangkan semula sumber melalui rekonsiliasi mereka yang wajar dengan dunia,
evolusinya dan pengetahuan manusia supaya dhamir Muslim kontemporer akan ulet
dengan zaman moden dan cabarannya.

Buku ini, yang memuatkan antologi esei ditulis oleh kalangan yang menganut
semangat reformasi Islam dan pemikiran kritikal. Ia menuntut kita untuk
menggunakan daya nalar kita secara maksima untuk mendepani cabaran yang
meningkat dalam dunia moden.

Anda mungkin juga menyukai