Anda di halaman 1dari 8

Amali 3: Prinsip Archimedes.

Tajuk :
Prinsip Archimedes dan daya keapungan.
Tujuan:
Tujuan penyiasatan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kedalaman dan daya
keapungan.

Pengenalan:
Prinsip Archimedes menyatakan ketika sebuah benda seluruhnya atau sebagian dimasukkan
ke dalam cecair, maka cecair akan memberikan gaya tekan ke atas pada benda yang
beratnya sama dengan berat cecair yang tersesar. Gaya yang diberikan oleh cecair pada
benda yang tenggelam dinamakan gaya apung (Tipler, 1998). Jika berat benda di udara W
dan berat benda di dalam zat cair W’, gaya ke atas (FB), maka:

FB= W – W’

Gaya apung atau gaya tekan ke atas juga dapat dinyatakan dengan persamaan FA = m f g.
Jika mf diuraikan menjadi Pf Vf diperoleh persamaan:

FB = Pf Vf g

dengan:

FA : gaya apung atau gaya ke atas (N)

mf : massa fluida yang dipindahkan (kg)

Pf : ketumpatan cecair (kg/ )

Vf : isi padu objek yang tenggelam di dalam cecair (m3)

g : tarikan graviti (m/s2 )

Peralatan yang prinsip kerjanya berdasarkan hukum Archimedes antara lain


contohnya: kapal laut, kapal selam, galangan kapal, jambatan ponton dan belon udara.

Pemboleh ubah:
i. Dimanipulasi : Kedalaman (isipadu objek di dalam air).
ii. Dimalarkan : Ketumpatan air.
iii. Bergerak balas : Berat air yang disesarkan.
Alatan dan radas:
(i) Kaki retort
(ii) Pemegang retot
(iii) Neraca spring
(iv) Bikar 250 cm3
(v) Bikar 1000 cm3
(vi) Benang
(vii) Tin eureka
(viii) Bateri
(ix) Pita pelekat
(x) Plastisin
(xi) Neraca elektronik

Prosedur/Rajah:
1. Bateri dilabel mengikut kedalaman iaitu 1cm, 2cm, 3cm, 4cm dan 5cm
2. Bateri yang mempunyai bentuk seragam diikatkan dengan benang dan digantungkan pada
neraca spring. Berat pemberat dicatatkan di udara sebagai W 1.
3. Sebuah bikar kosong ditimbangkan dengan sebuah neraca tuas dan beratnya dicatatkan
sebagai B1.
4. Sebuah tin eureka diisikan dengan air sehingga air berlebihan mengalir keluar dari
muncungnya. Apabila air tidak mengalir dari muncungnya lagi, sebuah bikar kosong
diletakkan di bawah muncung itu.
5. Pemberat yang tergantung pada neraca spring diturunkan dengan perlahan-lahan ke
dalam tin eureka sehingga pemberat itu terendam pada kedalaman 1cm di dalam air.
6. Bacaan pada neraca spring dicatatkan sebagai berat pemberat dalam air, W 2.
7. Apabila tiada lagi air mengalir dari muncung tin eureka, berat bikar yang berisi air tersesar
itu ditimbangkan. Berat bikar berisi air tersesar dicatatkan sebagai B2.
8. Eksperimen diulangi dengan dengan merendam objek pada kedalaman 2cm, 3cm, 4cm,
5cm, 6cm dan 7cm.

Keputusan:
Berat bikar: 0.0982kg
Radius bateri: 0.015m
Ketumpatan air:997 kg/m3

Jadual 1: Keputusan penyiasatan.


Ketinggian objek Berat nyata objek Berat ketara Berat bikar + air Jisim air tersesar
yang terendam,h (kg) objekkg) tersesar (kg) (kg)
(m)
0.01 0.104 0.95 0.107 0.008

0.02 0.104 0.85 0.118 0.020

0.03 0.104 0.80 0.123 0.025

0.04 0.104 0.70 0.132 0.034

0.05 0.104 0.65 0.139 0.041

0.06 0.104 0.55 0.151 0.053


Pengiraan:
a) Pengiraan isipadu objek yang terendam di dalam air:

Rajah 1: Komponen pengiraan isipadu objek yang terendam

Rumus isipadu silinder objek:πr2h


Jika nilai r = 0.015m
h = 0.01 m
Maka, isipadu silinder yang terendam = π x (0.015m)2 x (0.01)
= 7.07 x 10-6 m3
Jadual 2: Keputusan pengiraan isipadu objek yang terendam.

Ketinggian objek yang


terendam, h (m) 0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06

Isipadu objek yang


terendam,Vh (m3) 7.07 x 1.41 x 2.12 x 2.83 x 3.53 x 4.24 x
10-6 10-5 10-5 10-5 10-5 10-5

b) Pengiraan daya keapungan, FB dengan menggunakan rumus.


Rumus daya keapungan, FB = PaVh g
Jika nilai ketumpatan air, Pa = 9.97 x 102 kgm-3
Daya graviti, g = 9.81ms-2
Isipadu objek yang terendam, Vh = berdasarkan Jadual 2
Maka, daya apungan FB untuk h=0.01m
= (9.97 x 102 kgm-3) x (7.07 x 10-6m3) x (9.81ms-2)
= 0.07 N
Jadual 3: Keputusan pengiraan daya keapungan, FB.

Ketinggian objek yang


terendam, h (m)
0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06

daya apungan, FB (N)


0.07 0.14 0.21 0.28 0.35 0.42

c) Perbandingan jisim air tersasar dan daya keapungan


Jadual 4: Perbandingan jisim air tersasar dan daya keapungan

Daya apungan, FB Berat air yang tersesar (N)

0.07 0.08

0.14 0.20

0.21 0.25

0.28 0.34

0.35 0.41

0.42 0.53

Perbincangan:
R.J Wilkes (2014), ada menyatakan bahawa prinsip Archimedes menunjukkan
bahawa sesuatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau separuh di dalam sesuatu cecair
dikenakan daya apungan ke atas sama dengan berat air yang tersesar. Walau
bagaimanapun, keputusan pengiraan daya apungan, FB seperti pada jadual 3, jika
dibandingkan dengan berat air yang tersesar tidak menepati teori dan terdapat perbezaan
(rujuk jadual 4). Walaupun terdapat perbezaan tetapi jumlah antara daya apungan dan berat
air yang tersesar tidak terlalu kritikal. Hal ini kerana, berlakunya ralat sistematik dan ralat
rawak.

Namun, tujuan penyiasatan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kedalaman
dan daya keapungan. Hasil daripada penyiasatan menunjukkan bahawa semakin bertambah
kedalaman, iaitu ketinggian objek yang terendam, h, semakin bertambah daya apungan yang
dikenakan terhadap objek seperti dalam jadual di bawah:
Graf daya apungan, FB melawan ketinggian objek yang terendam,h
0.45 0.42

0.4
0.35
0.35
DAYA APUNGAN, FB (N)

0.28
0.3

0.25 0.21
0.2
0.14
0.15

0.1 0.07

0.05

0
0 0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06 0.07
KETINGGIAN OBJEK YANG TERENDAM,H (M)

Rajah 2: Graf daya apungan, FB melawan ketinggian objek yang terendam,h.

Jika dilihat pada rumus daya apungan, FB = PaVh g, tiada penggunaan komponen kedalaman
yang diperlukan yang mampu pempengaruhi daya apungan. Tetapi jika dilihat pada FB =
Pa(πr2h )g, komponen h yang merujuk kepada ketinggian objek yang tenggelam di dalam air
(rujuk rajah 1), dapat disimpulkan terdapat komponen kedalaman yang mempengaruhi daya
apungan di dalam rumus FB = PaVh g. Keputusan eksperimen ini bertepatan dengan teori
prinsip Archimedes iaitu kedalaman mempengaruhi daya apungan. Hal ini tidak dapat
digunapakai sekiranya objek tenggelam sepenuhnya ke dalam air.

Rajah 3: Objek tenggelam sepenuhnya


1cm

Rajah 4: Objek tenggelam 1cm dari paras air

Hal ini kerana, melalui penyiasatan (tidak direkodkan di dalam jadual), apabila objek
direndamkan sepenuhnya iaitu h=6, maka berat air yang tersesar ialah 0.42 N, dan
penyiasatan diteruskan apabila objek ditenggelamkan 1cm dari paras air (seperti rajah 4),
berat air yang tersesar masih 0,42 N. Hal ini kerana, menurut Krisno et. al (2008) dalam
kajiannya menyatakan isipadu objek yang tenggelam adalah sama dengan isipadu air yang
tersesar kerana isipadu objek masih sama walaupun berada pada kedalaman yang berbeza.

Kesimpulan:
Dapat disimpulkan bahawa, daya apungan dipengaruhi oleh kedalaman sesuatu
objek itu ditenggelamkan ke dalam air sebahagiannya sahaja.
Rujukan:
Buoyancy. (1999). Diakses pada 11 Februari, 2012 dari
http://theory.uwinnipeg.ca/mod_tech/node67.html
Chang, S. L., Chia, S. C., Koay, K. C. & Yew, K. L.(2003). Fokus Ungu Masteri SPM Fizik.
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Chang, S. L., Chia, S. C., Hasnah Binti Abu Bakar, Koay, K. C., & Yew, K. L. (2001). Fizik
Tingkatan 4. Johor: Gunung Cipta Enterprise.
Leong, Y. P. & Loo, W. Y. (2008). The Complete Text & Guide Physics 1. Selangor Darul
Ehsan: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Poh, L. Y. (2003). STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.
Krisno, M.A., T.T. Mucharam, Mampuono, & I. Suhada. 2008. Ilmu Pengetahuan Alam untuk
SMP/MTs kelas VIII. Jakarta: Departemen Pendidikan Nasional.