Anda di halaman 1dari 9

SULIT

NAMA: ……………………………..…. KELAS: ………………….

SMK TAMAN MEGAH RIA


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
PSK TAHUN 2019
TINGKATAN 4
Mei
1 jam

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN:

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.


2. Tulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah hendaklah dijawab pada kertas OMR dengan
menghitamkan jawapan yang betul
4. Bahagian B, C dan D hendaklah di jawab pada ruangan yang disediakan pada kertas soalan
5. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada guru yang mengawas pada akhir peperiksaan in

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Soalan Markah Penuh Markah


Diperoleh
Bahagian A 35
Bahagian B 15

Jumlah 50 X 2

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
BAHAGIAN A (35 markah)
SOALAN OBJEKTIF
Pilih jawapan yang tepat
1. Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan?
A Disiplin diri untuk mencapai cita-cita
B Hala tuju untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
C Usaha yang cemerlang untuk mencapai sesuatu kejayaan
D Pandangan masa depan untuk mencapai sesuatu matlamat utama

2. Sikap berwawasan penting kerana


A membina keyakinan diri.
B dapat mendisiplinkan diri.
C menjadi amalan yang baik.
D menjadi panduan untuk mencapai matlamat.

3. Rakyat yang berwawasan akan membantu negara


A menjadi maju.
B mencapai wawasannya.
C menyediakan peluang pekerjaan.
D membasmi kemisikinan

4. Apakah sikap berwawasan yang ada pada Haris?


A Peka B Kreatif C Gigih D Bijak

5. Proses manakah yang sesuai untuk mencapai wawasan diri?


A Rancangan -» Matlamat -» Tindakan C Matlamat -» Rancangan -» Tindakan
B Tindakan -» Rancangan -» Matlamat D Rancangan -» Tindakan -» Matlamat

2
6. Negara kita mempunyai wawasan iaitu...
A Wawasan 2015 B Wawasan 2005 C Wawasan 2020 D Wawasan 2030

7. Perkembangan individu yang seimbang merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, dan
A nilai. B emosi C moral. D akhlak

8. Suzana ialah murid yang cemerlang dalam aspek

I intelek II emosi III rohani IV jasmani


A I dan II B I dan IV C III dan IV D II,III dan IV

9. Berikut ialah kepentingan perkembangan diri yang seimbang, kecuali


A mengamalkan akhlak yang mulia.
B bersedia memberi sumbangan kepada orang tertentu.
C bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
D memiliki ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk menghadapi cabaran dunia.

10. Zaid murid yang cemerlang dalam kelasnya. Dia aktif bersukan dan berpersatuan. Dia juga taat
mengerjakan sembahyang. Zaid menunjukkan keseimbangan diri dari aspek...
A intelek dan rohani. C intelek, emosi dan jasmani
B emosi dan jasmani. D intelek, jasmani dan rohani

11. Insan yang mempunyai perkembangan individu yang lebih menonjol kepada aspek jasmani dapat
dilihat melalui kesihatannya, kecergasannya, perkembangan bakatnya, dan
A hobinya. C kemahiran asasnya.
B minatnya. D kemahiran manipulasinya.

3
12. Yang manakah bukan ciri-ciri petani yang berjaya?
I Berpandangan jauh
II Minat terhadap kerjaya
III Bersikap sambil lewa
IV Sedia berubah pada masa tertentu sahaja
A I dan II B I dan IV C III dan IV D II,III dan IV

13. Keluarga penting bagi masyarakat dan negara dalam aspek


A sosial, politik, dan ekonomi
B ekonomi, politik, dan agama
C kemakmuran, keselamatan, dan kesihatan
D keselamatan, kewangan, dan pembangunan

14. Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam keperluan berkeluarga dari segi sosial?
I Melahirkan zuriat
II Menyediakan tenaga kerja
III Memenuhi keperluan agama
IV Mengelakkan berlakunya perbuatan sumbang
A I, II, dan III B I,III dan IV C II,III dan IV D I, II,III dan IV

15 Apakah aktiviti yang sesuai bagi murid untuk mengembangkan diri dengan seimbang dalam aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani?

Aspek Aktiviti
I
Intelek Menghayati pelajaran di sekolah
II
Rohani Mengamalkan ajaran agama
III
Emosi Mempertikaikan jawapan guru
IV
Jasmani Aktif dalam program kokurikulum
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II,III dan IV

4
16. Mengapakah ibu bapa perlu menjalin hubungan yang erat dengan anak-anak?
I Memastikan anak-anak remaja tidak terjebak dalam kancah gejala sosial
II Memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif
III Mengetahui masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak
IV Memastikan anak-anak tidak dilamun cinta dalam usia muda
A I, dan II B I,II dan III C II,III dan IV D I, II,III dan IV

17. Nilai yang ditekankan oleh keluarga cemerlang dalam kehidupan ialah
A agama dan kekayaan
B agama, kekayaan, nilai moral dan status.
C ilmu, nilai moral, agama dan kesihatan.
D agama, ilmu, nilai moral dan status.

18. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ditubuhkan untuk


A menempatkan orang tua.
B merancang ekonomi negara.
C membantu keluarga yang daif.
D membangunkan penduduk yang berkualiti.

19. Masalah sosial berkait rapat dengan golongan


A kanak-kanak C pemimpin
B warga emas D remaja

20. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial?
I Faktor persekitaran
II Pengaruh rakan sebaya
III Kekurangan didikan agama
IV Hubungan kekeluargaan yang longgar

A I, II, dan III B I, III, dan IV C II, III, dan IV D I, II,III dan IV

21. Pergaulan bebas biasanya berpunca daripada


A kawalan ketat ibu bapa. C sifat semula jadi individu.
B kurangnya bimbingan ibu bapa. D pegangan agama yang kuat.

5
22. Penderaan akan mengakibatkan mangsa dera terutamanya kanak-kanak
A berusaha memperbaiki kelemahan dirinya. B wujud perasaan bangga dalam dirinya.
C tiada keyakinan diri. D belajar untuk mempertahankan diri.

23. Antara yang berikut, manakah merupakan kesan daripada perbuatan vandalisme?
A Merugikan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membaiki kerosakan.
B Meningkatkan keselesaan hidup.
C Membawa ketenangan kepada penduduk setempat.
D Memudahkan interaksi masyarakat.

24. Apakah peranan pihak media massa dalam membantu menangani masalah vandalisme?
A Menghukum pesalah-pesalah vandalisme.
B Memaparkan pemasalahan dan seterusnya mencari penyelesaian.
C Menguatkuasakan undang-undang.
D Memberi bimbingan kaunseling.

25. Apakah maksud norma komuniti?


A Peraturan yang menjadi asas kepada undang-undang negara
B Peraturan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang agar kita beradab
C Peraturan atau tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat
D Peraturan dalam masyarakat yang ditetapkan untuk meninggikan martabat mereka

26. Apakah peranan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam masyarakat?
A Mengenal pasti kehendak masyarakat.
B Mengetahui sensitiviti individu dalam masyarakat.
C Mengambil kira kepentingan masyarakat.
D Mengawal kehidupan dan perilaku anggota masyarakat.

27. Apakah maksud undang-undang?


A Peraturan yang digubal oleh Parlimen.
B Tatacara semasa untuk menyempurnakan sesuatu kerja.
C Kebiasaan yang dipatuhi oleh anggota masyarakat.
D Amalan-amalan yang diterima dalam komuniti.

6
28. Apakah peranan warden trafik sekolah?
A Memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya.
B Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah.
C Mengurangkan kemalangan dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
D Membantu murid-murid melintas jalan dengan selamat semasa datang dan pulang dari sekolah.

30. Apakah kesan pengaruh alkohol dan dadah kepada pemandu kenderaan?
A Menghilangkan rasa mengantuk.
B Menambahkan tenaga untuk memandu.
C Menyebabkan tingkah laku tidak normal.
D Mengurangkan ketegangan ketika memandu.

31. Berbakti kepada ______________adalah amalan murni yang ditekankan oleh semua agama.

A masyarakat C warga asing

B diri sendiri D sekolah

32. “ Hormatilah diri sendiri dan orang lain akan menghormati anda.” Kata-kata hikmat di atas
menekankan nilai

A toleransi. C bertanggungjawab.
B saling menghormati. D kasih sayang pada diri

33. “ Kebersihan ialah sebahagian daripada ________________”

A emosi. B jasmani. C iman. D rohani.

34. Mengapakah kita dilarang menerima rasuah?

A Salah dari segi undang-undang dan agama.


B Boleh menjatuhkan maruah negara.
C Mengakibatkan kemelesetan ekonomi.
D Menghina agama masing-masing.

35 Mengapakah prinsip dan ajaran agama penting diamalkan?

7
A Merupakan tanggungjawab setiap individu.

B Merupakan warisan nenek moyang.

C Untuk membentuk masyarakat yang berdaya maju.

D Untuk menghalang daripada melakukan perkara yang tidak baik.

BAHAGIAN B (15 markah)


A. Suaikan ayat dengan maksudnya (5 markah)

Norma komuniti Merujuk kepada perbuatan jenayah dilakukan


1.
oleh remaja yang berusia di bawah 18 tahun

Peraturan atau amalan-amalan yang menjadi


2. Undang- undang kebiasaan dan diterima oleh sesebuah komuniti

Juvana Perbuatan merosakkan harta benda awam atau


3. persendirian

Unsur berkaitan dengan perasaan jiwa yang


Vandalisme meliputi perasaan tenang, kasih sayang, gembira,
4
sedih, takut, dan marah.

5. Peraturan yang digubal secara rasmi oleh pihak


Emosi berkuasa untuk mengawal kelakuan dan tindakan
anggota sesuatu komuniti

B. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (×) bagi pernyataan yang salah. (5 markah)

8
1. Individu yang mempunyai unsur rohani akan sentiasa mendekati diri kepada Tuhan
dengan menunaikan sembahyang dan beramal ibadat.

2. Keperluan berkeluarga dapat dilihat dari aspek politik dan sosial sahaja.

3. Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, seseorang boleh dikenakan hukuman mati
mandatori jika terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

4. Penyalahgunaan teknologi melibatkan media sosial.

5. Umur kelayakan untuk memiliki lesen menunggang kenderaan adalah 21 tahun ke atas.

C. Jawab soalan di bawah berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Amalan pulang ke kampong merupakan satu fenomena yang ketara dan sudah sebati dengan
masayarakat di Malaysia terutamanya pada musim perayaan dan cuti persekolahan yang panjang.

1. Apakah tujuan orang ramai pulang ke kampung? (2 markah)

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga langkah keselematan yang perlu dilakukan semasa pulang ke kampung?

(3 markah)

i. _________________________________________________________________________
_

ii. _________________________________________________________________________
_

iii. _________________________________________________________________________
_

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………….... …………………………………....


(PN AZIRA BINTI ZAKARIA) (PN. KASMAWATI BINTI CHA) (EN. RASHID BIN ABD RAHMAN)
KETUA PANITIA PSK GURU KANAN MATA PENOLONG KANAN
PELAJARAN SAINS PENTADBIRAN
KEMASYARAKATAN