Anda di halaman 1dari 3

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari-
Nya,akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan penuh mengenai projek
Kejuruteraan Awam ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan
cabaran yang perlu kami harungi, tapi semua itu kami jadikan sebagai satu
pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah kami
akhirnya berbaloi apabila laporan ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan
jayanya. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia kami iaitu Puan Nor Wariza Binti Jufri kerana banyak
membantu kami dalam semua segi terutamanya apabila kami hampir hilang
semangat kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan
masalah yang di hadapi. Selain itu, sekalung penghargaan untuk Encik Zamri kerana
telah banyak menyumbangkan tunjuk ajar kepada kami mengenai penghasilan
produk ini. Ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak
menyokong dan membantu kami dari segi kewangan, semangat dan sokongan moral. Tidak
lupa juga kepada Encik Mohamad Hafizuddin Bin Mohammad Redzuan dari Pusat
Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) kerana telah memberi cadangan
dan pendapat mengenai penambahbaikan produk kami dan rakan-rakan sekelas kami yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan laporan ini
dengan jayanya. Sekian, terima kasih.
ABSTRACT

Conventional clamp is a tool to pull out the rod from ground soil after completing soil
bearing testing. The soil bearing capacity can be determined using Mackintosh Probe test
method in soil investigation. It basically consist of repeatedly driving a metal tipped probe
into the ground using a drop weight of fixed mass and travel. Once the testing is completed in
hard layer, it is difficult to pull out the rod from the ground using a conventional clamp
provided with the equipment as the clamp inefficient and need more than one student to
extrude the rod. Besides that, a lot of time required to pulling out the rod from the ground.
Thus, in this case, a tool named Rod Puller X was created to assist in the process of retracting
the rod from the ground. In addition, it also does not use more than one student to handle this
tool compared with conventional clamp. At the same time, it also can reduce the time to pull
out the rod from the ground compared with conventional clamp. The Rod Puller X is created
to overcome problem dealing with these issues.
ABSTRAK

Pengapit konvensional adalah alat untuk mengeluarkan rod dari bawah tanah setelah
ujian galas tanah selesai. Kapasiti galas tanah boleh ditentukan menggunakan alat
Mackintosh Probe dalam penyiasatan tanah. Setelah pengujian selesai di lapisan keras, sukar
untuk mengeluarkan rod dari tanah dengan menggunakan pengapit konvensional yang
disediakan kerana sebagai pengapit tidak cekap dan memerlukan lebih dari satu pelajar untuk
mengeluarkan rod dari tanah. Selain itu, banyak masa yang diperlukan untuk menarik rod
dari tanah. Oleh itu, alat yang dinamakan sebagai Rod Puller X dicipta untuk membantu
dalam proses mencabut rod dari tanah. Di samping itu, ia juga tidak menggunakan lebih
daripada seorang pelajar untuk mengendalikan alat ini berbanding dengan pengapit
konvensional. Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan masa untuk mengeluarkan
rod dari tanah berbanding dengan pengapit konvensional. Rod Puller X dicipta untuk
mengatasi masalah menangani isu-isu ini.

Anda mungkin juga menyukai

  • FITNAH
    FITNAH
    Dokumen8 halaman
    FITNAH
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • Report Bengkel Kayu Poli
    Report Bengkel Kayu Poli
    Dokumen9 halaman
    Report Bengkel Kayu Poli
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • Veet
    Veet
    Dokumen1 halaman
    Veet
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • Pembentangan Cerpen
    Pembentangan Cerpen
    Dokumen15 halaman
    Pembentangan Cerpen
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • Sukan - Plbs
    Sukan - Plbs
    Dokumen2 halaman
    Sukan - Plbs
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH Nota Bab1
    SEJARAH Nota Bab1
    Dokumen14 halaman
    SEJARAH Nota Bab1
    nurlisa khaleeda
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen9 halaman
    Bab 2
    Nurul Syafiqah
    Belum ada peringkat