Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan adalah hak asasi untuk semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua
insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Peluang pendidikan
terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang
setanding dengan individu normal. Ramai pihak telah sedar dan bersetuju bahawa semua
kanak-kanak mempunyai hak untuk didik secara bersama(Lokman, 2009). Oleh itu, pelbagai
langkah telah diambil pihak kerajaan untuk memastikan pemmbelajaran murid berkeperluan
khas secara optimum. Antara usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan adalah
dengan memperkenalkan program pendidikan inklusif, membekalkan perkhidmatan yang sesuai
berdasarkan keperluan murid khas, kemudahan insfrastruktur, perancangan proses pengajaran
dan pembelajaran yang khusus untuk mereka dan sebagainya. Rancangan pengajaran individu
adalah salah satu pendekatan yang telah digunakan oleh guru pendidikan khas untuk
merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan dengan
menggunakan pendekatan, strategi, bahan bantu mengajar sesuai supaya menyampaian isi
pelajaran berkesan untuk mereka.Rancangan Pengajaran Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis dan Ia dirancang khusus untuk seseorang murid yang berada dalam pendidikan khas
dan Ia dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke
atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. (Jabatan Pendidikan
Khas, 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia). Secara keseluruhanya, menurut Mohd Siraj
Awang (2000), ia adalah satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid
berkeperluan khas menghadapi alam sekitar. Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
mengandungi 6 elemen iaitu kerjasama, berkongsi maklumat, keputusan bersama,
kebolehpercayaan, dokumentasi dan proses hasil kerja.

RPI ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Mathavan a/l Vijay untuk
menguasai kemahiran pemulihan Bahasa Melayu 10 iaitu menguasai perkataan kv+kvk.
Objektif utama membina RPI ini adalah untuk memastikan murid tersebut dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan jangka panjang dan pendek untuk menguasai kemahiran tersebut.
Pertama sekali, Murid dapat mengeja dan membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5
perkataan kv+kvk dengan betul dapat menulis sekurang-kurangnya 4 daripada perkataan
dengan betul. Di samping itu, tujuan samping membina RPI ini adalah untuk memilih
pendekatan ,strategi, teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan masalah
pembelajaran yang telah dihadapi oleh murid tersebut supaya aktivit proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang sesuai dengan kebolehan murid tersebut.
Selain daripada itu, maklumat yang terkandung dalam RPI ini membantu guru untuk
memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar kemahiran-kemahiran yang
tertentu. Malah, RPI menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh murid tersebut. Hal ini
demikian kerana, RPI membantu guru untuk menyimpan rekord dalam aspek –aspek seperti
kemahiran pemulihan yang sudah dikuasai dan belum dikuasai oleh murid tersebut. ia
memudahkan guru untuk merujuk dan merancang aktiviti yang berikutnya. Akhir sekali, RPI
mengandungi penilaian secara terperinci tentang kemahiran pemulihan Bahasa Melayu yang
sudah dikuasai dan belum dikuasai oleh murid tersebut. Ia membantu memudahkan guru unuk
memilih kemahiran yang seterusnya.

Kesimpulanya, RPI adalah sangat penting bagi seseorang guru supaya dapat
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi dan dapat memberi
manfaat kepada MBK secara optimum. Oleh itu, guru-guru disekolah harus memainkan
peranan dengan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan supaya
penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan kepada murid yang
sangat memerlukan perkhidmatan guru-guru disekolah.
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

Nama : Mathavan A/L Vijay

Kelas : 2 Bijak

Masalah Pembelajaran : Hiperaktif

No. Tel Ibu Bapa : 01123445672

Alamat : KG, Kepala Batas, Negeri Sembilan

Objektif : Pada Akhir Pembelajaran Murid Ini Akan Dapat

: Murid dapat mengeja dan membaca sekurang-kurangnya 4

daripada 5 perkataan kv+kvk dengan betul

: Murid dapat menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 5

perkataan dengan betul

SASARAN

KEMAHIRAN YANG BELUM DIKUASAI

BIL KEMAHIRAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU KUASAI/TIDAK KUASAI


1. Huruf kecil kuasai
2. Huruf besar kuasai
3. Huruf vokal kuasai
4. Sukukata kv kuasai
5. Perkataan kv+kv kuasai
6. Suku kata v+kv kuasai
7. Perkataan kv+kv+kv kuasai
8. Perkataan kvk kuasai
9. Perkataan v+kvk kuasai
10. Perkataan kv+kvk
11. Perkataan kvk+kv
12. Perkataan kvk+kvk
13. Perkataan kv+kv+kvk
14. Perkataan kvk+kv+kvk
15. Perkataan kvk+kv+kvk
16. Perkataan kvkk
17. Suku kata kvkk
18. Perkataan kv+kvkk
19. Perkataan v+kvkk
20. Perkataan kvk+kvkk
21. Perkataan kvkk+kv
22. Perkataan kvk+kvk
23. Perkataan kvkk+kvkk
24. Perkataan kv+kv+kvkk
25. Perkataan kv+kvk+kvkk
26. Perkataan kvk+kv+kvkk
27. Perkataan kvkk+kv+kvk
28. Perkataan kv+kvkk +kvk
29. Perkataan diftong dan vokal bergamding
30. Perkataan huruf konsonan berganbung
31. Membaca dan membina ayat mudah
32. Bacaan dan pemahaman
RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Buku Panduan RPI Murid-murid Berkeperluan Khas, Kuala
Lumpur:Unit Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran, KPM

Mohd Siraj Awang. 2000. Rancangan Pendidikan Individu : Satu Garis Panduan Perancangan
Mendidik Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Jurnal Tempawan,3,9-13.

Lokman Mohd Tahir &Nururl Qistin Mustafa, (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas, Jurnal Pendidikan dan Pendidikan. jill.24.73-87
KIT PEMBELAJARAN (BBM)

Permukaan Atas

Permukaan depan dan sisi sebelah


Permukaan depan

Permukaan sisi belakang


MANUAL PENGGUNAAN

1.) Murid perlu memutarkan roda

2.) Murid perlu mengambil perkataan yang ditujukkan oleh anak panah

3.)Murid dikehendaki mencari gambar yang betul berdasarkan perkataan yang telah didapat di sisi

sebelah kanan,kiri atau belakang

4.) Murid perlu melekat perkataan yang betul berdasarkan gambar

5.) Murid harus menulis perkataan tersebut ditempat yang disediakan oleh guru.

KELEBIHAN KIT “SPIN TO WIN”

Pelbagaikan kegunaan.

 Mempunyai ciri inovasi kerana, dibuat daripada kotak lama, kain fab, penutup botol dan
kadboard.
 Bahan bantu mengajar “spin to win” boleh digunakan dan diubahsuai untuk kedua-dua
subjek bagi Bahasa Melayu dan Matematik.