Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU SK LAKSAMANA

Bil Aturcara Catatan

1 Pembuka majlis dan salutasi Rebecca


Selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha, Guru Besar SK Laksamana En Jaini Bin Jam

Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, En ________________________________________ (jika ada)

Barisan Penolong Kanan

Warga Pendidik Yang diraikan

Kakitangan sekolah

Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian

1
2 Pengenalan majlis Hari Guru Asmah

Hadirin dan hadirat sekalian,

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita
yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Menyedari hakikat bahawa tiada
guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk
menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput __________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan
dengan lancar.

3 Nyanyian lagu Negaraku Rebecca


Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.

Hadirin mohon berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan
kita kepada negara.

2
Selesai nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Ucapan Ketua Pengawas Asmah


Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada warga pendidik di SK Laksamana,
dipersilakan Ketua Pengawas SK Laksamana, iaitu adik ____________________________ untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

Selesai ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pengawas SK Laksamana

5 Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Rebecca


Majlis diteruskan dengan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh
___________________________________

Dipersilakan _________________________________ untuk menyampaikan perutusan.

Selesai bacaan perutusan


Terima kasih diucapkan kepada ___________________________________ atas bacaan perutusan
sebentar tadi.

6 Perutusan Menteri Pendidikan Asmah


Berikut, majlis menjemput _______________________________________ untuk menyampaikan
perutusan Menteri Pendidikan. Dipersilakan.

3
Selesai bacaan perutusan
Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________ atas bacaan
perutusan Menteri Pendidikan.

7 Ucapan guru besar Rebecca

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada
guru besar SK Laksamana. Dengan ini dipersilakan Encik Jaini Bin Jam untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Selesai Ucapan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan guru besar.

8 Ikrar dan lagu daripada guru Asmah

Tumbuh selirat bunga melati,


Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.

4
Semoga warga pendidik akan terus berjuang mendidik murid-murid SK Laksamana dengan
tekun dan sabar menghadapi karenah murid.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru, nyanyian lagu
Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang serta Biarku Menjadi Lilin. Dengan ini, majlis
mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan
Ikrar dan menyanyikan lagu-lagu tersebut diiringi petikan gitar oleh Cikgu Simon dan Cikgu
Bita.

Selepas persembahan

Menghilau laksana pokok kiambang


Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

9 Acara potong kek Rebecca


Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek yang berupa kek hari jadi
dan juga kek untuk sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan
kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang
kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar dan barisan penolong kanan untuk memotong
5
kek.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada guru besar dan semua warga pendidik.

10 Persembahan murid Asmah

Kini, tiba masanya persembahan daripada anak-anak didik kita yang serba boleh dan
berbakat, hasil tunjuk ajar serta bimbingan daripada guru-guru SK Laksamana.

Persembahan Pertama:

Persembahan Kedua:

Persembahan Ketiga:

Persembahan Keempat:

Persembahan Kelima:

Selesai persembahan:

Begitulah tadi persembahan daripada murid-murid SK Laksamana yang sungguh meriah.

11 Lagu Ibu pertiwiku Rebecca

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

6
Pohon kuini dahannya patah,
Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Majlis sambutan kita pada hari ini diakhiri dengan lagu Ibu Pertiwiku.

Hadirin dan hadirat mohon berdiri.

Selesai sudah majlis kita pada pagi ini. Acara selepas ini ialah Perlawanan Bola Sepak dan Bola
Jaring. Setelah selesai perlawanan, majllis kunjung –mengunjung ke kelas-kelas oleh guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai