Anda di halaman 1dari 11

SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang saranan-
saranan kepada pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan akibat-akibat
sekiranya gagal mengawal perbelanjaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Isu kenaikan harga barangan heboh diperkatakan sehingga membimbangkan
masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kenaikan harga
barangan ini berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. Oleh itu, para
pengguna disarankan supaya membeli barang-barang yang diperlukan sahaja untuk
menjimatkan perbelanjaan harian.
Kenaikan harga barangan telah memberikan suatu tekanan kewangan yang serius
kepada sebahagian besar pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menyusun
strategi perbelanjaan harian termasuk belanja dapur untuk meredakan tekanan kewangan
mereka. Pengguna pada mulanya akan terasa perit kerana banyak barangan terpaksa
dilupakan berbanding semasa hidup senang. Sebagai pengguna, kita juga perlu mengubah
cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya dengan bijaksana.
Perubahan ini pasti dapat dilakukan sekalipun kita terpaksa mengorbankan kebiasaan yang
sudah menjadi sebati seperti mengurangkan perbelanjaan makan di luar, berhenti daripada
membeli barangan berjenama dan mengurangkan perbelanjaan bil telefon. Selanjutnya,
para pengguna boleh mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli
sesuatu barangan yang diperlukan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pengguna tertipu
oleh para peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sesuka
hati.
Setiap pengguna yang bijak akan sentiasa melakukan penelitian terhadap
perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran dan tidak membeli barangan yang bukan
keperluan. Hal ini dapat diperkukuh dengan tindakan menyediakan senarai barangan
keperluan sebelum keluar berbelanja. Seterusnya pendekatan yang diambil semakin
berkesan sekiranya pengguna tidak mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya
hidup mewah seperti penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya. Faktor
penggunaan kad kredit ini boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan penggunanya
tidak dapat mengimbangi perbelanjaan mereka. Oleh itu, pengguna perlu mengelakkan
belian secara kredit ketika berbelanja agar perbelanjaan berhemat dapat dilaksanakan.
Kita semua mempunyai kesedaran bahawa kenaikan harga barangan memberi
kesan langsung kepada kos sara hidup. Sebagai pengguna yang prihatin, sekarang bukanlah
masa untuk kita bermewah-mewah malah kita sepatutnya membeli barangan dengan harga
borong untuk mengawal perbelanjaan. Pengguna mesti sedar bahawa harga bahan api
seperti minyak dan gas yang tidak menentu turut menyebabkan kenaikan harga barangan.
Walaupun naik turun tersebut dalam kadar yang kecil namun impak yang dirasai oleh
pengguna sangat besar. Jelaslah, kenaikan harga barangan ini akan menyebabkan
sebahagian besar kehendak terpaksa dilupakan untuk memenuhi keperluan yang lebih
utama dalam kehidupan kita.

1
Dipetik dan diubah suai daripada
“Berbelanja Secara Berhemat‟ oleh Siti
Balqis Arif, Dewan Ekonomi, Mac 2014

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata impak yang dirasai . [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor kenaikan harga barangan. Nyatakan


faktor-faktor tersebut. [3 markah]

(iii) Kita hendaklah mengetahui hak kita sebagai pengguna.


Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mengetahui
hak- hak kita sebagai pengguna.? [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitarRM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua
yang berjaya menjualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan
kepada Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang
perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada
orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu
aku kunjungi di tanahair? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa
mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu.
Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal
pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku
berharap agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang
dan tidak berasa bongkak.

2
Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada
mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang
yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa aku
mempunyai ciri-ciri seorang darwis.
(Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit
kijang Dari Istanbul , antologi Jaket
Kulit Kijang Dari Istanbul,)

i. Apakah manfaat yang diperoleh oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?
[2markah]

ii. Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya. Pada pendapat anda,
apakah langkah efektif untuk melindungi hawian ini? [3markah]

iii. Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. [4markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosan Tradisional.


Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam
pergi mengenal segala harta, seorangpun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik,
tuanku.”
Maka seorang, “Inipun ia harta patik, tuanku.”
Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi
akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan
Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang
maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam
pada itupun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan
segala hartanya akan Laksamana.

3
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu
didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang
tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun
habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurniaakan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melakapun kararlah.

i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan empunya
harta yang hartanya telah dijumpai semula? [3markah]

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana, tiadalah putus. Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah
anda menghargai jasa dan pengorbanan pegawai seperti Laksamana?
[3markah]

Soalan 2 (d) – Petikan Puisi


Baca Gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


( FASAL YANG KETIGA)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabaryang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

4
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2markah]

ii. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat
anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan negatif?
[3markah]

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) memotong
(ii) menahan
(iii) menarik
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Golongan petani membersihkan kawasan tanah kebun dengan kaedah pembakaran
terbuka.

(ii) Kami telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum ambulans
tiba di tempat kejadian.

(iii) Anda dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda
menjadi pelanggan stesen televisyen kami.
[6 markah]

5
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan


tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara
berkumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok
teduhan dan bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada
orang ramai dan kelegaan daripada stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam
telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan
tersendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dalam aspek
penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim selama dua
jam setengah sebab kerosakan enjin.

(ii) Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan kegiatan pencatuan harga kepada pihak
berkuasa jika sekiranya peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

(iii) Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen memandu agar mereka tidak pihak
polis saman.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya tidak
menjejaskan kedudukannya sebagai ketua pengarah sebuah syarikat kerana
______________________.

(ii) Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat


bersejarah ___________________.

(iii) Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir dan Malim pada tahun ini agak
merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-sama,
bak kata peribahasa Melayu __________________________.

[6 markah]

6
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Dalam sesebuah novel, pengarang sering menyelitkan elemen yang boleh menjadi
pengajaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang
telah dikemukakan oleh pengarang. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa bagi
setiap novel yang dapat menarik perhatian pembaca.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

7
PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK RUMUSAN, DAN KOMSAS SAHAJA.
Soalan1
Pendahuluan:
Petikan membincangkan cadangan-cadangan kepada pengguna dalam mengawal
perbelanjaan seharian mereka di Malaysia.
atau
Rumusan membincangkan cadangan-cadangan kepada pengguna dalam mengawal
perbelanjaan dan akibat-akibat sekiranya gagal mengawal perbelanjaan.

Isi Tersurat:
1. Membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.
2. Pengguna perlu menyusun strategi perbelanjaan harian.
3. kita juga perlu mengubah cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan
menguruskannya dengan bijaksana.
4. Pengguna boleh mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli
sesuatu barangan yang diperlukan.
5. Sentiasa melakukan penelitian terhadap perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran.
6. Menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar berbelanja.
7. Tidak mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya hidup mewah.
8. Pengguna perlu mengelakkan belian secara kredit ketika berbelanja.
9. Sepatutnya membeli barangan dengan harga borong untuk mengawal perbelanjaan.

Isi Tersirat:
1. Terpaksa menangung hutang yang banyak.
2. Terjerat dengan Along atau ceti haram.
3. Akan menjejaskan keharmonian keluarga.
4. Turut menyebabkan kemelesetan ekonomi negara.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, rakyat Malaysia hendaklah berjimat dalam perbelanjaan harian supaya
dapat membantu mengukuhkan ekonomi negara.

8
Soalan 2a)
i) Maksud rangkai kata impak yang dirasai ialah kesan yang ditanggung.
ii) Faktor-faktor kenaikan harga barangan ialah :
- permintaan yang melebihi penawaran
- gaya hidup mewah
iii) Faedah mengetahui hak pengguna:
- Tidak mudah tertipu oleh peniaga.
- Peniaga akan bertindak adil dan saksama.
- Menimbulkan kesedaran kepada orang lain.

Soalan 2b)

i. Apakah manfaat yang diperoleh oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?
(2markah)
- membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang telah menjualkan jaket tersebut kepada
Shahmeem.
- membawa kegembiraan kepada Shahmeem yang telah menjualkan jaket tersebut
kepada penulis/Aku.
- membawa kegembiraan kepada penulis / Aku kerana jaket tersebut menghangatkan
badannya sepanjang perjalanannya di Selat Bhosporus yang dingin.

ii. Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya. Pada pendapat anda,
apakah langkah efektif untuk melindungi hawian ini?
(3markah)
- Jabatan Hidupan Liar menguatkuasakan akta perlindungan hidupan liar
- Mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengancam hidupan liar
- Memperbanyak kawasan perlindungan hidupan liar
- Menghebahkan kepada orang ramai kepentingan penjagaan dan pemeliharaan hidupan
liar
iii. Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
perwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen. (4markah)
Perewatakan dalam petikan:
- Seorang yang tidak rasional dalam membuat tindakan dan keputusan . Contohnya Aku
telah membeli sehelai jaket kulit yang diperbuat daripada kulit kijang walaupun
menyedari bahawa jaket tersebut tidak praktikal untuk digunakan di negaranya kelak
sebab faktor cuaca.

9
Perwatakan dalam cerpen:
- seorang pelancong dari negara Malaysia yang berbangsa Melayu. Contohnya, watak
Aku atau Mas pelancong dari Malaysia yang menyertai pakej pelancongan ke negara
Turki.
- seorang yang murah hati .Contohnya, Aku telah membeli cenderamata untuk diberikan
pada ahli keluarga dan sahabat handainya di Malaysia.
- seorang yang suka membaca.Contohnya, Aku membaca puisi karya penulis puisi yang
terkenal dari Rom bernama Mevlana Celaleddin.

Soalan 2c)
i. Berikan maksud harta in isudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2markah]
- barangan curian tersebut telah ditemukan semula oleh Laksamana

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan
empunya harta yang hartanya telah dijumpai semula? [3markah]
- semua harta dibahag itiga
- dua bahagian untuk Laksamana
- satu bahagian untuk tuan empunya harta

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana,tiadalah putus.
Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan
pengorbanan pegawai seperti Laksamana? [3markah]
- menganugerahkan gelaran /kenaikan pangkat /pingat
- menganugerahkan persalinan pakaian /wang ringgit
- menganugerahkan sebidang tanah.

10
Soalan 2d)
i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2markah]
- Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.

ii) Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat
anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan negatif? [3markah]
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
- Mendalami ilmu agama.
- Belajar menghormati dan mentaati ibu bapa.
- Terlibat secara aktif dalam gerakan atau aktiviti persatuan.
- Menghabiskan masa dengan membaca.

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4markah]
- Kebijaksanaan. Contohnya, Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata
- Kesederhanan. Contohnya, Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.
- Kesabaran. Contohnya, Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara
negatif.
- Berbudibahasa. Contohnya, Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat
banyak faedahnya.

11