Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MINGGU TAARUF
PELAJAR
TINGKATAN 1
2019
2 - 4 JANUARI 2019

DISEDIAKAN
UNITBIMBINGAN DAN KAUNSELING SABK AL MADRASAH AL KHAIRIAH AL ISLAMIAH
KERTAS KERJA PROGRAM TAARUF
TINGKATAN 1 2019

1. PENGENALAN
Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru melangkah ke sekolah menengah perlu
didedahkan dengan maklumat-maklumat asas berkaitan dengan sekolah supaya mereka dapat
membiasakan diri dengan keadaan, persekitaran serta budaya sekolah. Selain itu juga,
pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan
rekreasi.
Program ini adalah sebuah program khas yang dijalankan bagi menyediakan para
pelajar untuk menghadapi sesi persekolahan baru serta mendedahkan para pelajar kepada
perkara-perkara asas berkaitan sekolah. Para pelajar akan diberikan pendedahan tentang
matapelajaran yang akan dipelajari mereka serta pelajar juga akan dibawa melawat kawasan
sekitar sekolah seperti surau, blok pentadbiran, blok kelas, makmal komputer, perpustakaan,
gelanggang permainan serta asrama lelaki dan perempuan.
Terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program ini. Semoga
dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah home sick dan
meningkatkan rasa sayang terhadap sekolah.

2. OBJEKTIF
2.1 Pelajar mendapat maklumat tentang matapelajar baru yang akan dipelajari.
2.2 Pelajar-pelajar dapat memahami dan menghayati budaya sekolah.
2.3 Pelajar dapat mengetahui tentang kawasan sekolah.
2.4 Pelajar diperkenalkan tentang peraturan sekolah.
2.5 Pelajar lebih berdisiplin.

3. TARIKH
Program ini dijalankan selama 3 hari mulai hari Rabu 2 Januari, Khamis 3 Januari dan
Jumaat 4 Januari 2019.

4. TEMPAT
Dewan Sofiah SABK Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah

5. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 1 2019

6. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat: Hj. Khairol Annuar Bin Hj. Musa
Pengerusi: Hj. Ahmad Mufdi Bin Ali
T. Pengerusi 1: Hj. Azmi Bin Abdul Hamid
T. Pengerusi 2: Muhammad Jamil Bin Ismail
Penyelaras: Shuhada Bt. Abdul Jabar
Dokumentasi: Us. Mohd Aslam Mohd Shukor
Jurugambar: Ust Nor’aani Abdul Rahim
Penyediaan tempat: Ust. Nurutthohirah Mohd Nabil
7. JADUAL MINGGU TAARUF

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN


HARI
SELASA 11.00 Taklimat waris Pengetua
1.1.2018
11.30 Taklimat hem Pkhem
12.00 Rehat / pengurusan asrama
9.00 Taklimat ketua warden Ketua warden

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT


HARI
RABU 3.00 Taklimat disiplin dan peraturan En. Hamdan
2.1.2018 sekolah Dan Jk Disiplin Dewan Sofiah

Khamis 3.00 Taklimat Kebajikan Dan Ust. Fazilah


3.1.2018 Biasiswa
Dewan Sofiah
3.30 Us. Abd Rahman
Perkenalan Al-Fateh
Jumaat 2.00 Taklimat unit bimbingan dan Pn. Shuhada
4.1.2018 kaunseling
Ujian psikometrik (IMK)
Dewan Sofiah
Ujian psikometrik (IKP)
Latihan Nyanyian lagu Sekolah

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN


1 Taklimat Pusat Sumber Pn. Umi
2 Taklimat Keselamatan Us. Had
3 Taklimat Kesihatan En. Mathili
Akan Dijalankan
Ust. Norhafizah
Secara Dalaman
A.M
4 Taklimat Spbt Pn. Saadiah
5 Taklimat PBS Pn. Faizatul Akma
8. PENUTUP.
Diharapkan agar program ini akan mencapai objektif yang dicadangkan. Selain
daripada itu juga melalui program ini juga pelajar akan mendapat maklumat dan memahami
falsafah dan nilai yang sepatutnya ada pada seorang pelajar SABK Al Madrasah Al Khairiah
Al Islamiah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………….
(SHUHADA ABDUL JABAR) (HJ. AHMAD MUFDI BIN ALI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, PK HEM,
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah Al-Islamiah
P. Pinang. P.Pinang.

Diluluskan oleh,

……………………………………………
(HJ. KHAIROL ANNUAR BIN HJ. MUSA)
Pengetua,
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah
P. Pinang.

Anda mungkin juga menyukai