Anda di halaman 1dari 5

KEM KEPIMPINAN

PENGAWAS ASRAMA II
“DISIPLIN TUNJANG
KEUTUHAN AKHLAK”

Disediakan oleh,
Unit Disiplin Asrama SABK MKI
1.0 PENGENALAN
Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para
pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga pihak sekolah. Pengawas
juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan
panduan.
Oleh itu, program kepimpinan pengawas ini dirancang supaya barisan pengawas
SABK MKI ini akan lebih berkeyakinan sekaligus dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka dengan sempurna. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan
jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario keseluruhan sekolah itu sendiri

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas
2.2 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan dengan betul.
2.3 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.4 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.5 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh: 22 -23 september 2018
Masa: 7.30 pagi (bertolak pergi), 2.00 petang (bertolak balik)
Tempat: Pulau Aman

4.0 SASARAN
Semua pengawas asrama.

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat: Hj. Khairol Annuar Bin Hj. Musa
Pengerusi: Hj. Ahmad Mufdi Bin Ali
T. Pengerusi 1: Hj. Azmi Bin Abdul Hamid
T. Pengerusi 2: En. Muhammad Jamil Bin Ismail
Setiausaha: En. Mohd Ramzi Mat Daud
Setiausaha 2: Pn. Shuhada Bt. Abdul Jabar
Pengangkutan: Pn. Salhah Zakaria
Dokumentasi: Cik Nur Hafiza Azliana
Makanan: Us. Abdul Rahman Ideris
Jurugambar: Ust. Nor Hafizah A.M Mohamed
Disiplin Murid: Uat. Zaiton Che Din
Modul: En. Hamdan Ahmad
Pn. Nora’ani Bt Abdu Rahim
6.0 TENTATIF PROGRAM
22.9.18 (SABTU)
7.30 pagi: Bertolak ke pulau aman
9.00 pagi: Minum pagi di pulau aman
Taklimat daripada ketua jurulatih
Check in home stay
11.00 pagi: LDK 1 – Explorace
1.30 tengahari:Makan tengahari
2.30 petang: Boating ( mengikut kesesuaian cuaca)
4.30 petang: Minum petang
5.00 petang: LDK 2 - jungle tracking
6.30 petang: Urus diri
8.00 malam: Makan malam
9.00 malam: LDK 3 – team building
11.00 malam: Rehat

23.9.18 (AHAD)
5.30 pagi: Wake up call
Solat / tazkirah subuh
7.30 pagi: Perhimpunan pagi
8.00 pagi: Sarapan
9.00 pagi: LDK 4 – repelling
11.00 pagi: Gotong royong
12.00 tengahari:Bersurai
7.0 KEWANGAN
Pengangkutan bas RM 1600.00
Bot 80 X RM 7 RM 560.00
Minum pagi 80 X RM 4 X 2 RM 640.00
Sarapan Pagi 80 X RM 4 X 2 RM 640.00
Makan Tengahari 80 X RM 8 X 2 RM 1280.00
Makan malam 80 X RM 8 RM 640.00
Explorace 80 X RM 10 RM 800.00
Boating 80 X RM 10 RM 800.00
Jungle tracking 80 X RM 10 RM 800.00
Team building 80 X RM 10 RM 800.00
Repelling 80 X RM 10 RM 800.00
Penginapan 80X RM 7 X 2 RM 1120.00
JUMLAH RM 10480.00

Sumber kewangan
Kutipan murid 80 x RM 104 RM 8320.00
Asrama (bas dan bot) RM 2160.00
JUMLAH RM 10480.00

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan para pengawas dan
pemimpin pelajar yang mempunyai jatidiri mantap disamping dapat mengamalkan hidup
berdisiplin. Sesungguhnya, hasilnya nanti akan menjadi pemangkin rakan pelajar lain untuk
turut sama mempunyai disiplin diri yang tinggi di samping peningkatan di dalam subjek
peperiksaan kelak.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………….
(MUHAMMAD RAMZI B. MAT DAUD) (HJ. AHMAD MUFDI BIN ALI)
Ketua Warden PK HEM,
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah P. Pinang. Al-Islamiah P.Pinang.

Diluluskan oleh,

……………………………………………
(HJ. KHAIROL ANNUAR B. HJ MUSA)
Pengetua
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah P. Pinang.

Anda mungkin juga menyukai