Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN

PEMANTAPAN PROGRAM NILAM


MINGGU PSS
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
TAHUN 2019

Anjuran :
JAWATANKUASA PROGRAM NILAM
DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK UNDANG JELEBU.
PENDAHULUAN
Program NILAM adalah merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan
membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar yang mencapai tahap yang
tertentu. Program NILAM adalah satu aktiviti galakan membaca yang telah dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar
khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Pelaksanaan Program NILAM di Peringkat Negeri
Sembilan telah dimulakan pada tahun 1999 yang melibatkan seluruh sekolah menengah dan
seluruh sekolah rendah dalam Negeri Sembilan dengan dimulakan oleh pelajar di tahun satu di
sekolah rendah dan tingkatan satu di sekolah menengah. Semua pelajar yang telah menguasai
kemahiran membaca adalah diwajibkan mengikuti progran NILAM ini. Sekarang kita telah
berada pada tahun 2018. Pelaksanaan program NILAM di Negeri Sembilan telah mencecah
selama dua puluh tahun.

RASIONAL
Melihat perkembangan pelaksanaan program NILAM yang agak kurang agresif
dilaksanakan di SMKUJ, maka Jawatankuasa NILAM peringkat sekolah berhasrat untuk
melaksanakan program NILAM secara berkesan dan efektif mulai tahun ini. Untuk meneruskan
perancangan tersebut,maka Taklimat Pemantapan Program NILAM hendaklah diadakan pada
setiap awal tahun persekolahan.

MATLAMAT
Matlamat pelaksanaan program NILAM yang dianjurkan oleh SMKUJ adalah untuk
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan
pelajar yang berilmu dan berketrampilan. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, didapati rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja dalam masa
setahun. Manakala pelajar-pelajar membaca buku bukanlah untuk memenuhi masa lapang, tetapi
adalah untuk tujuan lulus peperiksaan. Perkara ini dirumitkan lagi oleh keadaan atau sikap
ibubapa yang mana mereka menggalakkan anak-anak mereka membaca adalah untuk tujuan
lulus peperiksaan bukan untuk tujuan mengisi masa lapang dan menambah ilmu pengetahuan.
Bagi mengatasi masa masalah ini dan juga bagi memupuk tabiat membaca membaca di kalangan
pelajar maka Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program NILAM di seluruh negara
pada tahun 1999 dan semua pelajar adalah diwajibkan mengikuinya. Lantaran itu, pihak
Jawatankuasa NILAM berhasrat untuk mengumpul dana dalam bentuk wang atau benda daripada
pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan PIBG SMKUJ sebagai salah satu bentuk
sumbangan yang dapat mengktiraf penglibatan pelajar dalam program NILAM.

OBJEKTIF
Objektif Program Nilam adalah seperti berikut :
4.1 Memupuk budaya membaca yang sihat dalam kalangan pelajar secara berterusan.
4.2 Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat
sumber atau di luar pusat sumber sekolah.
4.3 Pelajar dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam
rekod membaca NILAM
4.4 Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.
4.5 Menghargai pelajar yang menunjukkan minat serta kesungguhan khususnya.
4.6 Dapat mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada para pemenang.

TEMA
‘Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Keberkesanan Pendidikan Cemerlang ‘

TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu

TARIKH DAN MASA


Sepanjang Tahun
ORGANISASI JAWATANKUASA NILAM

PENASIHAT : Tn Hj Hashim Bin Osman


PENGERUSI : En Ramli bin Kahar
NAIB PENGERUSI 1 : Pn Rosnah bt Tabri
NAIB PENGERUSI 2 :Pn Hjh Rozidah bt Muros
PENYELARAS NILAM :Pn Zubaidah bt Mohamad
:Pn Norasyikin bt Moktar
GURU DATA NILAM : Cik Norazizan bt Abdullah
SETIAUSAHA : Pn. Hayati bt awang
PENOLONG S/U : Pn. Rosnah bt Abdullah
AJK : Semua Guru Bahasa

TENTATIF PROGRAM

BIL PROGRAM MASA

1. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2018 01 FEBRUARI 2019

LALUAN IQRA’ ( MEMBACA 5 MINIT DI TAPAK SETIAP PAGI SELASA DAN


2.
PERHIMPUNAN ) KHAMIS
PELAJAR REKOD NILAM
3. SETIAP BULAN
 REKOD NILAM
PEMBACA BUKU TERBANYAK
4. SETIAP BULAN
 SETIAP TINGKATAN
PEMINJAM BUKU TERBANYAK
5. SETIAP BULAN
 PELAJAR, GURU DAN STAF
KELAS REKOD NILAM TERBANYAK
6. SETIAP BULAN
 1 TINGKATAN
PELAJAR REKOD NILAM TERBANYAK 2019
7. BULAN OKTOBER
 1 ORANG PELAJAR
KUIZ BULANAN
8. SETIAP BULAN
 3 ORANG PELAJAR
SUDUT BACAAN DALAM KELAS
9. SETIAP BULAN
 1 TINGKATAN

10. JUALAN AKHBAR SEPANJANG TAHUN

11. SUDUT SIRI GALAKAN MEMBACA SEPANJANG TAHUN

 Semua program di atas akan bermula dari bulan Februari sehingga bulan Oktober 2019

GANJARAN UNTUK PEMENANG

BIL PROGRAM GANJARAN

1. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2019 HAMPER RM 5

LALUAN IQRA’ ( MEMBACA 5 MINIT DI TAPAK


2. -
PERHIMPUNAN )

3. PELAJAR REKOD NILAM SIJIL + BAUCAR KFC RM 10

PAKEJ MAKAN
4. PEMBACA BUKU TERBANYAK
TENGAHARI

5. PEMINJAM BUKU TERBANYAK SIJIL + HAMPER RM 5

6. KELAS REKOD NILAM TERBANYAK HAMPER RM 30

SIJIL + BAUCAR KFC RM 10


7. PELAJAR REKOD NILAM TERBANYAK 2011
+ HAMPER RM 20

8. KUIZ BULANAN HAMPER RM 5

9. SUDUT BACAAN DALAM KELAS HAMPER RM 20

*Pemenang pembaca buku terbanyak setiap tingkatan ( Pakej Makan Tengahari )


PEMENANG GURU
FEBRUARI PENGETUA
MAC GPK AKADEMIK
APRIL GPK HEM
MEI GPK KOKU
JUN GKMP BAHASA & SAINS MATEMATIK
JULAI GKMP KEMANUSIAAN & TEKVO
OGOS 2 ORANG GURU CEMERLANG
SEPTEMBER WAKIL PIBG
OKTOBER WAKIL PIBG
PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
BIL PROGRAM SETAHUN
BULANAN
(9 BULAN )

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
1. RM200 RM 200
NILAM 2011
LALUAN IQRA’ ( MEMBACA 5 MINIT
2. - -
DI TAPAK PERHIMPUNAN )
3. HADIAH PELAJAR REKOD NILAM RM 10 X 3 = RM 30 RM 270
HADIAH PEMBACA BUKU
4. - -
TERBANYAK : SETIAP TINGKATAN
HADIAH PEMINJAM BUKU
5. RM5 X 3 = RM 15 RM 135
TERBANYAK
HADIAH KELAS REKOD NILAM
6. RM 30 RM 270
TERBANYAK
HADIAH PELAJAR REKOD NILAM
7. RM 30 RM 30
TERBANYAK 2011
8. HADIAH KUIZ BULANAN RM 5 X 3 = RM15 RM 135
HADIAH SUDUT BACAAN DALAM
9. RM 20 RM 180
KELAS
JUMLAH RM 1220
- Sumbangan PIBG = RM 500
- PCG = RM 720
__________
JUMLAH RM 1220
__________
2. Anggaran Perbelanjaan

KUMPULAN SASARAN
Semua warga SMKUJ ( Pelajar, Guru dan Staf )

SUMBANGAN
Pihak kami berharap pihak PIBG SMKUJ dapat bersama-sama menyumbang untuk
menjayakan Program Pemantapan NILAM ini. Sumbangan yang diharapkan adalah berjumlah
RM500. Semoga kerjasama pihak PIBG akan melancarkan lagi program ini dan mendidik pelajar
kita kearah budaya membaca dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

PENUTUP
Pihak kami amat berharap semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan golongan pendidik yang
cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak, sahsiah, hubungan dengan manusia dan
dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat
keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( NORASYIKIN BINTI MOKTAR) ( HASHIM BIN OSMAN)


Guru Perpustakaan dan Media Pengetua
SMK Undang Jelebu SMK Undang Jelebu

Anda mungkin juga menyukai