Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2

SK. BATU BELAH, KLANG

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang perempuan bernama Mak

Tanjung . Mak Tanjung tinggal bersama dengan dua orang anaknya yang

bernama Melur dan Pekan. Mak Tanjung bekerja mencari kayu-kayu di

hutan untuk menyara kehidupan mereka. Melur dan Pekan sering jugak

membantu ibunya mencari kayu di hutan. Kayu-kayu itu akan dijual di

pasar.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin sekali hendak makan telur

ikan tembakul. Dia pun pergi ke sebatang sungai lalu cuba mencari ikan

tembakul dengan menggunakan pukat. Nasib Mak Tanjung sangat baik

pada hari itu. Dia berjaya memperoleh seekor ikan tembakul yang sangat

besar. Dengan perasaan gembira Mak Tanjung membawa ikan tembakul

itu pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Mak Tanjung meminta Melur untuk

menggulai telur ikan tembakul. Sementara menunggu Melur memasak,

Mak Tanjung masuk ke hutan untuk menghabiskan kerja-kerjanya.


Aroma gulai telur ikan tembakul yang enak telah menyebabkan

Pekan berasa tidak sabar untuk makan. Dia tidak sabar untuk menunggu

ibunya pulang untuk makan bersama-sama. Pekan lalu merengek-rengek

kepada kakaknya untuk makan terlebih dahulu. Melur tidak berjaya

memujuk Pekan. Melur membahagikan gulai ikan tembakul itu kepada dua

bahagian. Sebahagian untuk Pekan dan sebahagian lagi untuk ibunya.

Pekan berasa sangat gembira dan makan bahagiannya dengan penuh

berselera.

Walau bagaimanapun semangkuk gulai ikan tembakul itu tidak

cukup untuk Pekan. Sekali lagi Pekan merayu-rayu kepada kakaknya untuk

makan gulai ikan tembakul bahagian ibunya. Melur memarahi Pekan dan

tidak memberikannya.Tangisan Pekan yang tidak berhenti-henti

menyebabkan Melur berasa sangat kasihan. Dengan berat hati dia

memujuk Pekan dengan memberi gulai ikan tembakul bahagian Mak

Tanjung kepada Pekan. Wahh…. bukan kepalang gembiranya Pekan.

Bahagian ibunya pun dimakan hingga licin.

Haa… kawan-kawan sebagai seorang adik, kita hendaklah

mendengar nasihat daripada seorang kakak. Kita tidak boleh

mementingkan diri sendiri.


Tidak berapa lama kemudian, Mak Tanjung Pulang ke rumah.

Selepas mandi dan bersiap dia turun ke dapur untuk makan tengah hari.

Melur dengan berat hati memberitahu ibunya apa yang berlaku. Mak

Tanjung berasa sangat terkilan dan kecewa. Dengan pantas dia pun turun

ke tanah dan berlari masuk ke dalam hutan. Mak Tanjung berlari ke arah

batu belah batu bertangkup. Melur dan adiknya pekan mengejar dari

belakang.

Sambil berlari Mak Tanjung menyeru-nyeru. ` Batu Belah batu

Bertangkup, telanlah aku, makanlah aku. Aku kempunan telur tembakul”.

Makin lama makin hampir. Apabila tiba di hadapan batu belah, Mak

Tanjung sekali lagi menyeru – nyeru menyuruh batu belah menelannya.

Kawan-kawan nak tahu apa yang berlaku?

Tiba-tiba batu belah membuka mulutnya dengan luas. “Aummmm…..

batu belah berbunyi . Bergegar kawasan hutan tersebut dengan ngauman

batu belah. Tanpa berlengah, Mak Tanjung terus melompat masuk ke

dalam mulut batu belah yang sedang ternganga. Setelah itu, mulut batu

tersebut tertutup semula.

Melur dan Pekan baru tiba di situ. Suasana hutan ketika itu begitu

hening. Sunyi dan sepi. Melur kecewa. Mereka tidak sempat untuk
menghalang Mak Tanjung daripada melompat ke dalam mulut batu belah.

Pekan mula menangis-nangis sambil memanggil – manggil menyeru nama

ibu mereka.

“Ibu, ibuuu… maafkan Melur, ampunkan Pekan ibu,” rayu mereka.

Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Mereka terduduk lama di situ.

Akhirnya Melur dan Pekan pulang dengan hati yang sangat sedih dan

menyesal.

Haa…. Kawan-kawan. Lihat… nasi sudah menjadi bubur. Apa lagi

hendak dikata. Moral daripada kisah ini ialah kita hendaklah menjaga hati ibu

kita. Jangan sekali-lagi mengecewakan mereka. Ingattt….. syurga di

bawah telapak kaki ibu. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada.

Ibu mithali ibu yang sejati,

Kasih sayangmu kasih yang suci,

Pengorbananmu disanjung tinggi,

Jasamu tetap di sanubari

Sekian terima kasih.