Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU : KE – 1 HARI : RABU


TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 02.01.2013

TUNJANG / MASA PERKARA CATATAN/IMPAK

RUTIN DAN Rutin kelas :


PERBUALAN PAGI - Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, H :
( 30 MIN ) melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati. TH :
Perbualan pagi :
1. Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan
Pembantu Pengurusan Murid.
2. Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri.

FIZIKAL & ESTETIKA Standard Pembelajaran BBM


( 40 MIN ) (PFK 1.1.2)Menggunakan tangan untuk merenyuk ( Crush ) kertas - Kertas
(PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Merenyuk kertas sehingga menjadi bulat.
2. Mengoyak kertas menjadi cebisan kecil.

Aktiviti
1. Murid diberi kertas dan guru menunjuk cara bagaimana untuk merenyuk
kertas menjadi bulat.
2. Kemudian membuka kertas tersebut dan mengoyak kertas menjadi cebisan
kecil.
3. Murid merenyuk dan mengoyak kertas tersebut menjadi cebisan kecil.
4. Murid digalakkan melakukan berulang kali sehingga mereka boleh
melakukan dengan betul.

KETRAMPILAN Standard Pembelajaran


( 40 MIN ) (PSE 1.1.4) Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti
gembira, sedih, takut dan marah.

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menceritakan pengalaman pada hari pertama persekolahan.

Aktiviti
1. Guru berbual dengan murid untuk merangsang mereka bercerita.
2. Murid bercerita pengalaman mereka semasa di hari pertama, sama ada
gembira, sedih , takut dan marah.

SAINS & TEKNOLOGI Standard Pembelajaran BBM


( 30 MIN ) ((ST 1.1.2) Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab. - LEGO
(ST 2.3.1) Membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut - BONGKAH
satu ciri:
a. Warna
b. Bentuk
Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Membanding dan mengumpulkan objek mengikut warna dan bentuk.

Aktiviti
1. Guru menunjukkan bongkah pelbagai warna kepada murid-murid.
2. Murid-murid berada dalam kumpulan dan membuat pertandingan mencari
bongkah yang sama warna
3. Murid mengelaskan lego mengikut bentuk dan warna.
TUNJANG /MASA PERKARA CATATAN

30 MIN
REHAT

BAHASA MALAYSIA Standard Pembelajaran Nilai murni


( 60 MIN ) (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila - bersopan
dengan bimbingan. santun
(BM 2.1.3) Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang - Hormat-
betul menghormati

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Mengucapkan ucapan bertatasusila.
2. Berbual dengan sebutan yang betul.

Aktiviti
1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
3. Menyanyikan lagu ucapan selamat
Contoh: Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi,
Selamat pagi,
Selamat pagi cikgu.
(Melodi: Happy Birthday)
4. Bercerita tentang diri sendiri.

AKTIVITI PENAMAT Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu
( 10 MIN ) selamat pulang.
Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk
pulang.

REFLEKSI :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU : KE – 1 HARI : KHAMIS


TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 03.01.2013

TUNJANG / MASA PERKARA CATATAN/IMPAK

RUTIN DAN Rutin kelas :


PERBUALAN PAGI - Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, H :
( 30 MIN ) melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati. TH :
Perbualan pagi :
1. Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan
Pembantu Pengurusan Murid.
2. Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri.

AKTIVITI LUAR Standard Pembelajaran BBM


( 40 MIN ) (PFK 1.2.8)Menggunakan jari untuk membutang pelbagai saiz(termasuk butang - butang
katup,butang cangkuk) pelbagai saiz

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menggunakan jari untuk membutang pelbagai saiz
2. Menggerakkan koordinasi motor halus.
Aktiviti
1. Murid melakukan aktiviti membutang dengan bimbingan

B.INGGERIS Standard Pembelajaran Radio/cd lagu


(M.TEMA) (KTI 2.1.7) Menyanyikan melodi
MUZIK (KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik
( 40 MIN )
Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menyanyikan melodi
2. Menyanyi lagu dengan iringan muzik
Aktiviti
1. Murid menyanyi lagu
“ Selamat Pagi”
“ Bangun Pagi “ dengan iringan muzik

B.INGGERIS Standard Pembelajaran BBM


(M.ASAS) (BI 4.2.2) Write recognizable letters with guidance Hand out
( 30 MIN )
Objektif
The end of lesson, children able to :
1. Write recognizable letters with guidance
Aktiviti
1. Children join the dots.
(30 MIN)
REHAT
BBM
BAHASA INGGERIS Standard Pembelajaran Kertas Lukisan
(M.TEMA) (KTI 1.2.3) Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti Pensel warna
SENI menggambar
( 60 MIN )
Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menzahirkan idea kreatif melalui lukisan dan warna

Aktiviti
1. Murid melukis gambar/suasana hari pertama di sekolah.
2. Murid mewarnakan lukisan tersebut dan menceritakan kepada rakan-
rakan lain.

AKTIVITI PENAMAT Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu
( 10 MIN ) selamat pulang.
Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk
pulang.

REFLEKSI :
REFLEKSI :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU : KE – 1 HARI : JUMAAT


TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 04.01.2013

TUNJANG / MASA PERKARA CATATAN/IMPAK

RUTIN DAN Rutin kelas :


PERBUALAN PAGI - Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, H :
( 30 MIN ) melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati. TH :
Perbualan pagi :
3. Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan
Pembantu Pengurusan Murid.
4. Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri.

PENDIDIKAN ISLAM Dijalankan oleh guru Pendidikan Islam


( 40 MIN )
Standard Pembelajaran
B.MALAYSIA (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila Radio/cd lagu
( 40 MIN ) dengan bimbingan.
(BM 2.1.3) Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang
betul

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Mengucapkan ucapan bertatasusila.
2. Berbual dengan sebutan yang betul.

Aktiviti
1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
3. Menyanyikan lagu ucapan selamat
Contoh: Selamat pagi cikgu,
4. Bercerita tentang diri sendiri.

B.INGGERIS Standard Pembelajaran BBM


(M.ASAS) (BI 4.2.2) Write recognizable letters with guidance Hand out
( 30 MIN )
Objektif
The end of lesson, children able to :
1. Write recognizable letters with guidance
Aktiviti
1. Children join the dots.
(3O MIN)
REHAT
KETRAMPILAN DIRI Standard Pembelajaran
( 60 MIN ) (PSE 1.1.4) Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti
gembira, sedih, takut dan marah.

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menceritakan pengalaman pada hari pertama persekolahan.

Aktiviti
1.Guru berbual dengan murid untuk merangsang mereka bercerita.
2.Murid bercerita pengalaman mereka semasa di hari pertama, sama
ada gembira, sedih , takut dan marah.

AKTIVITI PENAMAT Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu
( 10 MIN ) selamat pulang.
Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk
pulang.

REFLEKSI :

Anda mungkin juga menyukai