Anda di halaman 1dari 11

AMALI 3

Tajuk: Penyediaan Etanol dan Sifat Kimia Etanol

Teori:

Etanol merupakan salah satu ahli daripada kumpulan alkohol yang mempunyai
kumpulan berfungsi –OH. Ia dikenali sebagai etil alkohol dan etanol asli ialah cecair jernih
pada suhu bilik. Etanol tidak berwarna dan berbau tajam. Takat didih bagi etanol ialah 78°C
dan takat leburnya ialah -126°C. Selain itu, etanol merupakan asid lemah dan boleh
membentuk ion etanoat. Etanol adalah rantai lurus, dan formula molekul bagi etanol ialah
C2H5OH. Manakala formula empirik pula adalah C2H6O, CH3-CH2-OH.

Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol).
Larutan ini boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid,
dan menghalang kebanyakan bakteria, fungus, dan sesetengah virus. Namun begitu, etanol
tidak efektif terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk
tempoh masa yang sangat lama sebagai minuman alkohol.

Etanol boleh disediakan melalui dua kaedah. Bagi perindustrian, etanol disediakan
menggunakan kaedah tindak balas etena dan stim pada suhu 300°C dan juga tekanan pada
700 atmosfera serta kehadiran pemangkin iaitu asid fosforik, H3PO4. Kaedah ini lebih
dikenali sebagai proses penghidratan.

300°C/700atm
C2H4 + H2O → C2H5OH

Selain tujuan industri, etanol boleh dihasilkan dengan proses penapaian yis dan
karbohidrat. Yis akan bertindak menguraikan molekul karbohidrat dengan merembeskan
enzim zimase supaya dapat menghasilkan etanol dan juga karbon dioksida.

zimase / 30°C
C6H12O6 → 2C2H5OH + 2CO2

Antara tindak balas etanol yang lazim ialah pembakaran dan pengoksidaan. Sama
seperti kebanyakan bahan organik lain, etanol amat mudah terbakar. Pembakarannya
menghasilkan air dan karbon dioksida.

C2H5OH + 3O2 → 2CO2 + 3H2O

1
Pengoksidaan etanol pula akan menghasilkan asid lemah iaitu asid etanoik dan juga air.

C2H5OH + 2[O] → CH3COOH + H2O

Satu eksperimen dijalankan dengan mencampurkan larutan glukosa dengan yis.


Proses ini dikenali sebagai proses penapaian. Hasil turasan daripada proses penapaian
akan menjalankan proses yang seterusnya, iaitu proses penyulingan berperingkat. Hasil
sulingan daripada proses penyulingan berperingkat, iaitu etanol akan menjalankan proses
yang seterusnya iaitu pembakaran dan pengoksidaan untuk mengkaji sifat kimia etanol.

Bahan: glukosa, air suling, yis, air kapur, kayu uji bernyala, larutan kalium
dikromat(VI) berasid, asid sulfuric pekat, etanol, dan kertas litmus biru.

Radas: kelalang kon, salur pengantar dengan penyumbat, tabung didih,tabung uji,
penyepit tabung uji, bikar, termometer, turas penyulingan, kelalang penyulingan,
kondenser Liebig, kaki retort dan pemegangnya, , kasa dawai, penunu Bunsen,
tungku kaki tiga, rod kaca, corong turas, kertas turas, dan mangkuk penyejat.

A. Menyediakan Contoh Etanol


Pernyataan Masalah: Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal?

Objektif: Untuk menyediakan etanol melalui proses penapaian.

Hipotesis: Etanol dihasilkan melalui penapaian karbohidrat oleh yis.

Prosedur:
1. 20g glukosa dilarutkan dalam 150 cm3 air suling dalam sebuah kelalang kon yang
bersih.
2. 10g yis dimasukkan ke dalam kelalang kon dan campuran dikacau dengan
sekata.
3. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat yang dipasangkan dengan salur
penghantar. Hujung salur penghantar yang satu lagi dimasukkan ke dalam
sebuah tabung didih yang berisi air kapur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1(a).

2
4. Susunan radas diletakkan di tempat yang suam (kira-kira 30ºC) selama 2 hari.
Perubahan yang berlaku ke atas air kapur diperhatikan dari semasa ke semasa.
5. Selepas tempoh masa yang ditetapkan, kandungan kelalang kon dituraskan.
Hasil turasan dituangkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.
6. Hasil turasan disulingkan dengan menggunakan susunan radas seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1(b). Hasil sulingan dikumpulkan pada suhu kira-kira
78ºC.
7. Hasil sulingan tersebut diperiksa dari segi warna dan baunya.

Rajah 1(a): Penyediaan etanol secara teori Rajah 1(b): Susunan bahan dan radas untuk
penyulingan etanol secara teori
Rajah 1

3
Pemerhatian:

Gambar 1: Proses penurasan kandungan Gambar 2: Susunan bahan dan


glukosa, yis dan air suling radas untuk penyulingan etanol
dalam makmal

Keputusan:

I. Pemerhatian proses penapaian


Perubahan dalam kelalang kon 1. Buih- buih terbentuk.
2. Terdapat mendakan kuning.
Perubahan dalam tabung didih Air kapur menjadi keruh.

II. Pemerhatian hasil penyulingan berperingkat


Warna hasil sulingan MAKMAL SAINS TIADA AIR UNTUK
Bau hasil sulingan MENJALANKAN PENYULINGAN
BERPERINGKAT

Perbincangan:

Etanol boleh disediakan dalam makmal melalui penapaian. Yis digunakan


dalam proses penapaian untuk menukarkan karbohidrat kepada etanol dan karbon
dioksida. Hanya 5g yis digunakan kerana penambahan yis akan menambahkan lagi
proses pembuakan untuk berlaku. Air kapur digunakan kerana ia merupakan penguji
karbon dioksida. Hujung salur penghantar sentiasa direndam dalam air kapur.

4
Selepas 2 hari, air kapur kelihatan telah berubah dari jernih kepada keruh. Ini
menunjukkan bahawa karbon dioksida telah dihasilkan akibat pengoksidaan yis dan
glukosa. Hasil penapaian dihidu dan didapati ia berbau masam seperti cuka.

Seterusnya, hasil penapaian dituras dengan menggunakan corong turas dan


kertas turas. Kertas turas dilipat dengan sempurna sebanyak 4 kali lipatan untuk
mendapat hasil yang baik.

Etanol yang tulen seterusnya diasingkan dan ditulenkan daripada larutan


yang terhasil melalui proses penyulingan berperingkat. Proses ini melibatkan
pengasingan dua sebatian yang mempunyai takat didih yang berlainan. Susunan
bahan dan radas dipasang dengan berhati-hati kerana radas semua terdiri daripada
kaca yang mudah pecah.

Salur getah dipasang dengan betul pada condenser liebig iaitu bahagian
bawah bagi saluran air masuk dan di bahagian atas adalah laluan air keluar. Air
haruslah dipasang berterusan sepanjang eksperimen dijalankan untuk menyejukkan
wap air dan mengelakkanya terbebas keluar dan mengurangkan hasil etanol yang
dikumpul. Kondenser pula digunakan untuk menukarkan wap hasil peringkat kepada
cecair. Air yang dialirkan berterusan akan menyejukkan kondenser dan
menyebabkan proses kondensasi daripada wap air kepada cecair berlaku. Cecair
etanol yang terkondensasi akan dikumpulkan. (Eng Nguan Hong, 2004)

Walaubagaimanpun, oleh sebab makmal sains kita tiada air sepanjang


eksperimen ini dijalankan, justeru eksperimen hanya dapat dijalankan sehingga
langkah 5, iaitu hasil turasan dituangkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.
Pada langkah seterusnya iaitu proses penulingan tidak dapat dijalankan dengan
lancar kerana ketiadaaan air dalam makmal sains, Oleh itu, bahan dan radas bagi
proses penulingan hanya dapat dipasang dan diambil gambar sahaja.

Oleh sebab kami tidak dapat memperoleh etanol yang tulen daripada proses
penulingan akibat ketidakadaan air dalam makmal sains, justeru kami telah
mengambil etanol yang siap sedia untuk meneruskan eksperimen yang seterusnya,
iaitu mengkaji sifat-sifat kimia.

5
B. Mengkaji sifat-sifat kimia etanol
Objektif: Untuk mengkaji sifat-sifat kimia etanol.

B1. Pembakaran
Pernyataan Masalah: Adakah etanol boleh terbakar?

Objektif: Untuk mengkaji pembakaran etanol.

Hipotesis: Etanol mudah dibakar.

Prosedur:
1. 2 cm3 etanol dituangkan ke dalam sebuah mangkuk penyejat.
2. Sebatang kayu uji bernyala didekatkan kepada etanol supaya etanol terbakar.
3. Kebolehbakaran etanol, warna nyala, dan kejelagaan nyala diperhatikan.

Rajah 2: Pembakaran etanol secara teori

6
Pemerhatian:

Gambar 3: Pembakaran etanol dalam Gambar 4: Nyala biru etanol


makmal

Keputusan:

Ciri pembakaran Pemerhatian


Kebolehbakaran Mudah terbakar
Warna nyala Biru
Kejelagaan Tiada

Perbincangan:

Eksperimen ini dijalankan untuk mengkaji pembakaran etanol. Etanol


merupakan cecair yang mudah terbakar dalam udara untuk memberikan nyala biru
tanpa jelaga. Pembakaran etanol yang lengkap akan menghasilkan gas karbon
dioksida dan air.

C2H5OH(ce) + 3O2 (g) → 2CO2(g) + 3H2O(ce)

Oleh sebab pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba,


dibuktikan bahawa etanol juga merupakan satu bahan api yang baik.

7
B2. Pengoksidaan etanol
Pernyataan Masalah: Adakah etanol akan terdioksida?

Objektif: Untuk mengkaji pengoksidaan etanol.

Hipotesis: Etanol boleh dioksidakan kepada asid etanoik.

Prosedur:
1. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium dikromat (VI) berasid dimasukkan ke dalam
sebuah tabung didih.
2. 10 titis asid sulfurik pekat dititiskan dengan berhati-hati ke dalam tabung didih
tadi dengan menggunakan penitis.
3. 3 cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran dalam tabung didih itu.
4. Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 disediakan.
5. Campuran dalam tabung didih itu dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga
campuran mendidih.
6. Cecair yang disuling keluar dikumpulkan dalam sebuah tabung uji.
7. Hasil sulingan yang diperoleh diperhatikan dari segi rupa bentuk, warna, dan bau.
Hasil sulingan juga diuji dengan sehelai kertas litmus biru.

Rajah 3: Pengoksidaan etanol secara teori

8
Pemerhatian:

Gambar 5: Dapatan hasil sulingan Gambar 6: Ujian kertas litmus biru ke


atas hasil sulingan

Gambar 7: Susunan bahan dan radas untuk pengoksidaan


etanol dalam makmal

9
Keputusan:

Ciri hasil sulingan Pemerhatian


Rupa bentuk Cecair
Warna Tidak berwarna
Bau Masam seperti cuka
Kesan ke atas kertas litmus biru Kertas litmus berubah daripada biru
menjadi merah

Perbincangan:

Etanol dioksidakan kepada asid etanoik dengan memanaskannya dengan


agen pengoksidaan seperti larutan kalium dikromat (VI) K2Cr2O7 dan 10 titis asid
sulfurik. Larutan kalium dikromat (VI) berasid merupaka satu agen pengoksidaan
yang baik.

Asid etanoik, iaitu hasil sulingan merupakan cecair tidak berwarna yang
berbau masam. Asid etanoik menunjukkan sifat asid. Justeru, hasil sulingan ini dapat
menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah. Ion dikromat (VI) yang
berwarna jingga pula diturunkan oleh etanol kepada ion kromat (III) yang berwarna
hijau.

Selain itu, etanol juga dapat dioksidakan oleh larutan kalium manganat (VII)
berasid kepada asid etanoik. Warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid
akan dilunturkan. Hal ini kerana etanol telah menurunkan ion manganat (VII) kepada
ion manganat (II).

MnO4-(ak) →Mn2+(ak)

Justeru, etanol dioksidakan oleh larutan kalium dikromat (VI) kepada asid
etanoik.

10
Langkah Berjaga-jaga:

1. Pastikan larutan-larutan yang digunakan terutamanya asid tidak dikenakan pada


tangan dan membasuh tangan dengan segera sekiranya tersentuh dengan asid.

Langkah Keselamatan:

1. Pastikan bikar dan tabung-tabung didih yang diperbuat daripada kaca dikendalikan
dengan cermat untuk mengelakkan pecahan berlaku yang akan menyebabkan
kecederaan.
2. Pastikan sarung tangan dan topeng dipakai sepanjang eksperimen ini dijalankan.
3. Pastikan hanya menggunakan isipadu etanol yang sesuai semasa membakar etanol
untuk mengelakkan pembakaran makmal sains berlaku.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Etanol boleh dihasilkan melalui penapaian glukosa oleh yis.
Antara sifat kimia etanol termasuklah etanol mudah dibakar untuk menghasilkan karbon
dioksida dan air. Selain itu, etanol juga boleh dioksidakan kepada asid etanoik.

11

Anda mungkin juga menyukai