Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… salam sejahtera..

selamat pagi
saya ucapkan kepada yang diraikan hari ini, puan Kathleen anak sedin, selaku guru
penolong kanan kurikulum sk benawa, yang dihormati, en. Charles anak jalak, guru
besar sk benawa, puan aloha binti sulaiman, naib yang dipertua PIBG SK Benawa,
serta encik abdul karim bin pawere, guru penolong kanan hal ehwal murid , dan
juga puan darawati binti doli, guru penolong kanan ko-kurikulum, guru – guru dan
staf – staf SK Benawa, para ibu dan bapa yang dihormati, serta anak – anak murid
yang dikasihi sekalian. Molek juga saya mulakan ucapan ini dengan serangkap
pantun.

Anak cina bermain guli,


Guli disimpan di dalam loyang,
Sungguh meriah majlis ini,
Meraikan persaraan guru yang kita sayang..

Hadirin yang dikasih sekalian,


Terlebih dahulun saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis persaraan puan Kathleen yang mana saya
rasakan, inilah sambutan yang sangat meriah dan juga penuh gilang gemilang.
Sebagai penduduk kampung ini, buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini,
kita raikan seorang pendidik yang bakal bersara, dalam majlis yang gemilang ini.
Tak pernah lagi ada guru yang bersara di sekolah ini. Kalaulah ada, mungkinlah saya
terlepas pandang.
Tuan tuan dan puan puan serta anak murid yang dikasihi,
Jika diimbau kembali jasa dan pengorbanan puan katheen di sekolah ini, sungguh
tidak terkira ataupun tidak terhitung nilainya. Setakat yang saya kenal, puan
Kathleen sangat komited dalam kerjanya di sekolah ini. Buktiya, kita oleh lihat
apabila gred purata UPSR sekolah ini makin meningkat naik, tahun demi tahun
setelah beliau datang berbakti di sini. Mewakili penduduk kampung juga, saya
ucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada puan Kathleen yang
kita raikan ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Puan Kathleen bukan sahaja memberi sumbangan yang cemerlang kepada sekolah.
Tetapi , tidak kurang juga memberi sumbangan kepada komuniti kampung ini.
Banyak jasa dan bakti beliau curahkan. Boleh dikatakan, puan Kathleen ini seperti
orang Kampung Benawa juga. Iyalah, kampungnya juga bukanlah jauh dari sekolah
ini. Jadi, saya haraplah agar kemudian hari , janganlah lupa kepada warga SK
Benawa dan juga penduduk kampung disini. Kalau ada kelapangan, singgah –
singgahlah ke sini.
Sebelum saya mengundur diri di ruang ucap ini, saya dan juga penduduk –
penduduk kampung ini memohon beribu keampunan dan kemaafan jika kami ada
tersalah silap sepanjang puan Kathleen berada disini. Halalkanlah ilmu yang puan
Kathleen curahkan kepada anak anak kami disini.
Akhir kata , saya tamatkan ucapan ini juga dengan satu lagi pantun.

Layar nakhoda di sungai rejang,


Menaiki bahtera tiangnya tinggi;
Kalau ada umur yang Panjang,
Datang – datanglah jenguk kami disini.

Sekian , assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai