Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum w.b.

t
Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana dan
seterusnya hadirin sekalian.
“Isra’ dan mikraj tajuk pilihan”
27 Rejab tahun ke 11 kenabian

Rasulullah berduka
Abu Talib dan Khadijah telah tiada
Di Makkah dihina ke Taif dicerca
Itulah tahun dukacita

Lantas Allah menghiburkan baginda dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Isra’ ialah
perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di
Palestin pada waktu malam. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul
Muntaha.

َ ‫ِي أ َ ۡس َر َٰى بِعَ ۡب ِدِۦه لَ ۡي اٗل ِمنَ ۡٱل َم ۡس ِج ِد ۡٱل َح َر ِام إِلَى ۡٱل َم ۡس ِج ِد ۡٱۡل َ ۡق‬
‫صا‬ ٓ ‫س ۡب َٰ َحنَ ٱلَّذ‬
ُ
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa
Surah Al-isra ayat 1

Kawan-kawan,
Masjidil Aqsa kini menjadi rebutan.
Melihat penderitaan rakyat Syria, hati nurani kita menangis dan amat berdukacita. Dada
rasa bagai dihiris dan disiat-siat kepedihan. Kejam dan zalim. Kita juga dapat rasai bersama
kerana saban hari mereka ditindas oleh rejim Israel yang kejam.
Dibunuh setiap hari
Diseksa tiada henti
Pilu..rasanya dihati
Oleh yang demikian, ayuhlah kita hulurkan sumbangan ke Tabung Prihatin Syria untuk
meringankan beban mereka.
Kawan-kawan,

1
Sebelum Nabi memulakan perjalanan, Malaikat Jibril dan Mikail membelah dada baginda.
Dikeluarkan hati dibuang ‘alaqah. Kemudian dicuci dengan air zam-zam dan dimasukkan
hikmah lalu dijahit dan ditulis “ Khatimun Nubuwwah”.

َ‫ٱَّللِ َوخَات َ َم ٱلنَّبِيين‬ ُ ‫َّما َكانَ ُم َح َّمدٌ أ َ َبا ٓ أ َ َح ٖد ِمن ِر َجا ِل ُك ۡم َو َٰلَ ِكن َّر‬
َّ ‫سو َل‬
Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia
adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.
Surah Al- Ahzab ayat 40.

Buraq diutus jadi tunggangan


Sepantas kilat sejauh pandangan
Jibril dan Mikail iringi junjungan
Penghormatan ini amat menakjubkan.

Tahukah kawan-kawan,
Allah itu Maha berkuasa lagi maha pencipta.
Baru-baru ini terdapat pelbagai jenis kenderaan yang dicipta oleh manusia seperti Perodua
Aruz dan Proton x70. Namun kawan-kawan, terciptanya dua kenderaan yang dianggap serba
canggih itu masih tidak dapat menandingi ciptaan yang maha kuasa.

Kawan-kawan,

2
Semasa Isra’, pelbagai balasan baik dan buruk diperlihatkan kepada rasul junjungan .
Antaranya….

Harum semerbak kubur Masyitah,


Ganjaran mulia pertahankan akidah,
Petani menanam terus berbuah,
Tafsiran berjihad fisabilillah.

Memecahkan kepala amat mengerikan


Akibat tinggalkan solat yang difardhukan
Daging yang busuk menjadi makanan
Orang berzina dihukum sedemikian.

ٓ
ُ ‫ٱستَ ۡكبَ ُرواْ َع ۡن َها ٓ أ ُ ْو َٰلَ ِئ َك أَصۡ َٰ َح‬
ِ ِۖ َّ‫ب ٱلن‬
‫ار‬ ۡ ‫َوٱلَّذِينَ َكذَّبُواْ ِبئا َ َٰ َيتِنَا َو‬

Dan mereka yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapNya,
mereka itu penghuni neraka.
Surah Al- A’raf ayat 36

Ya kawan-kawan,
Jauhilah perbuatan yang zalim kerana ia dibenci Ilahi.
Pada 12 september 2018 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita dua orang lelaki bertindak kejam
menyumbat seekor kucing betina ke dalam mesin pengering pakaian. Lebih menyedihkan lagi kucing
tersebut sedang bunting.
Ingatlah kawan-kawan, azab dan siksaan ilahi pedih sekali.

Kawan-kawan,
Semasa Mikraj pula…..

3
7 lapisan langit nabi lewati,
Rasul-rasul terdahulu baginda temui,
Indahnya syurga tidak terperi,
Begitu agung kuasa Ilahi.

Perintah Agung Allah berikan


Ibadah solat jadi kewajipan

ٓ ‫صلَ َٰوة َ ِلذ ِۡك ِر‬


١٤ ‫ي‬ َّ ‫َوأَقِ ِم ٱل‬
Dan dirikanlah solat untuk mengingatku.
Surah Toha ayat 14

Meskipun 50 waktu dikurangkan menjadi 5, namun ganjarannya tetap sama.

Ya kawan-kawan,
Solat itu tiang agama,
Pelaksanaan Kem Bestari Solat yang dijalankan di semua sekolah merupakan satu usaha
yang sangat murni. Ayuh kawan-kawan, tunaikanlah solat dengan sempurna dalam
kehidupan walau di mana kita berada.

Bak kata pepatah :

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa


buah.
‫ار‬
ٍ ‫َِل ا‬
‫ثم‬ ‫ِ با‬ ‫االشَّج‬
‫ار‬ ‫ال‬
‫ٍ ك‬ ‫ام‬ ‫ُ با‬
‫َِل ع‬ ْ‫الع‬
‫ِلم‬

Kawan-kawan,
Setelah mendapat perintah solat

4
Turunlah nabi penuh semangat

Rupa-rupanya… pelbagai tohmahan yang nabi terima


Ada suara yang berkata..
“Mana mungkin Muhammad ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam? Kemudian naik
semula ke langit. Muhammad ini benar-benar gila agaknya!”

Setiap tohmahan sabar diterima


Bersama Abu Bakar membawa berita
Setia bersama suka dan duka
Menjadi teman sepanjang masa

ٓ َٰ ‫ت َر ِب ِه ۡٱل ُك ۡب َر‬
١٨ ‫ى‬ ِ ‫لَقَ ۡد َرأ َ َٰى ِم ۡن َءا َٰ َي‬
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang
paling besar.
Surah An-Najm ayat 18
Ya kawan-kawan,
Contohilah kesetiaan Abu Bakar sehingga digelar “As-Siddiq”
Hari ini, Semangat pemerintahan negara oleh Perdana Menteri kita , Tun Dr. Mahathir b.
Mohamad yang tinggi walaupun menjangkau usia 94 tahun haruslah menjadi contoh buat
anak-anak remaja zaman sekarang.
Ingatlah kawa-kawan, setia dan taat kepada pemimpin Negara juga menjadi tuntutan agama.

Begitulah kawan-kawan, kisah Isra’ dak Mikraj Nabi junjungan.

Hayatilah-hayatilah kisah Al-quran


Jadilah hamba Allah yang beriman…

Sekian, wabillah hitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

5
TAJUK CERITA:
ISRA’ DAN MIKRAJ

NO. GILIRAN :
1

Anda mungkin juga menyukai