Anda di halaman 1dari 4

Kasi Arunachalam Chettiar

c/o C-13-11, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Fax: +6 03-2181 4270
17 April 2019
SURAT TERBUKA
YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya

YAB Tun,
Per: Keadilan untuk anak saya, peguam Arun Kasi
Keengganan Mahkamah Persekutuan untuk melepaskan rakaman CRT mahkamah
terbuka dalam kes penghinaan mahkamah
Rakaman CRT diberikan kepada anak saya dan dimainkan di dalam Parlimen
Permohonan Mahkamah Persekutuan No. 08(i)-394-07/2018(W)

1. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia yang berumur 78 tahun dan ayah
kepada seorang peguam yang bernama Arun Kasi.

2. Berhubung dengan badan kehakiman negara, ia bukan lagi merupakan satu rahsia
bahawa kerajaan telah membuat pelbagai aduan terhadap badan kehakiman di bawah
syarat-syarat yang telah diletakkan oleh kerajaan yang terdahulu. Ia adalah merupakan
salah satu manifesto PH, walaupun sebelum berkuasa, “untuk mengembalikan
kepercayaan orang awam terhadap kehakiman dan institusi perundangan.” Media-
media telah dipenuhi dengan artikel-artikel yang mengkritik dan mengutuk badan
kehakiman. Pelbagai aduan kepada pihak polis dan SPRM telah dibuat berkenaan
dengan dakwaan salah laku kehakiman dan mereka sedang menjalankan siasatan,
seperti mana yang dilaporkan di media. Mantan Ketua Hakim Negara telah
mengumumkan secara terbuka mengenai siasatan dalaman ke atas dakwaan salah laku
kehakiman. Satu saman telah difailkan terhadap mantan Ketua Hakim Negara atas
kegagalan untuk mempertahankan badan kehakiman. Majlis Peguam Malaysia telah
membuat permintaan sebanyak 4 kali, untuk RCI ditubuhkan. Hakim Hamid Sultan telah
mengikrarkan di dalam afidavitnya (“Afidavit”) membongkar pelbagai dakwaan salah
laku kehakiman. Kemudiannya, atas pendedahan daripada Afidavit ini, pihak kerajaan
telah mengumumkan RCI untuk ditubuhkan.

3. Peguam Negara sendiri telah secara jelas telah mengejutkan seluruh badan kehakiman
dalam ucapan beraninya di Pembukaan Tahun Undang-Undang (“Ucapan”) pada bulan
Januari 2019 dalam kehadiran hakim-hakim, termasuklah mantan Ketua Hakim Negara,
peguam-peguam dan sebagainya, yang mana beliau telah secara jelas mengatakan:

The administration of justice has not been immune from the cancer of
corruption which spread in the conditions created by the former government.
The scandals that involved judges, lawyers, prosecutors and litigants for at
least 3 decades since the judicial crisis of 1988 are too well known…

4. Dalam perkara ini, anak saya telah membuat kritikan ats keputusan Mahkamah
Persekutuan di dalam kes PCP Construction v Leap Modulation, Pencelah AIAC
(“Keputusan yang dipersoalkan”) dan dakwaan penyelewengan itu telah dilaporkan
kepada SPRM, yang mana telah dilaporkan di media. Anak saya tidak mempunyai apa-
apa kepentingan sendiri di dalam kes itu. Dia bukanlah pihak mahupun peguam di
dalam kes itu.
5. Peguam Negara telah membuat tuntutan, yang mana tuntutan itu bercanggah dengan
kepercayaannya seperti mana yang diutarakan di dalam ucapannya, bahawa anak saya
telah membuat sindiran (insinuate) bahawa hakim-hakim yang terlibat di dalam kes itu
sebagai corrupt dan telah menamakan (cited) anak saya atas dasar penghinaan dan
memohon supaya dia dimasukkan ke penjara. Sekiranya Peguam Negara percaya
bahawa mana-mana individu telah membuat penghinaan terhadap mahkamah, beliau
sepatutnya memulakan dengan dirinya sendiri yang telah membuat ucapan itu secara
jelas. Adakah dia tidak menaklukkan peraturan-peraturan perundangan (the rule of law)
kepada dirinya sendiri?

6. Bentuk penghinaan ini, yang di panggil sebagai “scandalising the court” telahpun
lapuk dan bahkan dimansuhkan dalam negara-negara yang bertamadun atas dasar
percanggahan kepada idea kebebasan bersuara. Di UK, bentuk penghinaan ini telah
dimansuhkan melalui s. 33 Crime and Courts Act 2013.

7. Sebelum pihak media membuat liputan mengenai kritikan anak saya, keputusan yang
dipersoalkan itu telah menerima kritikan-kritikan di dalam Afidavit Hakim Hamid Sultan
dan berkemungkinan untuk menjadi perkara pokok penubuhan RCI. Adakah peguam
negara mendahului RCI dengan prosiding penghinaan ini?

8. Pihak Kerajaan telah mengumumkan RCI berdasarkan Afidavit itu dan telah meminta
AG untuk membuat draft terma-terma rujukan. Walau bagaimanapun, Peguam Negara
telah membuat permohonan untuk membatalkan (expunge) Afidavit itu. Peguam
Negara, pada hari pendengaran kes komital anak saya, telah menggambarkan Afidavit
itu sebagai “notorious”. Majlis Peguam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan di
atas kelewatan penubuhan RCI lebih daripada 50 hari kerana penubuhan RCI tidak
pernah mengambil masa lebih daripada tempoh tersebut. Adakah Peguam Negara
bertindak di atas permainannya sendiri yang mana bercanggah dengan arahan pihak
kerajaan?

9. Percanggahan pendirian yang telah diambil oleh Peguam Negara adalah sesuatu
perkara yang harus YAB Tun jalankan siasatan atas dasar kepentingan negara.

10. Peguam Negara telah menjalankan prosiding komital/penghinaan itu dengan cara yang
memberikan tekanan masa kepada anak saya sehinggakan dia tidak mendapat peluang
yang adil untuk mempertahankan dirinya.

11. Peguam Negara telah memfailkan permohonan kebenaran daripada mahkamah pada
26 Februari 2019 pada pukul 6.39 petang. Kebenaran ini telah diperolehi oleh Peguam
Negara dalam kadar yang cepat yang mana permohonan kebenaran itu telah didengar
secara ex parte keesokan paginya. Tiada suatu perakuan segera ataupun apa-apa
bentuk permohonan bertulis yang boleh dikesan daripada rekod-rekod tersedia secara
terbuka sistem e-filing (publicly available e-filing system records). Peguam Negara mesti
menerangkan bagaimana dia mendapatkan tarikh tersebut?

12. Peguam Negara kemudiannya telah menyampaikan kertas-kertas kausa kepada anak
saya pada 1 Mac 2019. Anak saya telah membuat permohonan untuk mengenepikan
kebenaran itu pada 7 Mac 2019, yang mana tarikh pendengaran permohonan anak saya
telah ditetapkan agak singkat iaitu pada 13 Mac 2019. Anak saya telah memohon untuk
penangguhan pendengaran itu agar dia dapat membuat persediaan yang sempurna
untuk hujahannya. Walau bagaimanapun, Peguam Negara telah enggan untuk
menyokong permohonan penangguhan itu, menyebabkannya tidak dibenarkan oleh
Mahkamah. Mahkamah telah mendengar dan menolak permohonan itu pada 13 Mac
2019, dan secara cepat menetapkan pendengaran bagi Permohonan Substantif
Peguam Negara untuk mengkomit anak saya pada tarikh 28 Mac 2019.
13. Seterusnya, anak saya telah membuat permohonan untuk membuat pemeriksaan balas
ke atas Peguam Negara pada 20 Mac 2019 yang mana permohonan ini juga telah
secara cepat ditetapkan untuk pendengaran pada 28 Mac 2019.

14. Pada 28 Mac 2019, satu-satunya anak perempuan kepada anak saya yang berumur 15
tahun telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius. Dia telah dihospitalkan
semenjak 12 Mac 2019. Dia mengalami keadaan yang mengancam kesihatannya
semenjak Januari 2019 dan telah berulang kali dimasukkan ke hospital semenjak itu.
Permohonan anak saya untuk menangguhkan pendengaran atas dasar ini, yang mana
telah mengganggu keupayaannya untuk membuat persediaan pembelaan yang
sebaiknya, yang mana pada hari pendengaran pada tarikh 28 Mac 2019 telah ditentang
dengan bersungguh-sungguh oleh Peguam Negara dan Mahkamah telah menolak
permohonan itu.

15. Permohonan anak saya untuk menjalankan pemeriksaan balas ke atas Peguam Negara
telah didengar dan ditolak pada 28 Mac 2019. Kemudiannya Permohonan Substantif
Peguam Negara untuk mengkomit anak saya telah didengar. Anak saya telah
memberikan keterangan secara lisan. Malaysiakini telah melaporkan bahawa anak saya
“was booted from the witness stand” semasa memberikan keterangannya. Peguam
Negara, yang mengatakan dirinya sebagai “fountain of justice” tidak mengambil apa-
apa usaha untuk menangani situasi itu.

16. Dalam masa 28 hari, daripada 1 Mac 2019 sehinggalah 28 Mac 2019, 2 permohonan
interlokutori anak saya telah didengar dan ditolak dan permohonan substantif peguam
negara untuk mengkomit telah didengar dan tarikh keputusan telah ditetapkan pada 23
April 2019. Tidak ada peguam yang akan menerima kes itu dan untuk berhujah dengan
betul dalam jangka masa yang singkat yang mana Peguam Negara telah mendapatkan
tarikh pendengaran, lebih-lebih lagi kes ini telah di bawa kepada Mahkamah yang
tertinggi di peringkat permulaan.

17. Malah seorang pembunuh, perompak atau perogol sekalipun akan diberikan peluang
yang saksama untuk mempertahankan dan masa yang wajar untuk peguam membuat
persiapan, tetapi Peguam Negara tidak membenarkan peluang itu kepada anak saya.

18. Peguan Negara telah memulakan prosiding penghinaan terus kepada Mahkamah
Persekutuan, menafikan hak anak saya untuk membuat rayuan. Peguan Negara telah
mengikrarkan dalam Afidavitnya dan secara persendirian menjalankan pendengaran itu,
tetapi tanpa memastikan peluang yang saksama diberikan kepada anak saya untuk
mempertahankan dirinya.

19. Amalan undang-undang anak saya telah diganggu secara mengejut dengan tingkah
laku Peguam Negara dan hampir selesai, dengan klien-klien mengambil fail-fail di
Mahkamah Persekutuan dan mahkamah-mahkamah lain. Prosiding itu juga telah
merosakkan keseluruhan keluarga anak saya, terutamanya akademik anak tunggal
kepada anak saya yang sedang mengikuti kursus perundangan di umur 15 tahun.

20. Peguam Negara telah meletakkan dirinya dalam konflik dalam usahanya untuk
mendakwa anak saya. Perihal pokok kiritkan anak saya melibakan AIAC, institusi yang
terletak di bawah skop Peguam Negara. Peguam Negara telah melantik pengarah
semasa AIAC dengan memberikan sokongan kepada pengarah itu. Sebelum lantikan
sebagai pengarah institusi itu, pengarah tersebut merupakan peguam yang telah
menggerakkan mahkamah untuk keputusan yang dipersoalkan itu. Bekas pengarah
institusi itu telah mengikrarkan di dalam afidavitnya yang menyatakan hubungan
persahabatan yang rapat antara Peguam Negara dan pengarah semasa institusi itu,
yang dahulunya merupakan salah seorang rakan kongsi di dalam firma guaman
Peguam Negara selama 18 tahun.

21. Dalam semua keadaan ini, anak saya telah meminta daripada mahkamah rakaman CRT
prosiding, melalui 6 surat dalam tempoh 3 minggu, supaya dia boleh membuat
permohonan untuk semakan ke atas keputusan-keputusan interlokutori. Walau
bagaimanapun, Mahkamah enggan untuk memberikannya tanyamenyatakan sebab.
Saya percaya tiada konsep kerahsiaan di dalam prosiding mahkamah terbuka. Saya
juga percaya bahawa prosiding komital/penghinaan layak untuk mendapat tahap
ketelusan yang tertinggi kerana mahkamah dalam kes ini dikatakan mangsa dan juga
hakim untuk sebabnya sendiri (victim and judge of its own cause).

22. Peguam Negara telah mendapatkan dan mengeksibitkan di dalam afidavitnya nota-nota
prosiding bagi pendengaran pada waktu keputusan yang dipersoalkan itu dibuat tanpa
sebarang surat permohonan daripada pihak beliau yang ditunjukkan daripada rekod-
rekod sistem e-filing. Peguam Negara mesti menjelaskan bagaimana beliau
mendapatkan nota-nota itu?

23. Saya mahu Parlimen untuk menonton rakaman CRT itu untuk melihat bagaimana
Peguam Negara menjalankan prosiding itu dan mengaplikasikan undang-undang
perundangan.

24. Dengan penuh hormat kepada Mahkamah, saya secara rendah diri memanggil YAB Tun
sekarang untuk mengarahkan Peguam Negara untuk meminta daripada Mahkamah
rakaman CRT dan menyerahkannya kepada anak saya untuk membolehkan dirinya
membuat permohonan semakan.

25. Sekiranya itu tidak berlaku, saya tidak ada laternatif lain tetapi untuk berpuasa selama
satu hari di hadapan Parlimen sehinggalah rakaman CRT diberikan kepada anak saya,
dengan keizinan daripada Yang Berhormat Pengerusi.

26. Saya mempunyai kepercayaan penuh kepada Tuhan dan YAB Tun dan keadilan akan
menang.

Terima kasih, Tun

Yang benar,

Kasi Arunachalam Chettiar

Salinan kepada: (1) Yang Berhormat Pengerusi Dewan Rakyat, Parlimen


(2) Yang berhormat Presiden Mahkamah Persekutuan Malaysia
(bertindak sebagai Ketua Hakim Negara)
(3) Yang Berhormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian
Undang-Undang)
(4) Yang Berhormat Pengerusi, SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia)
(5) Presiden, Majlis Peguam

Ini adalah terjemahan versi asal surat ini yang dalam Bahasa Inggeris terdapat di
https://www.scribd.com/document/406683148/Arun-Father-Ltr-to-PM-17-04-2019. Sekiranya terdapat percanggahan di antara
versi ini dan versi Inggeris, versi Inggeris akan terpakai.

Anda mungkin juga menyukai