Anda di halaman 1dari 3

Mufti Perlis, Dr Asri menyebut “Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan,

hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih


keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan
untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).
Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke
atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam
ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,
dinilai hasan oleh al-Albani)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebahagian daripada
keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. Hadis ini Hadis Hasan,
diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Syed Qutb (1984) dalam penulisannya menggariskan bahawa penyerahan diri sepenuhnya

kepada Allah adalah pengabdian yang tidak kepada sesama hamba Allah, malah berusaha

memandu manusia supaya patuh kepada Allah SWT dalam urusan peraturan hidup dan

pemerintahan serta nilai-nilai dan kebudayaan. Umumnya inilah tujuan pengutusan Nabi

Muhammad SAW, iaitu untuk mengubah system dan cara hidup masyarakat jahiliyyah di

Makkah, firman Allah SWT :

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi

rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya, 21: 107).

Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang
berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas dasar asabiah.
Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah
wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kamu membantu saudaramu di atas landasan kezaliman
(Muhammad Syams, 1990: 17–20).

Imam Ja’far al-Sadiq (a) meriwayatkan bahawa Nabi (saaw) berkata: "Sesiapa yang di dalam hatinya
terdapat 'asabiyyah (memberatkan dalam apa bentuk jua seperti cinta kepada puaknya, cinta kepada
kaumnya atau cinta kepada bangsanya) walaupun sebesar biji sawi, Allah akan menghidupkan ia semula
pada Hari Kebangkitan sebagai sebahagian daripada orang-orang Badawi dari zaman Jahiliyyah (era
sebelum Islam).” [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyah, ms. 308, hadis # 3]
Nabi (saaw) berkata: "Orang yang menyeru kepada ‘asabiyyah adalah bukan daripada kami, orang yang
berjuang demi ‘asabiyyah adalah bukan daripada kami, dan orang yang mati atas ‘asabiyyah adalah
bukan daripada kami.” [Mizan al Hikmah, hadith # 13035]

Imam ‘Ali bin al-Husayn (as) telah ditanyai berkenaan ‘asabiyyah. Beliau (as) menjawab: “ ‘Asabiyyah
yang menyebabkan seseorang itu berdosa ialah apabila ia menganggap perbuatan-perbuatan yang
paling buruk bangsa (atau kaum)- nya sebagai lebih baik daripada perbuatan-perbuatan terbaik yang
dilakukan oleh bangsa (atau kaum) pihak lawannya. Adalah tidak menjadi ‘asabiyyah untuk mencintai
bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, jika seseorang itu membantu bangsanya dalam melakukan
kezaliman maka ia adalah ‘asabiyyah.” [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyyah, ms. 308, hadis # 7]

Imam al-Sadiq (as) diriwayatkan berkata: "Sesiapa sahaja yang mengamalkan `asabiyyah (terhadap
seseorang yang lain), Allah akan menyelubungi tubuhnya (`asabahu) dengan suatu lapisan (`isabah)
daripada api." [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, bab al‘asabiyyah, ms. 308, hadis # 4]

Imam al-Sadiq (as) telah meriwayatkan bahawa Nabi (saaw) telah berkata: "Seseorang yang telah
melaksanakan `asabiyyah atau seseorang yang bagi pihaknya ia (`asabiyyah) telah dilaksanakan, ikatan
iman lalu ditanggalkan dari mengelilingi lehernya." [Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyyah, ms. 308,
hadis # 2].

Iaitu, iman seseorang itu tarikbalik darinya dan dikeluarkan daripada golongan orang-orang beriman di
sisi Allah. Seseorang yang mendapat faedah daripada `asabiyyah juga adalah termasuk dalam apa yang
dimaksudkan oleh hadis ini akibat daripada ikutannya terhadap perbuatan orang yang melakukan
`asabiyyah bagi pihaknya dan maka adalah menjadi kongsinya bersama-sama atas faedah yang didapati
itu. ‘Asabiyyah terhadap suatu bangsa atau kumpulan akan membawa kepada keruntuhan moral seperti
mengumpat dan memfitnah, serta jenayah buruk seperti penindasan, pembunuhan, pembunuhan
beramai-ramai dan seumpamanya

Wahai umat manusia! Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di
kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa… (Qur'an, 49:13)
MODEL PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN IBN KHALDUN

Rajah 1 : Model Perpaduan Dalam Kepelbagaian Ibnu Khaldun (Rosfazila 2016)

Model Perpaduan Dalam Kepelbagaian Ibn Khaldun mempunyai ciri-ciri seperti ukhwah,

nubuwwah daawat al-haq, al-muluk, solidariti dan ma’unah yang membawa kepada

kekuatan tamadun dan masyarakat. (Rosfazila 2016).

Dasar ini merupakan dasar yg paling penting dlm penggubalan piagam madinah. Pembentukan ummah
suatu yg amat baharu dlm dunia politik di semenanjung tanah arab pada masa itu. Rasulullah yg
membawa kaumnya berpindah drp slogan qabilah (suku kaum) kepada slogan ummah. Ummah yg
dimaksudkan tidaklah dianggotai oleh org mukmin semata=mata, akan tetapi terdapat juga bersama
mereka orang-orang yahudi yg tinggal di Madinah. Ini jelas disebut dlm piagam bahawa mereka itu
adalah satu umat. Sebab itulah fasal dalam piagam Madinahyg menyebut “Bahawa orang-orang Yahudi
yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dari pimpinan dgn tidak dizalimi, dan tidak ada
paksaan terhadap mereka. Hukum ini diterangkan dlm fasal 25 dan fasal-fasal yang berkutnya iaitu
“Bahawa kaum yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin…” Ini
menunjukkan persamaan agama bukan menjadi syarat untuk menganggotai piagam itu.

Anda mungkin juga menyukai