Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

Nama Program
“ KECERIAAN SEKOLAH BERSAMA MEMBASMI NYAMUK AEDES”

Tema Program
“ SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

KELAB DOKTOR MUDA


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KIARA

Dengan Kerjasama

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG
“SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan
matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang


perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui
pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,


kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu
aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Majlis Perbandaran Sungai Petani bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan
pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah.

Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni


dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan
kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes .
Adalah menjadi harapan agar murid , guru serta warga SK Bukit Kiara akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan
pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia
selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Program ini diharap dapat
mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang
lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama
yang diberikan oleh warga SK Bukit Kiara serta kepimpinan Guru Besar akan
membuahkan hasil yang diharapkan.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti
yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran
kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap
kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan
memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran
kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada
dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat
pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di
sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri .
Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti
harian yang lain.

2.0Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran


sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap
semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan
semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada
di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba
ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk
memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih
selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak
sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk
menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti
dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program

“ KECERIAAN SEKOLAH BERSAMA MEMBASMI NYAMUK AEDES”

4.0 Tema Program

“ SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA”

5.0 Matlamat

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar


kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan , membasmi pembiakan nyamuk
serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan
amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang
mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah
berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini
mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang
memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah
untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan
keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang
selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

6. 0 Objektif

Objektif program ini adalah:

i.Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah
penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah
yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii.Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimum.

iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara murid

, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang


berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan
sekolah.
v.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan

vi.Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan


keberkesanan aktiviti.
7.0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program

BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN

1 Penyediaan kertas kerja program : Setiausaha


- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan Program

persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan


program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.

2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha


Program

Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-


3 kerja asas Setiausaha
program : Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha


Program

Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan


5 mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan. Setiausaha
Program

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat


6 pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi Setiausaha
(kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat ) Program

Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-


7 peralatan yang perlu digunakan untuk gotong royong AJK Peralatan

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan

Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian AJK Persiapan


10 dan Tempat
Pelancaran.

11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan


peserta.

8.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda SK Bukit Kiara dengan kerjasama
Kemeterian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Sungai Petani.

9.0 CADANGAN TARIKH

10 Mei 2014 ( Sabtu )

10.0TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Sungai Petani , Kedah.


11.0 FOKUS KAWASAN

Kawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah,
bilik-bilik khas seperi pusat sumber , makmal sains, pondok bacaan, kantin dan
kawasan riadah / wakaf / rehat sekitar sekolah. Matlamatnya supaya kawasan ini
lebih bersih, indah dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta
warga sekolah dan kawasan-kawasan pembiakan nyamuk.

i. Kawasan Rehat / Wakaf / Riadah perlu diceriakan dengan :

Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.

`` Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat


tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh
menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti
terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat
dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria,
menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.

ii.Kawasan Sekitar Sekolah perlu juga diceriakan untuk :

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar

Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebut

Menanam pokok sebagai teduhan


Kawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan. Kawasan
tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan
juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Murid Kelab Doktor Muda SK Bukit Kiara , Sungai Petani dan guru Kelab Doktor
Muda.

12.0 Carta Organisasi Kelab Doktor Muda


Organisasi pelaksanaan program Kelab Doktor Muda

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Pn Hjh Azizah Bt Abd Aziz (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi
Pn Hjh Azizah Bt Ahmad (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi I
Pn Nuraizi Bt Amran (Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi II
En Khilmi B Ibrahim (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi III


En Mohamad Tarmizi B M Yusoff (Guru Penolong Kanan Petang)

Ahli Jawatankuasa
Tn Hj Basir Bin Shuib
Pn Anirah Binti Abd Mutalib
Pn Sufizah Binti Kadir
En Mohd HilmanFaiz Bin Harun
13.0 Tentatif Program

1.Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

2.Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara.

3.Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-


tempat yang telah ditetapkan

4.Aktiviti- aktiviti :

Meletakkan “pavement” di tempat-tempat yang tertentu. Menyediakan tong sampah


kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Menghias kelas dan bilik-bilik khas

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Meletakkan buku-buku bacaan di pondok/ wakaf bacaan.

Mencari dan Menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk.

14.0Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang
dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan
untuk aktiviti ini :

RM300 – Makanan untuk murid dan hadiah untuk murid


15.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong ini akan dapat menghasilkan satu
kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat
murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat
pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin
kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat
setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat
menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan
pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling
bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua
pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam
menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik
ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

………………………………………….

( )
Setiausaha Program
SK BUKIT KIARA , SUNGAI PETANI ,
KEDAH DARUL AMAN.

Anda mungkin juga menyukai