Anda di halaman 1dari 1

5.

0 Justifikasi Projek

5.1 Cara hidup moden menyebabkan bilangan kanak-kanak obesiti meningkat di


Malaysia.

a. Kos hidup di bandar yang tinggi kini menyebabkan kedua-dua ibu bapa dalam
satu keluarga berkerja di luar untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Hal ini
menyebabkan ibu dalam keluarga itu tidak mempunyai masa untuk menyediakan
sajian yang berkhasiat bagi kanak-kanak dan mereka terpaksa mendapatkan
makanan yang banyak mengandungi garam dan gula dari premis luar. Di samping
itu, ibu bapa tidak ada masa untuk mengawasi makanan yang diambil oleh
kanak-kanak. Kanak-kanak hanya mengambil makanan berdasarkan kegemaran
tetapi bukan mengikut keperluar khasiat.

b. Cara hidup kanak-kanak sekarang yang sering tidur pada lewat malam bermain
gajet eletronik juga menggalakkan mereka mengambil makanan pada waktu lewat
malam. Mereka yang berasa lapar pada waktu lewat malam akan mendapatkan
makanan dari premis makanan segera yang beroperasi 24 jam, makanan segera
ialah makanan yang tinggi nilai kalori. Lemak yang berlebihan dalam tubuh
badan mereka menjejaskan kesihatan dan keterampilan mereka.