Anda di halaman 1dari 1

STESEN 1

SATU SET KAD BERNOMBOR 2,3,4,9,25,27,29,36 BERADA DI ATAS MEJA. SATU


KAD DIPILIH SECARA RAWAK. CARI KEBARANGKALIAN BAHAWA SATU
KAD KUASA DUA SEMPURNA DIPILIH.

STESEN 2

SEBUAH KOTAK MENGANDUNGI 5 BATANG PENSEL BERWARNA BIRU DAN 6


BATANG PENSEL BERWARNA MERAH. SATU BATANG PENSEL DIPILIH
SECARA RAWAK. CARI KEBARANGKALIAN BAHAWA PENSEL BERWARNA
BIRU DIPILIH.

JIKA 3 BATANG PENSEL BERWARNA BIRU DAN 2 BATANG PENSEL


BERWARNA MERAH DIMASUKKAN KE DALAM KOTAK, CARI
KEBARANGKALIAN BAHAWA SEBATANG PENSEL BERWARNA MERAH
DIPILIH.

STESEN 3

TERDAPAT BEBERAPA BATANG AISKRIM YANG BERWARNA DI ATAS MEJA. 7


BERWARNA UNGU, 5 BERWARNA OREN DAN 4 BERWARNA HIJAU. SATU
BATANG AISKRIM DIPILIH SECARA RAWAK, CARI KEBARANGKALIAN SATU
BATANG AISKRIM BERWARNA HIJAU DIPILIH.

JIKA 2 BATANG AISKRIM BERWARNA HIJAU DAN 2 BATANG AISKRIM


BERWARNA UNGU DIKELUARKAN, CARI KEBARANGKALIAN BAHAWA
SEBATANG AISKRIM BERWARNA OREN DIPILIH.

STESEN 4

BEBERAPA KLIP KERTAS BERADA DI DALAM BEKAS. 7 BERWARNA HIJAU, 8


BERWARNA KUNING DAN 5 BERWARNA MERAH. CARI KEBARANGKALIAN
KLIP KERTAS BERWARNA MERAH DIPILIH.

JIKA 3 KLIP KERTAS BERWARNA KUNING DIKELUARKAN DAN 4 KLIP


KERTAS HIJAU DITAMBAH, CARI KEBARANGKALIAN BAHAWA KLIP KERTAS
KUNING DIPILIH.