Anda di halaman 1dari 1

NUR ATIQAH BINTI HAMDAN (043091)

ISM USULUDDIN SEM 6

MABAHITH Al GHAIBIYYAH (USI30903)

MUKA SURAT 150

Daripada tanda-tanda kiamat dan tanda yang muncul hari ini dalam masyarakat Islam dan ini
membenarkan pengutusan Rasulullah s.a.w.

13. Pelbagai Pembohongan Dan Penyembunyian Kebenaran Dan Kesaksian Palsu

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi amaran kepada kita bahawa berbohong di
antara manusia akan meletus di akhir zaman.. Kita semua tahu bahawa Rasulullah menafikan
mukmin akan sifat berbohong, dan telah bersabda Rasulullah s.a.w ((Mukmin tidak menipu)).
Oleh kerana itu, tanda kebohongan adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat.

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w ((Muncul di akhir zaman
akan para pendusta membawa berita kepada kalian tidak pernah mendengarnya dan datuk
nenek moyang kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka nescaya mereka
tidak mampu menyesatkan dan mendatangkan kerosakan pada kalian.))

Dari Jabir bin Samurah r.a. berkata, Nabi s.a.w bersabda: ((Sebelum kiamat akan muncul para
pendusta, maka waspadailah mereka))

Di dalam masyarakat kita hari ini, tidak ada yang menafikan penyebaran kebohongan dan ia
sentiasa malar dan dekat dengan tanda-tanda besar dan terjadinya kiamat.

Mengenai penyembunyian kebenaran dan kesaksian palsu bahawa Allah telah memberi amaran
yang paling keras dalam ayat al-Quran:

Maksudnya: Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri
tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila bertembung dengan
sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri.

Surah al-Furqan 25: 72

Ia juga akan tersebar di dalam masyarakat, yang merupakan tanda-tanda kiamat kerana saksi
dusta dan pnyembunyian kebenaran dan kesaksian palsu adalah daripada dosa besar, kerana
kehilangan hak-hak material dan moral di kalangan manusia.