Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

YANG BERBAHAGIA EN SAMSUL BAHRI BIN ISMAIL


KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
MELAYU (IPGKBM)

----------------------------------------------------------------------------------

KEMPEN PELANCARAN SAYANGI KOLEJKU


2019

Hari:ISNIN

Tarikh: 5 April 2019

Masa: 2.30 – 5 . 3 0 petang


Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM.
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengacara Majlis.

SALUTASI

Yang Berbahagia Dr. Mohamad Isa bin Azis, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Yang Berusaha, Ketua Jabatan, Ketua Unit

Yang dihormati, para pensyarah, staf-staf sokongan, seterusnya para


pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk mendengar
penerangan tentang Program Sayangi Kolejku. Terlebih dahulu
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Biro Kolej
Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020, unit
pengurusan kolej IPGKBM serta Hal Ehwal Pelajar IPGKBM atas
kesungguhan untuk menjayakan program sebegini.

Hadirin sekalian,

Tujuan utama Program Sayangi Kolejku ini dilaksanakan adalah


untuk memberikan kesedaran tentang kebersihan dan keceriaan kolej
serta memastikan penghuni kolej berada dalam keadaan selesa. Apabila
kebersihan dijaga, maka suasana kondusif dan harmoni dapat
diwujudkan dalam kalangan guru pelatih. Sudah tentu keadaan ini akan
membantu penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Di samping itu,
penganjuran program sebegini juga diharapkan dapat melahirkan pelajar
yang menjadikan amalan 2K1P sebagai tabiat harian dan menjadi agen
perubahan masyarakat apabila berkhidmat menjadi guru kelak.

Di bawah Program Sayangi Kolejku ini, terdapat beberapa aktivti


yang akan dijalankan. Antaranya, Kempen 3R iaitu Reduce, Reuse dan
Recycle. Kempen pengurusan sisa pepejal ini bertujuan untuk memberi
kesedaran tentang pengurusan sisa pepejal dengan efektif. Kedua,
Kempen Cabaran 10 minit bertujuan untuk melaksanakan aktiviti
kebersihan dan keceriaan. Ketiga, Kempen EKSA juga akan
dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, tersususn dan
sistematik. Akhir sekali, Kempen Aras Mithali bulanan yang
dipertandingkan bagi memotivasikan pelajar untuk memastikan aras
sentiasa ceria dan bersih.

Pelajar yang dikasihi sekalian,

Rutin harian sebagai seorang pelajar bukan sahaja


menghadirkan diri ke kuliah, perpustakaan ataupun menghadiri
kelas perbincangan. Sebaliknya, pelajar juga perlu
bertanggungjawab terhadap suasana persekitaran.
Tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai
tugas tukang sapu, dan staf. Sifat ini tidak harus wujud dalam diri
guru pelatih, kerana kita dididik untuk mendidik anak bangsa agar
mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap kebersihan.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin


mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk
menjayakan Program Sayangi Kolejku. Jadikanlah pembaharuan
pada hari ini sebagai titik baharu untuk anda melakukan anjakan
paradigma.

Dengan ingatan ini, dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya


merasmikan Program Sayangi Kolekju..

Sekian,
wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
. Terima kasih.